Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: Harga Runcit Petrol RON95 & RON97 Naik 1 Sen, Diesel Naik 6 Sen

Gambar: Daily Express

Kementerian Kewangan Malaysia pada hari ini telah mengemas kini harga runcit bagi produk petroleum untuk tempoh 14 November sehingga 20 November 2020.

Menerusi siaran media yang dikeluarkan melalui akaun Twitter rasminya, harga runcit bagi petrol RON97 naik sebanyak 1 sen seliter iaitu daripada RM1.91 seliter kepada RM1.92 seliter.

Harga runcit bagi petrol RON95 juga turut naik sebanyak 1 sen liter iaitu daripada RM1.61 seliter kepada RM1.62 seliter.

Sementara itu, harga runcit bagi minyak diesel juga naik sebanyak 6 sen seliter iaitu daripada RM1.68 seliter kepada RM1.74 seliter.

Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa kesan perubahan harga minyak mentah dunia ini akan terus dipantau serta akan bersedia untuk mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus dipelihara.

Sumber: Ministry Of Finance