Berita

Berita
Polis Thailand Rampas 600 Kg ‘Ice’ Untuk Diseludup Ke Malaysia
Bangkok: Pihak berkuasa Thailand merampas 600 kilogram dadah jenis ‘ice’ (methamphetamine) bernilai kira-kira 210 juta baht (RM28.3 juta) di wilayah selatan Narathiwat, dipercayai untuk diseludup ke Malaysia. Ketua Polis Narathiwat, Mejar Jeneral Narin Busaman, berkata serbuan pada 1 petang (waktu tempatan) Isnin berdasarkan maklumat dan polis menyerbu sebuah rumah di kampung di Muno, daerah Sungai […]
Berita
TERKINI COVID-19: Kes Baru Kembali Kepada 1 Digit, Hanya 9 Kes Hari Ini
PUTRAJAYA, 11 Ogos – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan hanya sembilan (9) kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini. Jumlah kes baharu yang kembali ke satu (1) angka itu menjadikan keseluruhan kes kini adalah sebanyak 9,103 kes. Daripada sembilan (9) kes tersebut, lima (5) adalah kes import dan empat (4) lagi merupakan penularan tempatan. Dilaporkan tiga […]
Berita
Sindiket Judi Dalam Talian Kaut Keuntungan RM1 Juta Sebulan Tumpas
George Town: Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket perjudian dalam talian yang mengaut keuntungan sehingga RM1 juta sebulan susulan penahanan sembilan lelaki termasuk dalang utamanya dalam serbuan di tiga kondominium mewah dan sebuah rumah kedai, baru-baru ini. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan berkata pihaknya menjalankan risikan dan intipan sejak bulan lepas sebelum menyerbu […]
Berita
Pelitup Muka Batik Perlu Ikut Piawaian KKM – Nancy Shukri
Kuala Lumpur: Penghasilan dan pemakaian pelitup muka fabrik bercorak batik digalakkan tetapi perlu mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri. Beliau berkata penggunaan pelitup muka berkenaan boleh membantu mempromosi identiti batik negara ini selain mengurangkan beban kerana boleh diulang pakai. Nancy berkata demikian […]
Tragedi
(Video) Enam Murid Sekolah Cedera, 22 Lagi Alami Trauma Dihempap Bumbung
Melaka: Enam murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Malim, di sini, cedera dihempap bumbung yang runtuh di tingkat tiga bangunan sekolah itu akibat ribut kencang dalam kejadian pagi ini, menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka. Beliau berkata kejadian yang berlaku pada kira-kira 10 pagi itu turut menyebabkan 22 murid lagi mengalami trauma. “Enam murid yang mengalami cedera ringan […]
Berita
230 Individu Ingkar PKP Ditahan Semalam – Ismail Sabri
Kuala Lumpur: Seramai 230 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Isnin, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata daripada jumlah itu, 13 direman manakala 215 individu lagi dikenakan kompaun, kerana terlibat dalam aktiviti kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal. “Polis telah membuat 65 sekatan jalan […]
Berita
Punca Dua Anggota PGA Maut Tertembak Diri Sendiri Masih Dalam Siasatan
Tapah: Punca sebenar dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang maut dipercayai tertembak diri sendiri dalam dua kejadian berasingan di Perak dan Kedah, masing-masing pada 19 Julai dan 7 Ogos lalu, masih belum dapat dipastikan. Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) (PGA) Datuk Mastor Mohd Ariff berkata, punca sebenar mangsa tertembak masih dalam […]
Berita
Salur Maklumat Perniagaan Menyalahi Undang-Undang Kepada Pihak Berkuasa
Kuala Lumpur: Kerajaan sentiasa mengalu-alukan usaha orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan perniagaan tanpa kebenaran dan menyalahi undang-undang, kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Santhara Kumar. Beliau berkata, maklumat tepat yang disalurkan sama ada melalui panggilan telefon, aplikasi WhatsApp mahupun di laman sosial Facebook, adalah penting bagi pihaknya untuk mengambil tindakan […]
Berita
Dakwaan Adun Terima Rasuah: SPRM Akui Sedang Lakukan Siasatan
Kuala Terengganu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu mengakui, sedang melakukan siasatan berhubung dakwaan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Terengganu, terbabit dengan rasuah berjumlah RM500,000. Pengarah SPRM Terengganu Ruslan Che Amad berkata, pihaknya sedia maklum dengan isu yang ditularkan pihak tertentu sejak semalam dan pelbagai maklumat telah dikumpulkan. Tanpa mahu mendedahkan secara terperinci, beliau yang dihubungi Bernama berkata, isu yang […]
Berita
Pemimpin Perlu Berfikiran Terbuka Selesai Isu Rakyat – Raja Perlis
KANGAR, 11 Ogos – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail hari ini bertitah pemimpin harus berfikiran terbuka dalam menyelesaikan isu rakyat terutama berkaitan pembangunan. “Pemimpin harus berfikiran terbuka, praktikal, kreatif, bernas, ke hadapan, holistik, bijaksana dan berintegriti. Keperluan berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi sangat penting untuk menguruskan isu-isu rakyat. Oleh itu, adalah penting untuk pemimpin berfikiran lebih jauh ke […]
