Berita
Impak COVID-19 : Ekonomi Malaysia Menguncup 17.1 Peratus Pada Suku Kedua
KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Ekonomi Malaysia menguncup 17.1 peratus dalam suku kedua 2020, penyusutan dua angka bagi suku yang terburuk sejak 1998 berikutan pelaksanaan perintah kawalan tidak dijangkakan bagi membendung penularan COVID-19 dan menyaksikan ekonomi hampir tidak bergerak. Pada suku keempat 1998, Malaysia mencatatkan penyusutan dua angka sebanyak 11.2 peratus dan pada suku kedua 2019, Keluaran Dalam […]
TERKINI COVID-19: Satu Lagi Kluster Baru Dikesan Di Kedah Dengan Dua Kes Libatkan Anggota Polis
Putrajaya, 14 Ogos – Satu lagi kluster baru COVID-19 dikesan di Kedah hari ini. Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) kluster dikenali sebagai Kluster Muda ini merupakan antara 20 kes baru hari ini. “Kluster Muda di daerah Kuala Muda. Kes pertama (kes ke-9,114) adalah seorang anggota polis. Kes kedua (kes ke-9,147) hari ini adalah rakan kerja kepada […]
Letusan Gunung Berapi Sinabung Di Indonesia Tidak Jejaskan Kualiti Udara Di Malaysia – MET Malaysia
Letusan Gunung Berapi Sinabung yang terletak di Sumatera Utara, Indonesia pada Isnin lalu (10 Ogos 2020) tidak lagi menjejaskan kualiti udara di Malaysia. Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, walaupun pada sebelum ini letusan gunung berapi tersebut dikatakan menjejaskan operasi penerbangan, namun ianya dilaporkan tidak lagi menjejaskan kualiti udara. “Berita mengenai kesan […]

Acryl Sani Dilantik Sebagai Timbalan Ketua Polis Negara
PUTRAJAYA, 14 Ogos – Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa hari ini, umum Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin. Beliau berkata pelantikan itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam selepas menerima nasihat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas […]
Nenek Didakwa Cederakan Cucu Guna Rotan Bulu Ayam
MELAKA, 14 Ogos – Seorang nenek mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan cucunya yang berusia empat tahun pada tahun lepas. Suri rumah berusia 52 tahun itu didakwa mencederakan bahagian kaki cucu lelakinya itu dengan sebatang rotan bulu ayam di sebuah rumah di Taman Cheng Mutiara, Cheng di sini, […]
Tular ‘Predator’ Tolak Motor Sebab Habis Minyak, Lelaki Ini Dedah Bapanya Buat Dua Kerja Untuk Sara Keluarga
Pendiam dan tegas, itulah yang sering dilihat pada seorang bapa namun percayalah kasih sayang mereka kepada anak-anak melebihi segalanya dan tidak dapat untuk dihuraikan dengan kata-kata. Sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anak, pengorbanan mereka sememangnya tidak akan pernah terbelah bahagi. Menelusuri kisah mengenai pengorbanan bapa, Arep Shapek melalui laman Twitter miliknya berkongsi mengenai ayahnya yang […]
TERKINI: 20 Kes Baru COVID-19, Termasuk 11 Kes Dari Kluster Tawar Di Kedah
Putrajaya, 14 Ogos – Sebanyak 20 kes baru COVID-19 dilaporkan di Malaysia hari ini melibatkan 19 kes warganegara dan satu bukan warga negara. Angka ini menjadikan jumlah kumulatif kes ialah 9,149 kes setakat ini. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 196 orang. Dari jumlah tersebut, sebanyak […]

SPRM Sahkan Tahan Seorang Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MBSA
KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai terbabit dalam sindiket melindungi premis perniagaan haram dan pusat perjudian di Sungai Buloh, dekat sini. Menurut sumber SPRM, suspek berusia 59 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya selepas diambil keterangan pada […]
COVID-19: 139 Tabika, Taska Kemas Ditutup Sementara Di Kedah
SEREMBAN, 14 Ogos (Bernama) — Sebanyak 139 taman bimbingan kanak-kanak (tabika) termasuk empat taman asuhan kanak-kanak (taska) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di empat daerah di Kedah ditutup sementara setakat ini berikutan penularan kes COVID-19 melibatkan kluster Sivagangga. Ketua Pengarah Kemas Datuk Mohd Yasid Bidin berkata daripada jumlah berkenaan, 121 tabika dan dua taska berada di daerah Kubang Pasu, lapan tabika […]

Pengiklan Tak Dibenarkan Iklan Produk Keterlaluan, Tidak Sama Dengan Realiti – KPDHEP
Pengiklan dilarang menggunakan kenyataan yang keterlaluan sekiranya produk atau servis yang mereka tawarkan tidak seperti yang diiklankan. Menerusi perkongsian di Facebook rasmi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), pengiklan tidak dibenarkan membuat gambaran yang diperbesar-besarkan atau melampau dan iklan yang tidak menepati gambaran sebenar barang atau perkhidmatan. Jelas KPDNHEP, antara contoh iklan […]
Wanita 84 Tahun Didakwa Bunuh Suami Dipercayai Kerana Tidak Masak Makanan Malam
Seorang wanita berusia 84 tahun yang didakwa telah memukul suaminya hingga mati dengan menggunakan kayu telah dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun, lapor Global Times. Kejadian yang berlaku di Huaian, Wilayah Jiangsu China Timur bermula setelah wanita itu dan suaminya telah bertengkar kerana lelaki berusia 80 tahun itu tidak memasak untuk makan malam. Kecewa dengan […]

