Berita

Syarikat Penerbangan AirAsia Jepun Failkan Bankrupsi
KUALA LUMPUR, 17 Nov – Syarikat bersekutu 33 peratus milik AirAsia Group Bhd di Jepun, AirAsia Japan Co Ltd (AAJ), hari ini mengemukakan tuntutan kebangkrutan. “Hal ini disebabkan oleh penurunan permintaan perjalanan oleh kerana lockdown yang berkait rapat dengan pandemik Corona virus,” maklum syarikat tersebut kepada Bursa Malysia hari ini. AirAsia Group mempunyai kepentingan dalam […]

TERKINI: 1,210 Kes Positif Baru, 1,018 Pesakit Sembuh Dan 5 Lagi Kematian Dicatatkan Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat pertambahan kes sembuh iaitu seramai 1018 pesakit telah sembut dan dibenarkan keluar wad hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh adalah 36,624 bersamaan dengan 73.6 peratus. Sehingga hari ini 17 November 2020, pertambahan kes positif kian meningkat kepada 1210 kes baru yang dilaporkan hari ini termasuk 19 […]
Anak Maut Selepas 23 Hari Bertarung Nyawa, Terkena Renjatan Elektrik Terpegang Besi Kipas Dinding
Seorang remaja berusia 18 tahun meninggal dunia selepas 23 hari bertarung nyawa akibat terkena renjatan elektrik di sebuah kolej swasta di Perak. Memetik daripada laporan akhbar, mangsa dikenali sebagai Muhammad Nadzaruddin perlu menyambung tempoh pengajiannya di peringkat sijil hingga Februari tahun hadapan. Sepatutnya tempoh pengajiannya akan tamat pada November tetapi ditangguhkan akibat Perintah Kawalan Pergerakan […]

Lebih 8,000 Individu Cuba Ceroboh Sempadan Negara Ditahan Sejak 1 Mei – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR, 17 Nov- Ops Benteng yang dijalankan bagi mengawal ketat sempadan negara berjaya menahan seramai 8,427 pendatang tanpa izin, 789 tekong dan 351 penyeludup bagi tempoh 1 Mei hingga semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Katanya dalam tempoh itu juga sebanyak 227 bot serta 922 kenderaan darat dirampas menerusi […]

Gempa Bumi Bermagnitud 6.3 Skala Richter Gegar Padang, Jakarta
JAKARTA: Gempa bumi bermagnitud 6,3 skala richter melanda pantai Provinsi Sumatera Barat Indonesia pada hari Selasa (17 Nov), kata agensi meterologi, klimatologi dan geofizik Indonesia di akaun rasmi twitternya. Agensi itu mengatakan bahawa tidak ada amaran tsunami yang dikeluarkan, gempa tersebut berlaku lebih dari 100km dari darat dan pada kedalaman 10km. Video yang dikongsi oleh […]

PKPD Asrama Top Glove: Kira-Kira 3,550 Pekerja Akan Jalani Saringan
SHAH ALAM, 17 Nov (Bernama) — Kira-kira 3,550 pekerja yang tinggal di asrama pekerja Top Glove Meru, Klang akan menjalani ujian saringan COVID-19, susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang bermula hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang Mohd Zainal Mohd Nor berkata 200 kakitangan pelbagai agensi antaranya polis, Pejabat Daerah dan Tanah Klang, Angkatan Tentera Malaysia dan Pejabat Kesihatan Daerah Klang akan bertugas sepanjang proses […]

