Berita
Penduduk Dakwa Rumah Retak Akibat Letupan Batu Bagi Kerja-Kerja Pembinaan
KUANTAN, 30 Nov — Pemilik rumah di Taman Pelindung Jaya Utama di sini, mendakwa aktiviti letupan batu bagi kerja-kerja pembinaan kawasan perumahan baharu yang berhampiran sejak tahun lepas, menyebabkan beberapa struktur bangunan rumah mereka retak. Pengerusi persatuan penduduk Mohamad Din, 50, berkata hampir 90 rumah di situ terkesan daripada aktiviti berkenaan, yang dapat dilihat pada bahagian […]

Letak Nota Depan Sejadah Sebagai Panduan, Pemuda Dipercayai Baru Peluk Islam Belajar Solat Bikin Tersentuh
Meskipun dipercayai baru memeluk Islam, seorang pemuda di Amerika tetap berusaha menunaikan tuntutan agama, yakni mendirikan solat. Gambar pemuda itu telah mendapat perhatian hampir 70,000 warga maya yang tersentuh dan kagum melihat usaha beliau mempraktikkan solat walaupun terpaksa berpandukan sekeping kertas. “Saudara Amerika ini baru sahaja memeluk Islam baru-baru ini, ditemui di sudut masjid dan […]
FAS Sasar Lebih Ramai Pemain Ikut Jejak Luqman Hakim
KUALA LUMPUR, 30 Nov — Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengesahkan telah menandatangani kontrak dengan enam pelajar lepasan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dalam usaha menggalakkan lebih ramai golongan belia mengikuti jejak pemain remaja sensasi Malaysia iaitu Luqman Hakim Shamsudin yang berhijrah ke Eropah. Luqman Hakim, 18, yang menyertai Selangor II akhir tahun lepas, telah berhijrah ke […]

Atlet, Jurulatih Dan Persatuan Sukan Labuan Terima Elaun, Insentif
LABUAN, 30 Nov — Seramai 54 atlet dan 17 jurulatih yang bernaung di bawah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan hari ini menerima bayaran elaun latihan bagi Oktober hingga Disember daripada Kementerian Wilayah Persekutuan membabitkan peruntukan RM70,000. Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Dr Fary Akmal Osman berkata bantuan kewangan berjumlah RM40,000 turut disalurkan kepada 20 persatuan sukan bertujuan […]

Komuniti Perniagaan Labuan Tidak Babit Perbincangan Cukai – ALTC
LABUAN, 30 Nov — Persatuan Syarikat-Syarikat Amanah Labuan (ALTC) mendakwa kalangan komuniti perniagaan di Labuan tidak dibawa berbincang mengenai perubahan struktur cukai di wilayah tersebut. Pengerusinya, Datuk Chin Chee Kee berkata perubahan oleh kerajaan itu membabitkan pilihan bayaran cukai sebanyak tiga peratus daripada keuntungan bersih yang diaudit atau RM20,000 ke atas satu-satunya pilihan bayaran tiga peratus bagi keuntungan bersih diaudit. Ini […]
Aktiviti Ekonomi Di Luar Kawasan PKPD Dibenarkan Dengan SOP Ketat – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR, 30 Nov — Aktiviti ekonomi di kawasan yang tidak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) adalah dibenarkan namun tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata selain SOP ketat, premis perniagaan termasuk pasar malam dan pasar harian perlu dipantau anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bagi […]
Lima Lagi Kawasan Di Perak, Sabah Dikenakan PKPD
KUALA LUMPUR, 30 Nov — Lima lagi kawasan baharu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu masing-masing dua di Ipoh dan Sandakan manakala satu di Lahad Datu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata di Ipoh, PKDP dikenakan di Zon A Taman Klebang Jaya dan Taman Pinji Mewah bermula esok […]
KKM Jangka Terima Kajian Klinikal Fasa 3 Vaksin COVID-19 Minggu Depan
PUTRAJAYA, 30 Nov — Kementerian Kesihatan (KKM) dijangka menerima laporan pertama kajian klinikal fasa ketiga vaksin COVID-19 minggu depan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata laporan itu akan diberikan oleh salah satu daripada 10 syarikat penyelidik vaksin yang telah berunding dengan Malaysia sebelum ini. Jelas beliau, Malaysia membuat rundingan […]
Suspek Kes Campak Kanak-kanak Dipercayai Ada Masalah Mental – Polis
KUALA LUMPUR, 30 Nov — Seorang suspek lelaki warga Nigeria yang dipercayai mencampakkan cucu lelaki tirinya dari tingkat tiga sebuah apartmen di Danau Kota, Setapak di sini, semalam, dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental. Menjelaskan perkara itu dengan lanjut, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata ini kerana suspek didapati mengambil ubat-ubatan berkaitan mental. […]
Objek Dipercayai Meteor Dilapor Dilihat Menjunam Dari Langit Di Jepun
Sebuah meteor dilihat menjunam dari langit di kawasan yang luas di Jepun telah menarik perhatian di televisyen dan media sosial. Meteor itu bersinar ketika menjunam dengan pantas melalui atmosfera bumi pada hari Ahad yang lalu. Ramai orang di Jepun barat melaporkan di media sosial kerana melihat pemandangan yang jarang berlaku itu. Televisyen awam NHK mengatakan, […]