“Akhir 2020, 13 Tahun Dalam Motorsports. Bye2” Apa Maksud IG ‘Story’ Hafizh Syahrin?
Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin memuatnaik satu gambar di story Instagram miliknya dengan kapsyen “Akhir 2020, 13 tahun dalam Motorsport. Bye2.” Kiriman itu menjadi tanda tanya warganet yang ramai berpendapat bahawa tahun 2020 bakal jadi tahun terakhir untuk pelumba kelahiran Selangor itu dalam bidang permotoran. Setakat ini, Hafizh masih belum membuat apa-apa penjelasan mengenai story […]
Peniaga, Pekerja Sekitar Napoh Mahu Saman Pemilik Nasi Kandar Salleh
ALOR SETAR, 14 Ogos (Bernama) — Selepas dikenakan hukuman penjara lima bulan dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, pemilik kedai Nasi Kandar Salleh di Napoh, Kubang Pasu bakal menghadapi tuntutan saman pula oleh peniaga dan pekerja di kawasan berkenaan. Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) Mohamad Yusrizal Yusoff yang mewakili peniaga dan […]
(Video)Jeritan ‘Kesakitan’ Kedengaran, Lelaki Dirakam Tuang Air Panas Dalam Tong Sampah Dipercayai Ada Dua Ekor Tikus
Satu rakaman video menyaksikan sekumpulan pekerja tergamak menuangkan air yang mendidih ke dalam tong sampah yang dipercayai terdapat tikus di dalamnya. Video yang telah dikongsikan di Facebook itu dikatakan mula dikongsikan di Snapchat namun lokasi sebenar kejadian di dalam video tersebut masih belum diketahui walaupun ada yang mendakwa bahawa ia terjadi di Portsmouth, Hampshire. Menurut […]

Jepun, Singapura Buka Semula Perjalanan Rentas Sempadan
Singapura: Menteri Luar Jepun Toshimitsu Motegi dan rakan sejawatannya dari Singapura, Vivian Balakrishnan, pada Khamis bersetuju untuk meneruskan perjalanan rentas sempadan antara kedua-dua negara bagi tujuan perniagaan pada September, lapor Jiji Press. Pelancong perniagaan boleh melakukan perjalanan dan bekerja dalam jarak yang terhad, dan untuk 14 hari pertama mereka diminta tinggal di tempat penginapan. Pada […]
Kepak Ayam Diimport Dari Brazil Ke China Dilaporkan Diuji Positif COVID-19
Kepak ayam sejuk beku yang diimport dari Brazil ke China telah disahkan positif dengan virus COVID-19, menurut pihak berkuasa tempatan pada Khamis, petik laporan CBS News. Menurut Reuters, sampel yang diambil daripada permukaan kepak ayam itu telah diambil dan disahkan positif, ini menjadikan kes tersebut sebagai makanan import terbaru yang disahkan positif mengandungi virus maut […]
Jumlah Kematian Letupan Beirut Meningkat Kepada 177
BEIRUT, 14 Ogos (Bernama) — Angka kematian akibat letupan besar di Pelabuhan Beirut minggu lalu meningkat kepada 177 orang, lapor Agensi Anadolu, memetik Menteri Kesihatan Lubnan, Hassan Hamad pada Khamis. Mengambil kira 30 individu masih hilang selepas letupan maut di ibu kota itu, Hamad memberitahu siaran televisyen tempatan jumlah kematian berkemungkinan boleh mencapai 200 orang. Tentera […]

Lapan Kediaman Di Port Dickson Rosak Akibat Ribut
SEREMBAN, 14 Ogos – Lapan kediaman di Taman PD Damai, Kampung Paya, Port Dickson rosak, selepas dilanda ribut awal pagi tadi. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, daripada jumlah berkenaan, dua kediaman mengalami kerosakan teruk di bahagian bumbung, dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu. “Kesemua lapan buah rumah itu mengalami kerosakan di struktur […]
‘Makcik Gelang Pink’ Dihukum Penjara Sehari, Denda RM8,000
Seorang wanita warga emas dilaporkan dipenjara sehari, didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Ipoh. Menurut laporan Bernama, warga emas itu dipenjara dan didenda kerana ingkar perintah pengawasan dan pemerhatian. Seorang wanita warga emas dipenjara sehari, didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Ipoh kerana ingkar perintah pengawasan dan pemerhatian#IngkarPerintah #GelangPink #PKPP @PDRMsia 📸 Zulfadhli Zulkarnain pic.twitter.com/bVnxzOGAPK — BERNAMA […]
Lindungi Premis Haram: Tiga Lagi Penguat Kuasa MBSA Direman
PUTRAJAYA, 14 Ogos (Bernama) — Tiga lagi penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditahan reman untuk membantu siasatan kes menerima dan mengutip rasuah untuk melindungi premis perniagaan haram di Sungai Buloh. Perintah reman selama enam hari terhadap tiga lelaki berumur antara 40 dan 43 tahun yang bermula hari ini sehingga Rabu depan (19 Ogos) […]