Berita

Ini Perbezaan 4 Varian Proton X50 Yang Ditawarkan, Boleh Buat Pra-Tempah RM500
TANJUNG MALIM, 15 Sept – Proton Holdings Bhd secara rasmi mengesahkan bahawa kenderaan utiliti sukan segmen B premium (SUV) dengan nama X50 dan menetapkan sasaran penjualan konservatif sebanyak 4,000 unit tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Edar Sdn Bhd, Roslan Abdullah berkata kilang Tanjung Malim mempunyai kapasiti pengeluaran sehingga 8,000 unit sehingga akhir tahun […]
Urus Kewangan Dengan Bijak, Nasihat PM Kepada Usahawan
LUMUT, 15 Sept — Uruskan kewangan dengan bijak. Demikian nasihat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada dua usahawan bimbingan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). Muhyiddin memberikan nasihat itu menerusi panggilan video melibatkan dua usahawan program empowerNCER terbabit selepas mempengerusikan mesyuarat Mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara ke-23 di Pulau Pangkor di sini hari ini. “Saya sangat sukacita […]
Gagal Patuhi SOP: Dua Pusat Hiburan Di Butterworth Diarah Tutup
KEPALA BATAS, 15 Sept – Dua pusat hiburan di Butterworth dekat sini diarah tutup selama tujuh hari selepas didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor berkata arahan itu dikeluarkan semasa operasi bersepadu yang dijalankan oleh pihak berkuasa malam tadi. Dalam operasi […]

TERKINI: KKM Kesan Kluster Baharu Iaitu Kluster Pulau di Kunak Sabah, 8 Kes Positif Libatkan Warganegara
Satu kluter baharu dikesan iaitu Kluster Pulau di mana melibatkan sebuah keluarga di Kunak, Sabah. Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu sidang media sebentar tadi. Menurut beliau, 8 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini adalah ahli keluarga kepada kes indeks (kes 9940) yang […]
Doktor Ini Kongsikan 3 Alat Penting Perlu Ada Di Rumah Untuk ‘Ubati’ Bayi Sekiranya Selsema Teruk
Pasti ramai diantara ibu bapa yang pernah atau pun sedang mengalami situasi di mana anak kecil mereka menghidapi selsema teruk. Anak kecil itu sudah pastinya meragam dan secara tidak langsungnya ibu bapa pasti akan menjadi tidak senang duduk melihat anak mereka itu. Justeru daripada itu, seorang doktor bernama Ahmad Luqman Bukhari ada berkongsikan tentang 3 […]

