Berita

Berita
WHO Hantar Saintis Ke Wuhan Siasat ‘Asal-Usul’ Terjadinya COVID-19
Para saintis daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia dilaporkan akan ke Wuhan untuk menyiasat asal-usul ‘kewujudan’ Covid-19 setelah berbulan-bulan berunding dengan China untuk mendapatkan pengesahan. Misi antarabangsa itu dijangka akan bergerak ke China pada minggu pertama bulan Januari 2021 untuk menyiasat asal usul virus yang menyebabkan wabak koronavirus ini berleluasa hingga ke seluruh dunia. Kini, seramai 12 […]
Berita
Petugas Kesihatan Lengkap Dengan PPE, Sanggup Berhujan Ketika Buat Ujian Saringan Covid-19 Di Kuantan
Petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhujan semasa membuat saringan Covid-19 ke atas penduduk Kuantan yang mengunjungi sebuah restoran ketika tinjauan fotoBernama, hari ini. Pekerja restoran berkenaan disahkan positif Covid-19 menyebabkan KKM meminta pekerja di semua cawangan restoran itu serta kesemua pelanggan yang bergejala hadir bagi mengambil saringan Covid-19. Menerusi laman Facebook Pejabat Kesihatan […]
Berita
Kerjasama Mangsa Bongkar Kes Menyamar Pegawai SPRM, Timbalan Pendakwa Raya
PUTRAJAYA, 17 Dis (Bernama) — Kes individu yang menyamar sebagai pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta timbalan pendakwa raya dan meminta rasuah berjumlah RM60,000, berjaya dibongkar hasil kerjasama mangsa, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki. Hasil kerjasama itu, SPRM telah menahan empat individu yang mengambil wang rasuah daripada pihak sedang disiasat SPRM termasuk perancang utamanya dikenali sebagai […]
Berita
30 Peratus Anggota Di Empat Balai, Satu Bahagian IPD Ada Masalah Integriti Serius – Ayob Khan
JOHOR BAHRU, 17 Dis (Bernama) — Lebih 30 peratus anggota di empat buah balai polis dan satu bahagian di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah di Johor, dikenal pasti mempunyai masalah rekod integriti lampau yang serius. Mendedahkan perkara itu, Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata ia adalah hasil kajian dan semakan yang dilakukan oleh Jabatan […]
Berita
Sayu, Ibu Terselamat Dalam Kemalangan Belum Tahu Tiga Anak Sudah Pergi Buat Selamanya
Perjalanan empat beranak berakhir dengan tragedi pilu apabila terlibat dalam kemalangan ngeri di Kilometer 272.5 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Gunung Lang, Ipoh, pada Rabu. Namun, memetik laporan Sinar Harian, Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, 27, yang kini menerima rawatan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh kerana mengalami pendarahan dalaman, masih belum […]
Kesihatan
“Golongan Muda Juga Berisiko,” KKM Kongsikan Petua Kawal Tekanan Darah Elak Penyakit Darah Tinggi
Mungkin ada yang beranggapan bahawa penyakit darah tinggi adalah sejenis penyakit yang hanya akan dihidapi oleh golongan yang sudah berumur. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), anggapan itu sebenarnya adalah tidak benar. Ini kerana, golongan muda juga turut mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi penyakit ini. Menurut ciapan daripada akaun Twitter rasmi KKM, antara faktor yang […]
Berita