Struktur Logam Misteri Seakan ‘Monolith’ Dilapor Hilang, Didakwa Diubah Oleh ‘Pihak Tidak Dikenali’
Objek seakan monolith yang ditemui sebelum ini di Utah kini telah hilang, lapor CNN. Menurut portal itu, objek berwarna silver itu telah diubah oleh pihak yang tidak diketahui pada malam Jumaat lalu, lapor Biro Pengurusan Tanah (BLM) pada Sabtu. “Kami telah menerima laporan mengenai struktur yang dibina secara haram itu, dirujuk sebagai ‘monolith’ telah diubah […]
COVID-19: Lelaki Berusia 22 Tahun Antara 3 Kes Kematian Baharu Hari Ini
Putrajaya, 30 November – Sebanyak tiga lagi kematian akibat COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 360 korban di Malaysia. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kematian itu melibatkan pesakit di negeri Kedah, WP Labuan dan Sabah. “Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di […]
COVID-19: Kluster Nibong Di Johor Antara 3 Kluster Baharu Yang Dilaporkan Hari Ini
Putrajaya, 30 November – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan tiga lagi kluster baru COVID-19 dikesan hari ini melibatkan WP Kuala Lumpur, Selangor dan Johor. Ketiga-tiga kluster ini menyumbang kepada peningkatan sebanyak 54 kes terhadap jumlah keseluruhan kes baru pada hari ini. Kluster pertama ialah Kluster Jalan Lapan yang dikesan di Selangor dan WP Kuala Lumpur. Kes […]
COVID-19: 13 Negeri Catat Pertambahan Kes Baharu Hari Ini, Selangor Paling Tinggi Dengan 402 Kes
Putrajaya, 30 November – Negeri Selangor mencatatkan kes COVID-19 tertinggi hari ini dengan 402 kes, lapor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dalam kemaskini terbaru, sebanyak 204 kes baru di negeri berkenaan melibatkan kluster sedia ada, sembilan (9) dari kluster baru, 95 hasil saringan kontak rapat, 90 lain-lain saringan dan empat (4) melibatkan kes import. Negeri yang […]
PKPB: Zoo Taiping Dan Night Safari Jangka Alami Kerugian Lebih RM500,000
TAIPING, 30 Nov (Bernama) — Zoo Taiping dan Night Safari di sini dijangka mengalami kerugian antara RM500,000 hingga RM600,000 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa 9 Nov hingga 6 Dis ini. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT) Khairul Amir Mohamad Zubir berkata kerugian itu susulan kemerosotan hasil kutipan tiket sehingga 95 […]
Tiga Wanita Kongsi Mengapa Wanita Penting Dalam Ekonomi
Biarpun tidak terbabit secara terus memberi sumbangan kepada peningkatan ekonomi global, tetapi peranan wanita tidak dapat disangkal bahkan seharusnya diberi pujian. Penganjuran Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) tahun ini sekali lagi mengenegahkan fungsi wanita dalam sektor ekonomi. APEC 2020 berfungsi sebagai pentas untuk mengukuhkan fokus Malaysia dalam menjayakan agenda wanita dan […]
TERKINI: 2,112 Kes Telah Sembuh Dan 1,212 Kes Baharu COVID-19 Dilaporkan Hari Ini
Putrajaya, 30 November – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan 1,212 lagi kes baru COVID-19 direkodkan di Malaysia setakat 12 tengah hari tadi. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara ini adalah mencecah 65,697 setakat ini. Sementara itu, seramai 2,112 pesakit disahkan sembuh, menjadikan jumlah […]

Khas Untuk Belia Yang Menganggur, Ini Program Untuk Anda Rebut Peluang Kerja, Siap Ada Elaun Hingga RM1,000
Ketika ini, seluruh negara dan dunia diserang wabak pandemic Covid-19. Kesan pandemic ini sangat besar untuk ekonomi negara. Ramai individu yang kehilangan pekerjaan, pendapatan dan tidak kurang juga ada yang terpaksa beralih kerjaya dari bidang A ke bidang B demi kelansungan hidup seharian. Bagi menangani kadar pengangguran yang semakin meningkat ini, kerajaan di bawah inisiatif […]
Bilangan Rakyat Malaysia Berkahwin Menurun, Jumlah Bercerai Meningkat Tahun Lepas
PUTRAJAYA, 30 Nov (Bernama) — Bilangan rakyat Malaysia yang berkahwin tahun lepas menurun sebanyak 1.2 peratus kepada 203,821 orang, berbanding 206,352 orang pada tahun sebelumnya, menurut laporan Statistik Perkahwinan dan Perceraian Malaysia 2020. Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata laporan juga menunjukkan jumlah perceraian dalam kalangan rakyat negara ini meningkat 12 peratus […]
Waspada, Amaran Ribut Petir Dikeluarkan Di Beberapa Kawasan Bagi 9 Buah Negeri Sehingga Jam 9 Malam
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda di beberapa buah negeri. Kenyataan terkini dikeluarkan pada jam 5 petang tadi, ramalan cuaca dijangka hingga pukul 9 malam, 30 november 2020. Berikut adalah senarai negeri dan kawasan-kawasan yang terlibat: Perlis . Kedah : (Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, […]