Berita
Periksa Nama Sekolah Yang Ditutup Dalam Portal KPM
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) — Ibu bapa, penjaga dan warga sekolah boleh melayari portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengetahui senarai 142 sekolah di daerah Klang yang ditutup bermula hari ini sehingga 23 Okt berikutan terletak di zon merah COVID-19. KPM dalam kenyataan hari ini memberitahu senarai itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa […]
“Kebanyakan Kes Tidak Tunjuk Gejala,” Lebih 1,000 Pekerja Kilang Di Sri Lanka Dilapor Positif COVID-19
Lebih 1,000 orang pekerja di sebuah kilang di Sri Lanka dilaporkan telah diuji positif COVID-19. Mereka dipercayai telah menghasilkan pelitup muka pembedahan untuk Amerika Syarikat sehingga Ogos lalu, lapor Channel News Asia. Pihak berkuasa negara itu kini sedang berusaha mengenalpasti sumber terbesar jangkitan virus tersebut. Kes-kes yang merebak sejak ujian positif pertama di kilang pakaian […]
Saya Tetap Cadangkan Vaksin Diberi Percuma Kepada Rakyat – Khairy Jamaluddin
KUALA LUMPUR, 8 Okt – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mencadangkan agar vaksin COVID-19 diberikan kepada rakyat secara percuma. “Menjelaskan beberapa perkara berkenaan perolehan vaksin COVID-19. Kumpulan berisiko tinggi akan diutamakan seperti saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) contohnya pekerja frontliners (dan) warga emas. “Kerajaan akan sediakan jadual pemberian vaksin kepada rakyat. […]
(Video) Baru Hari Pertama Bekerja, Detik Cemas Lelaki Tergantung Di Udara Sebelum Jatuh Dan Dilaporkan Maut
Seorang pekerja di pusat belon udara panas China dilaporkan maut selepas terjatuh kira-kira 30 kaki di udara pada hari pertamanya bekerja di situ. Mangsa didakwa telah menekan bakul itu ke bawah ketika belon udara tersebut secara tiba-tiba berlepas membawanya bersama. Syarikatnya mendakwa bahawa dia tidak mengikuti prosedur dengan betul, yang menyebabkan tragedi itu berlaku. Lelaki […]
Sering Digunapakai, Rupanya Ini Asal Usul Peribahasa “Jaga Tepi Kain Orang” Ramai Rakyat Malaysia Tak Tahu
Bahasa melambangkan bangsa. Kalau diperhatikan, setiap peribahasa, pepatah ataupun idiom mempunyai simbolik atau kaitan dengan budaya masing-masing. Begitu juga dengan pepatah Melayu lama yang diolah berdasarkan pemerhatian orang terdahulu terhadap alam dan budaya sekeliling. Baru-baru ini, seorang peminat, pengkaji dan penggiat seni warisan alam Melayu, Mohammad Faeez Harith berkongsi dari mana datangnya peribahasa “Menjaga tepi kain orang”. […]
Trump Umum Bakal Bawa Pulang Semua Tentera AS Di Afghanistan Sebelum Krismas
Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump dilaporkan mengumumkan untuk menarik semula tentera AS yang berbaki di Afghanistan sebelum Krismas hadapan. Berdasarkan ciapannya di Twitter sebentar tadi, Trump berkata, “Kita perlu para lelaki dan wanita kita yang berani yang masih berbaki di Afghanistan untuk pulang menjelang Krismas!” Menurut Forbes, gerakan itu dipercayai bakal dilaksanakan dengan syarat […]
(Video) Aksi Pakcik Laung Panggil Burung, Ratusan Ekor Datang Berkumpul Buat Netizen Terpukau
Jinak-jinak merpati, kita datang ia lari. Namun tidak bagi seorang pakcik ini yang mampu ‘menjinakkan’ kumpulan merpati bagaikan sudah lama ‘berkawan’ dengan haiwan berkenaan. Dalam video dikongsikan Fariz Ikhwan di Twitter, kelihatan seorang pakcik memakai apron berlogo sebuah restoran nasi kandar dipercayai sedang memanggil burung-burung merpati untuk memberi mereka makan. Dipercayai berlaku di Sungai Petani, […]
(Video) Diculik Pada Tahun 1989, Ibu Bapa Sebak Bertemu Semula Anak Setelah Terpisah Lebih 3 Dekad
Pasangan suami isteri di China akhirnya bersatu kembali dengan anak lelaki mereka setelah tiga dekad diculik dari rumah mereka ketika masih kecil, lapor Daily Mail. Anak lelaki mereka itu didakwa telah dibawa lari oleh seorang houseguest yang tinggal bersama mereka selama seminggu pada 1989. Selepas 31 tahun, mereka akhirnya dapat bertemu semula dengan anak lelaki […]
Dari Saiz XXL Ke S, Wanita Tiga Anak Kongsi Tips Diet Jaga Kalori Hingga Berjaya Turun 26 Kg
Pastinya ramai yang menginginkan bentuk badan yang ideal dan cantik namun tidak mempunyai perancangan diet yang betul. Ya, bersenam dan bersukan sememangnya sangat bagus untuk tubuh badan. Pun begitu, penjagaan kalori dalam makanan juga sangat penting bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat. Menerusi kiriman yang dikongsikan oleh Mira Shaz di Facebook miliknya, beliau berjaya menurunkan […]
Penumpang MYBAS NDH 2259 KLIA2-Nilai Sentral, Pada 30 September 9 Malam Di Platform B10 Diminta Hubungi Bilik Gerakan COVID-19 PKD Seremban Segera
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan hari ini mengumumkan hebahan penting kepada mana-mana penumpang pengangkutan awam MYBAS yang terlibat. Makluman ini khas buat penumpang MYBAS bernombor pendaftaran NDH 2259 bagi laluan KLIA2 – Nilai Sentral pada 30 September 2020 dengan masa bertolak 9 malam di Platform B10, KLIA2 dan masa ketibaan 10 malam di Nilai Sentral. […]

