Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Aksi Pakcik Laung Panggil Burung, Ratusan Ekor Datang Berkumpul Buat Netizen Terpukau

Gambar: Fariz Ikhwan
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Jinak-jinak merpati, kita datang ia lari. Namun tidak bagi seorang pakcik ini yang mampu ‘menjinakkan’ kumpulan merpati bagaikan sudah lama ‘berkawan’ dengan haiwan berkenaan.

Dalam video dikongsikan Fariz Ikhwan di Twitter, kelihatan seorang pakcik memakai apron berlogo sebuah restoran nasi kandar dipercayai sedang memanggil burung-burung merpati untuk memberi mereka makan.

Dipercayai berlaku di Sungai Petani, video itu mendapat hampir 400 ribu tontonan dan lebih 32 ribu tanda suka.

Rata-rata meluahkan kekaguman melihat aksi lelaki berkenaan.

Setia dari dulu

Simple kat dunia, tapi besar nilai kat akhirat

Moga Allah berkati pakcik

Sumber: Fariz Ikhwan