Berita

KKM Ambil Kira Lima Faktor Sebelum Syor Laksana PKPB – KP Kesihatan
PUTRAJAYA, 20 Nov – Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan penilaian risiko dengan mengambil kira lima faktor sebelum mengesyorkan sesuatu kawasan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata faktor-faktor yang diambil kira adalah kadar peningkatan kes, taburan kes positif, kepadatan penduduk, kewujudan tempat tumpuan awam dan keadaan […]

Ebit Lew Hadiahkan Motosikal Buat Tiga Beranak Motor Terbakar Di Johor
Bila disebut nama Ebit Lew, ramai mengenali insan hebat ini yang tidak pernah kenal erti penat dalam memberi bantuan kepada orang ramai yang memerlukan walau di ceruk mana pun mereka berada. Malah, bantuan yang dikirimkan beliau tidak mengira perbezaan agama, warna kulit mahu pun taraf kehidupan. Selagi terdaya, selagi itu beliau akan turun membantu. Menerusi […]

Wanita 32 Tahun Tanpa Latar Belakang Penyakit Kronik Antara Yang Maut Akibat Covid-19 Hari Ini
Setakat hari ini, terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian Covid-19 dalam negara, sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang maut adalah sebanyak 329 kes. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tiga kes kematian tersebut melibatkan dua individu yang berusia 30-an dan seorang lagi adalah warga emas dari Sabah. Mangsa pertama iaitu kes […]

Cat Farish Tamatkan Zaman Bujang, Pilih Pereka Fesyen Sebagai Isteri
Hampir empat tahun hidup keseorangan, penyanyi dan pelakon terkenal Tanah Air, Cat Farish tamatkan zaman bujangnya dengan pasangan pilihannya hari ini. Cat Farish atau nama sebenarnya Faris Zaquan selamat diijabkabul di sebuah Pusat Dakwah Islamiah, Paroi dengan pasangannya Suriani Hj Hassan yang merupakan seorang pereka fesyen terkenal di Kuala Lumpur. “Official jadi hubby to @suriani.hj.hassan. […]

TERKINI: 958 Kes Baharu Positif Covid-19 Dicatatkan Hari Ini Dengan Tiga Kes Kematian
Kes positif jangkitan baharu Covid-19 di negara ini mengalami penurunan tiga angka dengan 958 kes baharu dilaporkan, sekaligus menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 52,638 kes setakat Jumaat (20 November 2020), jam 12 tengahari. Menurut perkongsian terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan […]

Warga Emas Bersama Anak Dan Menantu Antara Enam Ditahan Bersama Dadah Bernilai RM8.14 juta
GEORGE TOWN, 20 Nov (Bernama) — Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan satu sindiket mengedar dadah selepas menahan enam individu termasuk seorang warga emas bersama anak serta menantunya, dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM8.14 juta dalam beberapa serbuan di Pulau Pinang semalam. Ketua Polis Negeri Datuk Sahabudin Abd Manan berkata kesemua mereka yang berumur antara […]
TERKINI: Harga Runcit RON95 & RON 97 Naik 2 Sen, Diesel Naik 7 Sen Mulai Tengah Malam Ini
Kementerian Kewangan Malaysia pada hari ini telah mengemas kini harga runcit bagi produk petroleum untuk tempoh 21 November sehingga 27 November 2020. Menerusi siaran media yang dikeluarkan melalui akaun Twitter rasminya, harga runcit bagi petrol RON97 naik sebanyak 2 sen seliter dan menjadi RM 1.94. Manakala bagi harga RON 95 juga naik 2 sen dari […]

TERKINI: PKPB Di Seluruh Negeri Kelantan Berkuatkuasa Esok
Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Kelantan berkuatkuasa esok (21 November 2010), menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. PKPB di negeri tersebut akan berlangsung selama dua minggu sehingga 6 Disember 2020 susulan peningkatan kes Covid-19. Pada masa yang sama, beliau turut mengumumkan PKPB ditamatkan di beberapa […]

