Berita
Suspek Tikam Isteri Di Baling Serah Diri Kepada Polis
ALOR SETAR, 21 Nov — Seorang lelaki yang menikam isterinya di bahagian perut menggunakan pisau Rabu lalu, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Baling pada 10.30 malam tadi. Ketua Polis Daerah Baling Supt Syed Basri Syed Ali berkata, suspek berumur 33 tahun yang sebelum ini telah melarikan diri selepas kejadian itu, dibawa ke IPD berkenaan oleh bapanya dan diserahkan kepada polis. “Suspek yang tidak bekerja itu ditahan reman selama tujuh hari sehingga 27 […]
Amaran Cuaca Waspada: Hujan Lebat Dijangka Melanda 12 Buah Negeri Sehingga 23 Nov
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran cuaca waspada di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga 23 November 2020. Amaran cuaca waspada yang dikeluarkan pada jam 2:30 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Berikut adalah antara kawasan yang dijangka berlaku hujan lebat sehingga 23 November 2020 ini: Perlis […]
COVID-19: Dipercayai Akibat Penipuan Seorang Pekerja, Seluruh Negeri Dengan 1.7 Juta Orang Dilapor Dikenakan ‘Lockdown’
Seorang pekerja di sebuah premis menjual piza yang dijangkiti Covid-19 didakwa telah berbohong berkenaan aktiviti pekerjaannya sehingga menyebabkan seluruh negeri Australia Selatan terpaksa dikenakan sekatan pergerakan (lockdown), lapor CNN. Negeri yang mempunyai kepadatan penduduk seramai 1.7 juta orang itu tidak akan dikenakan perintah berkurung sekiranya pekerja itu memberitahu perkara sebenar kepada pasukan pengesan kontak rapat, […]
PKPB: 19 SJR Dilaksana Di Kelantan Mulai Tengah Malam Tadi
MACHANG, 21 Nov — Sebanyak 19 sekatan jalan raya (SJR) dijalankan oleh polis selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mula dilaksanakan di Kelantan tengah malam tadi. Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat berkata setiap daerah akan diadakan antara satu hingga tiga SJR bergantung kepada persempadanan daerah masing-masing. Beliau berkata untuk PKPB ini, daerah yang menjadi tumpuan adalah Machang kerana kewujudan kluster Mengketil yang cepat […]
Nelayan Selamat Selepas Sembilan Jam Berpaut Pada Pelampung Pukat
JOHOR BAHRU, 21 Nov — Seorang nelayan tempatan ditemukan selamat selepas menempuh detik cemas terapung selama sembilan jam di laut akibat terjatuh dari bot semasa menangkap ikan di perairan Tanjung Sedili Kechil, dekat Kota Tinggi, semalam. Pengarah Maritim Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata Abdul Aziz Abdullah, 57, yang terapung dengan berpaut pada pelampung pukat, ditemukan […]
Elak Serabut, Ini Alat Boleh Cuba Guna Untuk Sorok Wayar Belakang TV
Ruang televisyen merupakan antara ruang yang kerap di pandang oleh isi rumah. Apa tidaknya, setiap kali menonton drama atau filem, sudah pastinya mata akan ‘meliar’ di kawasan sekitarnya. Apa yang menjadi masalah ialah wayar-wayar yang berserabut di ruangan televisyen tersebut. Sudah pastinya akan membuatkan seseorang itu berasa ‘tidak senang’ melihat pemandangan seperti itu. Pun begitu, […]
PLUS, Syarikat Lebuh Raya Pertama Menang AEA 2020
KUALA LUMPUR, 21 Nov — PLUS Malaysia Berhad (PLUS) muncul syarikat pengendali lebuh raya pertama memenangi Anugerah Tenaga ASEAN (AEA) 2020, yang diadakan secara maya dari Hanoi, Vietnam, Khamis lepas. PLUS dalam satu kenyataan memaklumkan, syarikat berkenaan diumum sebagai Naib Juara Kategori Pengurusan Tenaga Bangunan Besar dalam anugerah itu, yang melibatkan syarikat pelbagai sektor lain seperti hotel […]
(Video) Mungkin Ada Yang Belum Mahir, Ini Teknik Mudah ‘Reverse Parking’ Sempurna, Masuk ‘Ngam-ngam’ Dalam Kotak
Parkir kereta sememangnya bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilakukan semua orang. Untuk memarkir kereta ini bukan boleh main langgar sahaja. Ini kerana, parkir kereta memerlukan cara serta teknik yang betul supaya kereta anda itu boleh terduduk dalam kotak parkir dengan kemas. Mungkin ramai sudah mengetahuinya ekoran telah belajar di sekolah memandu, namun bagi yang […]
Remaja 16 tahun Mangsa Terbaharu Jangkitan Rabies, Siasatan Dapati Tiada Sejarah Gigitan Anjing
KUALA LUMPUR, 21 Nov — Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun meninggal dunia akibat dijangkiti wabak rabies di Sarawak pada 11 Nov lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata, kes rabies terbaharu itu menjadikan jumlah kes penyakit itu yang menjangkiti manusia di Sarawak meningkat kepada enam bagi tahun ini, dan kes […]
“..Dah Lebih 50 Tahun Tak Nampak,” Pantai Rusila Diserbu Penduduk Cari Siput Laut
MARANG, 21 Nov (Bernama) — Isinya sedap seperti sotong dan cengkerangnya yang cantik boleh dibuat hiasan, menyebabkan Pantai Rusila dekat Kampung Rhu Dua di sini menjadi tumpuan orang ramai, untuk mencari siput laut yang banyak terdampar pada musim tengkujuh kali ini. Kebanyakan penduduk berusia lebih 50 tahun yang ditemui Bernama mendakwa, siput laut itu hanya […]

