Berita
Dari XXL Ke S, Gadis Ini Kongsikan Tips Yang Diamalkan Hingga Berjaya Turun Berat Badan Dalam Masa 6 Bulan
Pasti ramai diantara kita yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Semua orang tahu bahawa untuk menurunkan berat badan ini bukanlah suatu perkara yang mudah. Tiada jalan pintas untuk mendapatkan tubuh badan yang diinginkan. Ianya hanya boleh dicapai dengan keazaman, disiplin yang tinggi, serta cara amalan gaya hidup sihat yang betul. Justeru daripada itu, seorang […]
i-Sinar: Ada Tarik Nafas Lega Tetapi Ada Yang Masih Keliru
KUALA LUMPUR, 4 Dis — Suri rumah, pemandu bas sekolah, kru filem dan pekerja hotel kini boleh menarik nafas lega apabila mereka dinyatakan sebagai antara kategori yang bakal mendapat kelulusan secara automatik program i-Sinar, bermula pertengahan bulan ini. Ini susulan kategori itu turut dipaparkan laman sosial Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selepas institusi tersebut membuat pengumuman berhubung kriteria dan […]
Warga Emas Sakit Strok Dan Keluarga Terperangkap Hampir Tujuh Jam Akibat Banjir
PASIR PUTEH, 4 Dis (Bernama) — Seorang warga emas yang mengalami strok, mendakwa beliau dan keluarga terperangkap hampir tujuh jam dalam rumah selepas kawasan rumahnya dinaiki air paras pinggang akibat banjir yang naik secara mendadak petang semalam. Samsudin Awang, 66, berkata, beliau tidak menyangka air naik begitu cepat akibat limpahan Sungai Wakaf Bunut selepas hujan […]
Seorang Anggota PGA Dan Polis Bantuan Ditemui Mati Dipercayai Dihanyutkan Kepala Air – Bukit Aman
MIRI, 4 Dis (Bernama) — Mayat seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan seorang polis bantuan Petronas yang dikhuatiri lemas di kawasan Hulu Baram semalam, dijumpai hari ini. Anggota PGA berkenaan dikenali sebagai Sjn Simon Laja, 47, dan polis bantuan yang hanya dikenali sebagai Sjn Kemiang dijumpai kira-kira pukul 3 petang tadi berhampiran Sungau Layun. […]
Dibawa Pulang Dengan Kesan Darah, Lelaki Didakwa Culik, Dan Rogol Cucu Jiran Berusia 4 Tahun Di Parit Saliran
Seorang lelaki di China telah dijatuhi hukuman mati kerana menculik dan melakukan serangan seksual ke atas cucu jirannya yang berusia empat tahun, lapor Daily Mail. Lelaki yang berusia 54 tahun itu telah disabitkan dengan kesalahan memperkosa dan dijatuhi hukuman mati di sebuah mahkamah di Harbin, timur laut China, atas tindakannya yang tidak berperikemanusiaan itu pada […]
COVID-19: Pahang, Perlis Dan 12 Lagi Negeri Catat Pertambahan Kes Baharu Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu perkongsian di akaun Twitter rasminya telah mengeluarkan maklumat berkenaan pecahan kes positif Covid-19 baharu mengikut negeri setakat 4 Disember 2020. Menerusi data bilangan kes baharu yang dikeluarkan KKM, hampir kesemua negeri di Malaysia mencatatkan pertambahan kes positif Covid-19 baharu. Berikut merupakan negeri-negeri yang mencatatkan pertambahan kes baharu: Pecahan kes […]
TERKINI: 8 Kluster Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan KL, Johor, Pahang, Perak, Selangor Dan Kelantan
Putrajaya, 4 Disember – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan lapan lagi kluster baharu COVID-19 yang dikesan di Malaysia hari ini. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Dri Dr Noor Hisham Abdullah, kluster-kluster itu melibatkan negeri Johor, Pahang, Perak, Selangor, Kelantan dan WP Kuala Lumpur. Kesemua kluster ini menyumbang sebanyak 104 kes baru pada hari ini. Daripada jumlah […]
TERKINI: 1,141 Kes Baharu COVID-19 Dan 1,144 Kes Telah Sembuh, Tiada Kematian Dilaporkan Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 1,141 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini. Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 1,141 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 70,236 kes secara keseluruhan. Daripada 1,141 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, […]

