Berita

(Video) Fenomena Awan Bentuk Tsunami Muncul Di Langit Acheh Gemparkan Penduduk Setempat
Penampakan awan gergasi di Kota Meulaboh, Aceh, Indonesia pada pagi semalam ternyata menimbulkan ketakutan ramai penduduk kerana dikatakan menyerupai gelombang tsunami yang pernah melanda negeri itu. Menerusi video berdurasi 29 saat yang dimuat naik oleh seorang individu di Twitter, awan tersebut kelihatan seperti lautan yang ‘bersedia’ menggulung apa sahaja yang berada di bawahnya. Kejadian aneh […]
Gelombang Haba: Tiga Negeri Meliputi Lima Buah Daerah Dalam Status Berjaga-Jaga
Status gelombang haba di Semenanjung Malaysia dilaporkan berada pada tahap satu dengan suhu mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius. Berdasarkan kemas kini Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) setakat jam 9.40 pagi hari ini, tiga buah negeri meliputi lima daerah berada pada tahap 1 iaitu berjaga-jaga. Kawasan yang disenaraikan iaitu Perak, Batang padang; Pahang, Temerloh dan […]
Pemimpin Beirut Telah Diberi Amaran Pada Julai Mengenai Bahan Letupan Di Pelabuhan
Pegawai keselamatan Lubnan memperingatkan perdana menteri dan presiden bulan lalu bahawa 2,750 tan ammonium nitrat yang disimpan di pelabuhan Beirut menimbulkan risiko keselamatan dan boleh memusnahkan ibu kota jika meletup, menurut sumber keselamatan kanan. Hanya lebih dari dua minggu kemudian, bahan kimia industri meletup dalam letupan besar yang menghancurkan sebahagian besar pelabuhan, membunuh sekurang-kurangnya 163 […]
Hospital Melaka Rayu Orang Ramai Tampil Derma Darah
MELAKA, 11 Ogos – Jabatan Perubatan Transfusi, Hospital Melaka merayu orang ramai yang memiliki darah jenis O, A, B dan AB untuk tampil menderma darah ke hospital itu bagi memastikan bekalan mencukupi untuk keperluan pesakit. Jabatan itu menerusi kenyataannya memaklumkan penderma darah boleh hadir ke Hospital Melaka pada Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8.00 pagi hingga […]
Sama Ada Anda Sakit Atau Tidak, Cara Pemakaian ‘Mask’ Tetap Putih Di Dalam Biru Di Luar – KKM
Sejak kebelakangan ini tular kononnya cara pemakaian pelitup muka yang betul untuk mencegah daripada sakit. Melalui mesej yang tersebar itu, orang ramai disaran memakai pelitup muka dengan cara berlawananan (warna putih di luar dan biru di dalam) bagi mencegah penyakit. Namun, sejauh manakah kebenarannya? Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Facebook rasmi mereka menjelaskan mengenai pemakaian […]
Korea Selatan Dilapor Kesan Tiga Mutasi Baru Dari COVID-19
Pihak berkuasa kesihatan awam Korea Selatan mengatakan pada hari Isnin bahawa mereka telah menemui tiga urutan genom bermutasi baru dari coronavirus novel di antara kes yang diimport. Mutasi genetik dikesan menjadi “protein lonjakan,” protein permukaan utama virus, daripada tiga kes import COVID-19; dua dari Pakistan dan satu dari Uzbekistan, menurut Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit […]
Isu Harga Siling Pelitup Muka Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini
KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Isu harga siling pelitup muka antara perkara yang bakal dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, isu itu terkandung dalam sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang diajukan oleh Chong Chieng Jen (DAP-Stampin) kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Chong bertanya mengenai rasional KPDNHEP […]
PDRM Sahkan Terima Maklumat Segelintir Pegawai, Anggota Polis Disyaki Lindungi Premis Judi Di Sekitar Sungai Buloh
KUALA LUMPUR (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima maklumat mengenai segelintir pegawai dan anggota polis disyaki melindungi premis judi haram di sekitar Sungai Buloh, dekat sini. Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu pejabat polis Bukit Aman Datuk Zamri Yahya berkata ketika ini pihaknya sedang meneliti maklumat yang diterima termasuklah premis-premis judi […]
Perdana Menteri Lubnan Letak Jawatan
BEIRUT – Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab meletak jawatan kurang dari seminggu selepas tragedi letupan di Beirut berlaku, lapor pemberita Al Hadath hari ini, memetik kenyataan Menteri Kesihatan. Hassan difahamkan akan mengumumkan peletakan jawatan tersebut, kata kenyataan menteri tersebut pada Ruters. “Seluruh kerajaan akan letak jawatan,” katanya menerusi laporan Al-Arabiya. Hassan turut dilaporkan akan menuju […]

(Video) Api Besar Menjulang, Detik-Detik Ngeri Lori Tangki Minyak Meletup Di Rusia
Volgograd, Rusia, 10 Ogos – Satu kejadian letupan dilaporkan berlaku di sebuah stesen pengisian gas di sini hari ini. Menurut agensi media Azerbaijan, seramai 13 individu dilaporkan cedera dalam kejadian berkenaan. Letupan dipercayai bermula apabila sebuah tangki membawa gas terbakar di stesen pengisian di daerah Traktorozavodsky, lapor media tersebut memetik kenyataan Kementerian Kecemasan Rusia. Api […]