Perkhidmatan Feri Pulau Pinang Diteruskan – Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR, 17 Dis – Perkhidmatan feri Pulau Pinang akan diteruskan mengikut syarat pembiayaan kerajaan kepada Pelabuhan Pulau Pinang, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan RM30 juta kepada Pelabuhan Pulau Pinang bagi mengambil alih perkhidmatan feri. “Saya mengesahkan peruntukan itu seperti yang diluluskan sebelum ini, akan dibayar secara dua ansuran tahunan, iaitu RM15 juta […]
Berita
Bapa Tikam Perut Anak Usia 20 Bulan Mengaku Bersalah, Dipenjara 10 Tahun
PETALING JAYA, 17 Dis (Bernama) — Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas seorang bapa kerana menikam perut anak perempuannya yang berusia 20 bulan dengan sebilah pisau berukuran 13 inci sehingga menyebabkan mangsa cedera parah. Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Safwan Shafie, 27, selepas dia mengaku bersalah […]
Berita
Lelaki Didakwa Beri Dadah Kepada Anak Tiri Berusia 2 Tahun, Dipercayai Dera Dan Pukul Hingga Mati
Seorang lelaki didakwa memberikan anak tirinya yang berusia 2 tahun dadah jenis crystal meth bagi menyeksanya secara seksual selama berhari-hari sebelum memukulnya sehingga mati, lapor The Sun. Lelaki yang berusia 30 tahun itu dilaporkan telah memukul dan menendang anak tirinya yang berusia 2 tahun dengan sangat kejam, kata pendakwa raya Henrik Weber kepada juri di Jerman. […]
Berita
Guru Wajar Jadi Penerima Vaksin Covid-19, Bantu Lindungi Murid
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) — Warga pendidik juga wajar diberi keutamaan dalam pemberian vaksin COVID-19, memandangkan golongan ini adalah individu yang paling banyak menghabiskan masa bersama anak murid apabila sekolah dibuka kelak. Pakar Pendidikan dan Pengembangan Prof Dr Ismi Arif Ismail berkata, pengumuman sebelum ini bahawa kanak-kanak dan remaja berusia 18 tahun ke bawah […]
Kesihatan
Saintis WHO Dilapor Akan Ke Wuhan Untuk Siasat Asal-Usul COVID-19 Pada Awal Tahun Depan
Para saintis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan pergi ke Wuhan pada awal bulan Januari untuk menyiasat asal usul Covid-19 setelah berbulan-bulan berunding dengan China untuk mendapatkan akses, lapor Dailymail. Misi antarabangsa itu dijangka tiba ke China pada minggu pertama Januari untuk menyiasat asal-usul virus yang mencetuskan wabak coronavirus, menurut jurucakap WHO, Hedinn Halldorsson. Setahun berlakunya […]
Berita
Pindah Milik Hartanah Ibu Bapa Kepada Anak – Tiada Pengecualian Duti Setem
KUALA LUMPUR, 17 Dis — Kerajaan tidak bercadang memberikan pengecualian duti setem untuk pindah milik hartanah daripada ibu bapa kepada anak ketika ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau menjelaskan berdasarkan ketetapan sedia ada, pengecualian duti setem seratus peratus hanya diberikan atas pindah milik antara suami dan isteri sahaja. “Kerajaan telah mengumumkan peremitan duti […]
Berita
(Video) “Siang Bertukar Malam,” Orang Ramai Terpegun Tonton Gerhana Matahari Penuh Di Chile & Argentina
Fenomena semulajadi menakjubkan berjaya dilihat oleh ribuan penduduk di beberapa kawasan di Chile dan Argentina apabila gerhana matahari penuh berlaku di sebahagian besar kawasan di selatan Pasifik dan wilayah paling selatan di Amerika Selatan, pada Isnin. Penduduk di beberapa bahagian di bawah laluan gerhana itu mengalami kegelapan penuh pada jam 1 petang di negara tersebut […]
Berita
Mitsui Outlet Park KLIA Sepang Buat Sale Lagi, Diskaun Sehingga 70%, Siap Boleh Menang Kereta Lagi