Suspek Kegiatan Seludup Daging Sejuk Beku Akan Ditahan Dalam Masa Terdekat – Kastam Johor
KULAI, 4 Dis (Bernama) — Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor telah mengenal pasti dan akan menahan seorang pengurus sebuah syarikat pembekalan daging sejuk beku yang diserbu pihak berkuasa pada Rabu lepas dalam masa terdekat bagi membantu siasatan. Pegawai Kastam Kanan Bahagian Penguatkuasaan Johor Khalik Drahman berkata pengurus lelaki warga tempatan berusia 40-an itu akan […]
TERKINI: Harga Minyak RON95 & RON97 Naik 3 Sen, Diesel Naik 5 Sen
Putrajaya, 4 Disember- Kementerian Kewangan mengumumkan kenaikan harga minyak berkuatkuasa 5 Disember hingga 11 Disember akan datang. Menurut kenyataan media, harga minyak petrol bagi RON95 dan RON97 naik 3 sen seliter manakala bagi diesel, terdapat peningkatan sebanyak 5 sen seliter. Ini menjadikan harga minyak terkini bagi RON95 ialah RM1.70 manakala RON97 menjadi RM2.00 seliter. Sementara […]

McCafe Lancar Minuman Oreo Baru, Bila ‘Oreo Lovers’ Nak Cuba Ni?
Kalau sebut je pasal McDonald’s nak keluarkan menu baru mesti ramai yang excited. Ye lah, ‘Mekdi’ dengan rakyat Malaysia memang tidak dapat dipisahkan. Dari mula sarapan hinggalah ke tengah malam, mesti ‘Mekdi’ juga yang dicari. Kalau sebut pasal Oreo Mekdi je, mesti akan ramai yang menjerit teruja kan? Mana taknya, lepas ni “Oreo Lover” boleh tersenyum […]
China Rancang Mahu Tingkat Kemampuan ‘Mengubah Cuaca’, Dilapor Usaha Nak Kawal Bencana Alam
China telah berikrar untuk meningkatkan kemampuannya untuk mengubah cuaca iaitu hujan dan salji buatan untuk mendapatkan lebih banyak kawalan terhadap pertanian, bencana alam dan ekosistemnya, lapor Daily Mail. ‘Impian’ itu akan meliputi tanah yang lebih dari enam juta kilometer persegi (2.3 juta batu persegi) menjelang 2025 dengan program cuaca yang akan dipanjangkan. Beijing mengatakan kemampuan […]
TERKINI: PAS Umum Tidak Akan Sertai Usaha Pembentukan Kerajaan Baharu Negeri Perak
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menerusi kenyataan media sebentar tadi memaklumkan bahawa parti itu telah membuat keputusan untuk tidak menyertai usaha pembentukan Kerajaan Negeri Perak yang baharu. Menerusi kenyataan media itu, PAS telah mengambil maklum keputusan Usul Keyakinan Majoriti Ahli Dewan terhadap YAB Menteri Besar Perak yang telah berlangsung di dalam Dewan Undangan Negeri Perak hari […]

Gunung Ile Lewotok, Indonesia Meletus Lagi Hari Ini Sebanyak 5 Kali
Gunung Ile Lewotolok di Kabupaten Lembata, Indonesia sekali lagi meletus hari ini sebanyak lima kali, Jumaat (4/12/2020). Letusan pertama terjadi sekitar pukul 05.31 waktu Indonesia. Gunung Ile Lewotolok mengeluarkan lajur abu setinggi 1.000 meter dari atas puncak. Letusan tersebut terakam seismogram dengan amplitud 15 mm dan dengan jangka masa kurang lebih 48 saat. Letusan kedua […]