Dua Warga Asing Positif Covid-19 Didakwa Melalui ‘Zoom’ Dari Lokap, Wad Hospital
PETALING JAYA, 17 Nov (Bernama) — Dua lelaki warga asing yang disahkan positif COVID-19 hari ini masing-masing didakwa dari sebuah lokap dan wad sebuah hospital melalui aplikasi video “Zoom”. Prosiding dakwaan terhadap lelaki warga Bangladesh yang berusia 33 tahun dan lelaki warga India berusia 43 tahun itu dikendalikan secara dalam talian yang dihadiri Majistret, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dan peguam yang berada di mahkamah. Bagi warga Bangladesh itu yang […]
Ingkar PKPB: Pengusaha Restoran Didenda RM800
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) — Seorang pengusaha restoran didenda RM800 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah gagal memastikan restoran miliknya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Majistret Aina Azahra Arifin menjatuhi hukuman itu terhadap Ng Chye Poh, 42, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku […]
ADUN Ketari, Young Syefura Othman Sahkan Diarah Bayar Kompaun Kerana Langgar PKPB Baru-Baru Ini
ADUN Ketari, Young Syefura Othman sahkan diarah bayar kompaun kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) baru-baru ini, lapor Bernama. Perkara tersebut telah dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi Bernama sebentar tadi. ADUN Ketari, Young Syefura Othman sahkan diarah bayar kompaun kerana langgar #PKPB baru-baru ini pic.twitter.com/DDngne7tjL — BERNAMA (@bernamadotcom) November 17, 2020 Maklumat lanjut bakal […]
Mindef Disaran Tambah Anggota Tentera Di Sempadan Negara
KUALA LUMPUR, 17 Nov — Seorang ahli Parlimen mencadangkan Kementerian Pertahanan menambah bilangan anggota tentera yang bertugas di sepanjang garis sempadan Sabah/Sarawak-Kalimantan bagi membanteras kemasukan pendatang tanpa izin ke negara ini. Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan) turut mencadangkan agar kementerian itu menambah bilangan pos kawalan sekurang-kurangnya sebanyak 25 pos atau mewujudkan satu pos bagi setiap 40 kilometer sempadan. “Sempadan Malaysia-Indonesia di […]
(Video) “Dua Ekor Dah Seratus Lebih,” ‘Si Uteh’ Buat Muka Tak Bersalah, Kena Beleter Sebab Makan Ikan Laga
Setiap kucing memiliki sifatnya yang agak tersendiri. Ada yang manja, ada yang garang dan tidak kurang juga dengan sifat kenakalannya. Seperti satu video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Haniff Salleh Senso ini, ikan laga yang dibelanya di rumah difahamkan telah disantap oleh kucingnya sendiri. Menurutnya, harga ikan laga yang dibelinya untuk dibelab itu […]
97 Transaksi Penjualan Tanah DBKL Tidak Merujuk Kepada Sebarang SOP – PAC
KUALA LUMPUR, 17 Nov — Kaedah penyelesaian terhadap 97 transaksi penjualan tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang telah terjual sejak tahun 2011 tidak merujuk kepada sebarang prosedur operasi standard (SOP), menurut Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen. Pengerusinya, Wong Kah Wong berkata berdasarkan prosiding dijalankan pihaknya, PAC mendapati proses itu terlalu longgar, terdedah kepada penyalahgunaan kuasa dan kurang […]
COVID-19: Kadar Kesembuhan Lebih Tinggi Berbanding Dua Gelombang Sebelum Ini – Dr Adham
KUALA LUMPUR, 17 Nov — Malaysia berjaya mengimbangi kes positif jangkitan COVID-19 dan pesakit yang sedang dirawat di hospital dengan kadar kesembuhan lebih tinggi berbanding ketika gelombang pertama dan kedua pandemik itu, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Katanya kejayaan itu adalah hasil daripada usaha kerajaan yang menggunakan pelbagai langkah kesihatan awam dalam menangani pandemik dengan pelaksanaan […]
“Sedap Hingga Sukar Dilupakan,” Hidangan Dipercayai ‘Ikan Bandaraya’ Bersama Air Asam Jadi Menu ‘Special’ Di Luar Negara
Setiap negara mempunyai makanan tradisional mereka sendiri. Mungkin sebahagian makanan tradisi dianggap pelik atau menggelikan bagi penduduk negara lain, namun ia mungkin menjadi hidangan yang dinikmati sejak turun temurun sesuatu masyarakat. Sebagai contoh, ikan bandaraya atau ikan sapu-sapu (Indonesia) dipercayai dianggap sebagai salah satu hidangan yang lazat bagi warga Vietnam. Digoreng atau dipanggang, ikan ini […]
Waspada, Amaran Ribut Petir Dijangka Melanda 10 Buah Negeri Sehingga Petang Ini
Kuala Lumpur, 17 November – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di sepuluh buah negeri pada petang ini. Berdasarkan amaran tersebut, hujan lebat dan ribut petir dijangka bakal melanda beberapa negeri di Semenanjung dan Sabah Sarawak. Amaran itu dijangka di keseluruhan negeri Perlis dan Johor serta beberapa daerah di Kedah, […]
Pemalsuan Cap Sempadan: 23 Individu Dibawa Ke Mahkamah Untuk Direman
PUTRAJAYA, 17 Nov (Bernama) — Seramai 23 individu termasuk anggota penguat kuasa sebuah jabatan kerajaan hari ini dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, untuk prosiding reman dipercayai berhubung kes pemalsuan cap sempadan. Sebahagian daripada mereka dibawa menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan beberapa lagi dengan kereta tiba di perkarangan mahkamah kira-kira 10 pagi. […]
Minggu Saham Digital Nak Bagi Hadiah Percuma Ford Ranger Dan Toyota Vios, Ini Caranya Yang Anda Kena Tahu
Bermula 18 November sehingga 24 November 2020, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) akan mengadakan Minggu Saham Digital (MSD) yang bertujuan untuk mempamerkan syarikat-syarikat pelaburan PNB di samping mendidik rakyat Malaysia mengenai kepentingan pelaburan dan perancangan kewangan. Minggu Saham Digital ini akan diadakan secara langsung menerusi laman Facebook dan Youtube MSD. […]
Pertukaran Jadual Imunisasi Kebangsaan Untuk Kanak-Kanak Mulai Bulan Ini – KKM
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) — Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan pertukaran Jadual Imunisasi Kebangsaan Untuk Kanak-kanak melibatkan semua Klinik Kesihatan KKM di seluruh negara secara berperingkat bermula awal bulan ini. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pelaksanaan pertukaran jadual imunisasi itu susulan pertukaran jenis vaksin kombinasi lima serangkai – difteria-tetanus-pertussis-polio-Haemophilus influenza […]
Zoo Negara Kembali Alami Krisis Kewangan, Tabung Kecemasan Bertahan Tiga Bulan
KUALA LUMPUR, 17 Nov— Zoo Negara kembali berdepan krisis kewangan yang teruk susulan gelombang ketiga COVID-19 di negara ini yang menyaksikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dengan tabung kecemasan hanya mampu bertahan kira-kira tiga bulan sahaja lagi. Pengarah Zoologi, Veterinar dan Pusat Konservasi Giant Panda Zoo Negara Dr Mat Naim Ramli berkata penutupan operasi susulan PKPB menyebabkan pihaknya mengalami kemerosotan pendapatan, sekali gus […]
Solat Jumaat, Fardu Di Zon Hijau, Kuning Di Perak Dibenarkan Mulai Hari Selasa
IPOH, 17 Nov — Solat Jumaat dan fardu di masjid dan surau dalam zon hijau dan kuning di Perak dibenarkan bermula hari ini berasaskan had kapasiti keluasan sebenar ruang utama dewan solat dengan mengambil kira penjarakan fizikal antara jemaah. Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Shahrul Azam Shaari berkata keputusan itu […]