Berita
Lindungi Premis Tanpa Lesen: Tiga Penguatkuasa MBSA Ditahan Terima Rasuah Ribuan Ringgit
KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), kerana disyaki menerima rasuah sebanyak RM300 sehingga RM3,500 secara bulanan, bagi melindungi premis perniagaan yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen di sekitar daerah itu. Tiga suspek berkenaan berusia antara 41 tahun hingga 49 tahun ditahan di […]
Berita
“Kucing Dilapah Di Kepala Untuk Ambil Tengkorak Dan Otak, Perut Ditebuk” – Persatuan Haiwan Malaysia
Kejam dan tidak berperikemanusiaan. Demikian perkataan yang boleh menggambarkan tindakan pelaku yang tergamak menyiksa kucing peliharaan seorang individu sehingga mati. Menerusi perkongsian Persatuan Haiwan Malaysia, bangkai kucing tersebut ditemui oleh pemiliknya dalam keadaan mengerikan di mana kepala haiwan itu dilapah serta otak dan tengkoraknya diambil. Tidak cukup dengan itu, perut haiwan tersebut pula ditebuk sehingga […]
Berita
Ujian DNA Tulang Pinggul Sah Milik Anna Jenkins
GEORGE TOWN, 11 Ogos – Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas tulang pinggul yang ditemukan di sebuah kawasan hutan berhampiran Jalan Batu Gantung, di sini pada 24 Jun lepas sepadan dengan DNA Anna Jenkins, warga Australia yang dilapor hilang di negeri ini, tiga tahun lepas. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan berkata pihaknya […]
Berita
KPDNHEP Turunkan Harga Siling Pelitup Muka Kepada RM 1 Seunit – Alexander Nanta Linggi
KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Kerajaan bersetuju untuk menurunkan harga siling pelitup muka tiga lapis kepada RM1 seunit, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Alexander Nanta Linggi. Beliau berkata KPDNHEP bersedia untuk menurunkan lagi harga siling pelitup muka dari semasa ke semasa bagi mengurangkan beban orang ramai susulan arahan kerajaan mewajibkan […]
Tragedi
Suami Mangsa Kelar Ditemukan Mati Tergantung Di Papan Iklan
SUNGAI PETANI, 11 Ogos – Suami kepada wanita warga emas yang maut dengan kesan kelar di bahagian leher di rumahnya di Bandar Aman Jaya, di sini semalam ditemukan mati tergantung di papan iklan di kawasan Bukit Bintang, dekat sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata mayat Tan Kok Jooi, 62, yang […]
Berita
Sembilan Gerai Di Desa Pandan Musnah Dijilat Api
KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Sembilan gerai musnah dalam kebakaran di Desa Pandan, di sini, awal pagi ini. Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Armdan Mahat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.38 pagi dan tiba di lokasi 12 minit kemudian. Katanya seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu dan Keramat dihantar ke lokasi kejadian. […]
Berita
Kerajaan Belum Muktamadkan Sambutan Maal Hijrah – Zulkifli
NILAI, 11 Ogos – Kerajaan kini dalam peringkat akhir perbincangan bagi memutuskan sama ada mengadakan majlis sambutan Maal Hijrah peringkat Kebangsaan 1442H/2020M atau sebaliknya, berikutan penularan pandemik COVID-19 yang masih berlaku. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata sambutan Maal Hjrah yang jatuh pada 20 Ogos ini, merupakan […]
Berita
Jumlah Kes Covid-19 Seluruh Dunia Melebihi 20 Juta
Moscow: Jumlah kes COVID-19 di seluruh dunia sudah melebihi 20 juta, lapor agensi berita Sputnik berdasarkan data Johns Hopkins University. Kes seluruh dunia kini berjumlah 20,001,019 pada 23:54 GMT Isnin, dengan 733,897 kematian dan 12,200,847 kes pulih. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik pada 11 Mac. Menurut WHO, jumlah korban global sudah melebihi […]
Tragedi
(Video & Gambar) Pokok Tumbang Dan Atap Terbang, Penduduk Kongsi Kejadian Ribut Dipercayai Berlaku Di Melaka Pagi Tadi
Media sosial hari ini dibanjiri gambar dan video kejadian ribut yang dipercayai melanda Melaka pagi tadi. Melalui perkongsian pengguna Facebook, rata-rata memberitahu daerah Malim antara yang terjejas teruk. Daripada gambar serta video yang dikongsi, angin dilihat sangat kuat sehingga menumbangkan beberapa pokok disisi jalan. Dalam pada itu, orang ramai juga berkongsi beberapa gambar kediaman yang […]
Berita
Tembakan Di ‘White House’, Trumph Diiring Tinggalkan Sesi Taklimat
Washington: Presiden Donald Trump terpaksa diiring ejen Perkhidmatan Rahsia semasa meninggalkan sesi taklimat mengenai COVID-19 yang sedang berlangsung, berikutan insiden tembakan di luar Rumah Putih pada Isnin, lapor agensi berita Xinhua. “Ada kejadian tembakan dan seseorang telah dibawa ke hospital. Saya tidak tahu keadaannya,” kata Trump. “Nampaknya keadaan dapat dikawal dengan baik,” kata Trump. Tiada […]