Berita

Berita
Polis Tahan Lelaki Dipercayai Edar Dadah Guna Termos
Miri: Polis berjaya memberkas seorang lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah dengan menggunakan termos di sebuah rumah di Jalan Pesiaran, Taman Tunku di sini hari ini. Dalam serbuan pada 1.30 tengah hari itu, polis menemui satu termos berwarna merah mengandungi dua paket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis […]
Berita
(Video) Dipercayai Tak Puasa, Individu Lari Lintang-Pukang Bila Sedar Perbuatan Dirakam
Ibadah puasa merupakan satu amalan yang wajib dilakukan oleh semua umat Islam di seluruh dunia apabila tibanya bulan Ramadan. Ianya kerana amalan ini adalah salah satu rukun Islam yang wajib kita tunaikan. Namun, masih ada segelintir masyarakat yang berdegil dan tidak menunaikan sebaik mungkin. Tular satu video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Naem […]
Berita
Wanita Cina Sempat Turun Kereta Di Lampu Isyarat Semata Nak Hulur Makan Kepada Pak Cik Tua Sentuh Hati Netizen
Sebagai rakyat yang hidup dalam masyarakat yang berbilang bangsa, setiap daripada kita mesti mengamalkan sikap tolong-menolong tanpa mengira kaum dan agama. Seperti perkongsian oleh seorang individu Mohd Aminudin, mengenai seorang wanita dipercayai berbangsa Cina yang dilihat sedang memberikan makanan berbuka kepada warga emas berbangsa Melayu. Begitu mulianya hatimu wahai pemberi Kata Mohd Aminudin, dia secara tidak […]
Berita
Tindakan Tegas Terhadap Pasar Raya Jual Mahal Penutup Mulut & Hidung – Nanta
MELAKA, 13 Mei — Tindakan tegas akan dikenakan terhadap pasar raya yang didapati cuba mengambil kesempatan terhadap orang ramai dengan memaksa mereka membeli penutup mulut dan hidung pada harga yang tinggi sebelum memasuki premis mereka. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi berkata semua pasar raya diingatkan agar mematuhi harga siling yang ditetapkan […]
Berita
Perjalanan Dari Atau Ke Negeri Selangor, KL Dan Putrajaya Dikira Sebagai Rentas Daerah, Tak Perlu Kebenaran Polis
Mungkin sesetengah daripada anda keliru, adakah perjalanan dari Kuala Lumpur ke mana-mana daerah negeri Selangor atau Putrajaya dikira sebagai rentas negeri. Malaysia Government Call Centre (MyGCC) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya dikategorikan sebagai Lembah Klang. Pergerakan anda di antara tiga negeri ini dikira sebagai rentas daerah dan tidak perlu kebenaran […]
Berita
Berita Tular Pembukaan Semula Sekolah Adalah Palsu – KPM
Sebelum ini berita pembukaan sesi persekolahan selepas perintah kawalan pergerakan (PKP) dikatakan mungkin melibatkan kelas yang terbabit dengan peperiksaan, iaitu pelajar tingkatan 5 dan 6. Walau bagaimanpun, terbaru Kementerian Pendidikan Malaysia menafikan berita tular berkenaan pembukaan semula sekolah berkenaan. Berita tular berkenaan pembukaan semula sekolah adalah palsu. – KPM pic.twitter.com/0X5YIpGl6d — BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) […]
Berita
“Kita Risau Mereka Yang Pulang Dari Zon Merah Kemudian Ziarah Ibu Bapa Di Kampung” – KP Kesihatan
Sebanyak 37 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 6,779 kes setakat Rabu (13 Mei 2020), jam 12 tengahari. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan keboleh-jangkitan Covid-19 adalah sebanyak 1, 387 kes. Dalam pada itu, beliau turut menyatakan kebimbangan dalam […]
Berita
Melaka Beri Pengurangan Sewa Bulanan 50 Peratus Untuk Rumah Pangsa Dan PPR LPM
Melaka: Kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan Melaka (LPM) memberi insentif pengurangan sewa bulanan sebanyak 50 peratus untuk rumah pangsa dan Program Perumahan Rakyat (PPR) di bawah seliaan LPM selama enam bulan mulai Mac lepas. Ketua Menteri Melaka Datuk Sulaiman Ali berkata insentif pengurangan itu melibatkan skim sewaan bagi empat projek perumahan iaitu PPR Krubong, PPR […]
Berita
Anak Malaysia Dedah Pengalaman Jadi Pengawal Mutu Dan Kualiti Produk Ganja Di AS
Apabila sebut tentang ganja atau marijuana, ramai orang akan menganggap bahawa ianya merupakan benda yang tidak baik serta boleh memudaratkan diri sendiri. Namun, tahukah kita bahawa ganja juga digunakan dalam perubatan seperti penawar untuk demam panas, merawat sembelit, merawat penyakit sawan dan pelbagai lagi. Baru-baru ini, tular pula di laman media sosial tentang seorang gadis […]
Berita
Balik Kelantan Nak Beli Kuih Akok Naik ‘Private Jet’, Lelaki Kongsi Tips Berjaya ‘Silent Billionaire’
Sudah menjadi asam garam kehidupan setiap manusia mempunyai keinginan untuk memiliki sesuatu sebagai pelengkap kehidupan cuma berbeza bagi taraf hidup masing-masing dan tujuannya untuk menjadikan kehidupan manusia lebih selesa. Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook iaitu Hafizi Zain berkongsi pengalamannya bertemu ‘Silent Billionaire’ yang menaiki jet peribadi ke Kelantan hanya untuk membeli kuih akok. Menurutnya, beliau […]
Berita
“Dibawa Naik Ke Balai Pun Sengaja Kencing Dalam Kenderaan Pasukan” – JSJ Kontinjen Pahang
