Berita
MetMalaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir, Beberapa Kawasan Di 6 Buah Negeri Diramal Terlibat Sehingga Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan kenyataan berkaitan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka akan melanda 6 buah negeri pada hari ini. Kenyataan amaran ribut petir tersebut dikeluarkan pada jam 2:15 petang hari ini melalui akaun rasmi Twitter mereka. Berikut merupakan 6 buah negeri serta kawasan yang terlibat sehingga 5 petang, 22 November 2020. […]

Sebuah Pesawat Ringan Dipercayai Mendarat Cemas Atas Lebuh Raya
KULAI, 22 Nov (Bernama) — Sebuah pesawat ringan jenis Beechcraft Bonanza F35 mendarat cemas di laluan kecemasan di Km47.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, di Sedenak, dekat Kulai, pagi tadi, selepas mengalami kerosakan enjin. Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata kejadian berlaku pada 11.05 pagi ketika pesawat dikendalikan juruterbang Dr Yang Kuang Ying, […]

Tujuh Dilapor Maut Selepas Minum ‘Hand Sanitiser’, Dipercayai Kerana Kehabisan Alkohol Dalam Sebuah Parti
Tujuh orang dilaporkan maut manakala dua lagi berada dalam keadaan koma selepas meminum cecair pembasmi kuman di Rusia, lapor Daily Mail. Sekumpulan sembilan orang itu dilaporkan telah meminum cecair pembasmi kuman tersebut kerana kehabisan alkohol di sebuah parti di kampung Tomtor yang terletak di daerah Tattinsky, Rusia pada hari Ahad. Tiga mangsa pertama insiden itu […]

