Berita
Polis Terima Dua Laporan Dakwa Menteri Hal Ehwal Agama Langgar PKP
KUALA LUMPUR, 14 Mei — Polis Daerah Kajang mengesahkan menerima dua laporan polis yang mendakwa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata kertas enkuiri polis (KEP) sudah dibuka untuk tujuan siasatan awal. “Buat masa […]
Covid-19: Hanya Labuan Dan 4 Negeri Yang Bebas Dari Sebarang Kes Aktif
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), menerusi satu ciapan di akaun Twitter rasminya telah berkongsikan tentang maklumat berkenaan negeri-negeri yang bebas daripada sebarang kes virus Covid-19 yang aktif setakat jam 12 pm, 13 Mei 2020. Menerusi data bilangan pecahan kes harian mengikut negeri yang terdapat pada laman Twitter rasmi KKM, hanya empat negeri sahaja yang telah disahkan […]
Empat Lelaki Ditahan, Didakwa ‘Ubah’ Warna Daging Babi Guna Bahan Kimia & Dijual Sebagai Daging Lembu
Empat lelaki ditahan di Jawa Barat, Bandung, Indonesia baru-baru ini atas dakwaan menjalankan operasi menjual daging babi yang ‘diubah’ menyerupai daging lembu sejak tahun lepas. Ketua Polis Bandung, Hendra Kurniawan berkata, keempat-empat suspek tersebut; T (54), MP (45), AR (38) dan AS (39) telah menjual lebih 63 tan daging lembu palsu dalam masa setahun. Memetik […]
(Video) Dipercayai Mampu Terbalikkan Kapal, Fenomena Ombak Berbentuk Petak Yang Ramai Tak Tahu
Pasti ramai diantara kita yang sangat menyukai bunyi ombak membadai pantai. Ya benar, bunyi tersebut boleh menjadi terapi kerana terdapat elemen ketenangan di dalamnya. Pun begitu, tahukah anda bahawa ombak ini juga mempunyai jenis-jenisnya yang tersendiri antaranya ialah ombak yang berbentuk petak. Pasti ramai yang tidak pernah mendengar mahupun melihat sendiri bentuk sebenar ombak yang […]
COVID-19 Mungkin Tidak Akan ‘Hilang’, Boleh Jadi Terus Wujud Seperti HIV- WHO
Pengarah Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Mike Ryan memberi amaran bahawa COVID-19 mungkin tidak akan hilang. Sebaliknya, virus itu mungkin akan terus wujud dalam kalangan manusia sepertimana human immunodeficiency virus (HIV). Dalam ucapannya pada Rabu, beliau berkata pengawalan virus itu memerlukan usaha yang besar walaupun vaksin telah ditemui. “Penting untuk kita sedar, virus ini mungkin […]
Sampel Ayam Dari Kilang Pemprosesan Di Pedas Bebas COVID-19 – JPV
PUTRAJAYA, 14 Mei — Keputusan ujian terhadap kesemua sampel ‘ayam seekor’ daripada kilang pemprosesan ayam di Pedas, Negeri Sembilan adalah negatif virus COVID-19, kata Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV). Menurut kenyataan JPV hari ini, ia telah mengambil sampel ayam dari kilang berkenaan untuk proses ujian pengesanan virus COVID-19 melalui kaedah Reverse Transcriptase-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) susulan insiden beberapa pekerja […]
Alami Rasa Sama Seperti ’Period Pain’, Gadis Tak Sangka Rupanya Hidap Kanser Ovari
Seorang gadis berusia 14 tahun menyangka bahawa kesakitan yang dialami olehnya adalah kerana ‘period pain’ namun dia dan keluarganya terkejut apabila mengetahui bahawa dia sebenarnya menghidap kanser ovari. JaKayla Coggins mula merasakan kesakitan tersebut bermula pada Disember 2019 dan dia memakan ubat tahan sakit untuk mengubati kesakitannya namun ubat tersebut juga sebenarnya tidak memberikan kesan. […]
(Video) Keadaan Sebenar Dalam Kantung Kanggaru Buat Ramai ‘Terkejut’
Terdapat banyak perkara berkenaan perihal binatang yang tidak diketahui oleh masyarakat umum. Ianya juga adalah bukti kekuasaan Allah S.W.T. terhadap penciptaan makhluknya. Pasti ramai di antara kita yang pernah melihat kanggaru dan berminat akan haiwan ini. Antara yang menarik terhadap haiwan ini adalah kantung di perutnya. Mungkin ramai yang sudah mengetahui perkara tersebut tetapi satu […]

LHDNM Buka Kaunter Duti Setem Dari 8 Pagi Hingga 1 Tengah Hari
KUALA LUMPUR, 14 Mei — Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) hari ini mengumumkan kaunter duti setem hanya akan beroperasi dari 8 pagi hingga 1 tengah hari berdasarkan hari bekerja di setiap negeri. Bagi perkhidmatan lain di pejabat setem cawangan LHDNM, waktu operasi adalah dari 8 pagi hingga 3 petang, manakala di Pusat Khidmat Hasil […]
COVID-19: Sabah Catat Dua Lagi Kes Baharu Semalam, Babitkan Pelajar UMS
Dua lagi kes baharu positif COVID-19 di Sabah melibatkan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), kata Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Christina Rundi. Beliau berkata kes itu dikesan semalam dan menjadikan jumlah kumulatif positif COVID-19 di Sabah sebanyak 330 kes setakat ini. “Kes itu dikesan melalui saringan dan sampel yang diambil berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) […]

Kementerian Cadang Tawar Peluang Kerja Di Pasar Borong KL Untuk Belia, Gaji Sehingga RM 2400 Sebulan
