Berita
TERKINI COVID-19: 62 Kes Baru Dicatatkan Hari Ini, Termasuk 61 Kes Tempatan
Ketua Pengarah Kesihatan KKM, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu tweet sebentar tadi memaklumkan sebanyak 62 kes baru COVID-19 dilaporkan hari ini. Daripada jumlah berkenaan, 61 merupakan kes penularan tempatan yang melibatkan 41 kes warganegara dan 20 kes bukan warganegara. Manakala 1 kes merupakan kes import. Sabah mencatatkan kes tertinggi hari ini iaitu […]

(Video) Taufan Sally Dijangka Membawa Hujan Lebat, Banjir ‘Bersejarah’ Yang Boleh Mengancam Nyawa
Taufan Sally kembali menggegarkan dengan ribut kategori ke-2 pada awal hari Rabu yang dijangka akan membawa hujan lebat dan ‘banjir yang mengancam nyawa’ dari Louisiana tenggara ke Florida Panhandle. Hujan lebat yang berlaku itu dikatakan boleh mengakibatkan banjir kilat bersejarah. Menurut Pusat Taufan Kebangsaan (NHC), taufan itu akan membawa angin kencang berkelajuan kira-kira 165 km […]

Manifesto USNO: TPM Dari Sabah, Sarawak Jika Menang PRN Ke-16
KOTA KINABALU, 16 Sept (Bernama) — Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) akan memperjuangkan jawatan seorang timbalan perdana menteri dari Sabah atau Sarawak sekiranya diberi mandat menerajui tampuk pemerintahan kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 Sept ini. Hal itu terkandung dalam inti pati manifesto parti berkenaan yang dilancarkan Ketua Umumnya Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam satu majlis di […]

Dunia Kehilangan 100 Juta Hektar Hutan Dalam Dua Dekad – PBB
Dunia telah kehilangan hampir 100 juta hektar hutan dalam dua dekad, menandakan penurunan yang stabil walaupun pada kadar yang lebih perlahan daripada sebelumnya, sebuah agensi PBB melaporkan pada hari Selasa. Bahagian hutan dengan jumlah luas tanah turun dari 31.9 persen pada tahun 2000 menjadi 31.2 persen pada tahun 2020, sekarang sekitar 4.1 miliar hektar, menurut […]

Op Benteng: 120 Pendatang Tanpa Izin Ditahan – Ismail Sabri
OP BENTENG: 120 PENDATANG TANPA IZIN DITAHAN – ISMAIL SABRI KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) — Tindakan tegas pihak berkuasa dalam mengekang kemasukan pendatang tanpa izin ke negara ini menyaksikan 122 individu termasuk dua tekong ditahan dalam Operasi Benteng yang dijalankan semalam. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kesemua mereka ditahan kerana memasuki sempadan […]
Kematian Kerbau: Kerajaan Akan Bantu Keluarga ‘Mowgli Malaysia’
KUALA TERENGGANU, 16 Sept (Bernama) — Kerajaan akan membantu keluarga Muhammad Syukur Khamis yang kematian 50 ekor kerbau peliharaan mereka mengikut kesesuaian dan keperluan semasa, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Ahmad Amzad Hashim. Katanya kematian haiwan itu yang dipercayai akibat penyakit hawar berdarah atau Heamoragic Septicaemia adalah satu perkara yang sangat serius dan perlu diberi perhatian segera […]

KPDNHEP Kesan Pelitup Muka Murah, Keselamatan Diragui Di Pasaran
SUNGAI BESAR, 16 Sept — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesan penjualan pelitup muka berharga semurah 50 sen di pasaran namun kualitinya tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan. Sehubungan itu, Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid menasihati pengguna agar berhati-hati ketika membeli pelitup muka berharga jauh lebih murah daripada harga siling agar tidak terdedah […]

Langkawi Zon Hijau, Tak Perlu Risau Datang Bercuti – LADA
LANGKAWI, 16 Sept — Langkawi kekal sebagai zon hijau COVID-19, justeru pelancong tidak perlu risau untuk ke pulau peranginan ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Dr Hezri Adnan. Katanya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di 28 mukim di Kota Setar bermula 11 Sept lepas tiada kaitan dengan Langkawi yang turut mengamalkan pematuhan […]

Pandu Kereta Dengan Tayar Premium Dari Jepun & Diiktiraf Terbaik Di Dunia, FK510 Ibarat Sahabat Sejati Kereta Anda
Bagi anda yang memiliki kereta, ia bukan lagi satu rahsia kalau mahukan pemanduan yang sedap, pengendalian yang mantap dan keselesaan, pemilihan tayar yang sesuai adalah salah satu rahsianya. Terdapat pelbagai jenama tayar yang ada di pasaran, tetapi tak semua mampu menawarkan ‘kesempurnaan’ tayar seperti yang dilakukan oleh jenama Falken. Falken keluaran syarikat Sumitomo Rubber Industries […]

Malaysia Harap Dapat Umum Gelembung Lalu Lintas Udara Dengan Singapura Tidak Lama Lagi
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) — Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berharap Malaysia dapat mengumumkan gelembung lalu lintas udara dengan Singapura dan rakan hubungan bilateral lain, tidak lama lagi. Perkara itu antara isu yang dibincangkan dalam kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon di pejabat menteri hari ini. “Kami membincangkan pelbagai isu yang memerlukan perhatian kedua-dua negara bagi membolehkan kedua-dua negara meneruskan pertukaran rakyat secepat mungkin, […]