Sayu, Baru Sambut Hari Lahir Pertama, Bayi Maut Dipercayai Tersedak Susu
Tragedi pilu menimpa sepasang suami isteri apabila bayi lelaki mereka berusia setahun maut, dipercayai tersedak susu di rumahnya di Taman Nusa Intan, Senawang, Seremban, pagi tadi. Malah, lebih menghibakan, mangsa dikatakan baru sahaja menyambut hari lahir pertama pada awal bulan lalu, seperti memetik laporan Sinar Harian. Menurut laporan, kejadian yang berlaku pada jam 4.30 pagi […]
Sebak Tengok “Runner” Foodpanda Jalan Kaki Hantar Makanan, Ustaz Ebit Hadiahkan 5 Basikal Lipat
Tidak sampai hati melihat kepayahan mereka berjalan kaki di bawah panas terik, kelima-lima penghantar makanan Foodpanda ini ditakdirkan menerima ‘rezeki’ secara tidak disangka-sangka. Pendakwah dermawan, Ustaz Ebit Lew menjelaskan, segala-galanya bermula pada waktu tengah hari selepas waktu Solat Jumaat hari ini. “Mereka hantar makanan jalan kaki. Purata seminggu RM100 ke RM300. Muka semua rajin dan […]

Pekerja Bangladesh Maut Dihempap Tiang Cerucuk
NIBONG TEBAL, 4 Dis (Bernama) — Seorang pekerja warga Bangladesh maut, manakala seorang pekerja Indonesia cedera selepas mereka dihempap tiang cerucuk dalam kejadian di tapak pembinaan kilang di kawasan Perindustrian Valdor, Simpang Ampat, di sini hari ini. Dalam kejadian pada 10.25 pagi itu, Md Shriful Islam, 33, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada badan, manakala Mustofa Salam, 50, mengalami cedera […]
Peminat KFC Borong 20 Burger Selepas Aplikasi KFC Alami Masalah Teknikal, Diskaun Tak Sengaja
Peminat makanan segera KFC bertindak memesan sehingga 20 burger setiap satu selepas aplikasi KFC tersebut mengalami masalah teknikal sehingga menyebabkan penurunan harga dari 4.50 pound (RM24.53) kepada 50 pence (RM2.73). Menurut laporan, pelanggan memanfaatkan peluang yang ada selepas berita mengenai masalah teknikal di dalam media sosial. Masalah tersebut bermaksud pelanggan boleh mendapati Zinger dengan harga […]

Suami Isteri Ditahan, Buat Laporan Palsu Konon Diragut
MELAKA, 4 Dis (Bernama) — Gara-gara tidak mahu membayar denda bagi membuat kad pengenalan baharu, sepasang suami isteri, kedua-duanya berumur 27 tahun sanggup membuat laporan palsu kononnya beg diragut dan rugi RM3,000 dalam kejadian di Kota Syahbandar di sini, 29 Nov lepas. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad berkata siasatan awal mendapati insiden ragut yang […]

Wanita Dilapor Alami Halusinasi Berbulan-bulan Selepas Makan Sushi Sudah 5 Hari Disimpan Dalam Peti Ais
Seorang wanita mengalami halusinasi, insomnia dan inkontinen setelah makan sushi yang sudah lima hari berada di dalam peti sejuk yang dibeli dari sebuah stesen. Seorang pegawai perubatan yang merawat wanita berusia 34 tahun dikenali sebagai “JC” berkata mereka tertanya-tanya apa yang menjadi penyebab masalah tersebut berlaku. Pemeriksaan dilakukan dan mereka menemukan seekor cacing pita raksasa […]