Berita
Betul Ke Makan Bersulam Air Punca Perut Buncit? Ini Penjelasan Yang Anda Perlu Tahu
Pelbagai dakwaan yang sering didengari bahawa punca perut buncit adalah kerana makan bersulam air. Perkara itu membawa maksud seseorang itu makan dan minum air secara berturutan. Pun begitu, benarkah bahawa makan bersulam dengan air ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan perut menjadi buncit? Untuk mengetahui berkenaan kesahihannya, portal Hello Doktor ada menjelaskan berkenaan perkara […]
Ahli Tidak Perlu Bayar Balik Kemudahan Pendahuluan i-Sinar – KWSP
KUALA LUMPUR, 17 Nov — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini menafikan maklumat yang tular menerusi media sosial bahawa “ahli perlu membayar balik kemudahan pendahuluan i-Sinar daripada KWSP. Sebaliknya menurut KWSP, amaun yang didahulukan daripada Akaun 1 itu akan diganti semula dengan caruman ahli pada masa depan. “Penggantian semula ini akan dilakukan dengan 100 peratus caruman […]

Pelakon Kamen Rider, Akira Kubodera Dilaporkan Meninggal Dunia
Pelakon Jepun, Akira Kubodera dilaporkan meninggal dunia pada usia 43 tahun. Pelakon itu ditemui dalam keadaan koma di apartment rumahnya di Tokyo pada Jumaat, 13 November lalu dan disahkan meninggal dunia setibanya di hospital, lapor The Independent. Siasatan awal oleh pihak polis mendapati terdapat unsur bunuh diri. Berita pemergiannya itu telah disahkan agensi miliknya dalam […]

“Kurangkan Pergerakan.,”Doktor Ini Kongsikan 6 Perkara Yang Perlu Dilakukan Kalau Anak Kena Patuk Ular
Baru-baru ini, tular berkenaan seorang kanak-kanak yang dipatuk ular ketika bermain basikal. Seperti yang kita ketahui, kebanyakan ular mempunyai racun berbisa yang jika tidak dirawat, boleh membawa maut. Pun begitu, ibu bapa sedikit sebanyak perlu tahu langkah betul yang perlu diambil sekiranya anak kecil mereka dipatuk ular. Justeru daripada itu, seorang doktor bernama Ahmad Luqman […]
‘Government Shutdown’ Jika Belanjawan 2021 Tidak Lulus
KUALA LUMPUR, 17 Nov — Kerajaan tidak akan dapat berfungsi atau ‘government shutdown’ jika Belanjawan 2021 yang sedang dibahaskan di Dewan Rakyat tidak diluluskan. Ini kerana tanpa kelulusan Belanjawan 2021 dengan peruntukan RM322.5 bilion itu, kerajaan tidak boleh menggunakan wang perbendaharaan negara untuk peruntukan perbelanjaan kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan. Ini termasuk membayar gaji 1.6 juta […]
Kisah Oyen Si ‘Security’ Sambilan Di Maybank Gombak Yang Tular di Media Sosial
Bila disebut sahaja kucing bernama ‘Oyen’ pasti ramai yang sudah mengetahui sifatnya yang nakal dan perangainya yang sering membuat ‘hal’ di luar jangkaan manusia. Gelagatnya itu selalu mencuri tumpuan teruamanya dalam kalangan warganet yang berkongsi gambar atau video si Oyen yang boleh membuatkan ramai pencinta kucing merasa geram dan terhibur. Namun, menerusi perkongsian oleh Idiaj […]

Hasrat Ayah Dan Anak-Anak Ini Nak Mohon Bantuan Baitulmal Musnah, Motosikal Ditunggang Rosak Dan Terbakar
JOHOR BAHRU, 16 Nov – Hasrat seorang lelaki Orang Asli yang sedang dalam perjalanan untuk membuat permohonan bantuan daripada Baitulmal Johor musnah, apabila motosikal yang ditunggang bersama dua anak lelakinya rosak lalu terbakar di laluan motosikal Plaza Tol Senai, di sini, hari ini. Menerusi hantaran Facebook rasmi Polis Daerah Kulai, kebakaran itu dipercayai berpunca daripada percikan […]
Bomba Selamatkan Kanak-Kanak Lelaki Dua Tahun Terperangkap Dalam Kereta
JOHOR BAHRU, 16 Nov- Pasukan bomba berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang terperangkap kira-kira 10 minit di dalam kereta Proton Saga bapanya dalam insiden di Gelang Patah dekat sini petang tadi. Difahamkan mangsa, 2 tahun, sedang tidur di dalam kereta yang dimatikan enjin itu ketika bapanya keluar seketika untuk ke kedai runcit manakala kunci kenderaan […]
APMM Usir Tiga Bot Nelayan Vietnam Ceroboh Perairan Negara
KUALA TERENGGANU, 16 Nov – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu bertindak mengusir tiga buah bot nelayan Vietnam yang menceroboh perairan negara Sabtu lepas. Pengarahnya, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata kesemua bot tersebut dikesan pesawat udara Bombadier CL415 pada tiga posisi berbeza iaitu pada jarak 137 hingga 144 batu nautika dari Kuala Terengganu, sebelum memaklumkannya kepada […]

Masjid Nasiruddin Shah Di Besut Ditutup Tiga Hari Mulai Hari Ini
KUALA TERENGGANU, 16 Nov – Masjid Nasiruddin Shah di Kampung Raja dekat Besut ditutup selama tiga hari bermula hari ini bagi kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi, kata Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu Mat Azmi Arshad. Beliau berkata Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu memaklumkan terdapat seorang jemaah yang menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan pada Jumaat lepas (13 […]

