Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

JAIPk Nafi Keluarkan Tatacara Pengurusan Ibadah Korban Semasa PKPP

Gambar: Bernama

Ipoh: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) tidak pernah mengeluarkan sebarang dokumen berhubung Tatacara Pengurusan Ibadah Korban Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di negeri itu sebagaimana yang tular di media sosial sejak semalam.

Iklan

Pengarah JAIPk Datuk Mohd Yusof Husin berkata tatacara berkenaan bersempena dengan sambutan Aidiladha tahun ini sedang dalam peringkat semakan dan penelitian.

“Ada beberapa perkara masih dalam semakan sebelum dikeluarkan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mohd Yusof berkata sebarang dokumen berkaitan tatacara yang tersebar ketika ini adalah tidak sah dan JAIPk tidak bertanggungjawab ke atas perkara itu.

— BERNAMA