KUALA LUMPUR, 13 Mei — Kementerian Wilayah Persekutuan bercadang menawarkan peluang pekerjaan di Pasar Borong Kuala Lumpur kepada golongan belia menganggur dengan gaji sebanyak RM2,400 sebulan. Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata khidmat pekerja tempatan di pasar borong adalah diperlukan memandangkan jumlah pekerja tidak mencukupi berikutan warga asing tidak dibenarkan bekerja di sana. “Kami sedang […]
Ayah Khabib Dilaporkan Koma & Kritikal, Alami Komplikasi Radang Paru-Paru
Bapa kepada peninju terkenal Russia, Khabib Nurmagomedov dilaporkan sedang kritikal dan koma selepas mengalami komplikasi radang paru-paru (pneumonia). Abdulmanap, 57, yang juga jurulatih Ultimate Fighting Championship (UFC) kini dirawat di hospital tentera Moscow, Russia selepas diterbangkan dari Dagestan ke sana menaiki pesawat khas. Memetik laporan The Sun, berita itu disahkan oleh sumber menerusi Sport Express. […]
“Jangan Sentuh Langsung, Atau…,” Permaisuri Agong Tinggal Nota ‘Amaran’ Atas Periuk Cuit Hati Ramai
Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, sememangnya cukup dikenali dengan minat menghasilkan pelbagai jenis masakan. Minat Permaisuri Agong itu pada masakan dapat dilihat menerusi akaun di Instagram airtangan_tunkuazizah yang memaparkan pelbagai jenis hidangan yang menyelerakan. Melalui kiriman terbaru, Tunku Azizah ada memuatnaik sekeping gambar makanan di dalam periuk namun apa yang mencuit […]
“Ziarah Terdidik” Normal Baharu Aidilfitri 2020
Semakin hampir lebaran, semakin kuat jugalah perasaan untuk “Balik Kampung”, tradisi yang sudah sinonim dengan amalan beraya warga kota. Ada yang menyimpan cuti tahun semata-mata supaya dapat menghabiskan masa lebih lama di kampung beraya bersama emak dan ayah juga sanak saudara yang sekian lama tidak bersua. Bertambah meriah suasana dengan lagu ‘Balik Kampung’ dendangan penyanyi tersohor […]
Bayi Berusia Tiga Hari Dilapor Meninggal Dunia Setelah Ibunya Diuji Positif Covid-19
Seorang bayi berusia tiga hari dilaporkan meninggal dunia di hospital selepas ibunya dijangkiti dengan virus Covid-19, menurut satu siasatan yang dijalankan. Kematian bayi tersebut dikatakan merupakan mangsa termuda yang maut berkaitan Covid-19 di UK. Difahamkan, ibu kepada bayi terbabit telah diuji positif dijangkiti dengan virus maut tersebut sebelum dia melahirkan bayinya itu. Siasatan yang dijalankan […]
Perak Benarkan Solat Jumaat Mulai Esok & Solat Sunat Aidilfitri Dengan Bersyarat
Aktiviti solat Jumaat telah dibenarkan untuk diadakan di masjid dan surau diri Jumaat di seluruh Perak, berkuatkuasa pada 15 Mei ini (esok). Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak, Shahrul Azam Shaari berkata, keputusan oleh pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak itu turut sama diberikan untuk solat sunat Aidilfitri dengan tertakluk kepada beberapa […]
Mayat Bayi Baru Lahir Dipercayai Dibuang Ditemui Dengan Kesan Dimakan Biawak
Mayat bayi baru lahir yang dipercayai dibuang ditemui dengan kesan dimakan biawak, dalam kejadian yang dilaporkan berlaku 10 Mei, di Nakhon Si Thammarat, Thailand. Menurut portal berita antarabangsa, mayat bayi malang itu ditemui dalam sebuah beg hitam oleh sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di kawasan berdekatan lokasi kejadian. Polis yang tiba di lokasi kejadian menganggarkan […]
Kanak-Kanak 11 Tahun Cedera Akibat Letupan Mercun Bola
KUALA TERENGGANU, 14 Mei — Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera akibat letupan mercun bola berhampiran rumahnya di Besut dalam kejadian 9.15 malam tadi. Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata mangsa kini menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan. “Mangsa dikatakan memegang mercun tersebut dengan tangan kanan dan […]
PKD Muallim Kesan Ada Pelajar IPT Positif Covid-19
IPOH, 13 Mei – Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Muallim mengesahkan ada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di daerah itu positif COVID-19 selepas menjalani saringan menerusi Ops Hantar Pelajar. PKD Muallim dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata susulan daripada itu, pihaknya dengan bantuan pusat kesihatan IPT itu mengambil inisiatif membuat pengesanan kontak rapat yang berkemungkinan dijangkiti COVID-19 di […]
Saringan COVID-19 Fokus Pekerja Asing Dari Dua Sektor
PUTRAJAYA, 13 Mei — Berkuat kuasa esok, saringan COVID-19 di bawah program Saringan Prihatin (PSP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan memberikan keutamaan kepada pekerja asing dalam sektor binaan dan industri kawalan keselamatan yang beroperasi di Selangor dan Wilayah Persekutuan. Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata program ini adalah untuk majikan dan pekerja yang berdaftar dengan Perkeso di […]