Berita
SKMM Rancang Bina Menara Telekomunikasi Baharu Di Pitas
KUALA LUMPUR, 17 Jun — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) merancang untuk membina sebuah menara telekomunikasi baharu di Kampung Bilangau Kecil, yang terletak berhampiran dengan Kampung Sapatalang di Pitas, Sabah. MCMC dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan menara telekomunikasi itu akan dibina di bawah Pelan Gantian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) 1, yang dijangka siap […]
Lebih 100 Hilang Tempat Tinggal, 20 Rumah Musnah Kebakaran Di Tawau
TAWAU, 17 Jun — Dianggarkan lebih 100 penduduk hilang tempat tinggal apabila 20 rumah musnah dalam kebakaran di Lorong Haji Sundu, Batu 2 Jalan Apas, di sini tengah hari tadi. Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau, Sukur Hatta berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.28 tengah hari sebelum menghantar 40 anggota bersama dua jentera dan […]
PDRM Keluarkan 80,950 Saman Sejak Hari Pertama PKPP – Bukit Aman
KUALA LUMPUR, 17 Jun — Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan sebanyak 80,950 saman terhadap pengguna jalan raya sejak hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) (10 Jun) sehingga semalam. Antara kesalahan utama yang dilakukan adalah memandu melebihi had laju dengan sebanyak 37,802 saman, lesen tamat tempoh (12,169) dan sebanyak 10,390 saman tidak mematuhi arahan […]
Wanita Rohingya Ditemukan Maut Ditikam Di Pasir Puteh
PASIR PUTEH, 17 Jun (Bernama) — Seorang wanita berbangsa Rohingya ditemukan maut dengan tiga kesan luka di badan dipercayai akibat ditikam suaminya dalam satu kejadian di Kampung Gong Baru di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Pasir Puteh DSP Mohd Azmir Damiri berkata dalam kejadian pada kira-kira 9 pagi itu, mangsa, Nor Begun Dil Mohammad, 28, maut di tempat […]
Jangan Salah Guna Ubat ‘Dexamethasone’ Untuk Rawat COVID-19 – Dr Noor Hisham
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyalah guna atau mengambil ubat ‘Dexamethasone’ tanpa preskipsi daripada doktor untuk merawat wabak COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini kerana ubat berkenaan mempunyai kesan sampingan, dan ia perlu diimbangi dengan keperluan penggunaannya bagi penyakit-penyakit tertentu. “Salah satu kesan sampingannya adalah sindrom ‘cushing’, penipisan kulit, dan beberapa siri […]
Empat Lagi Kes Baharu Bagi Kluster Warga Emas Kuala Selangor Dilaporkan Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 4 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Warga Emas Kuala Selangor. Sehingga kini, kluster tersebut telah mencatatkan tujuh kes positif manakala 14 lagi masih menunggu keputusan. Menurut KKM, kesemua penghuni rumah tersebut telah dikuarantin dan kakitangan yang menguruskan penghuni rumah terbabit telah dilengkapkan dengan peralatan PPE bagi menguruskan […]
KKM Kenal Pasti Kluster Baharu Iaitu Kluster Mati Di Rumah (MDR) Di Sabah
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Datuk Dr Noor Hisham hari ini memaklumkan bahawa terdapat satu kluster baharu dikenalpasti iaitu kluster Mati Di Rumah (MDR) di Sabah. “Kes pertama kluster ini iaitu kes ke-8,403 adalah seorang warga emas yang telah meninggal dunia di rumah pada 12 Jun 2020 akibat komplikasi sakit jantung dan telah dibawa ke […]
Kronologi Pergelutan Maut Anggota Polis Dengan Rayshard Brooks, Akhirnya Mati Ditembak
Seorang lelaki berkulit hitam maut ditembak polis dalam satu adegan kejar mengejar di Atlanta, Amerika Syarikat. Rayshard Brooks, 27 ditembak dua kali dari belakang oleh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri dalam satu kejadian di sebuah restoran makanan segera di sini. Pada 12 Jun lalu, dua anggota polis telah menemui Rayshard sedang terlelap di […]
TERKINI: 10 Kes Baharu Covid-19 Dan Tiada Kematian Dilaporkan Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa, sebanyak 10 kes positif Covid-19 baru yang dilaporkan sehingga 17 Jun 2020, jam 12 tengah hari. Pertambahan kes yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif yang dilaporkan di Malaysia meningkat kepada 8,515 kes. Terkini #covid19malaysia, 17 Jun Kes sembuh = 140Jumlah kes sembuh = 7,873 Kes […]
TERKINI: Lagi 140 Kes Telah Sembuh, Peratusan Sembuh Kini Melebihi 90 Peratus
Menerusi sidang media hari ini, Datuk Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 140 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih dari jangkitan Covid-19 dan dibenarkan discaj adakah sebanyak 7,873 bersamaan 92.46%. Terkini #covid19malaysia, 17 Jun 140 kes discaj dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah […]
Abang Food Panda Dipercayai Gigih Hantar Makanan Guna Basikal Buat Netizen Terharu
Wabak Covid-19 yang melanda negara menyaksikan ramai yang kehilangan pekerjaan. Ada yang terpaksa mengikat perut demi kelangsungan hidup dan terpaksa melakukan apa sahaja perkerjaan demi mencari rezeki yang halal. Seperti sekeping gambar yang tular di media sosial di mana seorang lelaki dipercayai penghantar makanan sedang menaiki basikal. Hantar makanan guna basikal Dipercayai, dia sedang mengayuh […]
Covid-19: Vietnam Catat Satu Kes Import Baharu
HANOI, 17 Jun — Vietnam pada Rabu mengesahkan satu kes import baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini seramai 335 orang, kata Jawatankuasa Pemandu untuk Pencegahan dan Kawalan COVID-19. Kes terbaru itu membabitkan seorang lelaki berusia 24 tahun, baru balik dari Kuwait pada Selasa, dan transit di Qatar. Sejurus tiba di lapangan terbang antarabangsa Tan […]

