Berita
Cuti Deepavali: Aliran Trafik Lancar, Tiada Kesesakan Luar Biasa
KUALA LUMPUR, 13 Nov — Tiada kesesakan luar biasa berlaku di kebanyakan lebuh raya dan laluan keluar dari ibu negara sama ada menuju ke utara, timur atau selatan tanah air, sempena cuti umum Hari Deepavali, esok. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata aliran trafik lancar setakat 7.30 malam tadi dan tiada jumlah […]
Indonesia Catat Kes Baharu Harian COVID-19 Tertinggi, Lepasi Angka 5,000
JAKARTA, 13 Nov (Bernama) — Indonesia mencatatkan kes jangkitan COVID-19 tertinggi dalam tempoh 24 jam iaitu melepasi angka 5,000, sejak kes pertama dikesan pada 2 Mac lepas. Jangkitan COVID-19 di Indonesia kini berjumlah 457,735 kes, selepas mencatatkan 5,444 lagi kes positif baharu, hari ini. Bagaimanapun sebanyak 385,094 pesakit yang disahkan positif virus itu, dilaporkan telah sembuh daripada jangkitan berkenaan. […]
Tikam Di Bahagian Leher Dan Perut, Lelaki Mati Dibunuh Ketika Minta Hutang Daripada Rakan
LUMUT, 13 Nov (Bernama) — Seorang peniaga buah-buahan maut ditikam rakan sendiri dipercayai ketika menuntut hutangnya, dalam kejadian di sebuah bengkel kereta di Jalan Kampung Selamat, Sitiawan dekat sini hari ini. Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata dalam kejadian kira-kira pukul 12.50 tengah hari itu, mangsa berumur 42 tahun dikatakan datang ke […]
Waspada, Amaran Ribut Petir Dikeluarkan Di 12 Buah Negeri Sehingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan kenyataan berkaitan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka akan melanda 12 buah negeri pada hari ini. Kenyataan amaran ribut petir tersebut dikeluarkan pada pukul 5:10 petang hari ini melalui akaun rasmi Twitter mereka. Berikut merupakan 12 buah negeri serta kawasan yang terlibat sehingga 8:00 malam, 13 November 2020. […]
Sindiket Dadah Tumpas, Polis Tahan Usahawan Kosmetik Dan Rampas Syabu Bernilai RM5 Juta
SHAH ALAM, 13 Nov (Bernama) — Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa dengan penahanan ketuanya yang juga seorang usahawan kosmetik bersama adiknya dan merampas dadah jenis syabu bernilai RM5 juta pada Selasa lepas. Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata usahawan dari Kelantan dan adiknya yang juga seorang anggota tentera masing-masing berumur 31 […]
Diskaun 15 Peratus Bil Elektrik Antara Saranan Rancakkan Sektor Pelancongan Pulau Pinang
GEORGE TOWN, 13 Nov — Melanjutkan diskaun bil elektrik sebanyak 15 peratus bagi enam sektor adalah antara saranan kerajaan Pulau Pinang bagi membantu merancakkan kembali ekonomi sektor pelancongannya yang terjejas ekoran pandemik COVID-19. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang (PETACE) Yeoh Soon Hin berkata pihaknya telah menulis surat kepada kerajaan Persekutuan bagi mengetengahkan beberapa cadangan untuk meringankan beban […]
COVID-19: 4 Kluster Baharu Dikesan Termasuk Kluster BMU Di Melaka
Putrajaya, 13 November – Kementerian Kesihatan mengesahkan empat lagi kluster baru manakala tiga lagi kluster tamat pada hari ini. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster itu melibatkan negeri Sabah, Sarawak dan Melaka. Kluster tersebut ialah kluster Bonggaya, Jambatan B, Abell dan BMU. Berikut merupakan maklumat mengenai kluster berkenaan. Kluster […]
Tompokan Hijau Di Sungai Melayu Disahkan Ledakan Algae
ISKANDAR PUTERI, 13 Nov — Tompokan hijau seperti lumut di Sungai Melayu yang mencetuskan kebimbangan nelayan sejak tiga hari lepas, disahkan sebagai ledakan algae jenis ‘diatom’. Pengarah Perikanan Negeri Johor Noraishah Hashim berkata ledakan algae itu melibatkan kawasan seluas kira-kira 10 kilometer, dari kawasan perairan Pendas sehingga Sungai Melayu, di sini. Daripada pemerhatian awal, beliau berkata fenomena berkenaan yang dipanggil ‘euthrofication phenomenon’ iaitu fenomena berlakunya pengkayaan nutrien di badan […]
TERKINI: Kembali 4 Angka, 1,304 Kes Baharu COVID-19 Termasuk Yang Tertinggi Di Lembah Klang Dengan 567 Kes
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 1,304 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini. Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 1,304 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 45,095 kes secara keseluruhan. #COVID19 Terkini.13 Nov. Kes baharu hari ini kembali 4 […]
TERKINI: Harga Runcit Petrol RON95 & RON97 Naik 1 Sen, Diesel Naik 6 Sen
Kementerian Kewangan Malaysia pada hari ini telah mengemas kini harga runcit bagi produk petroleum untuk tempoh 14 November sehingga 20 November 2020. Menerusi siaran media yang dikeluarkan melalui akaun Twitter rasminya, harga runcit bagi petrol RON97 naik sebanyak 1 sen seliter iaitu daripada RM1.91 seliter kepada RM1.92 seliter. Harga runcit bagi petrol RON95 juga turut […]

