Berita
“Yakinlah Pengorbanan Kita Kecil Berbanding Mereka Di Barisan Hadapan Untuk Pertahankan Kehidupan Kita Semua” – Tun M
Semua orang umum maklum kita akan menjalani ibadah puasa bermula esok iaitu Jumaat bersamaan 1 Ramadan 1441 Hijrah (24 April 2020). Disebabkan itu, ramai yang tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa, begitu juga dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Di dalam video tersebut, beliau menyampaikan beberapa ucapan sambil ditemani isterinya, […]
(Video) Suara Misteri Sambung Nyanyi Ketika Lalu Lorong Gelap
Hospital dan kisah-kisah hantu seram berpisah tiada, bagai isi dengan kuku. Percaya atau tidak setiap daripada kita pasti pernah mendengar malah ada yang ‘bernasib baik’ berjumpa dengan ‘makhluk’ ini. AmriieAskor telah memuat naik video di laman Twitter miliknya, berkongsi pengalaman seram dipercayai di sebuah hospital di Indonesia. Rakaman video itu menunjukkan dirinya melalui satu lorong […]

Kita Belum Menang Dalam Perang.. Kepada ‘Frontliners’, Saya Harap Anda Terus Tabah – PM
Barisan hadapan negara dalam memerangi wabak Covid-19 diminta untuk terus tabah dalam menjalankan tugas sepanjang bulan Ramadan. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengorbanan ‘frontliners’ yang berpuasa sewaktu bertugas akan diberikan ganjaran pahala yang setimpalnya oleh Allah. ”Kepada frontliners yang akan berpuasa dalam keadaan menjalankan tugas, saya harap anda terus tabah. InsyaAllah, pengorbanan anda […]
“Pada Anak-Anak Kita Di Kampus, Tak Lama Lagi Bolehlah Pulang Ke Pangkuan Keluarga Masing-Masing” – Perdana Menteri
Sebentar tadi, Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyampaikan Perutusan Khas #RamadhanAtHome. Antara yang beliau sampaikan adalah kebenaran pulang melibatkan lebih 100,000 pelajar di seluruh Malaysia. “Pertamanya, pelajar-pelajar yang masih berada di kampus, yang mana di peringkat awal dahulu mereka tak dibenarkan pulang kerana keadaan masih belum menentu dan kita nak pastikan […]

TERKINI: PKP Mungkin Dilanjutkan Lagi Selepas Ini, Mungkin Tidak Boleh Sambut Raya Di Kampung – PM
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkemungkinan akan dilanjutkan lagi selepas 12 Mei ini. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, susulan itu semua rakyat mungkin tidak boleh pulang ke kampung halaman mereka untuk menyambut hari raya seperti kebiasaan. ”Saya tidak menolak kemungkinan bahawa PKP akan dilanjutkan lagi selepas ini. Ini bermakna, saudara-saudari mungkin tidak boleh menyambut […]

“Tak Apalah Kita Tak Dapat Jemaah Di Masjid, Mungkin Allah Nak Kita Bersama Keluarga” – PM
“Mudah-mudahan dalam bulan Ramadan ini yang mulia ini akan membawa rahmat kepada kita semua. Banyakkan berdoa kepada Allah, mohon pertolongan daripada-Nya, insyaAllah kita semua akan dilindungi daripada sebarang musibah, amin ya rabbal alamin,” kata Perdana Menteri sebelum menamatkan kata-kata akhir dalam sidang media perutusan khas yang sedang berlangsung. (Video minit ke 33:33) “Kita boleh berjemaah […]

“Kalau Masak Tak Jadi, Tak Mengapa.. Boleh Post Di Group Masak Apa Tak Jadi Hari Ini” – PM
Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Perdana Menteri sebelum menyambut Ramadan mengumumkan PKP dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020. Di akhir ucapannya, beliau sempat bergurau apabila bulan Ramadan kali ini tidak dapat ke Bazar Ramadan tetapi boleh memasak di rumah. “Jika masakan tidak jadi tak mengapa, boleh post di group Masak Apa Tak Jadi Hari […]

“Ramadan Kali Ini Lebih Istimewa, Kita Berjihad Lawan Covid-19,” – PM
Menerusi perutusan Khas Ramadan oleh Perdana Menteri, YAN Tan Sri Datuk Muhyiddin Yassin ada mengulas tentang kes Covid-19 sedikit sebelum meneruskan percakapannya. Katanya pada awal pembuka kata bahawa Ramadan kali ini lebih istimewa kerana kita semua sedang berjihad melawan Covid-19 yang melanda di negara kita. Tambahnya lagi, walaupun dalam tempoh PKP namun ibadat puasa lebih […]
Terkandas Di Kampung Perlu Daftar ‘Online’ Atau Buat Temujanji Di Balai Polis – Perdana Menteri
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sidang media hari ini mengumumkan sedikit kelonggaran akan dibuat bagi membawa balik mereka yang terkandas di kampung halaman sebelum PKP fasa 1 dilaksanakan. “Kerajaan sedang mengumpul data dan mengkaji kaedah untuk membenarkan mereka yang terkandas untuk dibawa pulang. “Mereka boleh berdaftar secara online atau membuat temujanji di balai […]