TERKINI Covid-19: 23 Kes Positif Baharu Hari Ini Libatkan 13 Kes Tempatan Dan 10 Kes Import
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 6 kes sembuh. Ini menjadikan jumlah kumulatif ke sembuh adalah 9209 kes. Setakat hari ini, 15 September 2020 terdapat pertambahan 23 kes baharu di negara kita. Perkara ini disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham pada sidang media perkembangan kes Covid hari ini. Pertambahan […]
“…Elak Termakan Benda Manis,” Wanita Ini Berjaya Hilangkan Berat Badan 14.2kg Dalam Masa 55 Hari
Sekiranya meninjau ke dalam media sosial, pelbagai pengalaman seseorang yang berjaya menurunkan berat badan dikongsikan di halaman Facebook, Twitter dan juga Instagram. Perkongsian sedemikian sememangnya dapat memberikan inspirasi kepada orang lain untuk melakukan perkara yang sama. Untuk menurunkan berat badan pula bukannya mudah. Pun begitu, segalanya boleh dilakukan sekiranya ada usaha dan cara yang betul. […]
Tokoh Pembangkang Rusia Rancang Balik Ke Rusia
MOSCOW, 15 Sept — Tokoh pembangkang Rusia, Alexey Navalny, merancang untuk kembali ke Rusia dan meneruskan aktivitinya, lapor Agensi Berita Sputnik memetik The New York Times (NYT). Pada Isnin, Hospital Charite di Berlin mengatakan keadaan Navalny yang sedang menjalani rawatan semakin beransur baik dan tidak memerlukan lagi alat bantuan pernafasan. “Beliau merancang mahu kembali ke […]
Perutusan Khas PM Mengenai Situasi Semasa COVID-19 Malam Ini
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menyampaikan perutusan khas mengenai situasi semasa COVID-19, malam ini. Perutusan itu akan disiarkan secara langsung menerusi beberapa saluran televisyen termasuk Bernama TV dan Radio Televisyen Malaysia pada 8 malam. Perkara itu dikongsikan Muhyiddin dalam laman Facebook rasminya hari ini. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memasuki hari ke-181 hari ini […]
Pelakon Korea Selatan, Oh In-hye Dilapor Meninggal Dunia
Pelakon Korea Selatan, Oh In-hye dilaporkan meninggal dunia selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya pada hari Isnin (14/9). Berita sedih itu disahkan oleh rakan sekerja Oh In-hye, lapor CNN Indonesia. “Saya harap dia dapat kembali sedar. Tetapi dia tidak sedarkan diri sehingga ke akhirnya kerana jantungnya telah berhenti berdegup,” kata rakan Oh […]
Pelajar Dibenar Ke Luar Negara Sambung, Daftar Pengajian- Ismail Sabri
PUTRAJAYA, 15 Sept (Bernama) — Pelajar yang perlu ke luar negara bagi menyambung pengajian termasuk mendaftar sebagai pelajar baharu dibenarkan berbuat demikian tanpa perlu memohon kelulusan Jabatan Imigresen, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Bagaimanapun katanya mereka perlu mengemukakan bukti seperti kad pelajar dan surat tawaran. “Ibu bapa yang nak menghantar dan […]
(Video) Gadis ‘Temui’ Ibunya Yang Sudah Meninggal Dunia Dalam ‘Google Maps’ Undang Sebak
Pemergian insan yang tersayang pastinya akan memberikan kesan yang begitu mendalam terhadap seseorang. Tambah-tambah lagi insan yang pergi menghadap Illahi itu adalah tempat untuk seseorang itu bergantung. Perasaan rindu serta sedih pastinya akan bercampur baur apabila teringatkan mereka yang telah pergi untuk selamanya dari muka bumi ini. Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok bernama […]
(Video) Detik-Detik Mendebarkan Budak 4 Tahun Terjatuh Dari Bangunan 3 Tingkat Sebelum ‘Disambut’ Jiran
Seorang kanak-kanak perempuan telah diselamatkan oleh orang ramai setelah terjatuh dari bangunan tiga tingkat ketika dipercayai ditinggalkan di rumah bersendirian di China, lapor Daily Mail. Melalui satu rakaman video, kanak-kanak berusia empat tahun itu dilihat tergantung di tingkap yang kira-kira 30 kaki di atas tanah. Berpuluh orang penduduk tempatan bergegas untuk menyelamatkan kanak-kanak itu ketika […]
Perak Mohon Longgarkan Syarat Layak Bebas Cukai Di Pangkor
LUMUT, 15 Sept (Bernama) — Kerajaan negeri Perak telah memohon kepada Kementerian Kewangan agar melonggarkan syarat yang melayakkan seseorang pelancong di Pulau Pangkor menikmati kemudahan bebas cukai. Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata syarat semasa iaitu perlu menginap selama dua malam atau 48 jam untuk menerima manfaat itu tidak sesuai dilaksanakan di pulau […]
Banjir: Enam Buah Sekolah Di Tiga Daerah Di Sabah Ditutup
KOTA KINABALU, 15 Sept (Bernama) — Enam buah sekolah di tiga daerah di Sabah ditutup hari ini berikutan kawasan dan laluan ke sekolah berkenaan dinaiki air, selepas hujan tanpa henti, sejak malam tadi. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Mistirine Radin berkata sekolah terlibat ialah di daerah Beaufort, Papar dan Kota Kinabalu, melibatkan seramai 2,725 murid, 190 guru dan 132 murid […]
Tahanan Wanita Lari Selepas Didakwa Di Mahkamah Raub
KUANTAN, 15 Sept (Bernama) — Seorang tahanan wanita melarikan diri dalam keadaan kedua-dua tangannya masih bergari dengan membonceng motosikal ditunggang seorang lelaki dipercayai teman lelakinya di pekarangan Mahkamah Raub, kira-kira 165 kilometer dari sini, petang semalam. Ketua Polis Daerah Raub Supt Kama Azural Mohamed berkata kejadian berlaku pada 4.30 petang semasa suspek Saidatina Aida Sahabudin, 23, hendak […]
Gempa Bumi Kuat Bermagnitud 6.1 Skala Richter ‘Gegar’ Semenanjung Kamchatka, Rusia Sebentar Tadi
Gempa bumi kuat telah dilaporkan berlaku di Semenanjung Kamchatka, Rusia pada jam 11.41 pagi tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa yang berukuran 6.1 pada skala Richter itu berpusat di koordinat 56.0° U dan 158.5° T dengan kedalaman 348 km. Gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 pd skala Richter tlh berlaku di Semenanjung Kamchatka, Rusia pd pkl […]
Hanya 3 ‘Step’ Mudah, Wanita Kongsikan Cara Hilangkan Kesan Calar Pada Cermin Mata Dan Jam
Cermin mata adalah alatan yang sangat diperlukan oleh orang yang menghadapi masalah rabun. Justeru daripada itu, cermin mata haruslah sentiasa berada dalam keadaan baik. Namun begitu, pasti ada antara kita yang mempunyai masalah cermin mata yang dipakai itu bercalar. Nak ditukar, perlu keluarkan duit pula. Kini anda tidak perlu pening kepala lagi kerana, seorang pengguna […]

“Hanya Bergantung Pada Susu Khas…” Hidap Masalah Paru-Paru Kronik, Adik Danial Rizqin Perlukan Bantuan
Dalam kehidupan ini, tidak semua orang dikurniakan dengan kesenangan yang melimpah ruah. Akan sentiasa ada ujian yang menanti termasuk dari segi kewangan atau kesihatan. Seperti yang dialami oleh anak kecil ini yang menghidap masalah paru-paru dan saraf. Adik Danial Faiz Rizqin Hasanin yang berusia tiga tahun tujuh bulan kini terlantar dan hanya bergantung pada susu […]
Vaksin Percuma Halang Hawar Berdarah, Perlu Kerjasama Penternak-Exco
KUALA TERENGGANU, 15 Sept — Vaksin untuk mencegah penyakit hawar berdarah dalam kalangan haiwan ternakan adalah percuma, yang diperlukan hanya kerjasama penternak supaya memberi kebenaran suntikan dilakukan. Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu Dr Azman Ibrahim berkata pihaknya adakala mengalami kesukaran melaksanakan langkah pencegahan kerana sikap tidak ambil peduli tentang kepentingan vaksin. “Apabila ada kes wabak yang […]