Berita
Caj Tambahan Gunting, Dandan Rambut Hanya Untuk Apron Dan Sarung Tangan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hanya membenarkan penyedia perkhidmatan kedai gunting rambut, pendandan rambut, dan salun kecantikan, untuk mengenakan caj tambahan kepada pelanggan bagi apron pakai buang dan sarung tangan sahaja. Menterinya Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, caj tambahan itu bukanlah dalam jumlah yang besar, kerana bagi apron atau alas gunting rambut pakai […]
Pegawai Penyiasat Pakai Sut PPE Ketika Siasat Kemalangan Maut
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkenalkan pemakaian sut peralatan perlindungan diri (PPE) kepada pegawai penyiasat yang menjalankan siasatan berkaitan kemalangan maut di lebuh raya. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata sebagai langkah permulaan, PPE mula diedarkan hari ini untuk kegunaan pegawai penyiasat di […]
Survelan COVID-19 Diteruskan Walaupun PKPP Tamat – KP Kesihatan
PUTRAJAYA, 19 Jun — Aktiviti survelan atau pemantauan COVID-19 di Malaysia akan diteruskan walaupun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ditamatkan nanti, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata biarpun jumlah kes harian COVID-19 terkawal dan negara sudah memasuki fasa pemulihan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus melaksanakannya bagi memantau penularan COVID-19 dalam komuniti. “Aktiviti-aktiviti survelan yang […]
COVID-19: Empat Negeri Catat Pertambahan Kes Baharu Hari Ini
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu perkongsian di akaun Facebook rasminya telah berkongsikan maklumat berkenaan negeri yang mencatatkan pertambahan kes setakat 19 Jun 2020, jam 12 tengah hari. Menerusi data bilangan pecahan kes harian mengikut negeri yang dikongsikan beliau, hanya terdapat empat negeri sahaja yang mencatatkan pertambahan kes baharu pada hari […]
Satu Kluster Baharu Dikesan Di Sarawak Iaitu Kluster Kidurong – KP Kesihatan
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham hari ini memaklumkan bahawa terdapat satu kluster baharu yang telah dikesan iaitu Kluster Kidurong. “Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan satu kes baharu yang telah dikesan di Sarawak iaitu Kluster Kidurong. Sehingga kini terdapat 6 kes yang telah dikesan di dalam kluster ini. Terkini #covid19malaysia, 19 Jun Terdapat 1 […]

Harga Petrol RON97, RON95 Naik 3 Sen, Diesel Naik 4 Sen Seliter Bermula Esok
Kementerian Kewangan Malaysia hari ini mengemaskini harga runcit produk petroleum bagi tempoh 20 Jun 2020 Sehingga 26 Jun 2020. Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, harga minyak Ron97 naik sebanyak 3 sen menjadi RM1.89/liter. Ron95 juga turut naik sebanyak 3 sen menjadi RM1.59/liter manakala diesel pula naik 4 sen menjadi RM1.77/liter. Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh […]
TERKINI: 6 Kes Baharu COVID-19 Dan Tiada Kematian Dicatatkan Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa, sebanyak 6 kes positif Covid-19 baru yang dilaporkan sehingga 19 Jun 2020, jam 12 tengah hari. Pertambahan kes yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif yang dilaporkan di Malaysia meningkat kepada 8,535 kes. Terkini #covid19malaysia, 19 Jun Kes sembuh = 70Jumlah kes sembuh = 8,070 Kes […]
TERKINI: 70 Kes Telah Pulih, Jumlah Kumulatif Discaj Kini 8,070 Kes
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Datuk Dr Noor Hisham hari ini memaklumkan bahawa terdapat 70 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan dibenarkan discaj adalah sebanyak 8, 070 kes bersamaan 94.55%. Terkini #covid19malaysia, 19 Jun 70 kes discaj dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes discaj […]
Tak Dapat Bayar Kos ‘Swab Test’, Ibu Ini Kehilangan Bayi Dalam Kandungan
MAKASSAR – Seorang penduduk Makassar, Ervina Yana kehilangan bayinya yang belum lahir ketika hendak bersalin. Si ibu terganggu oleh saringan kesihatan Covid-19 sebelum melahirkan, kerana dia tidak mempunyai wang untuk membiayai saringan tersebut. Wakil Gabenor Sulawesi Selatan, Andi Sudirman Sulaiman, Rabu (17/06/2020) mengunjungi Ervina, yang bayinya telah meninggal dunia dalam rahim kerana mengalami masalah tidak […]
“Pakai Labuh, Ingat I Tak Boleh Bayang Badan U Ke”, Gadis Dedah Terima Mesej Jijik Individu Tak Dikenali
Kalau dah kaki lucah, haiwan pun boleh dianiaya. Inikan pula wanita berpakaian sopan dan sempurna. Isu gangguan seksual bagaikan tak pernah padam di media sosial. Baru-baru ini, seorang remaja perempuan di Twitter berkongsi paparan skrin mesej diterima dari seorang individu tak dikenali dengan kandungan lucah. Berdasarkan paparan skrin berkenaan, individu tersebut membuat komen berkait pemakaian […]

