Berita

Lelaki Dipercayai Rakam Video, Jilat Mesin ATM Untuk Buktikan Covid-19 Tidak Wujud
Polis telah melancarkan siasatan terhadap seorang lelaki yang menjilat sebuah Mesin Teler Automatik (ATM) baru-baru ini bagi membuktikan bahawa Covid-19 sebenarnya tidak wujud. Suspek yang memuatnaik rakaman video dirinya menjilat papan kekunci ATM di Sheffield itu turut mengeluarkan perkataan kesat dan memuatnaik di Facebook sebelum video tersebut dihapuskan. Lelaki itu memberitahu di dalam video bahawa […]
“Saya Dan Keluarga Diuji Dengan Virus COVID-19, 31 Ahli Keluarga Saya Dijangkiti..,” – Azizan Osman
Angka jangkitan COVID-19 di Malaysia sedang meningkat di seluruh negara. Hampir kesemua negeri kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung semula wabak ini. Tidak kira orang awam, ahli politik mahupun selebriti, tiada yang terkecuali daripada risiko wabak ini. Baru-baru ini, pakar motivasi dan penceramah terkenal, Azizan Osman mengesahkan beliau dan 31 ahli keluarganya telah […]

MAQIS Rampas Ayam Sejuk Beku Bernilai Lebih RM187,000
ALOR SETAR, 28 Jan (Bernama) — Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas ayam sejuk beku bernilai lebih RM187,000 yang tidak mematuhi syarat import di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Selasa lepas. Pengarah MAQIS Kedah Lily Rosalind Paul berkata barangan itu ditemukan di dalam sebuah lori kontena dari negara jiran […]

Pengawal Keselamatan Sekolah Didakwa Sentuh Bahu Murid Perempuan
KOTA BHARU, 28 Jan (Bernama) — Seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan kesalahan seksual kanak-kanak dengan menyentuh bahu seorang pelajar perempuan pada Isnin lepas. Muhammad Afiq Mohamed Zahari, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin. Mengikut kertas pertuduhan, […]

Waspada, Amaran Ribut Petir Dijangka Melanda 10 Buah Negeri Sehingga 6 Petang
Putrajaya, 28 Jan – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di sepuluh negeri di seluruh Malaysia sehingga 6 petang ini. Negeri-negeri terlibat adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah. Berikut adalah daerah yang terlibat: Kedah: Padang Terap, Pendang, Kuala […]

(Video) Detik Ibu Buat Imbasan Ultrabunyi, Nampak Bayi Kencing Dalam Rahim
Imbasan ultrabunyi ketika kehamilan membantu doktor dan ibu bapa memantau perkembangan bayi, sekaligus mengesan sekiranya ada sebarang permasalahan terhadap kandungan. Di kesempatan itu juga, ibu bapa boleh melihat jantina anak mereka yang ditunggu-tunggu. Bagi seorang bakal ibu, dia menemui jawapan yang cukup ‘konkrit’ apabila sempat menyaksikan sendiri detik bayinya membuang air ketika di dalam rahim. […]

Pengadun Rencah Indomie, Nunuk Nuraini Dilaporkan Meninggal Dunia
Pengadun formula rencah istimewa Indomie, Nunuk Nuraini, 59, dilaporkan telah meninggal dunia semalam (Rabu). Memetik laporan Kompas, khabar itu telah disahkan oleh Ketua Perhubungan Awam Indofood, Nurlita Novi Arlaida ketika dihubungi semalam. “Ibu Hjh Nunuk Nuraini meninggal dunia hari ini dan pulang dengan tenang ke pangkuan Allah SWT,” katanya kepada portal tersebut. “Semoga Almarhumah husnul […]

Terkesan Akibat Covid-19, Restoran Red Wok Di Bangi Bakal ‘Tutup Kedai’ Buat Selamanya
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi mengekang penuaran wabak Covid-19 ternyata memberi kesan kepada rata-rata rakyat. Ada individu yang kehilangan pekerjaan dan syarikat terpaksa ditutup kerana tidak mampu lagi menangung kos operasi. Antara yang terjejas, restoran makanan terkenal di Bangi, Red Wok Restaurant yang terpaksa membuat keputusan menutup operasi keedai mereka buat selamanya. Menerusi […]

Pembantu Tadbir Kerugian Lebih RM125,000 Ditipu Macau Scam
ALOR SETAR, 28 Jan (Bernama) — Seorang wanita yang bekerja sebagai pembantu tadbir kerugian lebih RM125,000 setelah diperdaya sindiket Macau Scam yang mengatakan kononnya mangsa terbabit dengan aktiviti pengubahan wang haram dan dadah, awal bulan ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah Supt Elias Omar berkata mangsa yang berumur 46 tahun […]
“Jari Jemari Kena Lembut,” Cikgu Ini Kongsi 4 Tips Mudah Melatih Anak Pegang Pensel Dengan Betul
Persekolahan sesi 2021 telahpun bermula. Bagi anak-anak yang memasuki tadika, kemahiran memegang pensel adalah penting untuk mereka belajar menulis ataupun melukis. Baru-baru ini, seorang guru, Cikgu Nazrah Aan berkongsi cara-cara yang boleh ibu bapa gunakan untuk melatih anak-anak memegang pensel. Kongsinya, cara tersebut adalah untuk melatih ‘motor halus’ kanak-kanak yang mempunyai peranan penting dalam kemahiran […]

Suami Pencinta Haiwan, Jadikan Ular Sawa Berharga RM772 Sebagai Salah Satu Mas Kahwin
Lain dari kebiasaan, pasangan pengantin di Bogor, Indonesia, menjadikan ular sawa sepanjang satu meter sebagai mas kahwin. Memetik laporan Tribun News, pengantin lelaki Sigit Agus Setiawan. menghadiahkan ular sawa itu kepada isterinya, Tiara Puspita Dewi, setelah mereka mengunjungi sebuah pameran reptila sebelum itu. Kata Tiara, ketika melihat salah seekor ular sawa di situ, dia merasa […]
Polis Tahan Orang Tengah Edar Dadah Di Pulau Gaya
KOTA KINABALU, 28 Jan (Bernama) — Polis menahan seorang lelaki disyaki menjadi orang tengah yang menjual bekalan syabu kepada penagih di Pulau Gaya di sini Selasa lepas. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata semasa ditahan polis merampas tujuh peket syabu dengan berat keseluruhan 56.48 gram dianggarkan bernilai RM5,648 disembunyikan suspek warga asing […]

Nur Alert: Polis Mohon Bantuan Kesan Adik Muhammad Haikal
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang. Lokasi kejadian yang dilaporkan adalah di Kedai No 9 & 10, Medan Selera Taman Seri Mawar, 70450 Seremban. Muhammad Haikal Bin Baharudin yang berumur 11 tahun, berketinggian 127cm dan berbadan gempal itu dikatakan memakai baju bercorak belang merah hitam […]

Dah Panjat Tak Tahu Nak Turun, Terpaksa Panggil Abam Bomba Selamatkan Oyen Dari Atas Pokok
Bila disebut sahaja kucing bernama ‘Oyen’ pasti ramai yang sudah mengenali sifatnya yang nakal dan perangainya yang sering membuat hal di luar jangkaan manusia. Gelagatnya itu selalu mencuri tumpuan terutamanya dalam kalangan warganet yang berkongsi gambar atau video si Oyen yang membuat aksi nakal sehingga ramai pencinta kucing merasa geram dan terhibur. Kali ini, nampaknya […]
Jangan Ambil Mudah Dan Hati-Hati Jika Kerap Sakit Kepala Waktu Pagi, Mungkin Tanda Kanser Otak
Ada penyakit yang serius ‘bersembunyi’ di sebalik simptom yang mungkin dianggap ringan oleh sesetengah orang. Mungkin ada yang kata, “Alah sakit biasa sahaja tu”, namun, pengesanan awal adalah lebih baik daripada penafian yang berakhir dengan penyesalan. Salah satu sakit yang mungkin kerap dipandang ringan adalah sakit kepala. Pun begitu, sakit yang biasa ini mungkin boleh […]
Melucukan, Kucing Ini Dilaporkan Hilang, Sebelum Ditemui Disebalik Poster ‘Kehilangannya’
Ramai juga yang mengakui bahawa kucing merupakan haiwan peliharaan yang mempunyai banyak karenah sehingga boleh membuatkan kita tersenyum namun kadang-kadang boleh membuatkan kita ‘naik angin’. Seperti satu gambar tular yang memaparkan poster kehilangan seekor kucing berwarna hitam dan tompok putih. Apa yang menarik perhatian ialah terdapat seekor kucing yang kelihatan sama seperti dalam poster tersebut, […]
16 Tahanan Lokap Balai Polis Mantin Positif COVID-19
SEREMBAN, 28 Jan (Bernama) — Seramai 16 tahanan lokap Balai Polis Mantin, Nilai disahkan positif COVID-19 semalam, selepas menjalani saringan baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata kesemua mereka merupakan kontak rapat kepada seorang tahanan lelaki yang positif wabak itu selepas dibawa dari Penjara Sungai Udang, Melaka. “Mereka akan dipindahkan […]
(Video) Pramugari Dedah ‘Lokasi Rahsia’ Dalam Kapal Terbang Yang Mungkin Ramai Belum Tahu
Setiap kali anda naik kapal terbang, pernah tak terfikir, di mana para kru berehat ketika penerbangan yang panjang? Kalau penerbangan domestik yang pendek, mungkin tidak hairan, namun jika penerbangan jauh selama berjam-jam, bagaimana mereka merehatkan badan? Hari ini persoalan anda mungkin terjawab oleh seorang pramugari, Kat Kamalani. Kongsi Kat di TikTok, sebenarnya, terdapat satu ruangan […]

Jangan Jadikan Darurat Satu Isu, Bebaskan Malaysia Daripada Covid-19 Dahulu – Pakar Undang-Undang
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) — Proklamasi darurat yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menangani pandemik COVID-19 di negara ini tidak seharusnya dijadikan isu kerana Malaysia bukan satu-satunya negara yang melaksanakan perintah itu, kata pakar undang-undang Datuk Mohd Haaziq Pillay Abdullah. Beliau berkata negara lain seperti New Zealand, Jepun, Australia, Perancis, Finland dan Indonesia turut […]

Matanya Kekuningan, Perut Membesar, Adik Isha Hidap ‘Biliary Atresia’ Perlu Bantuan RM7,017
Berat mata memandang, berat bahu yang memikul. Begitulah apa yang bleh digambarkan mengenai penderitaan yang ditanggung oleh adik Nur Ariana Delisha Mohd Hakim yang berusia 1 tahun 5 bulan dari Port Dickson, Negeri Sembilan. Selain mengalami kegagalan hati berfungi yang menyebabkan matanya kekuningan dan perutnya membesar, adik Isha juga menghidap masalah jantung berlubang dan perlu […]