Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bayi Dilapor Lahir Dengan Dua Zakar, Dipercayai Hidap Sindrom CDS

Gambar via Google

Dipercayai seorang bayi seberat 2.6kg telah dilahirkan dengan mempunyai dua zakar malah mempunyai dua salur kencing di sebuah hospital di bandar Asyut, Mesir.

Ahmad Maher Ali mendakwa bahawa pertambahan organ berlaku apabila pembentukan janin yang tidak sempurna seperti kebiasaan yang lain.

“Kami memperlihatkan bayi yang baru lahir dengan mempunyai dua zakar dan dua kantung zakar adalah sebahagian dari sindrom duplikasi kaudal (CDS). Ini merupakan keadaan duplikasi organ badan,” tambahnya.

“Faktor CDS masih belum diketahui sepenuhnya. Bahhkan, banyak teori yang berusaha untuk menjelaskannya, tetapi teori yang boleh diterima adalah kegagalan kembar monchorial yang terpisah sepenuhnya”.

CDS adalah keadaan yang jarang berlaku. Jadi, mereka menyimpulkan bahawa, CDS memerlukan pemerhatian serta penglibatan pakar dari pelbagai bidang untuk melakukan pembedadahan terhadap bayi tersebut. Pembedahan akan dilakukan secara berperingkat pada usia 16 bulan.

Menurut Science Direct, pendua zakar mempunyai kekerapan satu dari lima juta kelahiran.

Sumber: Mirror UK