Berita

Implikasi Besar Jika Belanjawan 2021 Tidak Lulus – Pakar Perlembagaan
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) — Sekiranya Belanjawan 2021 yang sedang dibahaskan di Dewan Rakyat tidak diluluskan, ia boleh menyebabkan ketidaktentuan dalam konteks keselamatan dan sosial negara, menurut Pakar Perlembagaan Prof Dr Shamrahayu A. Aziz. Beliau yang juga Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata jika Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 itu tidak diluluskan, implikasinya adalah sangat besar, […]

Langkawi ‘Nazak’, Persatuan Pelancong, Pengusaha Feri Rayu PKPB Ditamatkan
LANGKAWI, 18 Nov (Bernama) — Beberapa persatuan mewakili sektor perhotelan, perniagaan serta pemandu pelancong di Langkawi hari ini merayu kerajaan menamatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di pulau peranginan itu yang kini disifatkan sedang ‘nazak’ ekoran ketiadaan pelancong. Persatuan berkenaan ialah Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Kedah dan Perlis, Persatuan Perniagaan Langkawi (Niagakawi), Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO) serta Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia […]

FDA Luluskan Kit Ujian Covid-19 Yang Boleh Buat Saringan Sendiri Di Rumah, Keputusan Sepantas 30 Minit
Kerajaan Amerika Syarikat bersetuju untuk meluluskan alat ujian Covid-19 pertama di rumah dengan keputusan sepantas 30 minit. Perkara ini diluluskan oleh The Food and Drugs Administration (FDA) menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Selasa lalu. Tujuan perkara ini adalah satu usaha Amerika Syarikat untuk memperluaskan lagi saringan ujian Covid-19 di kawasan penjagaan kesihatan dan […]

Polis Buru Seorang Pesakit Covid-19 Yang Dilapor Melarikan Diri Dari Hospital Queen Elizabeth
Seorang lelaki yang merupakan pesakit Covid-19 telah dilaporkan menghilangkan diri ketika di rawat di Hospital Queen Elizebeth (HQE), Isnin lalu. Kejadian ini berlaku sekitar jam 4.30 petang apabila lelaki berusia 45 tahun itu diambil daripada pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 Intan Sabah untuk ditempatkan di hospital tersebut untuk rawatan lanjut. Menurut Ketua Polis Daerah Kota […]

Kluster Kenduri Kahwin Di Indonesia, Pengantin Perempuan Termasuk Ibu dan Ayah Maut Akibat Covid-19
Malang tidak berbau. Itu yang boleh digambarkan mengenai kejadian yang menimpa seorang pengantin perempuan di Kabupaten Sragen, Jawa Tengah, apabila dia maut bersama ibu bapanya kerana dijangkiti Covid-19. Menurut laporan CNN Indonesia, kes tersebut berpunca gara-gara pihak keluarga mangsa mengadakan majlis perkahwinan pada 24 Oktober lalu. Kejadian tersebut berlaku ketika pengantin perempuan dikenali sebagai L […]

Darurat: Penugasan PDRM Di Parlimen Batu Sapi Masih Berdasarkan SOP PKPB – KPN
KUALA LUMPUR, 18 Nov — Penugasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Parlimen Batu Sapi, Sabah masih mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan di seluruh Sabah pada 13 Okt lepas meskipun darurat sudah diisytiharkan di kawasan itu. Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata polis bagaimanapun bersedia jika Majlis […]

Kenderaan 4×4 Tersangkut Pada Lumpur, Dianggap Kejam Gunakan Gajah Untuk Tarik
Satu video yang menunjukkan seekor gajah sedang menarik sebuah kenderaan 4×4 yang tersangkut di dalam lumpur menjadi viral. Gajah yang dilindungi itu nampaknya diberikan rantai yang bersambung dengan kenderaan tersebut lalu gajah itu menarik kenderaan yang tersangkut itu. Video berdurasi 30 saat itu memperlihatkan sang gajah menarik balik kenderaan yang terperangkap di dalam lubang berlumpur. […]

“Kalau Boleh, Amat Penting Kita Mencegah Satu Lagi Pilihan Raya” – Dr Noor Hisham
PUTRAJAYA, 18 Nov – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berpendapat adalah penting untuk mengelakkan sebarang pilihan raya diadakan buat masa ini bagi mencegah penularan COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata KKM sememangnya daripada awal lagi amat bimbang sekiranya pilihan raya diadakan sama ada ia melibatkan pilihan raya kecil, negeri mahupun umum. Beliau […]

Kluster Murni Cheras Antara 8 Lagi Kluster Baharu Covid-19 Dikesan Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenalpasti lapan (8) lagi kluster baharu Covid-19 melibatkan beberapa daerah di beberapa negeri Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak. Berikut merupakan perincian lapan (8) kluster baharu berdasarkan perkongsian terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. 1. KLUSTER SABARU Kluster baharu ini melibatkan daerah Lahad Datu di negeri Sabah. […]

Warga Asing Ingin Ke Malaysia Untuk Bertemu Pasangan Perlu Biaya Kos Kuarantin
KUALA LUMPUR, 18 Nov – Warga asing yang ingin masuk ke negara ini untuk bertemu pasangan yang terdiri daripada warga tempatan perlu menyediakan wang secukupnya bagi membiayai kos di pusat kuarantin, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Mengambil maklum perkara itu, beliau berkata kos tersebut tertakluk di bawah Aku Janji MyTravelPass (MTP) […]

