Berita
Harapan Dan Kedudukan Ekonomi Pada Tahun 2020
Tahun 2020 yang ideal dalam kebanyakan pemikiran rakyat Malaysia adalah pembentukan sebuah masyarakat maju, jaminan kesaksamaan dalam ekonomi dan kewujudan ekonomi yang kompetitif, sebaliknya harapan itu tidak tercapai apabila kes pertama koronavirus dikesan di Wuhan, China pada November tahun lepas. Sebulan kemudian pada 31 Disember 2019, China memberitahu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai beberapa kes […]
Johor Kenal Pasti Sumber Baharu Tampung Hasil Tahun Depan
ISKANDAR PUTERI, 30 Nov — Kerajaan Negeri Johor sedang mengenal pasti beberapa langkah dan sumber baharu bagi menampung hasil yang terjejas pada tahun hadapan. Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata antara langkah itu termasuk pihak Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ) akan meningkatkan bayaran lesen, kompaun dan denda berdasarkan Enakmen Air 1921. “Langkah lain, Jabatan […]
Produk Eksport Pertanian Johor Ke Antarabangsa Dijenamakan ‘Made In Johor’
ISKANDAR PUTERI, 30 Nov — Semua produk eksport pertanian negeri ini sama ada ke Singapura atau pasaran antarabangsa akan dijenamakan sebagai “Made in Johor” bagi menambah nilai sekali gus mengukuhkan penjenamaan berkenaan. Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata susulan itu produk pertanian yang bakal dieksport akan ditambah nilai dari segi pemprosesan, pembungkusan, keselamatan dan kualiti […]
Kualiti Aset Sistem Perbankan Kekal Kukuh – BNM
KUALA LUMPUR, 30 Nov — Kualiti aset sistem perbankan kekal kukuh walaupun selepas pelaksanaan langkah moratorium secara menyeluruh, demikian menurut Bank Negara Malaysia (BNM). Menurut bank pusat itu, nisbah pinjaman terjejas kasar keseluruhan meningkat sedikit kepada 1.43 peratus pada Oktober (September : 1.38 peratus) yang didorong oleh segmen isi rumah. “Jumlah peruntukan meningkat sebanyak 5.54 peratus pada Oktober (September: […]
Nadma Sedia Aktifkan Semula Fasiliti Di MAEPS
KUALA LUMPUR, 30 Nov — Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) sedia mengaktifkan semula Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang, sekiranya jumlah katil di kemudahan kesihatan sedia ada tidak mencukupi. Ketua Pengarah Nadma Datuk Dr Aminuddin Hassim barkata bagaimanapun perkara itu tertakluk kepada keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Beliau […]
LKL Peroleh Kontrak Sarung Tangan Nitril Bernilai RM163.2 juta
KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — LKL International Bhd memperoleh kontrak bernilai RM163.21 juta untuk membekalkan sarung tangan nitril bagi tujuan pemeriksaan kepada Shang Hong International (Hong Kong) Ltd. Menurutnya, kontrak itu yang diberikan kepada anak syarikat milik penuhnya, LKL Advance Metaltech Sdn Bhd dijangka selesai pada suku keempat tahun depan. “Kontrak jualan itu dijangka […]

Korea Selatan Bantah Tuntutan China Terhadap Standard Industri Makanan Kimchi
SEOUL, 30 Nov — Kimchi tidak sekadar kubis yang dijeruk, tetapi memainkan peranan penting dalam budaya makanan Korea, dan proses penghasilannya menerima pengiktirafan piawaian global selama hampir dua dekad, lapor Agensi Berita Yonhap memetik Kementerian Pertanian Seoul. Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar membuat kenyataan itu sebagai membantah dakwaan media China, bahawa Beijing telah memenangi perakuan dari Pertubuhan […]

COVID-19: Thailand Pertingkat Pengesanan Kontak Selepas Tiga Pelanggar Kuarantin Diuji Positif
BANGKOK, 30 Nov — Thailand kini seolah-olah berlumba dengan masa dalam usaha mengesan kontak bagi mengekang gelombang baharu penularan COVID-19 selepas tiga rakyatnya yang memasuki negara itu secara haram dari Myanmar dan mengelak menjalani kuarantin wajib di kemudahan negara telah diuji positif virus berbahaya itu beberapa hari kemudian. Dalam perkembangan terkini, dua wanita rakyat Thailand berusia 23 […]
UTHM Tutup Operasi Kampus Parit Raja, Pagoh Untuk Sanitasi Mulai Esok
BATU PAHAT, 30 Nov (Bernama) — Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menutup operasi Kampus Parit Raja di sini dan Kampus Pagoh di Muar, selama lima hari mulai esok bagi melaksanakan proses sanitasi mencegah penularan COVID-19. Naib Canselor UTHM Prof Datuk Dr Wahid Razzaly berkata sepanjang penutupan sehingga 5 Dis itu, pihak universiti akan memfokuskan kepada proses sanitasi di kawasan […]
Maniam Sedia Kemudi PJ City Yang Dibarisi Pemain Tempatan
KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Pasukan Petaling Jaya City FC (PJ City FC) mengambil langkah berani dengan membariskan 100 peratus pemain tempatan dan lebih ramai pemain muda dijangka akan diberikan tempat dalam skuad itu pada saingan Liga Super 2021. Ketua Jurulatih Skuad Phoenix yang baharu dilantik, P Maniam berkata sudah tiba masanya pemain muda tempatan meningkatkan mutu permainan […]