Mael Totey The Movie Raih Kutipan Paling Tinggi Astro First, Pecah Rekod Polis Evo
Kuala Lumpur, 16 November 2020 – Seorang pengarah baru yang berasal dari kampung dan mempunyai cita-cita besar telah berjaya membuktikan kemampuannya menerusi filem pertama arahan beliau, Mael Totey The Movie (MTTM) dengan mendahului kutipan nombor 1 Astro First, sekaligus memecah rekod RM6.4 juta dalam tempoh 24 hari. Terdahulu, kutipan tertinggi di Astro First secara keseluruhan […]

PKPB Di Lembah Klang Tidak Gagal, Keberkesanannya Ambil Masa – Dr Noor Hisham
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang adalah tidak gagal, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Menurut beliau seperti memetik kenyataan ringkas KKM, perlaksanaan PKPB merupakan satu pilihan positif untuk menyeimbangkan di antara ekonomi dan kesihatan. ”PKPB di Lembah Klang tidak gagal. Ia satu pilihan positif untuk kita seimbangkan ekonomi […]
Guru Ini Sanggup Redah Hujan Hantar Modul Pada 38 Murid, Nak Pastikan Mereka Belajar Di Rumah
Menggalas tugas sebagai seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah. Pengorbananan mereka kadang-kala tidak terbatas demi mendidik anak bangsa. Seperti perkongsian yang tular di media sosial mengenai seorang guru yang gigih berkorban masa dan tenaga, meredah hujan dari rumah ke rumah anak muridnya untuk menghantar bahan pembelajaran. Menerusi perkongsian oleh Wan Ridhuan Muhammad di Facebook, isterinya […]

Dua Pekerja Maut Tercampak Keluar Selepas Lori Sampah Berlanggar Dengan Lori Tanah
SHAH ALAM, 16 Nov (Bernama) — Dua pekerja maut selepas tercampak keluar daripada lori sampah dinaiki mereka yang berlanggar dengan sebuah lori tanah di Jalan Meru Tambahan, Klang kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor Supt Azman Shari’at berkata mangsa yang maut akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dikenali sebagai Effendi Salleh, 30, dan warga Bangladesh Mofij […]

Bukan Warganegara Dikehendaki Bayar Caj Kuarantin Di Pintu Masuk Antarabangsa – NADMA
PUTRAJAYA, 16 Nov (Bernama) — Individu yang ingin memasuki Malaysia yang telah menandatangani borang Letter of Undertaking (LoU) dan menerima Notis Perjalanan, seharusnya memahami dan akur dengan garis panduan ditetapkan kerajaan Malaysia, termasuk mengkehendaki bukan warganegara membuat bayaran caj kuarantin di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA). Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) berkata kerajaan telah mengeluarkan arahan bagi […]

i-Sinar Bolehkan 2 Juta Ahli Terkesan Mengakses Akaun 1, Pendahuluan Maksimum Pertama Antara RM4,000 Hingga RM10,000
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi kemudahan kepada ahli yang terjejas untuk mengakses akuan 1 bagi kemudahan i-Sinar. Dianggarkan sejumlah RM14 bilion akan tersedia untuk dua juta ahli KWSP yang layak, merangkumi ahli yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau ketiadaan sumber pendapatan. Oleh itu, ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020. […]
Ketua Polis Negara Kunjungi Tun Abdullah, Maklum Hasil Siasatan Kes Berita Palsu
KUALA LUMPUR, 16 Nov – Selepas kira-kira tiga bulan tersebarnya berita palsu mengenai kematian Tun Abdullah Ahmad Badawi, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini mengunjungi bekas perdana menteri itu, bagi memaklumkan status siasatan kes berkenaan. Abdul Hamid meluangkan masa kira-kira sejam bertemu dan bertanya khabar kepada Abdullah serta isterinya Tun Jeanne Abdullah, di kediaman mereka di sini. Ketika ditemui Bernama selepas itu, Abdul Hamid berkata beliau mengambil […]
Seramai 210,000 Penerima BSH Yang Lulus Rayuan Akan Menerima Bantuan Mulai 23 November 2020
Sejumlah RM 231 juta Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan disalurkan kepada lebih 200,000 penerima yang lulus rayuan akan disalurkan mulai 23 November 2020 ini. Bagi yang layak, semakan status kelulusan permohonan rayuag boelh dibuat di portal rasmi BSH iaitu bsh.hasil.gov.my mulai hari ini 16 November 2020. Menerusi kenyataan akhbar Kementerian Kewangan Malaysia memberitahu bahawa […]

“Kami Dah Jumpa Abah,” Ali Jais Ditemukan Sihat Di Rumah Jagaan Warga Emas Di Singapura
SINGAPURA, 16 Nov – “Kami dah jumpa abah.” Pencarian tiga anak kandung Ali Jais, warga Malaysia yang kali terakhir diketahui berada di republik ini kira-kira 20 tahun lepas, berakhir kurang 24 jam selepas berita berkaitan bapa mereka dilaporkan Bernama. Ali, 84, dan anak-anaknya terpisah sejak 20 tahun yang lalu dan menurut anak sulungnya, Hasliza, bapanya berada […]

TERKINI: 1,103 Kes Baharu, 4 Kematian Dan 821 Kes Sembuh Dilaporkan Hari Ini
Sebanyak 1,103 kes baharu positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara sekaligus menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 48,520 kes kes setakat Isnin (16 November 2020), jam 12 tengahari. Menurut perkongsian terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 telah meningkat kepada […]