(Video) Isu Bendera Terbalik: “Tiada Lagi Maaf,” – KP Johor
JOHOR BAHRU, 10 Ogos – Tiada lagi permohonan maaf yang diterima selepas ini sekiranya berlaku lagi isu bendera yang dipasang terbalik. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, isu tersebut sepatutnya tidak perlu lagi berlaku berikutan negara ini sudah mencapai kemerdekaan selama 63 tahun. “Saya tidak akan lagi memberi amaran. Kalau ada lagi […]
OKT Maut Terjun Bangunan Mahkamah Di George Town
GEORGE TOWN, 10 Ogos — Seorang lelaki iaitu Orang Kena Tuduh (OKT) yang dibawa ke mahkamah di sini untuk pendakwaan, ditemui mati selepas disyaki terjun dari tingkat lima bangunan berkenaan hari ini. Mayat lelaki yang berusia 40an itu ditemui terbaring di aras bawah mahkamah berkenaan pada kira-kira pukul 11.35 pagi. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong […]
Ada Kemungkinan Seorang Pesakit Positif Di Negeri Sembilan Sabtu Lepas Adalah Kes Jangkitan Kali Kedua
Kementerian Kesihatan (KKM) menyatakan ada kemungkinan seorang pesakit yang dilaporkan positif di Negeri Sembilan Sabtu lepas adalah kes jangkitan kali kedua. Menurut tweet KKM tersebut, kajian menadapati 80 peratus pesakit sembuh boleh mendapat jangkitan kali kedua. Walaubagaimanapun, KKM masih belum boleh mengisytiharkan kes tersebut merupakan jangkitan berulang kerana ada kemungkinan juga pesakit itu merupakan kontak […]
Dr. Amalina Umum Kini Dah Bertunang, Netizen Tumpang Gembira & Ucap Tahniah
Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Dr Amalina Che Bakri. Pernah meraih perhatian negara dengan keputusan cemerlang 17 A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004, beliau sering menjadi rujukan rakyat Malaysia apabila timbulnya isu kesihatan Biarpun berada jauh di perantauan, beliau sering berkongsi ilmu kesihatan kepada masyarakat melalui medan sosial miliknya. Malah, beliau juga […]
Mayat Wanita Warga Emas Ditemukan Dengan Kesan Kelar Di Leher
ALOR SETAR, 10 Ogos (Bernama) — Mayat seorang wanita warga emas dengan kesan kelar di bahagian leher ditemukan di rumahnya di Jalan Anggerik, Bandar Aman Jaya, Sungai Petani hari ini, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda Supt Shamsudin Mamat. Beliau berkata mangsa, 61, ditemukan di dalam sebuah bilik rumah berkenaan dalam keadaan berlumuran darah […]
Guru Tuisyen Curi 21 Pakaian Jenama Zara, Dipenjara 5 Hari, Denda RM4,500
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) — Akibat mencuri 21 helai pakaian di sebuah butik di pusat beli-belah di sini Sabtu lalu, seorang guru tuisyen dihukum penjara lima hari dan denda RM4,500 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini. Tertuduh, 28, turut diperintahkan oleh Majistret S.Mageswary menjalani hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda. Mahkamah […]
‘Panglima’ Kembali Ke Medan ‘Perang’, Dr. Rohaizat Dipanggil Semula Dari Bersara Bantu KKM Lawan COVID-19
Ibarat ‘sirih pulang ke gagang’, bekas Timbalan Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr. Rohaizat Yon telah kembali semula ke medan ‘perang’. Kemunculannya ketika sidang media Kementerian Kesihatan (KKM) di Putrajaya petang tadi turut diperakui oleh ketua pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. Difahamkan, beliau dipanggil berkhidmat semula secara kontrak adalah bagi membantu KKM ‘berperang’ serta mengawal […]
RUU 355: Saya Berharap, Insya-Allah Ianya Dapat Direalisasikan Sebelum Saya Mati- Menteri Agama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu kemas kini di laman facebook sebentar tadi berharap Rang Undang-Undang (RUU) 355 dapat direalisasikan suatu masa nanti. ”Saya berharap, insya-Allah ianya dapat direalisasikan sebelum saya mati,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Titah Diraja dalam sidang […]
“Ditelan Mati Emak, Diluah Mati Bapa”, Wanita Baru Bersalin Bimbang, Terpaksa Berjauhan & Tak Dapat Jaga Ibu Pekak, Buta Kerana TEMCO
KUALA PERLIS, 10 Ogos (Bernama) — “Ditelan mati emak, diluah mati bapa”, begitulah perumpamaan sesuai bagi Siti Zulaikha Sharif, 29, yang terpaksa berjauhan dengan ibunya yang buta dan pekak di Kampung Kuala Sanglang, akibat peningkatan penularan kes COVID-19 di negeri ini. Siti Zulaikha yang baru sahaja melahirkan bayi sulungnya di Hospital Tuanku Fauziah di sini […]
Jumlah Saringan COVID-19 Malaysia Setanding Dengan Korea Selatan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata jika kadar positif COVID-19 meningkat 10 atau 15 peratus daripada jumlah keseluruhan ujian, bermakna lebih banyak lagi kes komuniti yang belum disaring atau belum diuji. Kenyataan ini dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika menjawab dakwaan sebahagian pihak yang mendakwa Malaysia menjalankan lebih sedikit ujian berbanding negara […]