Lakukan Aksi ‘Whillie’, Penghantar Barang Dipenjara Dua Hari, Denda RM5,500
Kuala Lumpur: Akibat menunggang motosikal sambil melakukan aksi berbahaya dengan mengangkat roda hadapan motosikalnya, seorang penghantar barang dijatuhkan hukuman penjara dua hari dan denda RM5,500, oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini. Majistret Puteri Nursheila Rahimi menjatuhkan hukuman terhadap Muhammad Faris Mohamed, 20, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman […]
Suami Beritahu Isteri Nak Keluar Dengan Kawan, Respon Si Isteri Mencuit Hati, Raih 38k ‘Like’ Di Twitter
Bila dah berkahwin, gaya hidup dah tak sama dengan zaman bujang. Kalau dahulu boleh keluar bila-bila masa dan pulang ikut suka hati, selepas berkahwin semuanya berubah kerana tanggungjawab menggunung di atas bahu terutamanya bagi suami. Apapun, tak salah berjumpa rakan-rakan selagi tak mengabaikan keluarga. Waktu bersama rakan juga penting dalam kehidupan sosial kita sebagai escapisme […]

Kelantan Kaji SOP Untuk Pasar Malam Kembali Beroperasi
Kota Bharu: Kerajaan Kelantan sedang meneliti prosedur operasi standard (SOP) bagi pembukaan semula pasar malam di negeri itu berikutan SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara disifatkan peniaga terlalu ketat. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Dr Izani Husin berkata perkara itu dijangka dapat diselesaikan dalam masa terdekat bagi membolehkan peniaga kembali mencari rezeki. Beliau berkata […]
“Beli Rumah Di Usia Muda Bukan Satu Pencapaian”, Peguam Hartanah Dedah Hakikat Sebenar Libatkan Anak Muda Yang Membeli Rumah
Hari ini, semakin ramai mula sedar kepentingan memiliki rumah berbanding membeli kenderaan. Ramai anak muda yang berlumba-lumba untuk melihat siapa yang paling muda membeli rumah. Pun begitu, tindakan membeli bukan berdasarkan ilmu pengetahuan yang cukup akan membawa bahana di kemudian hari. Menurut seorang peguam menguruskan bidang hartanah, Nur Aimuni berkata, baginya, membeli rumah di usia muda […]
Peluang Untuk Rakyat Malaysia Saksikan Gerhana Matahari Separa 21 Jun Ini
Rakyat Malaysia sekali lagi berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Separa di langit Malaysia dan Asia Tenggara pada 21 Jun nanti. Berdasarkan perkongsian di halaman Facebook Planetarium Negara, fenomena tersebut dijangka akan berlaku dari pukul 2.30 petang hingga 5.30 petang waktu Malaysia. Bagaimanapun, buat masa ini kemudahan teleskop tidak akan dibuka untuk orang awam di Planetarium […]

(Video) Rumah Di ‘Kampung Bebas Covid-19’ Di Itali Ini Dijual Hanya RM 5, Dikelilingi Gunung-Ganang Indah
Bila disebut sahaja Milan, Rome atau Venice di Itali, pasti ramai yang terbayangkan akan kemegahan kota bersejarah dan moden itu. Namun di sebaliknya, pernahkah anda mendengar mengenai sebuah bandar kecil Cinquefrondi yang terletak di hujung negara itu? Harga sebuah rumah serendah RM4.82 sen Terletak di wilayah selatan Calabria, Cinquefrondi kini menawarkan peluang kepada mereka yang […]
‘Oyen’ Kucing Jalanan Terkenal, Bob Yang Berjaya Ubah Nasib Tuannya Dilapor Meninggal Dunia
Bob, seekor kucing jalanan yang menjadi teman setia kehidupan seorang lelaki bernama James Bowen telah mati. Sahabat comelnya itu meninggalkan dunia ini pada usia 14 tahun. Bagaimanapun, punca kematiannya belum lagi dinyatakan daripada mana-mana sumber. Mengimbas kembali, James pernah menulis kisah hidupnya dengan kucingnya itu dalam bukunya berjudul A Street Cat Named Bob. Kehidupan James […]
Tiada Larangan Untuk Kanak-kanak Keluar Beriadah, Tetapi Perlu Patuh SOP- Ismail Sabri
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian non-kesihatan sebentar tadi memaklumkan tiada lagi halangan untuk kanak-kanak keluar beriadah ketika ini. ”Sekarang dah boleh. Tidak ada larangan untuk kanak-kanak beriadah. Tidak ada larangan. Taman-taman permainan sudah mula dibuka, anak-anak dah boleh keluar. ”Cuma janganlah berhimpun beramai-ramai di kawasan riadah tersebut. Sebab […]