Berita
“Tidak Sempat Berbulan Madu,” 3 Lelaki Ditangkap Kerana Merompak ATM
DENPASAR – Polis menahan tiga penggodam mesin juruwang automatik (ATM) sebuah bank di Jalan Melasti, Uluwatu, Kecamatan Kuta Selatan, Badung, Bali. Ketua Pesuruhjaya Komisioner Siasatan Jenayah Polis Bali, Komisioner Dodi Rahmawan berkata, suspek EAS (28), H (20), dan RB (28), merompak mesin ATM pada hari Sabtu (05/09/2020) jam 3:00 petang. Mereka merompak sekitar Rp 750 […]

Tunggang Motosikal Ala ‘Superman’, Lapan Lelaki Ditahan Di Lebuh Raya DUKE
Kuala Lumpur: Lapan lelaki ditahan kerana menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya dengan aksi ala ‘Superman’ di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), awal pagi tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata kesemua suspek berumur 16 hingga 22 tahun itu ditahan dalam Op Samseng Jalanan dijalankan selama tiga jam bermula 1 […]

JAIPk Nafi Keluarkan Tatacara Pengurusan Ibadah Korban Semasa PKPP
Ipoh: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) tidak pernah mengeluarkan sebarang dokumen berhubung Tatacara Pengurusan Ibadah Korban Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di negeri itu sebagaimana yang tular di media sosial sejak semalam. Pengarah JAIPk Datuk Mohd Yusof Husin berkata tatacara berkenaan bersempena dengan sambutan Aidiladha tahun ini sedang dalam peringkat semakan dan penelitian. “Ada […]

(Video) Tular Katanya ‘Yu Paus’ Sesat Masuk Rumah Waktu Banjir, Rupanya Ini Cerita Sebenar
Baru-baru ini, tular di laman Twitter, sebuah video yang memaparkan kononnya seekor ikan yu paus yang ‘terperangkap’ di dalam rumah penduduk di Gorontalo, Sulawesi, Indonesia akibat banjir. Video yang berdurasi 11 saat itu dikongsi oleh pemilik akaun dengan nama EckoShowGtown hingga meraih 1.2 juta tontonan hanya dalam tempoh 48 jam dimuat naik. Di dalam video […]
Mayat Nelayan Ditemukan Terdampar Di Pantai
Sibu: Mayat salah seorang daripada dua nelayan yang hilang selepas perahu mereka karam di Tanjung Melambak, Belawai, kira-kira 107km ke barat dari sini semalam, ditemukan terdampar di pantai awal pagi ini. Jurucakap dari Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata mayat Ibrahim Abang Resdi, 52, dijumpai terdampar di satu kawasan pantai kira-kira satu km dari lokasi […]

Polis Tahan Lelaki Mabuk Selepas Kemalangan
Port Dickson: Polis menahan seorang lelaki yang memandu di bawah pengaruh alkohol selepas dia terlibat dengan satu kemalangan jalan raya, berhampiran lampu isyarat Dataran Segar di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata kejadian berlaku pada pukul 10.45 malam apabila lelaki berusia 27 tahun yang berasal dari Melaka itu […]

Kanak-Kanak Dikhuatiri Lemas Di Sungai Bakau Ditemui Meninggal Dunia Pagi Ini
KUALA LUMPUR, 14 Jun – Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang dihanyutkan arus selepas dipercayai jatuh ke dalam Sungai Bakau, Rawang ditemui sudah meninggal dunia pagi ini. Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komsioner Arifai Tarawe berkata, mayat kanak-kanak Muhamad Shuail Fazli ditemui jam 8.57 pagi di Sungai Guntong berhampiran Tasik Puteri Kundong, lima kilometer dari […]
Kaunter Semakan, Bayaran Saman Trafik Dibuka Mulai Esok
KUALA LUMPUR, 14 Jun – Mulai esok semua kaunter semakan, pembayaran saman serta pembekalan dokumen berkaitan kemalangan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di seluruh negara akan dibuka kepada orang ramai. Menurut JSPT Bukit Aman, kaunter akan dibuka pada Isnin hingga Khamis bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 2.00 petang bagi Ibu Pejabat Polis Kontinjen […]
Pasar Di Beijing Diarah Tutup Serta Merta Setelah 2 Pekerja Pusat Penelitian Daging Positif Covid-19
BEIJING – Pihak berkuasa Beijing, China, menutup pasar borong pertanian utama setelah peningkatan jangkitan Covid-19 yang ditularkan di bandar ini sejak dua hari lalu. Pasar borong Xinfadi ditutup pada pukul 3:00 waktu tempatan pada hari Sabtu (13/6/2020), setelah dua lelaki yang bekerja di pusat penyelidikan daging dan baru-baru ini mengunjungi pasar tersebut, dilaporkan dijangkiti Covid-19. […]
Tak Perlu Mohon Dan Buat Saringan Covid-19 Lagi Untuk Masuk Ke Negeri Sarawak
KUALA LUMPUR, 14 Jun — Berita gembira buat warganegara Malaysia yang ingin merentas negeri ke Sarawak apabila kelonggaran diberikan untuk memasuki Bumi Kenyalang itu, sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan pada 10 Jun lepas. Mereka dari Semenanjung, Sabah dan Labuan bukan sahaja tidak perlu membuat permohonan kemasukan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak seperti sebelum […]

