Berita
Program PenjanaKerjaya Bermula Hari Ini, Penganggur & Graduan Digesa Segera Daftar MyFutureJobs
KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) — Program Insentif Pengambilan Pekerja, PenjanaKerjaya, di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) akan bermula esok (hari ini). Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata majikan yang mempunyai kekosongan jawatan dan sedang mencari pekerja boleh mendaftarkan profil di penjanakerjaya.perkeso.gov.my. Beliau berkata majikan […]
Kantoi, Pasangan Warga Thailand & Malaysia Baru ‘Bertatih’ Jadi Tokan Dadah Dicekup Polis
Baru setahun jagung, sudah pandai buat onar. Usaha sepasang kekasih Siam & Melayu untuk memulakan ‘karier’ sebagai tokan dadah di sekitar Langkawi gagal selepas tindakan mereka berjaya dihidu pihak berkuasa. Menurut satu kenyataan di halaman Facebook Polis Langkawi, pasangan tersebut ditahan pada 14 Jun (semalam), sekitar pukul 10.47 pagi selepas didapati kelihatan mencurigakan di tepi […]

PDRM Pantau Pesalah Trafik Dari Udara Sepanjang PKPP
Kuala Lumpur: Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan pemantauan melalui udara bagi mengesan individu yang melakukan kesalahan trafik dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Timbalan Komander (Operasi) PGU, SAC Noor Sham Md Jani berkata pemantauan itu membabitkan dua helikopter jenis AS355N dan AW139 dengan penerbangan dua kali sehari. Menurutnya, helikopter jenis […]
Buat Pertama Kali, Jumlah Kes Aktif Dengan Kebolehjangkitan Covid-19 di Bawah 1,000 Kes – Dr Noor Hisham
Hari ini, satu lagi rekod dicatatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) apabila Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham mengumumkan buat pertama kali jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah di bawah 1,000 iaitu 986 kes. Hari ini juga Malaysia sekali lagi mencatat satu digit kes positif baharu apabila hanya 8 kes yang dikesan positif. […]
Imigresen Selangor Tahan 10 Pendatang Tanpa Izin
KUALA LANGAT, 14 Jun – Seramai 10 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi Jabatan Imigresen Selangor di Taman Langat Murni dan Taman Langat Utama dekat sini hari ini, yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara pentadbiran sejak awal bulan ini. Menurut sumber, 803 warga asing diperiksa dalam operasi selama kira-kira tiga jam yang bermula pukul 9.00 pagi, […]

Hanya Terdapat Satu Kluster Sahaja Yang Melaporkan Kes Baharu – Dr Noor Hisham
Dalam satu sidang media harian berkaitan Covid-19 yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisyam hari ini telah mengesan bahawa terdapat satu klustyer yang dilaporkan kes baharu hari ini. Susulan daripada jumlah jangkitan pada hari ini terdapat 8 kes baharu terdiri daripada dua kes import dan 4 kes daripada bukan warganegara. jumlah […]

Bintulu Hilang Status Zon Hijau, 1 Kes Baharu & Pesakit Pernah Terima Kunjungan Saudara-Mara Ketika Hari Raya
Kuching: Bintulu hari ini bertukar statusnya daripada kawasan hijau kepada kawasan kuning selepas mencatatkan satu kes positif baru COVID-19. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataannya berkata, kes positif yang dilaporkan itu melibatkan seorang pelajar sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA), di Mukah. “Kes ini dikesan melalui saringan pelajar IPTA dan IPTS (Institut Pengajian […]

TERKINI: Kembali Ke Satu Digit, Hanya 8 Kes Positif Baharu Hari Ini Dengan 1 Kematian
Sebanyak 8 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 8,453 kes setakat Sabtu (14 Jun 2020), jam 12 tengahari. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 986 kes dan mereka telah diasingkan diberi rawatan di hospital. Ingin dimaklumkan […]

TERKINI: 35 Kes Lagi Sembuh Dibenarkan Discaj Hari Ini, Jumlah Meningkat Kepada 7,346
Sebanyak 35 kes positif jangkitan Covid-19 di negara ini dilaporkan telah pulih dan dibenarkan keluar hospital setakat Ahad (14 Jun 2020). Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu sidang media sebentar tadi. Ianya sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital meningkat kepada 7,346 orang. […]

Covid-19: 407 Kes Baharu Di Singapura, Keseluruhan Kini 40,604 Kes
Singapura: Singapura dalam laporan awalnya hari ini, mengesahkan tambahan 407 kes baru jangkitan COVID-19, dengan majoriti besarnya masih melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama. Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes itu kini di negara tersebut kepada 40,604. Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dalam satu kenyataan menyatakan, daripada jumlah itu, hanya sembilan kes melibatkan warganegara Singapura […]

