Berita
Wanita Dakwa Keluarga Suami Bomohkan Ibunya Kerana ‘Pernah’ Halang Mereka Berkahwin
Tidak semua perkahwinan yang diimpikan menjadi kenyataan, akan sentiasa ada pelbagai ranjau dan duri yang perlu ditempuhi. Pastinya, tiada siapa yang pernah menjangkakan bahawa suami atau isteri sendiri rupa-rupanya boleh menjadi ‘watak’ yang akan menghancurkan kebahagiaan mereka. Sama dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang isteri di laman Facebook Kisah Rumah Tangga. Luahnya, dia tidak pernah […]
COVID-19: China Tambah Sumbangan $30 Juta Kepada WHO
China dilapor akan memberikan sumbangan tambahan sebanyak $3O juta kepada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). Sumbangan tersebut diberikan bagi membantu perjuangan global dalam mencegah penularan wabak COVID-19. Perkara tersebut disampaikan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying di laman Twitter. Menurut beliau lagi, sumbangan itu juga diberi bagi memperkukuhkan lagi sistem kesihatan negara-negara membangun. Sebelum ini, […]
Hukum Menjauhkan Diri Daripada Pesakit Yang Menghidap Penyakit Berjangkit – Mufti WPKL
Kita semua tahu bahawa wabak COVID-19 ini mendatangkan bahaya sehingga boleh menjangkiti orang-orang di sekeliling kita. Disebabkan itulah kerajaan Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung wabak tersebut daripada terus menular. Namun, apakah hukum menjauhkan diri daripada pesakit yang menghidap penyakit berjangkit? Berikut penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan dengan soalan […]

325 Anggota KKM Dikesan Positif Tapi Bukan Dijangkiti Dari Wad Covid-19 – KP Kesihatan
Pihak KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga 23 April 2020, dilaporkan terdapat seramai 325 anggota KKM yang dikesan positif COVID-19 (iaitu 5.8 peratus daripada jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia). Daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di kalangan anggota KKM, sebanyak: 185 kes telah pulih sepenuhnya dan didiscaj 137 kes sedang dirawat di hospital 3 […]
Akibat Sukar Patuhi Larangan, Daerah Di Indonesia Dilaporkan Kurung Pesalah Dalam ‘Rumah Berhantu’
Muak dengan perangai orang ramai yang sengaja ingkar peraturan penjarakan sosial, seorang ahli politik Indonesia telah memutuskan untuk menempatkan mereka yang ingkar dengan arahan kerajaan itu di sebuah “rumah berhantu”. Ketua daerah Sragen, Kusdinar Untung Yuni Sukowati, menyatakan bahawa beliau telah mengeluarkan arahan yang luar biasa itu pada minggu ini bagi menyekat kemasukan orang luar […]

TERKINI: Dua Kematian Termasuk Seorang Anggota KKM Dan 71 Kes Baharu Dicatatkan Hari Ini
Sebanyak 71 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 5,603 kes setakat Rabu (23 April 2020), jam 12 tengahari. Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu Sidang Media Perkembangan COVID-19 Di Malaysia yang berlangsung sebentar tadi. Daripada jumlah tersebut, 42 kes sedang […]