Tiga Pembantu Penguat Kuasa Mengaku Tidak Bersalah Minta, Terima Rasuah
KOTA KINABALU, 19 Jun — Tiga penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini, hari ini, masing-masing atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah daripada seorang pemilik kedai runcit yang dikatakan melakukan kesalahan berhubung kawalan harga barangan. Mohamad Nazri, 38, Tonny Ramlee, 40, dan Rosdeh Likum, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atas […]

Sindiket Palsukan Laporan Ujian Saringan COVID-19 Tumpas, Polis Tahan Lima Individu Termasuk Dalang
SHAH ALAM, 19 Jun — Polis menumpaskan satu sindiket pemalsuan dokumen keputusan ujian saringan COVID-19 dengan menahan lima individu termasuk dalangnya dalam tiga serbuan berasingan di Seksyen 25 di sini dan Klang, Rabu lepas. Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib berkata sindiket berkenaan dipercayai aktif melakukan kegiatan itu semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan […]
Lelaki Pertaruh Nyawa, Buat CPR Untuk Nenek Hidap COVID-19 Tak Sedarkan Diri Sebelum Terima Rawatan
Seorang lelaki di Mexico tidak dapat menahan kesedihan kehilangan orang yang paling disayangi selepas berusaha menyelamatkan neneknya. Kejadian berlaku di tempat letak kenderaan sebuah Hospital di Mexico pada 8 Jun. Tular di media sosial gambar percubaan seorang lelaki memberikan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut kepadanya neneknya yang tidak sedarkan diri disyaki menghidap COVID-19. Malangnya […]

Kes Denggi Di Ipoh Makin Membimbangkan, Meningkat Lebih 200 Peratus
Ipoh: Kes demam denggi di Perak khususnya bandar raya Ipoh semakin membimbangkan apabila mencatatkan peningkatan lebih 200 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata laporan menunjukkan bagi tempoh Januari hingga 13 Jun, sebanyak 888 kes direkodkan berbanding 262 kes untuk tempoh sama […]
(Video) Kenapa Ada Wanita Senggugut & Cirit Birit Masa Haid, Ini Penerangan Doktor
Sebahagian wanita mungkin pernah merasai sakit senggugut atau kejang pada bahagian abdomen semasa datang bulan. Ada juga yang mengalami sakit perut dan cirit birit ketika hari awal menstruasi. Anda tahu kenapa? Menurut Dr Karan Raj, gejala ini berpunca daripada hormon prostaglandin yang dirembeskan rahim ketika tempoh mentruasi. Hormon ini berfungsi untuk mengecutkan otot rahim bagi […]

Sembilan Kontena Berisi Arak Bernilai RM2.6 Juta Dirampas
Petaling Jaya: Sembilan kontena berisi minuman keras yang dianggarkan bernilai RM5.6 juta termasuk cukai, dirampas disyaki melibatkan sindiket penyeludupan di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang pada 12 Jun lepas. Penolong Ketua Pengarah Jabatan Kastam Zon Tengah, Datuk Zulkarnain Mohamed Yusuf berkata hasil pemeriksaan ke atas kesemua kontena itu menemui pelbagai jenis arak dipercayai tidak mendapat kelulusan […]

JKM Wilayah Persekutuan KL Minta Bantuan Rakyat Malaysia Cari Waris Bayi Lelaki Comel Ini
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur meminta orang ramai yang mengenali waris bayi lelaki berusia satu bulan untuk tampil memberikan maklumat. Menerusi facebook rasmi Jkm Wpkl, bayi tersebut telah ditinggalkan di dalam pagar rumah orang awam di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur dalam keadaan bertali pusat sebelum dibawa ke Hospital Tunku Azizah untuk mendapatkan […]
Pelawat Asing Untuk Tujuan Perubatan Dibenarkan Masuk Malaysia Tetapi Bersyarat- Ismail Sabri
Kemasukan warga asing ke negara ini bagi tujuan perubatan adalah dibenarkan, umum Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. “Mereka juga kita benarkan masuk ke negara kita tanpa memohon kebenaran daripada pihak imigresen. “Apa yang mereka perlu buat adalah hanya mendaftar kepada Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC). “Mereka perlu daftar dan selepas pendaftaran […]
‘On’ PUBG Sekarang Dan Grab Wang Tunai Berjumlah RM10,000, Kami Tunjukkan Caranya
Sekarang ni dengan main game pun boleh buat duit. Daripada sekadar main untuk lepaskan bosan, apa kata korang cuba nasib dengan main dan menangi hadiah tunai berjumlah RM10,000? Nak tahu macam mana? Jom baca. Khas untuk peminat PUBG, OPPO dengan kerjasama ESPL dan Republic GG akan mengadakan perlawanan game terbesar mereka iaitu OPPO Gaming Tournament […]
Bayi 9 Bulan Meninggal Dunia, Disahkan Positif Covid-19 Di Riau
JAKARTA – Seorang bayi berusia sembilan bulan di Riau meninggal dunia akibat dijangkiti virus Corona. Menurut laporan, pesakit Covid-19 ke-129 di Riau itu dirawat sebentar di sebuah bilik pengasingan di Indragiri Hilir sebelum dia meninggal. Jurucakap Riau Covid-19 Indra Yovi menyatakan, bayi yang meninggal berasal dari Kabupaten Indragiri Hilir. Indra berkata, bayi yang lemah itu […]