Doktor Ini Pesan Supaya Tidak Tinggalkan Bayi Menyusu Sendirian, Sendawakan Dulu Sebelum Bayi Buat Benda Lain
Kisah bayi maut akibat tersedak susu seringkali kita dengar di media. Tragedi pilu ini sering berlaku tanpa disangka. Kejadian ini pastinya meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga mangsa dan orang sekeliling. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, seorang doktor tampil menjelaskan langkah yang ‘wajib’ ibu bapa lakukan sebelum dan selepas menyusukan bayi agar tragedi itu boleh dihindari. […]
Nelayan Maut Akibat Dipatuk Ular, Dipercayai Tiada Duit Untuk Dibawa Ke Hospital
Satu foto yang memaparkan sebuah keluarga miskin di Jambi, Indonesia telah menjadi tular di media sosial. Foto tersebut mulai tular selepas bapa kepada keluarga tersebut yang bernama Zaini dilaporkan meninggal dunia kerana menderita sakit selama beberapa hari akibat dipatuk ular. Dalam beberapa foto yang beredar di media sosial itu, Zaini dilihat terbaring kesakitan sambil dikelilingi […]
Rahsia ‘Pintu Pejabat’ Terbongkar
SERDANG, 22 Nov — Taktik berselindung di sebalik ‘pintu pejabat’ sebuah pusat snuker di Seri Kembangan untuk menjalankan aktiviti perjudian dalam talian terbongkar dalam serbuan Op Noda Khas ke atas premis itu malam tadi. Ketua Polis Daerah Serdang ACP Razali Abu Samah berkata dalam serbuan bermula pukul 9 malam, seramai sembilan individu warga tempatan berumur 27 hingga 51 tahun ditahan termasuk […]
(Video) Sampai ‘Meniarap’ Atas Pinggan, Gelagat Anak Kucing ‘Kedekut’ Taknak Kongsi Makanan
Bermacam-macam gelagat kucing kita boleh lihat yang sememangnya bikin geram dan geli hati. Ada sahaja akal mereka untuk mendapatkan sesuatu sehingga adakalanya membuatkan kita terhibur. Seperti rakaman tular seekor anak kucing yang ‘tamak’ dan tidak mahu berkongsi makanannya dengan seekor kucing lain. Dalam satu video yang tular, kelihatan seekor anak kucing putih bertompok ‘meniarap’ di […]
TERKINI: Masih 4 Angka, 1,041 Kes Baharu COVID-19, 3 Kes Kematian Dan 3 Kluster Baharu Dilaporkan Hari Ini
Putrajaya, 21 November – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan lagi 1,041 kes positif COVID-19 hari ini dan menandakan bahawa kes baharu masih lagi dalam lingkungan empat angka namun lebih rendah berbanding kes sembuh iaitu 1,405. Menurut ciapan daripada Twitter KKMalaysia, negeri tertinggi yang mencatatkan kes baharu ialah Selangor sebanyak 402 kes diikuti Sabah dengan 346 kes. […]
Muar, JB Dilanda Banjir Ekoran Hujan Lebat Sejak Tengah Hari
JOHOR BAHRU, 21 Nov (Bernama) — Beberapa kawasan di Muar dan bandar raya ini mula dilanda banjir selepas hujan lebat berlarutan selama beberapa jam, sejak tengah hari tadi. Antara kawasan terjejas di Muar melibatkan Parit Masjid, Kampung Parit Othman Kiri, Jalan Sungai Terap, Jalan Sungai Abong serta Pekan Bukit Pasir. “Hujan lebat mulai 1 tengah […]
COVID-19 Di Indonesia: 4,998 Kes Baharu, Jumlah Keseluruhan Kini 493,308
JAKARTA, 21 Nov (Bernama) — Indonesia mencatatkan 4,998 kes jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan kes keseluruhan di republik itu kini menjangkau 493,308 kes, menurut data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini. Menurutnya 413,955 pesakit yang disahkan positif virus itu, telah sembuh dari jangkitan berkenaan, […]
Kerajaan Kaji Bina Kuarters Pekerja Asing – Annuar
KUALA LUMPUR, 21 Nov — Kerajaan akan mengkaji langkah mewujudkan kuarters untuk pekerja asing bagi mengelak penularan pandemik COVID-19 di tapak pembinaan, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata bagi tujuan itu, pihaknya sedang berunding dengan beberapa kementerian lain dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). “Kadang kala, ada pekerja asing duduk […]
(Video) Kongsi ‘Rezeki’ Malam Bersama Kucing, Netizen Banjiri Komen Dengan Doa Dan Pujian Kepada ‘Frontliner’ Ini
Pasti ramai diantara kita yang pernah mempunyai pengalaman apabila menjamu selera di kedai-kedai makan didatangi kucing yang sedang kelaparan. Timbul juga rasa kasihan menyebabkan ada yang ‘menyumbang’ sedikit makanan kepada makhluk Allah itu. Seperti satu video yang dikongsikan menerusi akaun Facebook Polis Kedah ini, tindakan seorang anggota polis bernama Koperal Nora Binti Bakar yang berkongsikan […]
Gagal Mematuhi Penjarakan Fizikal Rekod Kesalahan Tertinggi Ingkar PKPP
KUALA LUMPUR, 21 Nov — Gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal antara kesalahan tertinggi direkodkan semalam membabitkan 206 daripada 455 individu yang dikenakan tindakan atas kesalahan mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah individu yang dikenakan tindakan semalam, 427 daripada mereka dikenakan kompaun, 27 direman dan seorang dibebaskan […]
Kenaikan Harga Bawang Dari India Tidak Dapat Dielak Berikutan Tengkujuh – Rosol
BATU PAHAT, 21 Nov — Kenaikan harga bawang besar dari India tidak dapat dielakkan kerana pengimportan bahan masakan itu agak berkurangan ketika ini akibat musim tengkujuh dan bencana banjir di negara berkenaan. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata pengguna perlu bersabar, dan menggunakan bawang dari beberapa negara seperti […]
(Video) Detik-Detik Mendebarkan Bas Bergerak Melalui Antara Jalan Berbahaya Di India Bikin ‘Cuak’
Saat mendebarkan dan penuh dengan ketakutan apabila satu bas melintasi laluan gunung air terjun yang sukar dan berbahaya. Dalam klip video berdurasi 44 saat yang diambil daripada instagram milik @ray_manwa dan dikongsi oleh The Sun melalui twitter terlihat sebuah bas berwarna putih melalui laluan gunung yang sempit, berhampiran jurang dan berbatu. Bas itu membawa dengan […]
Belanjawan 2021: Pengurangan Peruntukan Untuk UiTM Bakal Rencatkan Rancangan Masa Depan
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) — Pelan pembangunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan usaha melahirkan graduan berhadapan norma baharu akibat pandemik COVID-19, dilihat akan terencat jika peruntukan Belanjawan 2021 kepada institusi tersebut dipotong. Pengarah Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi UiTM Prof Datuk Dr Ismail Sualman berkata, selaku institusi terbesar di Malaysia dengan 35 kampus dan lebih 100,000 pelajar di seluruh negara, institusi tersebut memerlukan […]
Waspada, Amaran Ribut Petir Dan Hujan Lebat Dijangka Melanda Beberapa Buah Negeri Sehingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan kenyataan berkaitan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka akan melanda 4 buah negeri sehingga jam 5 petang dan sehingga jam 7 malam 21 november 2020. Kenyataan amaran ribut petir tersebut dikeluarkan pada pukul 3:10 petang hari ini melalui akaun Twitter rasmi mereka. Berikut merupakan negeri serta kawasan yang […]
Kerajaan Tidak Tolak Haramkan Jualan Arak Di Kedai Runcit Di Negeri Lain
KOTA BHARU, 21 Nov — Kerajaan tidak menolak kemungkinan memperluaskan pengharaman jualan arak di kedai serbaneka dan kedai runcit di negeri selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary berkata kerajaan menerima komen positif daripada masyarakat merentasi kaum berhubung langkah itu yang dijangka dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya […]
Pemalsuan Cap Sempadan: Tiga Termasuk Timbalan Pengarah Imigresen Ditahan
PUTRAJAYA, 21 Nov — Tiga lagi pegawai Jabatan Imigresen Malaysia termasuk Timbalan Pengarah yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dengan sindiket pemalsuan cap keluar masuk warga asing di pintu masuk utama dan sempadan negara. Menurut sumber SPRM, kesemua suspek berusia antara 38 hingga 54 tahun itu ditahan di […]
Burger Salmon Atlet Bina Badan Negara Cetus Fenomena Baru Di Kuching
KUCHING, 21 Nov — Mempunyai rutin pemakanan yang berdisiplin dan mementingkan jumlah kalori yang diambil, memberi cetusan idea buat atlet bina badan negara Awang Mohd Azizul Ghani, 35, untuk membuka gerai burger berasaskan makanan sihat, termasuk burger salmon yang kini menjadi ‘buah mulut’ masyarakat di Kuching. Awang Mohd Azizul berkata beliau mengambil keputusan membuka gerai burger yang digelar ‘Burger Muscleman’ […]