Batu Nisan Dipercayai Dari Dinasti Qing Abad Ke-17 Dijumpai Di Rumah Bekas MB
PEKAN, 18 Nov (Bernama) — Penemuan sembilan batu nisan dengan tulisan Cina kuno di perkarangan rumah bekas Menteri Besar Pahang Datuk Seri Muhamad Jusoh di Kampung Pekan Lama di sini, dipercayai membuktikan negeri ini pernah menjadi laluan perdagangan utama pada masa dahulu. Kurator Unit Arkeologi Perbadanan Muzium Negeri Pahang Noridayu Bakry berkata berdasarkan data awal, […]

Yang di-Pertuan Agong Isytihar Proklamasi Darurat di Parlimen Batu Sapi, Sabah – Istana Negara
KUALA LUMPUR, 18 Nov – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mengisytiharkan Proklamasi Darurat di Parlimen Batu Sapi, sekali gus membatalkan pilihan raya kecil kerusi itu. Proklamasi darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan dilakukan selepas memperhalusi penjelasan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempersembahkan nasihat beliau susulan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri berhubung perkara itu. “Dengan pengisytiharan […]

TERKINI: Turun Tiga Angka, 660 Kes Baharu Covid-19 Dilaporkan Dengan 4 Kes Kematian Hari Ini
Kes positif jangkitan baharu Covid-19 di negara ini mengalami penurunan tiga angka dengan 660 kes baharu dilaporkan, sekaligus menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 50,390 kes setakat Rabu (18 November 2020), jam 12 tengahari. Menurut perkongsian terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan […]

Bicara Kes Bunuh Zulfarhan Bersambung 22 Dis Ini
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) — Perbicaraan kes membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain di Mahkamah Tinggi di sini ditangguh kepada 22 hingga 30 Dis depan. Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim berkata perbicaraan kes itu sepatutnya bersambung pada 19 hingga 23 Okt lepas di hadapan Hakim […]
Bergantung Kepada Penilaian KKM, Ada Kemungkinan Beberapa Negeri Ditamatkan PKPB, Dijangka Diumum Jumaat Ini
PUTRAJAYA, 18 Nov – Keputusan penilaian status negeri-negeri yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dijangka akan diumumkan Jumaat ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penilaian yang dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) itu adalah berpandukan pada tempoh masa dua minggu. “Jadi sekarang ini KKM sedang menilai daripada segi jumlah kes, penilaian […]

Bayi Dilapor Lahir Dengan Dua Zakar, Dipercayai Hidap Sindrom CDS
Dipercayai seorang bayi seberat 2.6kg telah dilahirkan dengan mempunyai dua zakar malah mempunyai dua salur kencing di sebuah hospital di bandar Asyut, Mesir. Ahmad Maher Ali mendakwa bahawa pertambahan organ berlaku apabila pembentukan janin yang tidak sempurna seperti kebiasaan yang lain. “Kami memperlihatkan bayi yang baru lahir dengan mempunyai dua zakar dan dua kantung zakar […]
PKPD Di Penjara Seberang Perai, Kuarters Perumahan Penjara Seberang Perai Dilanjutkan Sehingga 2 Disember- Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kuarters di Pulau Pinang dilanjutkan. “Diatas nasihat dan penilaian risiko yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sidang khas hari ini bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Penjara Seberang Perai dan kuarters perumahan penjara Seberang Perai Pulau Pinang selama 14 […]

Nasib Malang Remaja Berusia 13 Tahun Dipaksa Jadi Isteri Kelima, Jaga Anak Tiri Seusia Dengannya
Nasib malang bagi seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dipaksa mengahwini lelaki berusia 48 tahun dalam upacara perkahwinan di Filipina. Dipaksa berkahwin dengan lelaki yang layak digelar ayah. Bukan itu sahaja, dia terpaksa menjaga anak suaminya itu yang seusia dengan dirinya. Di bawah merupakan beberapa gambar pasangan tersebut yang menjadi viral di media sosial. Didakwa […]
Monsun Timur Laut: Kejadian Ribut Petir, Hujan Lebat Dan Angin Kencang Dijangka Lebih Menyeluruh
Kuala Lumpur, 18 November – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan siaran media berkaitan ribut petir dan hujan lebat dijangka secara menyeluruh di kebanyakan kawasan. Menurut kenyataan MetMalaysia, fenomena itu berikutan Monsun Timur Laut bermula sekarang hingga hujung Disember 2020. Hujan lebat dan ribut petir dijangka kerap berlaku terutama pada waktu petang dan awal malam di […]
TERKINI: Zon B & Zon C Taman Meru 2C, Ipoh Dilaksanakan PKPD Bermula 20 Nov Ini – Ismail Sabri
PUTRAJAYA, 18 Nov – Kawasan Zon B dan Zon C di Taman Meru 2C, Ipoh akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula 20 Nov hingga 3 Dis ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berikutan berlaku peningkatan kes positif COVID-19 di kedua-dua lokaliti berkenaan. “PKPD ini […]