Berita

Berita
Bekas Setiausaha Sulit Kanan Menteri Dan Tunang Direman Lima Hari
Putrajaya: Seorang bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas menteri dan tunangnya direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah RM3.7 juta berkaitan perkhidmatan pengiklanan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Perintah reman yang bermula hari ini hingga 19 Ogos itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini […]
Berita
Majoriti Penduduk Semporna Tidak Rasai Gegaran Gempa Bumi
SEMPORNA, 15 Ogos – Gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 pada skala Richter yang dikesan berlaku di daerah ini pada 10.01 pagi tadi, dilaporkan tidak dirasai oleh majoriti penduduk setempat. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna Fazizul Hizam Borhan ketika dihubungi berkata pihaknya juga tidak menerima sebarang laporan berhubung gegaran akibat gempa. Bagaimanapun tinjauan Bernama mendapati segelintir penduduk di beberapa kawasan di daerah Kunak dan Lahad Datu memberitahu […]
Berita
Gempa Bumi Lemah Di Semporna
Kuala Lumpur: Satu gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter dikesan berlaku di Semporna, Sabah pada 10.01 pagi tadi. Dalam kenyataannya di sini, Jabatan Meteorologi Malaysia berkata gempa berlaku pada kedalaman 10 kilometer, kira-kira 14 km barat dari Semporna, Sabah. Jabatan itu juga berkata berdasarkan penilaian awal, gegaran mungkin turut dirasai penduduk. Keadaan akan terus dipantau, demikian menurut kenyataan itu. […]
Berita
Elak Terlupa Anak Ada Dalam Kereta, Guna “Child Reminder” Dari Aplikasi Waze Yang Ramai Tak Tahu
Kes kematian bayi atau kanak-kanak di dalam kenderaan akibat ditinggalkan ibu bapa yang terlupa, bukanlah perkara asing lagi di negara ini. Kecuaian yang berlaku ini boleh dielakkan dengan mengambil beberapa langkah waspada agar ianya tidak berulang seperti tidak meletakkan anak di kerusi belakang atau menggunakan kaedah mengingat anak paling mudah dalam kenderaan iaitu ‘child reminder’. […]
Berita
Seramai 38 Orang Dikompaun Ingkar PKPP – Polis
BUTTERWORTH, 15 Ogos (Bernama) — Seramai 37 lelaki dan seorang wanita yang melepak dan berkumpul di sekitar kawasan tepi laut termasuk jeti di Pantai Bersih, di sini dikenakan kompaun kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam pemeriksaan yang dijalankan malam tadi. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy […]
Berita
Ini Cara Untuk Dapatkan Baucar Murah Sebelum Membeli-Belah Di MYDIN
Dalam keadaan Malaysia pada ketika ini masih lagi berhadapan dengan krisis COVID-19, orang ramai pastinya bimbang mengenai kelangsungan hidup masing-masing. Ditambah pula apabila ada sesetengahnya yang terpaksa diberhentikan kerja. Disebabkan itu juga, orang ramai pasti mengharapkan agar segala barangan keperluan keluarga boleh didapati dengan mudah dan berpatutan. Penggunaan baucar di pasar raya atau pusat membeli-belah […]
Berita
Dua Restoran Makanan Segera, Sebuah Kopitiam Diarah Tutup Tidak Ikut SOP
Kepala Batas: Dua buah restoran makanan segera dan sebuah kopitiam di sini diarahkan tutup selama tujuh hari kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak berkuasa hari ini. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam operasi bermula pukul 4.00 […]
Berita
(Gambar) Berat Dipercayai Capai Setengah Tan, Buaya Muara Sebesar 4.5 Meter Terpaksa Diangkut Guna Jentolak Di Indonesia
Seekor buaya muara berukuran 4.5 meter panjang telah diburu dan dibunuh penduduk di Pulau Bangka Belitung, Indonesia. Tindakan ini susulan kepercayaan mereka bahawa buaya tersebut merupakan jelmaan syaitan yang menghantui penduduk setempat. Menurut The Sun.uk, reptilia itu mati dipercayai akibat keletihan setelah bergelut di dalam pukat khas dilengkapi mata pisau. Haiwan yang dipercayai berusia sekitar […]
Gaya hidup
Wanita Dedah Beli 4 Biji Tayar Di Shopee, Hanya Upah Kedai Pasang & Jimat Beratus-Ratus
Membeli belah atas talian semakin mendapat tempat di hati pengguna. Hanya di hujung jari, hampir semua benda yang diingini boleh didapati. Bukan itu sahaja, barangan yang dijual atas talian lazimnya lebih murah berbanding kedai biasa. Pengguna juga lebih mudah untuk membandingkan harga barangan di kedai-kedai atas talian dengan menapis carian mengikut kriteria diinginkan. “Jimat beratus-ratus” […]
Berita
19 Premis Makanan Diarah Tutup, 9 Kompaun Dikeluarkan Terhadap Perokok Dalam Ops Bersepadu Premis Makanan Di Kuala Langat & Hulu Selangor
SHAH ALAM, 14 Ogos (Bernama) — Sebanyak 19 premis menjual makanan diarah tutup dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) di sekitar Kuala Langat dan Hulu Selangor semalam. Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata daripada jumlah berkenaan sebanyak 11 buah premis diarahkan tutup di bawah Seksyen 11, Akta […]
Tragedi
