Berita
Asap Debu Letusan Gunung Berapi Sinabung Di Indonesia Dijangka Memasuki Ruang Udara Malaysia Bermula Malam Ini- MetMalaysia
PUTRAJAYA, 10 Ogos – Asap debu letusan Gunung Berapi Sinabung, Indonesia pagi tadi dijangka tidak akan menjejaskan kualiti udara negara ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan berkata, jangkaan tersebut adalah berdasarkan model trajektori HYSPLIT yang dijana pihaknya serta ramalan dari Pusat Amaran Debu Gunung Berapi Serantau (VAAC), Darwin, Australia. “Orang ramai tidak […]
TERKINI COVID-19: Penularan Kluster Kurau, Sivagangga Sebahagian Besar Dipercayai Disebabkan Aktiviti Kunjung-Mengunjung Ketika Perayaan
Putrajaya, 10 Ogos – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan tiga lagi kes positif baru dari kluster Kurau. Menurutnya, kes tersebut dikenalpasti melalui saringan kontak rapat pesakit pertama kluster berkenaan. “Ketiga-tiga kes positif ini telah dikenalpasti hasil pengesanan kes aktif secara saringan kontak rapat kes positif kluster ini. “Kluster ini melibatkan negeri […]
TERKINI COVID-19: 11 Kes Baharu Dilaporkan Termasuk 3 Kes Dari Kluster Kurau Di Perak
PUTRAJAYA, 10 Ogos – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat 11 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini. Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 9,094 kes. Ketua pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, lima (5) kes adalah kes import yang kesemuanya melibatkan warganegara Malaysia. Manakala enam (6) kes daripadanya melibatkan kes penularan jangkitan […]

“Saya Bersalah Dan Minta Maaf, Saya Pun Dah Dikompaun Dan Telah Bayar Denda” – Hishammuddin
Menteri Luar, Datuk Hishamumuddin Tun Hussien hari ini memaklumkan Dewan Rakyat bahawa beliau telah membayar kompaun sebanyak RM250 diatas tindakan menghisap vape ketika persidangan Parlimen minggu lalu. Melalui sidang sesi pagi hari ini, beliau berdiri dan mengakui kesalahan ketika isu tersebut dibangkitkan MP Kluang, Wong Shu Qi. “Saya dah nyatakan yang mana salah tetap salah, […]
(Video) “Antara Duka Sinabung Dan COVID-19,” Pagi Persis Malam, Penduduk Kongsi Rakaman Letusan Gunung Berapi
Sebuah desa di Kabupaten Karo, Indonesia kelihatan gelap-gelita apabila diselubungi abu daripada letusan gunung berapi Sinabung di Sumatera Utaran. Susulan daripada itu, warga tempatan dilaporkan tidak berani keluar ke rumah apabila suasana siangnya bertukar persis waktu malam. “Gelap sekali jam 10 pagi, serasa malam akibat debu, sampai saat ini lampu rumah tetap dinyalakan,” ujar Teran […]
Dua Pekerja Subkontraktor TNB Maut Terkena Renjatan Elektrik
JOHOR BAHRU, 10 Ogos – Dua pekerja subkontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) maut selepas terkena renjatan elektrik di Jalan Bunga Raya, Leisure Farm Resort, Gelang Patah, di sini, malam tadi. Kedua-dua mereka iaitu Mohd Faizul Mohd Fauzi, 37, dan Shahlan Mohamed, 30, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar […]

KKM Sedang Teliti Penggunaan ‘Face Shield’ Sebagai Alternatif Kepada Pelitup Muka Pakai Buang Kepada Pelajar Sekolah – Ismail Sabri
Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ini telah mengeluarkan senarai pemakaian pelitup muka di beberapa tempat termasuk, masjid dan surau; rumah ibadat bukan Islam; majlis sosial; pengangkutan awam; zoo; bas serta van sekolah; lokasi sukan dan rekreasi (ketika tidak melakukan aktiviti) dan premis kesihatan iaitu klinik dan hospital. Susulan pelaksanaan ini, kerajaan bercadang untuk menurunkan lagi […]
(Video) Gunung Sinabung Di Sumatera Utara Kembali Meletus
JAKARTA, 10 Ogos – Gunung berapi Sinabung di Sumatera Utara, Indonesia kembali meletus pagi ini, mengeluarkan abu dan asap berwarna kelabu setinggi 5,000 meter. Menurut kenyataan Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Geologi Indonesia (PVMBG), letusan itu berlaku pada 10.16 pagi waktu Indonesia Barat dan asap serta abu itu menghala ke arah timur dan tenggara Pulau Sumatera. PVMBG […]
PKPD Bersasar Secara Pentadbiran Di Kg. Kuala Sanglang Dan Kg. Tanah Timbul Mulai 10 Ogos Hingga 31 Ogos Ini – Ismail Sabri
Sebelum ini seramai 872 orang penduduk di kawasan Sanglang, Perlis telah menjalani saringan pengesanan wabak COVID-19 susulan penularan kluster PUI Sivagangga di kawasan itu. Hari ini, melalui siaran langsung sidang media oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri mengumumkan kerajaan telah memutuskan dua buah kampung di Perlis akan terlibat dalam pelaksanaan PKPD Bersasar Secara Pentadbiran. Menurut […]
Berita Palsu: Pegawai Khas Tun Abdullah Ahmad Badawi Buat Laporan Polis
PUTRAJAYA, 10 Ogos — Satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini hari ini berhubung berita palsu mengenai kematian bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang tular. Pegawai Khas Abdullah, Datuk Jefridin Atan, yang membuat laporan polis itu berkata penyebaran berita palsu sebanyak dua kali dalam masa seminggu itu tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan […]

