Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dibawa Pulang Dengan Kesan Darah, Lelaki Didakwa Culik, Dan Rogol Cucu Jiran Berusia 4 Tahun Di Parit Saliran

Gambar: Daily Mail

Seorang lelaki di China telah dijatuhi hukuman mati kerana menculik dan melakukan serangan seksual ke atas cucu jirannya yang berusia empat tahun, lapor Daily Mail.

Lelaki yang berusia 54 tahun itu telah disabitkan dengan kesalahan memperkosa dan dijatuhi hukuman mati di sebuah mahkamah di Harbin, timur laut China, atas tindakannya yang tidak berperikemanusiaan itu pada bulan Ogos lalu.

Kanak-kanak tersebut dilaporkan masih bertarung nyawa di unit rawatan rapi selepas organnya terkena jangkitan dan mengalami kecederaan yang teruk, kata ayahnya.

Kejadian yang mengerikan itu dikatakan telah menggemparkan seluruh China selepas keluarga gadis itu melaporkan kehilangan anak mereka kepada polis tempatan pada petang 29 Ogos.

Mereka memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa sebelum anak mereka hilang, jiran mereka telah datang ke rumah pada malam tersebut untuk minum.

Keesokan paginya, jirannya itu telah membawa anak mereka pulang ke rumahnya. Namun keluarga itu terkejut apabila mendapati bahawa terdapat kesan lebam serta darah yang berlumuran di seluarnya.

“Dia memulangkan cucu saya kembali pada waktu pagi sekitar jam 6 pagi,” kata nenek itu kepada wartawan. “Saya berkata pada diri saya, ini sangat teruk, dia telah menyakiti cucu saya”.

Lelaki tersebut dilaporkan telah ditahan pihak polis pada hari yang sama.

Kanak-kanak tersebut dilaporkan mengalami jangkitan yang teruk dan dikejarkan ke unit rawatan rapi selepas dia digegaskan ke hospital untuk pemeriksaan.

“Para doktor memberitahu bahawa anak saya hampir tidak sedarkan diri dan mengalami jangkitan teruk,” kata ayah kanak-kanak itu kepada wartawan.

Ibu bapa kanak-kanak tersebut menyatakan bahawa anak perempuannya itu sedang berada dalam keadaan kritikal dan sedang bertarung nyawa di unit rawatan rapi.

“Dia masih berada dalam keadaan kritikal,” kata ayah mangsa kepada China News. “Semua organnya telah dijangkiti dan rosak. Dia juga mengalami kegagalan buah pinggang.”

Semasa soal siasat dijalankan, lelaki tersebut telah mengakui bahawa dia telah melakukan serangan seksual dan memperkosa kanak-kanak berusia empat tahun itu di parit saliran berhampiran sebuah tapak pembinaan setelah menculiknya dari keluarganya, menurut laporan mahkamah.

Dalam perbicaraan mahkamah yang berlangsung pada Rabu, pihak mahkamah dilaporkan telah menjatuhkan hukuman mati ke atas lelaki tersebut serta melucutkan hak politik seumur hidup atas kesalahan jenayah rogol.

Sumber: Daily Mail