(Video) Elok Terjelir Lidah, Lelaki Temui Ular Jenguk Kepala Dalam Mangkuk Tandas
Niat nak ‘melabur’ pun boleh terbantut jika tiba-tiba ternampak ‘kepala’ muncul dalam mangkuk tandas. Biarpun jarang berlaku, kejadian ini bukan lagi perkara pelik sama ada di luar negara ataupun Malaysia. Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi video seekor ular yang muncul di dalam mangkuk tandas rakannya di Texas, lapor The Sun. “Saya ingatkan ketakutan saya tidak […]

Kebenaran Rentas Zon Hijau Bakal Hidupkan Semula Pelancongan Domestik – Nancy
KUALA LUMPUR, 20 Nov- Pengumuman kerajaan membenarkan perjalanan rentas daerah dan negeri, membabitkan negeri zon hijau mulai Ahad ini akan menghidupkan semula pelancongan domestik yang terjejas akibat COVID-19, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri. Beliau juga yakin keputusan itu mampu meredakan kegusaran pengusaha perkhidmatan pelancongan seperti perhotelan dan resort, pemandu pelancong, inap desa dan […]

Dua Nelayan Pergi Ke Laut Ketika Cuaca Buruk, Seorang Dipercayai Hilang
INDONESIA- Dua orang nelayan yang berasal dari Desa Ale-ale, Kecamatan Pulau Laut Selatan, Kabupaten Kotabaru, Kalimantan Selatan ( Kalsel), dihempas ombak besar ketika melaut di perairan Kotabaru, Inonesia hari ini. Ketua Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Kotabaru Russian Ahmadi Jaya mengatakan, mangsa bernama Jahrani dan Darwis diketahui pergi melaut pada awal pagi Jumaat (20/11/2020). Namun, […]
Abang Food Panda Ini Gigih Naik Basikal Uzur Hantar Makanan Dalam Hujan Lebat, Syukur Dapat Basikal Baru
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Pepatah tersebut boleh menggambarkan kegigihan seorang penghantar makanan dalam mencari rezeki yang halal buat keluarga. Namun, makanan yang dihantar bukan menggunakan motosikal atau kereta, tetapi hanya basikal uzur yang setia dikayuh dalam hujan dan panas. Menerusi perkongsian Syamieyl di Twitter, rakannya menemui penghantar makanan Food Panda itu […]

Pemetik Buah Kelapa Sawit Ditemukan Lemas Terjatuh Ke Dalam Sungai Penggeli
JOHOR BAHRU, 20 Nov – Seorang pemetik buah kelapa sawit ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Penggeli, di Ladang Pekan Layang-Layang, dekat Kluang, hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Renggam Penolong Penguasa Bomba Asyraf Nur Mohd Yusoff berkata mayat M.Anbarasan, 39, ditemukan pada 12.15 tengah hari tadi, kira-kira 50 meter dari lokasi dia dipercayai […]
Singapura Perketat Langkah Rentas Sempadan Malaysia
SINGAPURA, 20 Nov – Singapura akan memperketat langkah rentas sempadan susulan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu hari ini. Menurut MOH, bermula 22 Nov, 11.59 malam, pelawat mempunyai sejarah perjalanan ke Malaysia termasuk transit 14 hari sebelum tarikh, perlu menjalani Notis Duduk di Rumah (SHN) selama 14 hari di kemudahan SHN yang […]
Kanak-Kanak Lelaki 16 Bulan Terperangkap Dalam Kereta Hampir Sejam
NIBONG TEBAL, 20 Nov – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila anak lelakinya berusia setahun empat bulan terperangkap dalam kereta yang terkunci hampir sejam di dalam garaj rumahnya di Taman Widuri, Sungai Jawi di sini hari ini. Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal Mohd Awis Kharni Abdul Rahman berkata sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima […]
Beberapa Penduduk Kampung Di Sabak Bernam Dakwa Diganggu Ketukan Pintu ‘Misteri’ Tanpa Beri Salam
Penduduk di beberapa kampung di daerah Sabak Bernam mendakwa telah diselubungi gangguan ketukan pintu rumah mereka tanpa memberi salam sejak kebelakangan ini. Gangguna misteri itu dipercayai menganggu penduduk pada waktu malam hingga awal pagi membabitkan beberapa kampung disekitar kawasan tersebut. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang penduduk yang bernama Khairol Anuar selepas team SK menghubunginya […]
Macau Scam, Judi Dalam Talian: Pegawai Dan Anggota Polis Terlibat Bakal Digantung Tugas, Tamat Perkhidmatan
KUALA LUMPUR, 20 Nov — Pegawai dan anggota polis terlibat secara langsung dengan individu yang ditahan berkaitan sindiket judi dalam talian dan Macau Scam, bakal berdepan digantung tugas selain ditamatkan perkhidmatan jika pembabitan mereka dibuktikan. Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Zamri Yahya berkata proses rakaman percakapan dan pengumpulan bukti berhubung penglibatan […]

PKPB Kelantan: Kluster Mengketil Merebak Pantas – Dr Noor Hisham
PUTRAJAYA, 20 Nov – Kadar kebolehjangkitan yang tinggi daripada Kluster Mengketil di Kelantan, menyebabkan kes kluster itu merebak dengan pantas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata selain merekodkan peningkatan kes yang mendadak dalam tempoh singkat, kluster itu telah merebak ke Daerah Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Mas dan Kuala […]