TERKINI: 90 Pesakit Telah Sembuh Dan Dibenarkan Discaj, Jumlah Meningkat 3,542
Sebanyak 90 kes positif jangkitan Covid-19 di negara ini dilaporkan telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital setakat Rabu (23 April 2020). Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu sidang media berkaitan Perkembangan Terkini Covid-19 di Malaysia sebentar tadi. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar […]
Kerajaan Perak Sedia Makanan Sahur Kepada Petugas Barisan Hadapan
Kerajaan negeri Perak akan menyediakan bekalan makanan untuk sahur kepada petugas barisan hadapan yang berkhidmat pada Ramadan ini. Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata inisiatif itu bagi memudahkan para petugas mendapatkan makanan memandangkan restoran tidak beroperasi ketika waktu sahur berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). ”Agihan makanan ini akan disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, RELA dan […]
PKP: Penuntut Wanita Dipenjara Tujuh Hari, Denda RM800 Hanya Kerana Kek Batik
SHAH ALAM, 23 April (Bernama) — Tindakan seorang penuntut wanita sebuah universiti swasta ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan keluar rumah untuk memberi rakan lelakinya makan kek batik membawa padah, apabila dia dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Majistret Ellyna Othman memerintahkan wanita berumur 22 tahun itu menjalani hukuman penjara bermula […]
UKM Bangunkan Aplikasi ‘CovidSense’ Untuk Ujian Saringan Kendiri
KUALA LUMPUR, 23 April — Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengambil inisiatif membangunkan aplikasi telefon pintar dengan nama ‘CovidSense’ bagi membolehkan orang ramai membuat ujian saringan kendiri dan penjejakan kontak COVID-19. Aplikasi yang sedang diuji kegunaanya itu merupakan projek rintis yang dibangunkan oleh pensyarah kanan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Prof. Madya Sawal Hamid Md Ali bersama pensyarah Fakulti Perubatan, Prof. Dr. […]
“Bersyukurlah Masih Boleh Call Dan Text”, Isteri Dah Tak Ada, Pesanan Lelaki Ini Buat Netizen Tersentuh
Perpisahan dengan pasangan hidup amat menyakitkan. Apatah lagi jika kita hanya akan dapat bertemu mereka di alam barzakh kelak. Tiada lagi hari ceria bersama insan tersayang di dunia ini, yang tinggal hanyalah kenangan bersama mereka. Baru-baru ini, pengacara terkenal, Fedtri Yahya berkongsi kisah seorang suami yang kehilangan isterinya akibat kanser payudara. Perkongsian beliau di Instagram […]
(Video) Polis Indonesia Dendang Lagu ‘Marhaban Ya Ramadan’ Versi COVID-19, Penuh Nasihat Buat Orang Ramai
Pada malam ini, secara rasminya kita akan memasuki bulan Ramadan dan bakal menunaikan ibadah puasa selama sebulan. Sudah tentu, pesta ibadah juga akan bermula dengan pelbagai aktiviti seperti solat sunat Tarawih, tadarus Al-Quran, iftar jamaie (berbuka puasa secara berjemaah), sedekah dan banyak lagi. Namun, suasana Ramadan tahun ini pastinya tidak akan sama dengan tahun-tahun lepas, […]
COVID-19: Singapura Lapor Pertambahan 1,037 Kes, Jumlah Keseluruhan Melebihi 11,000
Kementerian Kesihatan Singapura melalui laman Facebook rasmi mereka mengesahkan dengan lebih awal bahawa terdapat 1,037 kes COVID-19 baru dilaporkan setakat jam 12pm, Khamis (23 April). Menurut kementerian tersebut, sebahagian besar kes baru yang dilaporkan pada hari ini adalah merupakan pekerja asing yang tinggal di asrama pekerja asing. [BREAKING] As of 12pm on Apr. 23, 2020, […]
Perubahan Waktu Operasi Pengangkutan Awam Sepanjang Ramadhan
PUTRAJAYA, 23 April (Bernama) — Pengangkutan awam di bawah kendalian Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dan Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) akan beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 10 pagi dan 4 petang hingga 10 malam sepanjang bulan Ramadan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. Beliau berkata perkhidmatan terlibat ialah LRT, MRT dan […]
Sedekah Pada Bulan Puasa Boleh Dilakukan Seperti Gunakan Perkhidmatan Penghantar Makanan- Menteri Agama
Menerusi sidang media mengenai Ramadan sebentar tadi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan bahawa amalan bersedekah boleh dibuat melalui dalam talian ataupun menggunakan perkhidmatan penghantar makanan. “Sedekah boleh dilakukan menerusi tempahan makanan secara atas talian dengan menyuruh penghantar makanan menghantar makanan yang hendak disedekahkan itu kepada […]
(Video) Ramadan Tahun Ini Adalah Saat Emas Bersama Keluarga – Menteri Agama
“Ramadan ini Ramadan kita, kitalah yang mencorakkannya,” pesan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Jelas beliau, sambutan Ramadan pada kali ini sungguh agak berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Ditambah pula dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini, maka setiap ahli keluarga perlu mengambil peluang untuk melaksanakan ibadah Ramadan […]
(Video) “Agama Sebagai Asas, Pemerintah Adalah Penjaganya”, Umat Islam Diminta Sentiasa Patuh Arahan Ketika Ramadan
Memelihara nyawa adalah penting ketika ini. Matlamat menjaga agama tidak dapat tercapai tanpa menjaga nyawa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam sidang media sebentar tadi. “Agama adalah sebagai asas, pemerintah adalah penjaganya. Sesuatu yang tiada asas akan runtuh, sesuatu yang tiada penjaga akan hilang,” katanya, memetik […]
‘Frontliners’ Diharuskan Berbuka Apabila Tak Mampu Laksanakan Puasa Sepanjang Hari Tersebut – Menteri Agama
Menerusi sidang media mengenai Ramadan sebentar tadi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan bahawa para petugas barisan hadapan yang beragama Islam wajib berpuasa mengikut kemampuan. “Sepanjang Ramadan, mungkin ada yang kepenatan bekerja terutama Frontliners kita kasihi, puasa tetap wajib mengikut kemampuan tapi diharuskan berbuka puasa apabila […]
MetMalaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir Di Seluruh Malaysia Hingga 5 Petang Ini
Putrajaya, 23 April – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di kebanyakan kawasan di Malaysia sehingga jam 5 petang ini. Amaran yang dikeluarkan pada 2.20 petang sebentar tadi merangkumi seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Putrajaya, WP Kuala Lumpur dan Johor. Sementara itu, ribut petir dijangka berlaku […]
“Tak Boleh Ada Pergerakan Dari Bandar Untuk Balik Ke Kampung”- Ismail Sabri
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa, orang ramai yang tinggal di bandar dan mahu pulang ke kampung untuk menyambut bulan Ramadan tidak dibenarkan. Menerusi sidang media harian perkembangan PKP, beliau menyatakan bahawa daripada awal lagi kerajaan tidak membenarkan ada pergerakan dari bandar untuk balik ke kampung. Menurutnya, pengumuman berkenaan kebenaran […]