Untung Bersih Separuh Pertama MNRB Meningkat 7.9 Peratus Kepada RM93.2 Juta
KUALA LUMPUR, 30 Nov — Keuntungan bersih MNRB Holdings Bhd bagi enam bulan pertama berakhir 30 Sept, 2020 meningkat 7.9 peratus kepada RM93.2 juta daripada RM86.4 juta yang direkodkan pada tempoh yang sama sebelum ini. Menurut kenyataan syarikat itu kepada Bursa Malaysia hari ini, sumbangan takaful dan premium kasar menokok 6.5 peratus kepada RM1.14 bilion […]
Pejabat WBG Di Malaysia Sebagai Hab Himpun Pakar Ekonomi, Kewangan Tempatan
KUALA LUMPUR, 30 Nov — Pejabat Kumpulan Bank Dunia (WBG) di Malaysia akan berfungsi sebagai hab yang akan menghimpunkan pakar-pakar ekonomi dan kewangan tempatan, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata selain itu ia membolehkan WBG untuk menjalankan penyelidikan pembangunan bagi penambahbaikan petunjuk global termasuk berkaitan ‘World Bank Doing Business Survey’ dan menyediakan bantuan […]
Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Sambut Baik Langkah Perkenal Semula GST
KUALA LUMPUR, 30 Nov — Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim menyambut baik langkah yang dirancang oleh kerajaan untuk memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Mohd Sheriff mencadangkan kadar GST yang baharu diturunkan kepada 3.0 atau 4.0 peratus berbanding 6.0 peratus apabila cukai itu dimansuhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak […]
Polis Akan Mohon Lanjutkan Perintah Reman Terhadap Pendakwah Muda
KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Polis akan memohon pelanjutan tahanan reman terhadap seorang pendakwah muda yang juga selebriti televisyen kerana disyaki melakukan jenayah seksual dan menyebabkan kecederaan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata lima laporan diterima di Shah Alam manakala satu di Petaling Jaya oleh enam pengadu wanita berlainan. “Suspek akan […]
Peruntukan Belanjawan 2021 JPM, Kementerian Kewangan Lulus Peringkat J/Kuasa Selepas Undi Belah Bahagian
KUALA LUMPUR, 30 Nov — Peruntukan bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Kewangan dalam Belanjawan 2021 lulus di peringkat jawatankuasa hari ini selepas undi belah bahagian yang dijalankan menyaksikan lebih 100 Ahli Parlimen menyokong berbanding 95 yang tidak bersetuju. Proses pengundian bagi JPM dan Kementerian Kewangan itu dijalankan apabila lebih 15 Ahli Parlimen bangun meminta undi belah bahagian dibuat selepas undian mengikut suara. […]
Pharmaniaga Siap Siaga Edar Vaksin COVID-19
SHAH ALAM, 30 Nov — Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga) telah menubuhkan pasukan petugas dan bersedia mengedarkan vaksin COVID-19 ke seluruh negara yang dijangka boleh didapati pada suku pertama tahun depan. Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga Datuk Zulkarnain Md Eusope berkata ini selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini bahawa kerajaan telah memeterai perjanjian […]
Pakar Forensik UK Setuju Dengan Laporan Bedah Siasat Punca Kematian Nora Anne
SEREMBAN, 30 Nov — Pakar patologi forensik yang dilantik Mahkamah Koroner United Kingdom (UK) hari ini bersetuju dengan laporan bedah siasat Malaysia berhubung punca kematian remaja kelahiran Ireland-Perancis Nora Anne Quoirin iaitu akibat pengulseran duodenum, perforasi dan pendarahan yang disebabkan kebuluran serta tekanan fisiologi. Penyataan saksi enam halaman Dr Nathaniel Roger Blair Cary, 63, berkata berdasarkan pemeriksaannya […]
Harga Roti Berperisa Gardenia Naik Antara 5 Sen Ke 20 Sen
KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Harga beberapa produk roti berperisa jenama Gardenia akan mengalami kenaikan antara 5 sen hingga 20 sen mulai 1 Dis ini berikutan kenaikan harga bahan mentah seperti lemak sayuran, serbuk koko dan susu serta kos pembungkusan. Gardenia Bakeries Sdn Bhd (GBKL) dalam satu kenyataan berkata sebelum ini pihaknya menyerap kos […]
NTF Bincang Strategi Perkukuh Kawalan Sempadan Negara Minggu Ini – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR, 30 Nov — Berikutan insiden anggota pasukan keselamatan di sempadan negara ditembak penyeludup, Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) akan membincangkan strategi memperketat, mengukuh dan memperkasa kawalan di sempadan negara dalam minggu ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata terdapat kemungkinan keperluan untuk menambah anggota pasukan unit beruniform iaitu Angkatan Tentera […]
Polis Tahan 15 Lelaki Disyaki Terbabit Dalam Sembilan Kes Curi Ekzos Kereta
KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Lima belas suspek lelaki termasuk dua warga Bangladesh yang disyaki aktif dalam kegiatan mencuri ekzos kenderaan, ditahan di beberapa lokasi sekitar Rawang, Gombak dan Sentul, Jumaat lepas. Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata kegiatan suspek yang berumur antara 27 dan 56 tahun itu didapati mula aktif sejak […]