Berita

Kesihatan
Covid-19: Arab Saudi Lapor Satu Kematian Pertama, 205 Kes Baru Dicatatkan
Arab Saudi hari ini melaporkan kematian pertama yang disebabkan oleh Covid-19 dan terdapat 205 kes baru, menjadikan jumlah kes disahkan sebanyak 767. Angka tertinggi dalam sehari di negara tersebut telah diumumkan oleh Kementerian Kesihatan semasa sidang media. Mangsa adalah seorang ekspatriat Afghanistan. Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri menekankan bahawa mereka mempunyai toleransi yang sifar terhadap […]
Kesihatan
Seorang Pekerja Nestle Malaysia Positif Kes COVID-19
Nestle Malaysia memaklumkan seorang pekerjanya disahkan positif COVID-19. Menurut syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini, pekerja berkenaan berada dalam keadaan baik dan kini sedang menjalani rawatan. “Sebaik sahaja kami mengetahui perkembangan ini, kami terus melaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan selanjutnya. Kawasan kerja telah dikosongkan dengan selamat dan kini kami meneruskan kerja pembasmian kuman serta melakukan sanitasi […]
Sukan
Sukan Olimpik Tokyo Ditangguh Ke 2021
Sukan Olimpik Tokyo 2020 kini secara rasmi ditangguhkan ke tahun depan berikutan pandemik global COVID-19, Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 mengesahkan malam ini. Keputusan itu dipersetujui selepas mengadakan conference call antara Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan Presiden IOC Thomas Bach hari ini, berdasarkan krisis global semasa dan maklumat yang disediakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia […]
Berita
TERKINI: COVID-19 Ragut Satu Lagi Nyawa, Angka Keseluruhan Kini 16 Kematian
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi memaklumkan bahawa terdapat satu lagi pertambahan kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan. Menurut perkongsian yang dimuat naik menerusi akaun Facebook rasminya itu, mangsa adalah merupakan kes yang ke-1334. Kematian tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian disebabkan Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 16 orang setakat ini. Untuk […]
Berita
“Tak Seronoklah Nak Balik,” Petugas Kesihatan Bimbang Akan Nasib Rakan Setugas Dijangkiti Covid-19
Kesan penularan wabak Covid-19 ini boleh dirasai di seluruh dunia apabila sebahagian perniagaan-perniagaan serta pejabat urusan terpaksa ditutup bagi memutuskan rantaian jangkitan yang disebabkan oleh virus ini. Selepas WHO mengisytiharkan wabak ini sebagai pandemik, pelbagai langkah pencegahan telah dicadangkan dalam usaha memerangi virus maut ini. Petugas perubatan juga turut dikerah bekerja lebih masa untuk merawat […]
Kesihatan
COVID-19: Kebanyakan Mangsa Meninggal Lewat Terima Rawatan – Dr Noor Hisham
Kebanyakan kematian berkaitan COVID-19 di negara ini berikutan lewat menerima rawatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata terdapat lima peringkat jangkitan COVID-19 tetapi kebanyakan mereka datang ke hospital ketika mereka sudah berada di peringkat ketiga. “Peringkat pertama ialah apabila seseorang itu asimptomatik (tidak menunjukkan gejala) tetapi positif, manakala peringkat kedua adalah positif dengan […]
Kesihatan
COVID-19: Hospital Putrajaya Buat Laporan Polis Dua Video Tular Perlekeh Paramedik
Hospital Putrajaya membuat laporan polis berhubung penularan dua video yang telah menjejaskan imej Hospital Putrajaya dan kredibiliti kakitangan serta para pegawai perubatan dalam mengendalikan COVID-19. Dalam kenyataan hari ini, Pengarah Hospital Putrajaya Datuk Dr Nora’i Mohd Said berkata video pertama dipercayai milik seorang selebriti yang mempunyai impak tontonan tinggi. Video kedua pula adalah dari saluran YouTube, milik seorang […]
Kesihatan
COVID-19: Agong Titah Umat Islam Adakan Solat Hajat Di Rumah
Susulan daripada peningkatan kes serta angka kematian yang melonjak naik hari demi hari di Malaysia, Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan supaya semua rakyat mengadakan solat hajat di rumah masing-masing untuk menolak wabak Covid-19 yang sedang melanda negara ketika ini. Kenyataan media berkenaan perkara tersebut telah dimuat naik menerusi akaun Facebook Mufti Wilayah Persekutuan. Untuk mengetahui […]
Kesihatan
Virus Covid-19 Kekal Di Paru-Paru Pesakit Yang Meninggal Dunia
BEIJING, 24 Mac (Bernama) — Kumpulan penyelidik China menjalankan bedah siasat ke atas 29 mayat pesakit COVID-19 dan mendapati virus itu tetap berada di paru-paru mangsa walaupun selepas meninggal dunia, lapor agensi berita Xinhua. Bedah siasat itu turut menunjukkan kerosakan teruk ke atas sistem kekebalan pesakit terhadap penyakit yang mungkin menjadi ‘faktor amat penting’ kepada kematian […]
Kesihatan
Hantavirus Korbankan Seorang Lelaki Di China, Timbulkan Ketakutan Namun Bukan Virus Baharu
Laporan mengenai seorang individu di China yang mati akibat virus yang dipanggil hantavirus telah menimbulkan panik ketika dunia sekarang ini sedang bertempur dengan pandemik novel koronavirus yang bermula di China. Koronavirus telah membunuh lebih daripada 17,000 orang di seluruh dunia dan wabak itu masih lagi terkawal. Pada Selasa, hantavirus menjadi salah satu daripada trending teratas […]