(Video) Safawi Rasid Diumum Secara Rasmi Sebagai Pemain Portimonense S.C
Kelab Portimonense sebentar tadi secara rasmi telah mengumumkan Safawi Rasid sebagai pemain baharu yang bakal beraksi untuk kelab itu yang berpengkalan di Portugal. Safawi berhijrah ke Portimonense dari pasukan Johor Darul Takzim secara pinjaman dengan pilihan dibeli secara tetap. Selepas mengecapi pelbagai kejayaan di JDT, akhirnya Safawi yang juga pemain utama pasukan kebangsaan memilih Portimonense […]
Gangguan Bekalan Air Berjadual Di 28 Kawasan Kuala Selangor Mulai 13 Oktober Ini
KUALA LUMPUR, 7 Okt – Sebanyak 28 kawasan di wilayah Kuala Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 9.30 pagi hingga 10 malam pada 13 Okt ini. Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri memaklumkan, gangguan itu berikutan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Sireh buat sementara waktu pada tarikh […]

Kita Hanya Ada Peluang Kecil Untuk Ratakan Semula Lengkung – Tan Sri Noor Hisham
Hantaran Twitter milik Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham sebentar tadi memberi kata-kata semangat kepada ‘frontliner’ kita yang masih berjuang untuk menghapuskan wabak pandemik Covid-19 ini. Bukan itu sahaja, sebanyak tiga hantaran Twitter itu juga mengundang sebak ramai orang apabila dalam kata-kata semangat itu terselit ayat yang menyentuh perasaan. “Marilah kita bersatu […]
Semua Sekolah Yang Berada Di Kawasan Yang Disahkan Zon Merah Covid-19 Akan Ditutup – KPM
Kerajaan dalam satu kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia mengesahkan bahawa semua sekolah yang berada di kawasan yang telah disahkan sebagai zon merah Covid-19 akan ditutup. Sehubungan dengan itu semua sekolah di Klang Selangor, Sandakan, Tuaran, Papar di Sabah akan ditutup mulai 8 Oktober 2020. Ini akan melibatkan 142 buah sekolah di daerah Klang dan 242 […]
Polis Akan Panggil Individu Persenda Ketua Pengarah Kesihatan Di Media Sosial
KUALA LUMPUR, 7 Okt – Polis akan memanggil pemilik akaun Facebook MGAG yang didakwa mempersendakan gambar Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, di laman media sosialnya semalam. Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan selepas satu laporan polis dibuat di […]

Sindiket ‘Cuci Duit’: Tiga Pegawai, Dua Anggota Polis Ditahan – Acryl Sani
KUALA LUMPUR, 7 Okt – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan lima anggota polis ditahan, disyaki terlibat sindiket ‘cuci duit’ berkait dengan perniagaan selebriti tanah air sebelum ini. Tanpa memperincikan butiran lanjut kes itu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan perkara berkenaan, ketika dihubungi Bernama malam ini. Beliau berkata, mereka yang ditahan […]

(Video) PlayStation Muatnaik Video ‘Bedah’ PS5 Untuk Anda Lihat ‘Isi Perutnya’ Dengan Lebih Dekat
Sebentar tadi saluran Youtube PlayStation memuatnaik sebuah video yang bertajuk “PS5 Teardown: An up-close and personal look at the console hardware” di mana dalam video itu Yasuhiro Ootori selaku Naib Presiden, Bahagian Rekaan Mekanikal, Sony Interactive Entertainment telah ‘membedah’ konsol permainan terbaharu dari Sony iaitu PlayStation 5. Ini kali pertama PlayStation diperlihatkan dalam keadaan lebih […]
Bekalan Air Di 238 Kawasan Pulih Sepenuhnya – Air Selangor
KUALA LUMPUR, 7 Okt – Sebanyak 238 daripada 274 kawasan terjejas akibat gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi, telah menerima bekalan air sepenuhnya, dengan peratusan pemulihan pada tahap 87 peratus sehingga 6 petang tadi. Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri memaklumkan dalam kenyataan hari ini, sebanyak 36 kawasan masih lagi […]

JKM Beri Bantuan Kewangan Bulanan Kepada Penyanyi Veteran M Daud Kilau
BAGAN DATUK, 7 Okt – Raja Gelek Malaysia, Datuk Muhammad Daud Kilau akan menerima Bantuan Orang Tua sebanyak RM350 setiap bulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bermula bulan ini bagi meringankan beban penyanyi veteran itu. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Datuk Wan Norashikin Wan Noordin berkata kerajaan negeri melalui JKM berjaya mempercepatkan kelulusan bantuan […]

TERKINI: KKM Sahkan Dua Lagi Kluster Baharu Hari Ini Termasuk Kluster Bah Puchong
Setakat hari ini terdapat pertambahan dua kluster baharu yang melibatkan negeri Selangor dan Pulau Pinang.Bagaimanapun, kedua-dua kluster ini masih dalam siasatan. Perincian tentang Kluster Bah Puchong, Selangor dan Kluster Penjara Reman adalah seperti berikut: 1. KLUSTER BAH PUCHONG Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Selangor iaitu di daerah Petaling dan di Perak iaitu di […]