Polis menahan individu dipercayai warga asing kerana enggan bekerjasama dan menghalang tugas penjawat awam. Menurut perkongsian Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Pahang, kejadian itu telah menyebabkan pergelutan akibat tindakan agresif individu terbabit. Warga asing tersebut turut dikatakan sengaja membuang air kecil dalam kenderaan pasukan polis ketika dalam perjalanan ke balai polis. “Bagi kerjasama” Cakap lemah lembut, […]
Berita
PKPB: Johor Benarkan Solat Jumaat, Solat Sunat Aidilfitri Serta Akad Nikah Bersyarat
JOHOR BAHRU, 13 Mei — Kerajaan negeri Johor membenarkan solat Jumaat diadakan bermula 15 Mei ini. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi berkata selain itu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar juga berkenan membenarkan solat sunat Aidilfitri serta akad nikah diadakan. Bagaimanapun pelaksanaan solat Jumaat, solat sunat Aidilfitri serta akad nikah […]
Berita
Lelaki Kongsi Tips Jangan Takut ‘Declare’ Pendapatan Di LHDN Kalau Nak Berjaya Dalam ‘Business’
Baru-baru ini, tular mengenai satu perkongsian di Facebook oleh Ir Zikri Zaini berkenaan dengan pengisytiharan pendapatannya di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Melalui post tersebut, Zikri mengingatkan semua agar tidak perlu takut untuk isytihar pendapatan di LHDN. Ianya kerana bimbang akan menyusahkan kita pada masa akan datang. Mengapa kita tidak perlu takut untuk isytihar pendapatan? […]
Berita
Kisah Lelaki Meninggal Dunia Positif Covid-19, Jalan Kaki Dari Johor Ke Terengganu Nak Jumpa Keluarga
Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), seorang lelaki tekad untuk pulang bersendirian ke kampung untuk menemui keluarganya dengan berjalan kaki dari Johor ke Terengganu. Namun, ketika dalam perjalanan, hajat tersebut tidak kesampaian apabila dia ditemui meninggal dunia di tepi jalan di Rompin, Pahang. Lebih meruntun hati, selepas bedah siasat dijalankan, mangsa disahkan pula sebagai positif […]
Berita
Sambutan Hari Raya Dan Gawai Hanya Sehari Sahaja Di Sarawak
KUCHING, 13 Mei — Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini memutuskan supaya Hari Raya dan Hari Gawai di negeri ini disambut untuk sehari sahaja. Pengerusi JPBN Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata dalam garis panduan prosedur operasi standard (SOP) itu juga, kapasiti kehadiran di majlis sambutan adalah tidak melebihi 20 orang sehari dan […]
Berita
Jika ‘R Naught’ Meningkat Kepada 1, Itu Amaran Untuk Ambil Tindakan Drastik, Sama Ada Kita Kembali Kepada PKP – KP Kesihatan
Menerusi sidang media yang berlangsung sebentar tadi, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menekankan satu gambar rajah yang menunjukkan ramalan Covid-19 menggunakan gambaran nilai R. Nilai R atau dikenali ‘R naught’ adalah merujuk kepada kebolehjangkitan sesuatu virus pada permulaan sesuatu wabak di dalam masyarakat, iaitu secara puratanya berapa ramai orang yang boleh dijangkiti […]
Berita
Selagi PnP Boleh Dilaksana, Guru Tidak Perlu Bimbang Jika Berada Luar Stesen Bertugas
SHAH ALAM, 13 Mei — Guru tidak perlu bimbang sekiranya terkandas di kampung atau berada di luar stesen bertugas dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selagi proses Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) boleh dijalankan dari lokasi mereka. Timbalan Menteri Pendidikan Muslimin Yahaya berkata ini kerana proses PnP secara dalam talian yang dilaksanakan ketika ini tidak semestinya dilakukan […]
Berita
Tujuh Kluster Masih Lagi Aktif Dengan Pertambahan Kes Baharu – KKM
Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan laporan terkini berkaitan dengan kluster COVID-19 yang masih lagi aktif di negara Malaysia. Mengikut laporang tersebut, sebanyak tujuh kluster yang masih lagi aktif dengan pertambahan beberapa kes baharu yang dicatatkan sehingga 13 Mei, 2020 Antaranya adalah: 1. Pedas (20 kes baharu) 2. Madrasah Solok Duku (2 kes […]
Berita
LHDNM Cawangan Shah Alam Tutup Esok Bagi Kerja Sanitasi
KUALA LUMPUR, 13 Mei — Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) cawangan Shah Alam akan ditutup pada pukul 4 petang, esok bagi kerja-kerja sanitasi. LHDNM dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh dimajukan melalui Hasil Care Line (HCL) di talian 03-89111000 atau 603-89111100 (luar negara); HASiL Live Chat; atau melalui https://www.facebook.com/LHDNM dan https://twitter.com/LHDNMofficial. […]
Berita
(Video) Teringin ‘Hotpot’ Punya Pasal, Pelajar Sanggup Langgar ‘Lockdown’ Berenang Keluar Kampus
Seorang pelajar dari universiti Hangzhou, China membuat keputusan drastik dengan melarikan diri daripada perintah berkurung di kampusnya semata-mata kerana teringin ‘hotpot’. Menurut laporan media tempatan, pelajar itu ‘tertangkap’ setelah rakaman CCTV di universiti itu menunjukkan seorang individu sedang berenang menyeberang sungai untuk ke luar dari kampus. Difahamkan, para pelajar yang ingin keluar kampus perlu mendapatkan […]