KDN Kenal Pasti 37 Titik Pendaratan Pati Di Sabah
KOTA KINABALU, 14 Jun – Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengenal pasti sebanyak 37 titik pendaratan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah membabitkan 10 daerah di negeri ini, kata Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin. Beliau berkata, titik pendaratan PATI itu dikenal pasti dalam Op Benteng COVID-19 yang diaktifkan di Sabah pada 21 Mac lepas. […]

“Ia Adalah Berat, Terlalu Berat,” Chong Wei mengimbau Detik Persaraan
KUALA LUMPUR, 14 Jun – Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei semalam berkongsi detik beliau memutuskan untuk bersara pada tanggal 13 Jun tahun lepas, sebagai satu keputusan yang berat. “Ia adalah berat, terlalu berat,” kata Chong Wei dalam laman Facebook dan Instagram rasmi miliknya, bersempena setahun persaraan sebagai pemain kebangsaan. Mengimbau kenangan sebelum menggantung raket, […]

KBS Belum Kemuka Permohonan Atlet Ke Luar Negara – Ismail Sabri
PUTRAJAYA, 14 Jun – Belum ada sebarang permohonan dikemukakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi atlet yang mewakili negara untuk ke kejohanan di luar negara, menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, kerajaan akan melihat kebenaran bagi atlet ke luar negara selepas KBS menghantar permohonan itu kepada Jabatan Imigresen. Jelasnya, buat […]

Hati-Hati Dengan Pihak Tawar Visa Urus Sendiri Tunai Haji – Tabung Haji
Kuala Lumpur: Orang ramai diingatkan untuk berhati-hati dan tidak sesekali berurusan dengan pihak yang menawarkan visa diurus sendiri untuk menunaikan haji berikutan kerajaan menangguhkan penghantaran jemaah haji Malaysia untuk menunaikan ibadah itu pada tahun ini. Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataan hari ini menyatakan penangguhan itu turut melibatkan semua bakal haji termasuk yang bercadang menggunakan […]

Covid-19: Tiga Daripada Lima Pekerja Hilang Pekerjaan Berumur Bawah 40 Tahun
Kuala Lumpur: Tiga daripada lima pekerja yang hilang pekerjaan dalam tempoh beberapa bulan lepas berumur di bawah 40 tahun, dengan kebanyakan mereka daripada sektor tidak formal yang tidak menawarkan sebarang jaringan keselamatan sosial, menurut Pakar Ekonomi DM-Analytic Sdn Bhd Zouhair Rosli. Beliau berkata kaji selidik mendapati tiga daripada lima pekerja sektor tidak formal berpendapatan kurang […]

Tiada Lagi Pemantauan Rumah Ke Rumah Ketika Sambutan Hari Raya Aidiladha – Ismail Sabri
Polis dan pasukan penguatkuasa yang lain termasuk RELA, APM, ATM dan sebagainya tidak akan mengadakan pemantauan rumah ke rumah pada hari raya Aidiladha seperti yang dilakukan sewaktu minggu pertama musim perayaan Aidilfitri lalu. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian di dalam sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Putrajaya sebentar […]

Malaysia Diiktiraf Sebagai Antara 5 Negara Terbaik Kawal Pandemik Covid-19 – Ismail Sabri
Dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang disampaikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri merangkap kepada Menteri Keselamatan Negara mengumumkan bahawa negara Malaysia antara 5 negara terbaik mengawal wabak pendemik Covid-19. Semua sedia maklum bahawa pada awal perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk membendung wabak ini agak sukar apatah lagi pandemik ini terpahat dalam […]

Tiada Lagi Baju Batik ‘Kuih-Muih’ Setiap Hari, Sidang Media PKPP Hanya 3 Kali Seminggu Bermula Minggu Hadapan
Menerusi sidang media harian Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang disampaikan oleh Menteri Keselematan Negara, Datuk Seri Ismail Sabri telah mengumumkan bahawa sidang media harian akan dijadualkan hanya tiga kali dalam seminggu sahaja. (Rujuk video minit ke 14:30) Hari ini juga merupakan hari terakhir saya bersiaran langsung setiap hari pada hujung minggu. Jadi, selepas ini […]
Penderma Darah Wira Negara – Muhyiddin
KUALA LUMPUR, 14 Jun — Penderma darah juga adalah wira negara kerana pengorbanan mereka untuk tampil menderma darah secara sukarela membantu menyelamatkan nyawa pesakit, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata pengorbanan masa dan tenaga penderma darah, yang tampil secara sukarela saban hari juga dapat dilihat semasa negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) […]
Ramai Sokong Pindaan Kenakan Hukuman Lebih Berat Terhadap Pemandu Mabuk
PUTRAJAYA, 14 Jun — Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi mengenakan hukuman lebih berat kepada mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah atau memandu secara melulu, adalah usaha merentasi kepentingan kaum, agama dan politik yang pasti mendapat sokongan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. Menurutnya hasil kajian terhadap lebih 345,000 […]