Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kelantan Kaji SOP Untuk Pasar Malam Kembali Beroperasi

Gambar sekadar hiasan

Kota Bharu: Kerajaan Kelantan sedang meneliti prosedur operasi standard (SOP) bagi pembukaan semula pasar malam di negeri itu berikutan SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara disifatkan peniaga terlalu ketat.

Iklan

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Dr Izani Husin berkata perkara itu dijangka dapat diselesaikan dalam masa terdekat bagi membolehkan peniaga kembali mencari rezeki.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan periuk kepada sembilan peniaga jagung rebus di Kampung Tingkat, Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri belum berpuas hati dengan tahap pematuhan SOP dalam kalangan peniaga dan masyarakat di negeri ini, khususnya di pasar dan kedai makan.

Katanya antara yang menjadi isu ialah jarakan sosial yang tidak diambil berat oleh sebilangan anggota masyarakat.

”Perkara ini kita serahkan kepada pihak berkuasa yang menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan. Bagaimanapun kita harap semua pihak dapat memainkan peranan dalam menjaga keselamatan diri masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, Izani berkata kerajaan negeri memperuntukkan lebih RM100,000 bagi membaik pulih sembilan gerai jualan jagung rebus di Kampung Tingkat di sini.

”Kita berharap dengan adanya sumbangan gerai baharu dan lebih cantik ini dapat menarik perhatian pengunjung sekali gus dapat meningkatkan taraf hidup mereka,” katanya.

— BERNAMA