TERKINI: PKP Dilanjutkan Lagi Dua Minggu Sehingga 12 Mei – PM
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan selama dua minggu lagi, sehingga 12 Mei depan. Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi Perutusan Khas Perdana Menteri, sebentar tadi. Kata Muhyiddin, walaupun kes Covid-19 di negara sudah menunjukkan perkembangan yang positif, tetapi usaha-usaha membendung wabak ini perlu diteruskan sehingga keadaan kembali pulih sepenuhnya. […]
Rahsia Terbongkar, Suami Dedah Rupanya Gelisah Sepanjang PKP Bukan Sebab Kerja, Tapi Sudah Beristeri Dua
Asas di dalam alam perkahwinan ialah kesetiaan dan kejujuran untuk memastikan hubungan suami isteri kekal hingga keakhirnya. Namun, kehadiran orang ketiga dalam sesebuah institusi keluarga sememangnya boleh membawa bala tak diundang. Hal ini dikongsi pengacara dan penulis lirik terkenal, Ahmad Fedtri Yahya. Perkongsian di Instagram miliknya itu menunjukkan coretan seorang wanita yang terkejut apabila mengetahui […]

(Video) Sah, Umat Islam Di Malaysia Mula Berpuasa Esok
Rakyat Malaysia yang beragama Islam di negara ini akan menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan pada esok, Jumaat bersamaan 1 Ramadan 1441 Hijrah ( 24 April 2020). Pengumuman yang dinantikan oleh seluruh umat Islam di Malaysia disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi dalam siaran televisyen tempatan. Bulan […]
KKM Kongsi Khasiat Buah Kurma Dan Jumlah Yang Perlu Diambil Bagi Satu Hidangan
Mulai esok, rakyat Malaysia yang beragama Islam akan mula menjalani ibadah puasa. Selaras dengan itu, buah kurma menjadi buah yang paling dicari ketika bulan Ramadan. Ianya menjadi hidangan wajib setiap kali pada waktu sahur ataupun berbuka puasa. Namun, tahukah kita berapa banyak pengambilan buah kurma ini yang diperlukan dalam satu hidangan? Berdasarkan tweet daripada @BhgnPemakananKKM, […]

”Ada Mesyuarat Pagi Tadi Dengan PM..” PKP Lanjut Atau Tidak Mungkin Diketahui Malam Ini
Terdapat perbincangan yang dilakukan mengenai situasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Perdana Menteri pada pagi ini. (Rujuk minit video 20:00) Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, apa yang lebih penting adalah perbincangan lebih menjurus kepada enam kriteria oleh KKM sekiranya ingin menamatkan PKP seperti yang dilaporkan sebelum […]
Bayi 1 Bulan Pesakit Paling Muda Sembuh Covid-19 Di Thailand
Berita tentang orang sembuh daripada wabak COVID-19 menjadi antara berita yang gembira untuk kita dengar. Baru-baru ini di negara Thailand, seorang bayi berumur satu bulan menjadi pesakit yang paling muda sembuh daripada COVID-19. “Kami melakukan pemeriksaan kesihatan untuknya setiap hari. Dan tiga hingga lima hari selepas itu, keputusan X-ray menunjukkan tanda-tanda pemulihan secara beransur-ansur,” kata […]

325 Anggota KKM Positif COVID-19, Catat Tiga Kematian – KP Kesihatan
PUTRAJAYA, 23 April — Seramai 325 anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dikesan positif COVID-19 sehingga ini dan daripada jumlah itu tiga kes kematian telah dicatatkan. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bilangan kes warga KKM yang positif dijangkiti wabak itu bersamaan 5.8 peratus daripada jumlah kumulatif kes positif di negara ini iaitu 5,603 […]

COVID-19: Majoriti Kes Baru Libat Penghuni Asrama Pekerja, Singapura Lepasi 11,000
SINGAPURA, 23 April — Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) telah mengesahkan 1,037 lagi kes jangkitan COVID-19 di republik itu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 11,178. Dalam satu kenyataan hari ini, MOH menyatakan majoriti besar kes terbabit melibatkan asrama pekerja asing, manakala hanya 12 kes melibatkan warganegara Singapura ataupun Penduduk Tetap. Kementerian itu menyatakan, mereka masih lagi mendapatkan […]
Lebih 20 Puting Beliung ‘Hentam’ Oklahoma Dan Texas, Empat Mangsa Terkorban
‘Serangan’ puting beliung di Oklahoma dan Texas telah menyebabkan empat kematian dilaporkan serta menghancurkan ratusan kediaman. Menurut laporan, kira-kira 30 orang cedera pada Rabu apabila puting beliung itu ‘menghentam’ selatan Oklahoma. Mayat salah seorang mangsa dikatakan dihempap pokok ketika keluar daripada sebuah kilang sehingga menyebabkan kecederaaan teruk. ABC News melaporkan sebanyak 21 puting beliung di […]

PBB Ucap Selamat Berpuasa Kepada Seluruh Umat Islam
NEW YORK, 23 April – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada umat Islam di seluruh dunia, lapor agensi berita Xinhua. Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres berkata pastinya Ramadan kali ini sangat berbeza kerana kebanyakan aktiviti terganggu disebabkan wabak COVID-19. Sementara itu, penduduk di zon konflik sekali lagi akan menyambut Ramadan dalam […]
Wanita Dakwa Keluarga Suami Bomohkan Ibunya Kerana ‘Pernah’ Halang Mereka Berkahwin
Tidak semua perkahwinan yang diimpikan menjadi kenyataan, akan sentiasa ada pelbagai ranjau dan duri yang perlu ditempuhi. Pastinya, tiada siapa yang pernah menjangkakan bahawa suami atau isteri sendiri rupa-rupanya boleh menjadi ‘watak’ yang akan menghancurkan kebahagiaan mereka. Sama dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang isteri di laman Facebook Kisah Rumah Tangga. Luahnya, dia tidak pernah […]