Gempa Bumi Landa Kepulauan Ryukyu, Jepun
KUALA LUMPUR, 14 Jun – Gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter berlaku di Kepulauan Ryukyu, Jepun, pada pukul 11.51 malam semalam. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gegaran terletak 28.6 darjah utara dan 128.5 darjah timur dengan kedalaman 213 kilometer (km) kira-kira 279 km utara dari Naha, Jepun. Gempa itu tidak membawa ancaman […]

Covid-19: Lima Pelajar Thailand Yang Pulang Dari Arab Saudi Pesakit Terbaharu Covid-19
Bangkok: Thailand mencatatkan lima kes baharu COVID-19, kesemuanya melibatkan warga Thailand yang pulang dari Arab Saudi, manakala tiada kematian sejak 24 jam yang lepas menjadikan jumlah kes 3,134 dengan 58 kematian. Pusat bagi Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa lima pesakit baharu itu adalah pelajar berusia antara 21-26 tahun dan sedang menjalani […]

KPM Jamin PdP Dalam Normal Baharu Selamat – Dr Radzi Jidin
PUTRAJAYA, 13 Jun – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi jaminan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) normal baharu yang akan ditempuhi pelajar sejurus sekolah dibuka pada 24 Jun ini akan berlangsung dalam keadaan selamat. Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin berkata ibu bapa tidak perlu bimbang untuk menghantar anak mereka ke sekolah, sebaliknya perlu memainkan peranan […]

Covid-19: Kes Positif Di Indonesia Terus Meningkat, Lepasi Angka 37,000 Dengan 2,091 Kematian
Jakarta: Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat melepasi angka 37,000 dengan jumlah kematian sebanyak 2,091 orang. Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 1,014 tambahan kes positif baharu di seluruh Indonesia dicatat dengan 43 lagi kematian berlaku. “Kes positif kini berjumlah […]

TERKINI: Kes Kematian Hari Ini Meninggal Dunia Di Rumah & Keputusan Ujian Saringan Covid-19 Adalah Positif
Pertambahan satu kes kematian yang dicatatkan pada hari ini dilaporkan telah meninggal dunia di rumah sebelum disahkan positif jangkitan Covid-19 melalui saringan yang dijalankan. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, mangsa yang merupakan kes ke-8403 telah meninggal dunia pada 12 Jun di rumahnya di Sabah. Kata Dr Noor Hisham, saringan ujian Covid-19 […]

TERKINI: 43 Kes Positif Jangkitan Baharu Dengan 15 Kes Warganegara Dan Satu Kematian Dicatatkan
Sebanyak 43 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 8,445 kes setakat Sabtu (13 Jun 2020), jam 12 tengahari. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1, 014 kes dan mereka telah diasingkan diberi rawatan di hospital. Daripada […]

TERKINI: Lagi 143 Kes Telah Pulih Dan Dibenarkan Discaj Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 143 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 7,311 kes (86.57 peratus daripada jumlah keseluruhan kes) Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham […]

Operasi Mencari Kanak-Kanak Dikhuatiri Lemas Di Sungai Bakau Diperluas
Kuala Lumpur: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Bakau, Rawang ketika bermain di tebing sungai itu semalam, diperluaskan. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata operasi SAR bagi mengesan Muhammad Suhaili Fazil, 10, diperluaskan sehingga lebih lima kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang. Selain itu, pihak […]

“Saya Percaya Akhirnya Majlis Perkahwinan Juga Akan Dibuka” – Ismail Sabri
Kebenaran untuk mengadakan majlis perkahwinan mungkin akan diberikan selepas ini secara berperingkat dari semasa ke semasa mengikut prosedur operasi standard (SOP), menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Jelas beliau, pelbagai kelonggaran telah diberikan oleh kerajaan termasuklah dengan majlis nikah secara bersemuka dengan dihadiri 20 orang tetamu berbanding majlis nikah secara dalam talian […]

ProLintas Jangka Trafik Meningkat 30 Peratus Hujung Minggu Ini
Kuala Lumpur: Kumpulan Syarikat ProLintas menjangkakan jumlah trafik harian melonjak sehingga 30 peratus, iaitu hampir 300,000 kenderaan di Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) pada hujung minggu ini. Ketua Pegawai Operasi ProLintas Rostam Shahrif Tami berkata peningkatan jumlah lalu lintas disebabkan oleh ribuan rakyat Malaysia mula melakukan perjalanan selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun […]