Berita
(Video) Viral Seekor ‘Dinosaur’ Dibawa Turun Dari Lori Di Indonesia, Buat Warganet Tertanya-Tanya
Baru-baru ini, heboh sebuah video yang menunjukkan seekor ‘dinosaur’ yang diturunkan dari sebuah lori di Indonesia dengan bantuan beberapa petugas. Video itu mendapat perhatian warganet sehingga meraih lebih 73K tontonan. Haiwan yang berusia ribuan tahun itu menjadi perbualan warganet malah menimbulkan tanda tanya sama ada ianya betul atau hanya sekadar patung hiasan. Haiwan prasejarah yang […]
Australia Dilapor Batal Pembelian Vaksin COVID-19 CSL, Keputusan Ujian Klinikal Tak Tepat
Australia dilapor telah membatalkan pengeluaran salah satu vaksin buatannya sendiri setelah ujian menunjukkan ia menyebabkan beberapa orang peserta percubaan memberikan keputusan HIV palsu. Menurut BBC, negara itu sebelum ini bersetuju untuk membeli 51 juta dos vaksin yang dikembangkan oleh syarikat CSL dan University of Queensland (UQ). CSL dan UQ menekankan bahawa hasil positif adalah salah […]
Pemancing Hilang Selepas Terjun Ke Laut Ditemukan Mati Lemas
JOHOR BAHRU, 16 Dis (Bernama) — Seorang pemancing yang dilaporkan hilang semalam selepas terjun ke dalam laut untuk menarik botnya yang hanyut akibat dibawa arus ditemukan lemas di Kampung Tanjung Langsat, Pasir Gudang di sini hari ini. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang TPgB II Ibrahim Omar berkata mayat Fazuadin Azuardi Ismadi, 33, ditemukan […]
Ahli Arkeologi Temui Menara Menyeramkan, Dibina Dari Tengkorak Dipercayai Dari Kerajaan Aztec
Ahli arkeologi berjaya menggali bahagian baru menara Aztec yang terkenal sejak tahun 1400-an di Mexico City. Ia merupakan satu penemuan yang “rare” kerana menara tersebut dibina daripada tengkorak manusia. Menurut Institut Antropologi dan Sejarah Nasional (INAH), pasukan arkeologi menemui bahagian hadapan dan sisi timur menara, berserta 119 tengkorak manusia dari lelaki, perempuan dan kanak-kanak pada […]
Kantoi, Viral Aksi Penjual Siomay Didakwa Ludah Dalam Jualan Sendiri Buat Ramai Rasa Mual
Sebuah rakaman video yang memperlihatkan seorang penjual siomay yang meludah hasil jualannya sendiri. Perbuatannya itu didakwa kerana penjual tersebut ingin memperoleh keuntungan yang banyak. Video tersebut menjadi tular di media sosial setelah dikongsikan oleh seorang pengguna Instagram semalam. Merujuk video tersebut, awalnya penjual tersebut sedang membersihkan tempat sambal jualannya yang berada di trolinya. Pada masa […]
Kejam, Lelaki Didakwa Beri Dadah Pada Anak Tiri Berusia Dua Tahun, Dera Secara Seksual & Pukul Hingga Mati
Seorang lelaki didakwa telah memberikan dadah jenis syabu kepada anak tirinya yang berusia dua tahun sebelum mendera secara seksual dan memukul kanak-kanak itu sehingga mati, lapor Daily Star. Dia dilapor memberi dos dadah yang sangat tinggi untuk kanak-kanak itu dan melakukan serangan seksual selama beberapa hari, perbuatan itu juga sempat dirakam olehnya. Kejadian yang berlaku […]
Abang Ni Kongsi Cara Nak Masak Steak Yang Sempurna, 7 Langkah Dapatkan Daging Yang ‘Juicy’
Bagi penggemar steak, anda pasti sentiasa terbayang-bayang ketika makan hidangan tersebut di restoran dengan daging yang dimasak sempurna. Pun begitu, hidangan tersebut juga sebenarnya boleh dimasak sendiri di rumah mengikut resepi yang betul. Jangan risau, sebenarnya tidak susah pun untuk mendapatkan hasil daging yang diinginkan seperti medium well atau medium rare-medium. Perkongsian Ahamad Emran di […]
AirAsia Kembali Taja Liga-M – Hamidin
PUTRAJAYA, 16 Dis (Bernama) — Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia akan kembali menjadi antara penaja saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada musim depan. Hamidin, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), berkata perkara itu disuarakan sendiri Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes […]
Dakwa Lebih Selesa ‘Hidup’ Dengannya, Wanita Nekad ‘Kahwin’ & Jadikan Beg Sebagai ‘Suami’
MOSCOW – Seorang wanita dikatakan tertarik secara seksual kepada benda yang tidak hidup lalu bertindak mengahwini dengan sebuah beg bimbit yang kononnya adalah suaminya pada bulan Jun yang lalu. Wanita yang berusia 24 tahun dikatakan pertama kali bertemu dengan “suaminya” yang bernama Gideon pada bulan Ogos 2015 setelah membelinya di sebuah kedai perkakasan untuk sesi […]
Individu Yang Pernah Berkunjung Ke Semua Cawangan Restoran Taj Di Kuantan Diantara 30 Nov Hingga 9 Dis Yang Bergejala Mohon Segera Ke KK Indera Mahkota Untuk Ujian Saringan
Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan menyeru warga Kuantan yang pernah mengunjungi semua cawangan Restoran Taj di daerah Kuantan pada 30 November 2020 hingga 9 Disember 2020 agar hadir ke Klinik Kesihatan Indera Mahkota untuk saringan penilaian risiko COVID-19. Menerusi kiriman yang dimuatnaik oleh Kerajaan Negeri Pahang di Facebook yang turut dikongsikan oleh Majlis Keselamatan Negara, seruan […]
Tiga Beradik Terkorban, Ibu Parah Terlibat Kemalangan Maut Berhampiran Simpang Pulai
IPOH, 16 Dis — Tiga beradik maut manakala ibu mereka parah apabila kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan dua lori di Kilometer 272.5 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Simpang Pulai di sini petang ini. Mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Adam Hakimi Muhammad Alhafis, 7, Muhammad Lutfi Hakim, 3, dan Muhammad Affan […]
Ibarat Filem Taken, Kisah Ibu Buru Seorang Demi Seorang 10 Ahli Kartel Dadah Yang Menculik Anak Perempuannya
Palsukan kad pengenalan, guna senjata api dan merayau di seluruh Mexico selama bertahun-tahun demi menjejak pembunuh anaknya. Itulah yang dilakukan oleh Miriam Rodriguez, seorang ibu yang sanggup bergadai nyawa melakukan apa sahaja demi anaknya. Segalanya bermula apabila anak perempuannya, Karen Alejandra Salinas Rodriguez hilang diculik oleh sekumpulan ahli kartel dadah pada usia 20 tahun ketika […]
(Video) Detik-detik Akhir Helikopter Tentera Algeria Terhempas Ke Laut Dipercayai Pagi Tadi, Juruterbang Dilapor Maut
Sebuah helikopter tentera di Algeria dilaporkan telah terhempas ke dalam laut sehingga mengorbankan juruterbang, lapor Daily Star. Detik-detik ketika kejadian itu berlaku dirakam di pesisir pantai Bouharoun di wilayah Tipaza, Algeria dipercayai pada pagi waktu tempatan. Helikopter itu dilihat berada di luar kawalan ketika bergerak dengan pantas menuju ke permukaan air. Operasi pencarian dua orang […]
Lelaki Dipenjara Langgar SOP COVID-19, Tertangkap Tunggang Jetski Sejauh 40km Nak Bertemu Kekasih
LONDON – Hanya kerana cinta, seorang lelaki dari selatan Scotland sanggup membeli jet-ski dan menunggangnya ke Isle of Man sejauh 40 kilometer yang dianggarkan lebih 4 empat jam perjalanan. Walau bagaimanapun, lelaki tersebut yang berusia 28 tahun didakwa telah ditahan selama 4 minggu penjara kerana melanggar serta mengabaikan peraturan COVID-19 yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. […]
(Video) Gelagat Si Bulu Persis Model, Tampil Bergaya Dengan Pelbagai Baju Dijahit Bekas Guru Ini
Setiap orang mempunyai hobi dan minat yang tersendiri. Begitu juga dengan seorang bekas guru di Indonesia yang mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia pendidikan bagi mengasah lagi bakatnya dalam dunia fesyen. Hal ini, ia mesti dikaitkan dengan pakaian untuk seseorang individu tetapi bekas guru, Fredi Lugina Priadi membuat suatu keunikan dengan menjadi seorang pereka fesyen bagi […]
COVID-19: KKM Kesan Lapan Lagi Kluster Baharu, Terkini Antaranya Melibatkan Titiwangsa, Cheras, Kepong & Lembah Pantai
PUTRAJAYA, 16 Dis – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat lapan lagi kluster baharu jangkitan COVID-19 dikesan hari ini, umum ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah. Menurutnya, kluster pertama iaitu Kluster Puncak Galaksi merupakan kluster tempat kerja, dikesan di daerah Kuala Selangor dan Klang. Kes dilaporkan positif bermula 14 Dis lalu melalui […]
TERKINI COVID-19: Dukacita Dimaklumkan, 7 Kematian Lagi Dilaporkan Hari Ini
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak tujuh kes kematian dicatatkan hari ini. Pertambahan tersebut menjadikan jumlah kes kematian akibat COVID-19 meningkat kepada 429 kes bersamaan 0.5 peratus. Berikut merupakan perincian bagi kes kematian hari ini. Kes kematian 423 iaitu kes nombor 61,363 melibatkan seorang lelaki berusia 66 tahun […]
TERKINI COVID-19: 1,295 Kes Baharu Hari Ini & Selangor Catat Kes Tertinggi Dengan 481 Kes
PUTRAJAYA, 16 Dis – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat pertambahan 1,295 kes baharu COVID-19 hari ini. Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif terkini meningkat ke 87,913 kes bersamaan 14,751 kes aktif dengan kebolehjangkitan. Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hanya 10 kes import yang dilaporkan, manakala 1,285 kes selebihnya adalah penularan […]
Bunuh Teman Wanita, Bekas Mekanik Ke Tali Gantung
PUTRAJAYA, 16 Dis (Bernama) — Seorang bekas mekanik yang disabitkan kesalahan membunuh teman wanitanya pada hari raya kedua lima tahun lepas dengan mayat ditemukan berbalut selimut putih selepas kemalangan sebuah kereta di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan, hari ini gagal dalam rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan di sini untuk mengetepikan hukuman mati ke […]
“Sekali Lagi Gratis…”, Presiden Jokowi Umum Beri Vaksin COVID-19 Secara Percuma Untuk Warga Indonesia
JAKARTA, 16 Dis (Bernama) — Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) hari ini mengumumkan vaksin COVID-19 akan diberikan secara percuma kepada rakyat republik berkenaan. “Saya sampaikan bahawa vaksin COVID-19 untuk masyarakat adalah gratis (percuma). “Sekali lagi gratis, tidak dikenakan biaya sama sekali,” kata Jokowi menerusi siaran di laman YouTube rasmi Sekretariat Presiden hari ini. Jokowi turut […]