Orang Tak Kenal Kata Busuk, Ini ‘Rahsia’ Pekasam Tahan Lama Tak Berbau Boleh Buat Lajak Tambah Nasi
Kalau pekasam mesti ramai yang suka kan? Mana taknya pekasam memang tidak asing lagi sebagai juadah ‘pembuka selera’. Ianya disukai ramai masyarakat tidak kira Melayu, India dan Cina di Malaysia bahkan di Sabah dan Sarawak. Tetapi ada juga sesetengah orang yang tak pandai makan dan mereka cakap juadah ini berbau. Ye, tak dinafikan tetapi kalau […]
TERKINI: Kebenaran Tiga Orang Yang Tinggal Serumah Dalam Sebuah Kenderaan – Ismail Sabri
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk memberikan kelonggaran iaitu tiga orang yang tinggal serumah dalam satu kenderaan. Menurutnya, keputusan mensyuarat khas itu dibuat selepas mendengar rungutan serta pandangan orang ramai. “Banyak rungutan-rungutan dan pandangan daripada orang ramai meminta supaya memberi sedikit lagi kelonggaran. Oleh itu, mesyuarat […]
(Video) Harimau Sumatera Dilapor ‘Ceroboh’ Kebun, Gemparkan Penduduk Aceh
Sebuah video yang menyaksikan penampakan seekor harimau Sumatera telah tular di media sosial Indonesia sejak Khamis, lapor BeritaKini Video tersebut dipercayai telah dirakam oleh penduduk Aceh Tenggara di daerah pergunungan yang dijadikan kebun. Dalam video yang berdurasi 1 minit 59 saat itu, kelihatan seekor harimau yang mendekati pondok di kebun milik penduduk tersebut. Pemilik kebun […]
“Mana Anak Saya”, Jeritan Ibu Bila Tahu Anak Maut Akibat Lemas Selepas Tokang Dinaiki Karam
Dalam bencana itu, seorang wanita menjerit “Saya kehilangan anak saya!” setelah sebuah kapal yang dipenuhi dengan lebih daripada 120 pendatang musnah di Mediterania dan membunuh 74 orang. Seorang bayi berusia enam bulan merupakan antara mereka yang lemas ketika kapal menuju Eropah tenggelam di bawah ombak. Malah, difahamkan para pendatang tersebut sedang menuju ke Itali di […]
SPRM Tahan Dua Anggota Polis Disyaki Rasuah
KUALA LUMPUR, 13 Nov — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua anggota polis trafik berpangkat Lans Koperal kerana disyaki meminta rasuah daripada seorang individu yang mempunyai waran tangkap semalam. Pengarah SPRM Putrajaya Hasbillah Mohamad Salleh berkata anggota polis lelaki masing-masing berusia 27 dan 30 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya kira-kira […]
Seorang Lagi Lelaki Warga Rohingya Ditahan, Didakwa Rogol Remaja Tempatan Bawah Umur
KUALA LUMPUR, 13 Nov — Seorang lagi lelaki Rohingya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan tempatan berumur 15 tahun, bulan lepas. Tertuduh, 24, pengawal keselamatan, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Suzana Hussin. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu terhadap mangsa yang juga […]

Penduduk Medan 88 Tidak Melarikan Diri Kerana PKPD Tetapi Kerana Takut – Polis
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) — Penduduk Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang tidak melarikan diri sebaliknya mereka ketakutan apabila melihat kawasan perumahan mereka dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), berkuatkuasa Rabu lepas. Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, ramai penduduk dari kawasan berkenaan berada di tempat kerja pada waktu siang dan […]

Bekas Kerani Bank Mengaku Tidak Bersalah Pecah Amanah
SIBU, 13 Nov (Bernama) — Seorang bekas kerani bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah melibatkan simpanan Amanah Saham Bumiputera sebanyak RM65,400 milik 39 pemegang akaun warga emas. Andrew Yang Li Yu, 28, yang tidak diwakili peguam membuat pengakuan tersebut, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Caroline Bee […]
PGA Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM3 Juta Di Tumpat
TUMPAT, 13 Nov (Bernama) — Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 19,230 karton rokok bernilai RM3.14 juta yang disembunyikan di sebuah bangunan sarang burung walit dekat Kampung Dalam di sini, semalam. Rampasan melibatkan rokok kali ini adalah yang terbesar dilakukan PGA di sempadan Malaysia-Thailand sejak tahun lepas. Pegawai Pemerintah PGA9 Supt Nor Azizan Yusof […]

(Video) Aliff Satar ‘Belanja’ Surah Al Kahfi, Alunan Merdu Buat Jiwa Peminat Tenang & Tersentuh
Nama selebriti terkenal, Aliff Satar tidak asing lagi dengan masyarakat. Bukan sahaja memiliki suara yang lunak dan aktif dalam suka berbasikal, beliau juga sering menjadi perhatian warganet apabila mengalunkan bacaan al-Quran. Terkini, dalam satu perkongsian di laman Instagramnya, Aliff memuat naik satu video pendek ysng merakamkan dirinya begitu asyik membaca Surah Al-Kahfi turut diselitkan dengan […]