Peratus Kehadiran Pelajar Ke Sekolah Di Perlis Turun 50 Peratus – EXCO
KANGAR, 10 Ogos – Peratusan kehadiran pelajar ke sekolah di Perlis merosot lebih 50 peratus berikutan kebimbangan ibu bapa untuk menghantar anak ke sekolah susulan penyebaran wabak COVID-19 daripada Kluster Sivagangga, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan negeri, Rozieana Ahmad. Katanya penurunan itu berlaku setelah kerajaan negeri mengisytiharkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Secara Bersasar (TEMCO) di dua kampung iaitu […]

TERKINI: Caj Kuarantin Wajib Di ILA Diturunkan Daripada RM150 Kepada RM 100 Sehari, Caj Hotel Kekal – Ismail Sabri
Menerusi sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kerajaan memaklumkan bahawa caj kuarantin wajib di Institut Latihan Awam (ILA) telah dikurangkan daripada RM 150 kepada RM 100 sahaja. Walau bagaimanapun, caj hotel masih kekal, kata Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri. Bagaimanapun, pengecualian kos kuarantin kepada warganegara dari keluarga B40, banduan yang baru […]
Kambing Di India Dilahirkan Tanpa Hidung, Kedua-dua Biji Mata Dalam Mulut
Seekor anak kambing baru lahir di Bihar, India menarik perhatian warga tempatan apabila kelahirannya disifatkan aneh dengan keadaan tiada hidung dan mata yang berada didalam mulut. Menurut laporan media, ‘keunikan’ anak kambing yang diberi nama Kid dipercayai merupakan seperti suatu keajaiban dan penduduk setempat mula mahu memujanya. Pemiliknya memberitahu, “Ramai orang berkumpul di rumah saya […]

SPRM, JIPS Siasat Dakwaan Pihak Berkuasa Cuba Lindungi Premis Perjudian Haram
KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan terhadap dakwaan pihak berkuasa cuba melindungi premis haram, perjudian haram dan penjualan rokok seludup di sekitar Sungai Buloh dekat sini. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata pihaknya memandang serius isu yang tular dalam dua klip video mendakwa pihak berkuasa gagal memantau, […]

Jangan Sebar Berita Tidak Sahih – Raja Muda Perlis
ARAU, 10 Ogos – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan agar rakyat tidak menyebarkan berita tidak sahih susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (TEMCO) di dua kampung di Kuala Sanglang kerana ia hanya akan mencetuskan suasana panik dalam masyarakat. Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), […]
Adik Nor Iman Hidap Lebih Tiga Penyakit Kronik Perlukan Bantuan
Adik Nor Iman, 11 tahun telah disahkan menghidapi beberapa penyakit kronik seperti Hydrocephalus, asma, sawan, tulang pinggul keluar dan Cerebral Palsy. Salah satu badan NGO berdaftar melalui Facebook mereka, Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial (KELSS) telah menjalankan beberapa misi bantuan demi menampung kos rawatan dan kelangsungan hidup adik Nor Iman. KELSS dalam satu posting di […]
MP Kepong Tawar Diri Bayar Denda Kompaun Remaja Turunkan Pelitup Muka
Video seorang pelajar yang dilaporkan telah dikenakan kompaun kerana dikatakan menurunkan pelitup muka di sebuah stesen keretapi telah menarik perhatian ramai pihak. Rata-rata bersimpati dengan nasib pelajar tersebut yang dikatakan perlu membayar wang kompaun yang tinggi. Susulan kejadian tersebut, Ahli Parlimen Kepong, YB Lim Lip Eng, terpanggil untuk menghulurkan bantuan. Menerusi satu kiriman daripada laman […]

Tragedi Beirut: Wajah Sugul Penduduk Pulang Ke Rumah Melihat Kemusnahan Tempat Tinggal
Letupan kuat yang mengegarkan ibu negara Lubnan, Beirut pada 4 Ogos lalu menjadi perhatian di seluruh dunia. Ianya lebih meruntun jiwa apabila tragedi itu ditengah-tengah kekalutan wabak pandemik Covid-19 yang melanda negara berkenaan. Susulan daripada letupan yang berlaku, baru-baru ini para penduduk memuat naik gambar-gambar rumah dan pejabat mereka yang musnah akibat kejadian tersebut. Dalam […]
(Video) Gempa Terkuat Sejak 100 Tahun, Detik Cemas ‘Digoncang’ Dirakam Penduduk Di North Carolina
Gempa kuat menggoncang North Carolina, Amerika Syarikat semalam (9/8/2020) dikatakan antara yang terkuat sejak 100 tahun. Jabatan Cuaca Nasional di Greenville memberitahu bahawa gempa berkekuatan 5.1 magnitud terjadi pada jam 8.07 dengan beberapa susulan gempa kecil beberapa jam sebelum itu. Walau bagaimanapun, tiada laporan korban jiwa setakat ini. Penduduk tempatan dalam pada itu turut berkongsi […]

Penutupan Masjid, Surau Bergantung Nasihat MKN, KKM – Menteri Agama
BUTTERWORTH, 10 Ogos – Penutupan masjid dan surau dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (TEMCO) bergantung pada nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) berkaitan solat jemaah amat tegas dan jelas […]