Tiga Rakan Maut, Seorang Parah Kereta Bertembung Lori Sawit
KUANTAN, 14 Ogos (Bernama) — Tiga rakan maut manakala seorang parah apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan lori membawa muatan kelapa sawit di Kilometer 19, Jalan Lipis-Merapoh di Padang Tengku, Lipis kira-kira 156 Kilometer dari sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Lipis Superintenden Azli Mohd Noor dalam kenyataan media di sini hari ini berkata kejadian berlaku pada […]
Berita
Kontena Berselerak & Bangunan Hampir Hancur, Foto-Foto Kemusnahan Letupan Beirut Dirakam Sukarelawan Malaysia
Tragedi letupan gudang di Beirut, Lubnan baru-baru ini agak menggemparkan hati nurani kita semua sebagai umat Islam. Masakan tidak, insiden yang mengorbankan kira-kira lebih 200 nyawa serta mencederakan 6,000 mangsa itu turut mengakibatkan lebih 300,000 individu hilang tempat tinggal dalam sekelip mata. Oleh itu, atas dasar kemanusiaan dan semangat manusiawi yang tinggi, beberapa badan bukan […]
Selera
Macam Sama Tapi Tak, Ini Perbezaan ‘Baking Soda’ Dengan ‘Baking Powder’ Dalam Masakan
Baking soda dan baking powder (serbuk penaik) bukanlah perkara asing bagi anda yang selalu ke dapur, khususnya yang gemar menghasilkan kek, biskut dan muffin. Kedua-dua bahan ini berfungsi untuk menaikkan doh, sekaligus menjadikan tekstur makanan lebih gebu dan ringan. Namun, sesetengah orang mungkin menghadapi sedikit kesulitan untuk membezakan kedua-duanya. Jadi, tanpa membuang masa, jom kita […]
Berita
(Video) Nak Pergi Bercuti Bajet Takde, Artis Ni Nak Bagi Hadiah Pergi Travel Free Je, Baca Ni
Sejurus selepas kerajaan memutuskan untuk melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pasti ramai diantara kita yang sudah pun membuat perancangan untuk pergi bercuti. Walaupun hanya dibenarkan di dalam negara sahaja, namun perkara itu tidak membataskan kita untuk keluar jua daripada rumah sesudah beberapa bulan terperap di dalam rumah. Pun begitu, untuk pergi bercuti, faktor kewangan mungkin […]
Wanita 19 Tahun Dakwa Dirogol Secara Berkumpulan, 7 Suspek Termasuk Kembar Ditahan
PETALING JAYA, 14 Ogos – Seorang wanita tempatan berusia 19 tahun didakwa menjadi mangsa rogol secara berkumpulan di sebuah rumah di Sungai Way, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, mangsa pada awalnya mengenali suspek pertama menerusi aplikasi WhatsApp serta pernah berjumpa sebanyak dua (2) kali pada Mac dan […]
Kesihatan
Mesyuarat Jemaah Menteri Norma Baharu, Penghadang Lutsinar Jadi Pemisah
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) — Mesyuarat Jemaah Menteri pagi ini berlangsung dalam suasana ‘norma baharu’ apabila kedudukan di antara anggota kabinet dipisahkan dengan penghadang lutsinar. Menurut kenyataan yang dikongsikan menerusi hantaran Facebook rasmi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, langkah itu bertujuan mengekalkan penjarakan fizikal bagi mewujudkan jarak pemisah antara ahli mesyuarat dalam usaha […]
Berita
Kegiatan Jual Semula Sarung Tangan Getah Tiruan Dibongkar
PUTRAJAYA, 14 Ogos — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), membongkar satu kegiatan menjual sarung tangan getah tiruan jenama ‘Gloveon Paloma’ dalam satu operasi di sebuah premis perniagaan di Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada Rabu lepas. Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, malah hasil pemeriksaan pihaknya mendapati pihak peniaga barang […]
Berita
TERKINI: Harga Minyak RON95 & RON97 Naik 5 Sen, Diesel Naik 3 Sen
PUTRAJAYA, 14 Ogos – Harga runcit bagi petrol jenis RON95 naik sebanyak lima (5) sen seliter, iaitu daripada RM1.63 ke RM1.68 seliter. Dalam pada itu, harga runcit bagi petrol jenis RON97 juga naik sebanyak lima (5) sen seliter, iaitu daripada RM1.93 ke RM1.98 seliter. Manakala harga runcit bagi diesel pula naik sebanyak tiga (3) sen, […]
Berita
TERKINI COVID-19: 5 Daripada 11 Kes Positif Kluster Tawar Hari Ini Libatkan Petugas Hospital
PUTRAJAYA, 14 Ogos – Kementerian Kesihatan mengesahkan lima (5) daripada 11 kes positif baharu daripada Kluster Tawar adalah dalam kalangan petugas hospital. Manakala seorang (1) lagi merupakan pesakit yang pernah ditempatkan sebilik bersama kes pertama kluster tersebut. Selebihnya adalah melibatkan ahli kelurga dan majikan. Daripada 11 kes baharu #COVID19 dari Kluster Tawar, Kedah, hari ini, […]
Berita
Artifak Dipercayai Berusia Lebih 1,000 Tahun Ditemukan Di Sungai Pahang
PEKAN, 14 Ogos (Bernama) — Sejumlah artifak sebahagiannya dipercayai berusia lebih 1,000 tahun dijumpai di kawasan aktiviti pengorekan pasir di Sungai Pahang, di sini, baru-baru ini. Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara (JWN) Mesran Mohd Yusop berkata artifak yang ditemukan itu kebanyakannya dipercayai dari China iaitu serpihan seramik celadon Dinasti Song, serpihan seramik porselin Dinasti Ming dan duit […]