Bantuan RM1 Juta Untuk Penduduk Benar-Benar Terkesan PKPD – MB Kedah
ALOR SETAR, 15 Sept (Bernama) — Peruntukan awal sebanyak RM1 juta yang diumumkan kerajaan negeri Kedah semalam akan digunakan untuk membantu penduduk yang benar-benar terputus bekalan makanan di daerah Kota Setar yang kini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran. Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan bahawa peruntukan itu bukanlah […]

Empat Kenderaan Rosak Dirempuh Penjenayah
CHUKAI, 15 Sept – Dua individu tekad merempuh empat kenderaan awam bagi mengelak dikejar polis dalam kejadian di Kerteh, petang tadi. Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, seorang lelaki dan wanita bertindak melarikan diri dengan menaiki kereta Honda Jazz manakala seorang lagi rakan lelaki mereka berjaya ditahan di tepi jalan berdekatan Kampung Batu […]
77 Pendatang Asing Termasuk Tekong, Kru Bot Ditahan Cuba Menyusup Masuk
SHAH ALAM, 15 Sept – Seramai 77 pendatang asing warga Indonesia termasuk tekong dan kru tongkang ditahan dalam Op Benteng ketika cuba menyusup masuk ke negara ini berhampiran Pulau Ketam dekat sini, petang semalam. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata tongkang yang membawa pendatang asing berkenaan dikesan sepasukan anggota yang sedang meronda di kawasan perairan Pulau Ketam kira-kira 7.10 malam. […]
Adakah Sewa Lebih Baik Dari Membeli Rumah? Ini 15 Perkara Yang Perlu Anda Tahu
Harga rumah yang melambung tinggi menyebabkan ramai yang memilih untuk menyewa berbanding dengan membeli kediaman sendiri. Ditambah pula jika anda di tinggal di ibu kota, pendapatan bulanan kadang-kala hanya cukup untuk menampung keluarga. Tetapi, dengan kadar sewa rumah yang mahal, ada di antara kita yang berfikir lebih baik membeli dari terus membayar sewa rumah yang […]

Kerajaan Tidak Terburu-Buru Buka Sempadan Negara – Muhyiddin
KUALA LUMPUR, 15 Sept — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan tidak akan terburu-buru membuka sempadan negara. Beliau berkata sebaliknya kawalan sempadan akan terus diperketat termasuk meningkatkan usaha menghalang kemasukan pendatang tanpa izin bagi mengekang wabak COVID-19. Perdana Menteri berkata walaupun kawalan sempadan negara yang ketat menimbulkan sedikit kesukaran khususnya kepada rakyat yang mempunyai urusan di luar […]
Tiada Kompromi Kes Buli Dalam ATM – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR, 15 Sept – Kementerian Pertahanan tidak berkompromi dalam isu gejala buli jika ia benar-benar berlaku dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata ATM mempunyai polis tentera dan mahkamah sendiri bagi melakukan siasatan dalaman apabila terdapat laporan berlakunya gejala terbabit dan jika dibuktikan benar maka tindakan akan diambil termasuk […]

Penuh Lalu Kat “Newsfeed”, Ini Cara Mudah Untuk Korang Cuba Buat Avatar Di Facebook
Mesti ramai yang teruja dengan ciptaan yang dikeluarkan oleh Facebook mula tular di laman Facebook sejak akhir-akhir ini. Ciptaan ‘avatars’ ini membolehkan pengguna mengekspresikan diri mereka dengan lebih realistik. Bukan itu sahaja, pengguna dapat berkongsi ciptaan mereka di bahagian komen, aplikasi Messenger dan lebih menarik boleh diletakkan di Facebook Stories. Macam mana nak buat? Ok, […]

PKP Akan Terpaksa Dilaksanakan Semula Sekiranya Kes COVID-19 Meningkat Secara Mendadak – PM
KUALA LUMPUR, 15 Sept — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi peringatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan terpaksa dilaksanakan semula sekiranya kes COVID-19 di dalam negara meningkat dengan mendadak. Muhyiddin berkata jika PKP dilaksanakan semula, ia akan memberi kesan buruk kepada kehidupan rakyat dan ekonomi negara. “Kita tidak boleh ke mana-mana dan tinggal di rumah sahaja […]

Pemilik Pas Jangka Panjang Boleh Keluar Semula Tanpa Buat Permohonan
PUTRAJAYA, 15 Sept (Bernama) — Rakyat Malaysia yang memiliki pas jangka panjang luar negara yang pulang ke Malaysia ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibenarkan keluar semula tanpa mendapat permohonan daripada Jabatan Imigresen (JIM). Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud dalam sidang media di sini hari ini berkata perkara itu berkuat kuasa serta-merta membabitkan […]

Remaja Perempuan Lemas Di Air Terjun Hutan Lipur Lata Tembakah
BESUT, 15 Sept (Bernama) — Seorang remaja perempuan ditemukan lemas di kawasan air terjun Hutan Lipur Lata Tembakah, Hulu Besut, di sini kira-kira pukul 10.40 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata mangsa, Nor Balqis Natasya Mohd Nazri, 13, lemas ketika mandi bersama ibu saudaranya yang berusia 19 tahun dan seorang lagi rakan lelaki mereka berusia 20 tahun. Beliau berkata mangsa […]