PKPB Di Seluruh Negeri Melaka, Terengganu, Kedah Dan Johor Kecuali Daerah Kulim, Kota Tinggi Dan Mersing Ditamatkan 21 November
Datuk Seri Ismail Sabri hari ini dalam satu sidang media terkini PKPB di Malaysia mengumum PKPB di seluruh negeri Melaka, Kedah, Terengganu dan Johor ditamatkan kecuali daerah Kulim, Kota Tinggi dan Mersing Menurut Ismail, terdapat beberapa negeri yang menunjukkan trend penurunan kes positif Covid-19 seperti negeri Kedah, Melaka, Johor dan Terengganu. Namun, tiga daerah yang […]
KPDNHEP Banteras Penjualan Pakaian Jenama Tiruan Dalam Talian
PUTRAJAYA, 20 Nov (Bernama) — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membanteras penjualan pakaian berjenama tiruan melalui transaksi dalam talian melalui satu operasi yang dijalankan di sebuah kediaman di Taman Cheras Jaya di Balakong, Selangor pada Selasa lepas. Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata dalam serbuan itu, KPDNHEP merampas […]
Risiko Buta Huruf, Lumrah Dan Cabaran Kanak-kanak Dalam Mendepani COVID-19
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) — “Buku anak-anak dah selesai dibungkus. Nanti saya akan maklum tarikh untuk ibu bapa datang ambil di sekolah ya. “Mengemas dalam keadaan berduka. Siapa sangka begini pengakhiran tahun 2020. Tanpa sebarang ucapan dan pesanan untuk anak-anak murid, ‘tup-tup’ dah terpaksa ‘berpisah’ dan selepas ini (tahun hadapan) anak-anak terus ke tahun […]
Jejaka Jangan Banyak Main Telefon Sebelum Tidur, Risiko Terhadap Ketidaksuburan Tinggi – Hello Doktor
Mungkin anda pernah mendengar ayat, “Telefon pintar memang pintar, tetapi pintarkah kita menggunakannya?” Ketagihan telefon pintar bukan sahaja berlaku dalam kalangan kanak-kanak, namun juga orang dewasa. Seperti kebanyakan peranti, ia mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri sendiri, jika disalahguna. Baru-baru ini, laman kesihatan, Hello Doktor telah menerbitkan penulisan mengenai masalah kesuburan lelaki yang dipercayai boleh […]
Nisbah Jenayah Indeks Bertambah Baik Pada 2019 – Ketua Perangkawan
PUTRAJAYA, 20 Nov — Nisbah jenayah indeks bagi setiap 100,000 penduduk di Malaysia bertambah baik pada 2019 iaitu 256.6 berbanding 273.5 pada 2018, kata Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin hari ini. Tujuh negeri mencatatkan nisbah jenayah indeks bawah paras nasional pada 2019 iaitu Sarawak (214.6), Perlis (207.5), Perak (195.8), Pahang (195.7), Kelantan (188.2), Terengganu (150.3) dan Sabah (143.5), katanya. “Nisbah jenayah indeks bagi semua negeri menurun kecuali Pulau Pinang (3.76 […]
Lelaki Nekad Putus Cinta Selepas Teman Wanita Buang Patung Figura Nezuko Bernilai RM14k Miliknya
Seorang lelaki di Taiwan mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan teman wanitanya selepas mendapat tahu patung kesayangannya dibuang. Patung tersebut, Nezuko yang merupakan watak popular dalam anime Demon Slayer dilaporkan bernilai kira-kira RM14,000. Berdasarkan hantaran di laman Facebook, lelaki berkenaan meluahkan rasa marahnya apabila dia mendapati teman wanitanya itu membuang patung Nezuko tersebut hanya semata-mata kerana […]
Waspada, Amaran Ribut Petir Dijangka Melanda 10 Buah Negeri Sehingga 7 Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 7 malam ini. Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 4:15 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 7 […]
Bukan RM7.6 Juta, Tapi RM 57 Ribu Je, ‘Jutawan’ Viral Rasa Tertipu & Kecewa Jual Batu Meteorit Pada Harga Murah
Seorang lelaki berusia 34 tahun di Sumatera Utara yang sebelum ini tular dengan rezeki ‘terpijak’ yang diperolehinya apabila satu batu meteorit jatuh ke rumahnya dilaporkan telah mendapat keuntungan yang sedikit setelah menjual batu meteorit tersebut dengan harga Rp 200 juta (kira-kira RM57, 660) sahaja. Menurut Jakarta Post, dia sepatutnya boleh mendapat keuntungan yang lebih besar […]
Tak Pernah Membalak Melebihi Catuan Tebangan Tahunan – MB Pahang
KUANTAN, 20 Nov (Bernama) — Kerajaan negeri Pahang tidak pernah melakukan pembalakan melebihi Catuan Tebangan Tahunan (CTT) yang ditetapkan Majlis Tanah Negara, sekali gus menunjukkan pengurusan hutan yang baik. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata mengikut Rancangan Malaysia ke-11, CTT yang ditetapkan ialah 13,687 hektar, namun pada tahun 2019, luas kawasan yang […]

90 Penduduk Langkawi Teruja Rasai Pengalaman Pertama Naik Helikopter
LANGKAWI, 20 Nov (Bernama) — Sembilan puluh penduduk sekitar pulau peranginan ini teruja apabila julung kalinya merasai pengalaman menaiki helikopter, lebih menarik peluang tersebut diberikan secara percuma menerusi program kerjasama antara Heli Outpost Sdn Bhd dengan sebuah syarikat swasta yang sudi membuat penajaan. Ketua Pegawai Eksekutif Heli Outpost Sdn Bhd, Faiz Fahmi Sazali berkata pihaknya […]
Kadar Indeks Jenayah Perak Turun 32 Peratus Sejak Januari
IPOH, 20 Nov — Kadar indeks negeri Perak menunjukkan penurunan sebanyak 32 peratus atau 1,295 kes bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini berbanding tempoh sama pada tahun lepas. Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Goh Boon Keng berkata bagi tempoh 10 bulan pertama pada tahun lalu, sebanyak 4,129 kes indeks jenayah direkodkan dan untuk tempoh sama […]
Pharmaniaga Jangka Hasilkan Vaksin Halal Dalam Masa 4-5 Tahun
KUALA LUMPUR, 20 Nov — Pharmaniaga Bhd menjangkakan untuk menghasilkan vaksin halalnya dalam tempoh empat ke lima tahun ini. Timbalan Pengarah Urusannya Mohamed Iqbal Abdul Rahman berkata terdapat potensi untuk memasarkan vaksin halal di seluruh dunia. “Kami akan menghasilkan vaksin sendiri selepas menjalani pelbagai program persediaan,” katanya pada pengumuman keputusan dan prestasi kewangan suku ketiga 2020 syarikat itu menerusi taklimat media dalam talian hari […]