Sebut je hujung tahun, pasti ramai diantara kita yang kaki shopping akan membayangkan diskaun harga yang tak masuk akal. Bila terbayang je diskaun harga, mesti ramai yang akan terus teringat Mitsui Outlet Park KLIA Sepang yang besar dan best kalau nak shopping. Manakan tidak, setiap hujung tahun je pusat beli-belah ni mesti ada offer yang […]
Berita
Lim Guan Eng Cadangkan Ahli-Ahli Parlimen Disuntik Vaksin Covid-19 Terlebih Dahulu Untuk Pastikan Ia Selamat – KJ
Pada hari ini, perihal berkaitan bekalan Vaksin Covid-19 antara tumpuan pada hari terkahir persidangan di Dewan Rakyat. Berikutan dengan itu, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan semua Ahli Parlimen menerima suntikan vaksin Covid-19 terlebih dahulu sebelum ia diberikan kepada rakyat. YB @guanenglim made a good suggestion that MPs get vaccinated first to give confidence […]
Berita
(Video) “Elak Jadi Mangsa,” Polis Ini Tunjuk Cara Untuk Semak Akaun Bank & Nombor Telefon Yang Digunakan ’Scammer’
Pelbagai kes penipuan dalam talian telah banyak dilaporkan sejak kebelakangan ini. Ramai orang yang terpaksa berputih mata apabila sejumlah wang yang besar lesap kepada scammer yang tidak dikenali. Bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa seterusnya, kita seharusnya sentiasa bijak dan berhati-hati dengan segala kemungkinan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan atau pun scam. Justeru […]
Berita
Mungkin Ramai Yang Terlepas Pandang, Mufti Wilayah Jelaskan Hukum Mengecas Telefon Di Pejabat
Mesti ramai yang pernah menggunakan mengecas telefon atau alat elektronik yang lain di pejabat sewaktu kerja kan? Mana taknya, kalau telefon ini sudah menjadi satu keperluan dalam kehidupan kita hari ini. Boleh dikatakan tidak lengkap hidup kita kalau tiada gajet. Tetapi mungkin ramai yang terlepas pandang tentang hukum mengecas telefon di pejabat. Ya, hari ini SK […]
Berita
Nafas Bunyi ‘Wheezing’, Wajah Berubah Pucat, Ini Antara 22 Tanda-Tanda Awal Serangan Asma
Pasti ramai diantara kita yang pernah mengalami serta mempunyai pengalaman menyaksikan seseorang diserang asma. Seperti yang semua sudah ketahui, penyakit asma ini akan membuatkan seseorang itu sukar untuk bernafas. Tambahan lagi, ianya juga boleh membawa maut sekiranya seseorang itu tidak mendapatkan rawatan. Justeru daripada itu, bagi mengelakkan kemungkinan yang tidak diingini, ketahuilah tanda-tanda awal penyakit […]
Berita
(Video) Gelagat Si ‘Oyen’ Dengan Muka Tenang Main Piano Bersama ‘Gitarist’ Tarik Perhatian Ramai
Satu video yang memaparkan seorang pemuzik Rusia berduet dengan bermain gitar bersama dengan seekor kucing yang bermain piano telah menjadi tular di media sosial. Video yang telah mendapat banyak perkongsian di aplikasi TikTok menampilkan Marsel Gilmanov bersama dengan seekor kucing berwarna oren. Video tersebut bermula dengan kucing itu menggunakan kaki depannya untuk menekan kekunci piano […]
Berita
Covid-19: Cegah Penularan Pandemik Melalui Vaksi Dituntut Agama
KUALA LUMPUR, 17 Dis – Pengambilan vaksin adalah penting dan satu langkah pencegahan yang dituntut mana-mana agama, bagi menghalang penularan penyakit atau wabak seperti COVID-19 yang boleh menjejaskan populasi manusia, kata pemimpin-pemimpin agama. Mereka senada berpendapat bahawa, pengambilan vaksin itu adalah sifat yang dituntut dan dikategorikan sebagai membuat amalan yang baik untuk kesihatan diri sendiri, orang sekeliling, masyarakat, dan negara, secara keseluruhannya. Mufti […]