Selera
(Video) Menyentuh Hati, Ini Cara Warga Dunia Hargai Pengorbanan ‘Frontliner’ Perangi COVID-19
Kemanusiaan masih subur dalam jiwa kebanyakan ahli masyarakat. Dalam kekacauan menghadapi penularan COVID-19 yang semakin serius, warga dunia dengan kreativiti sendiri telah menzahirkan penghargaan kepada ‘frontliner’ atau petugas barisan hadapan yang setia berkhidmat membendung wabak ini. Jom kita saksikan bagaimana warga dunia berterima kasih kepada petugas barisan hadapan yang telah banyak berkorban demi kesihatan orang […]
Kesihatan
COVID-19: KTMB Gesa Penumpang ETS 9173 Buat Saringan Kesihatan
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyeru semua penumpang tren elektrik (ETS) No. 9173 membuat saringan kesihatan di hospital berdekatan jika terdapat gejala berkaitan COVID-19. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Kamarulzaman Zainal berkata ini kerana salah seorang mangsa wabak itu telah menaiki tren tersebut dari Stesen Butterworth ke Stesen Kuala Lumpur Sentral pada 7 Mac lepas. “Warganegara Malaysia […]
Kesihatan
KKM Teliti Cadangan Ambil Darah Dari Rumah Penderma – KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang meneliti cadangan untuk melaksanakan khidmat mengambil darah dari rumah penderma bagi menampung keperluan darah di hospital. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sekiranya perkara itu dilaksanakan, orang ramai yang ingin menderma boleh menghubungi talian bebas tol yang akan diwujudkan dan petugas KKM akan ke rumah mereka bagi proses mengambil […]
Berita
COVID-19: Malaysia Mendahului ASEAN, Beberapa Negara Eropah Dalam Pengujian, Kapasiti Hospital
Strategi pengujian Malaysia yang agresif : ‘ujian setiap juta kapita’ untuk COVID-19 mendahului negara-negara ASEAN dan beberapa negara Eropah, membawa kepada jumlah jangkitan yang dilaporkan tinggi dan memberi keyakinan terhadap perkembangan kes dan kadar kematian yang sederhana, menurut JP Morgan. Dalam nota penyelidikan, ia mengunjurkan kadar jangkitan di Malaysia akan meningkat pada pertengahan April sebanyak kira-kira 6,300 kes […]
Berita
Pembayaran Awal Faedah Perkeso Mulai Esok – KSM
Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia (KSM) bersetuju untuk mempercepatkan pembayaran faedah kepada pencarum Perkeso mulai esok. Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata ia akan memberi manfaat kepada kira-kira 300,000 penerima pencen ilat atau penakat, faedah orang tanggungan, faedah hilang upaya kekal berkala dan faedah elaun layanan sentiasa. “Pembayaran bulanan akan dipercepatkan mulai bulan ini. […]
Kesihatan
Ebit Lew Sewa ‘Portable Shower’ Buat Petugas Kesihatan Mandi Sebelum Pulang Ke Rumah
Umum telah mengetahui bahawa virus Covid-19 yang sedang melanda dunia kini sememangnya adalah virus yang membawa maut. Petugas-petugas kesihatan barisan hadapan negara yang kini sedang memerangi wabak ini terpaksa melupakan soal lapar, penat dan dahaga demi kesejahteraan bangsa dan negara. Banyak pihak turut menyumbang pelbagai jenis bantuan terutamanya kepada petugas-petugas barisan hadapan dalam memerangi wabak […]
Berita
Covid-19: Indonesia Batal Peperiksaan Sekolah, Tidak Galak Pulang Ke Kampung Sambut Aidilfitri
JAKARTA, 24 Mac — Indonesia membatalkan Ujian Nasional atau peperiksaan persekolahan tahun 2020 dan tidak menggalakkan orang ramai pulang ke kampung menyambut Aidilfitri pada Mei ini, bagi mengekang penularan virus COVID-19. Kes positif COVID-19 di Indonesia terus mencatatkan peningkatan dengan kematian setakat hari ini berjumlah 55 kes. “Kes positif kini berjumlah 686, tambahan sebanyak 107 kes, berbanding […]
Berita
Empat Lelaki Ditahan Rempuh Sekatan Jalan Raya Di Batu Pahat
BATU PAHAT, 24 Mac (Bernama) — Empat lelaki termasuk remaja berusia 17 tahun ditahan kerana merempuh sekatan jalan raya susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Parit Raja, dekat sini, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Azhan Abdul Halim berkata kesemua lelaki warga tempatan berusia antara 17 hingga 19 tahun itu ditahan setelah didapati […]
Berita
Penyelidik Dakwa Covid-19 Boleh Hidup Di Permukaan Selama 17 Hari
Sekumpulan pengkaji yang telah membuat satu penemuan berkenaan Covid-19 dan mengesahkan bahawa virus tersebut boleh hidup di permukaan selama lebih 2 minggu. Menurut satu kertas kajian yang dikeluarkan CDC pada Isnin, masih terdapat virus yang hidup di permukaan kabin kapal persiaran Diamond Princess itu selepas 17 hari kapal tersebut dikosongkan. Terdapat lebih 700 kes positif […]
Berita
Gelandangan Ditempatkan Di Pusat Khusus Sepanjang PKP – Annuar Musa
KUALA LUMPUR, 24 Mac — Gelandangan di sekitar ibu kota akan ditempatkan di tempat-tempat khusus bagi mengelakkan mereka daripada merayau sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata mereka akan ditempatkan di Pusat Transit Gelandangan Jalan Pahang yang boleh menampung sehingga 150 orang dan Anjung Singgah sehingga 70 orang untuk jangka masa pendek […]