Berita
Kejam, Ibu Didakwa Bunuh Anak, Mata Dicungkil Dan Lidahnya Dipotong Dengan Gunting Sebelum Dimakan
Seorang wanita di Brazil didakwa ditahan atas tuduhan membunuh anak perempuannya sendiri dengan kejam di mana mata mangsa dicungkil manakala lidahnya dipotong menggunakan gunting sebelum memakannya. Suspek dilaporkan ditahan di rumahnya ekoran pembunuhan kanak-kanak perempuan yang berusia lima tahun di bandar Sao Cristovao di perbandaran Maravilha. Perbuatan yang mengerikan itu dipercayai berlaku pada 24 Januari […]
Didakwa Rogol Anak Sendiri Sampai 20 Kali, Lelaki Mengaku Bersalah & Sedia Dimandulkan Sebagai Tanda Permohonan Maaf
Seorang bapa di Indonesia bersedia menerima hukuman dimandulkan atas kesalahan didakwa merogol anak perempuannya yang berusia 13 tahun sebanyak 20 kali. Suspek yang berusia 55 tahun itu telah mengaku bersalah dan membuat permohonan maaf kepada isteri, anak dan pihak polis. Difahamkan, suspek yang juga bekerja sebagai pemandu teksi itu sudah melakukan perbuatan terkutuk tersebut sejak […]
Bayi Dilaporkan Maut 4 Hari Selepas Tertelan Bateri
Seorang bayi lelaki yang berusia 23 bulan dilaporkan maut akibat tertelan bateri yang berada dalam badannya selama empat hari. Paramedik berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan nyawanya namun mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan pada bahagian dalaman. Menurut laporan, bayi tersebut didakwa memasukkan bateri ke dalam mulut di mana bateri itu kemudiannya membakar esofagus, usus dan aorta […]
Agong, Raja Permaisuri Ucap Selamat Menyambut Thaipusam
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengucapkan selamat Hari Thaipusam kepada semua penganut Hindu yang menyambut perayaan itu esok. Kedua-dua Seri Paduka Baginda menyampaikan ucapan tersebut menerusi satu hantaran di akaun Facebook Istana Negara, hari ini. […]
Polis Kelantan Rampas Pistol, Senapang Angin Buatan Sendiri
PASIR MAS, 27 Jan (Bernama) — Polis Kelantan menahan dua lelaki dan merampas sepucuk pistol bersama lapan butir peluru hidup serta selaras senapang angin buatan sendiri bersama 67 biji bebola guli, di samping pil kuda serta syabu dalam dua serbuan berasingan sejak Isnin lepas. Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata dalam kes semalam pasukan dari […]
Hilang Semangat Nak Masak, Ayah Sebak Anak Gadis Kesayangan Peminat Nombor 1 Masakannya ‘Pergi’ Dijemput Ilahi Kerana Menderita Rheumatoid Arthritis
Malam ini kegembiraan para lelaki bujang, suami dan ayah di group Suami Masak Apa Hari Ini (SMAHI) bertukar pilu apabila seorang ayah ini telah kehilangan anak tercinta. Fazli Sahak Ishak, ahli SMAHI dari Taiping, Perak berkongsi kisah duka apabila anak perempuan kesayangannya, Waheeda (gambar), 25, telah pergi dijemput Ilahi pada Subuh kelmarin. Difahamkan, anaknya itu […]
Restoran Di Dubai Tawar Diskaun Untuk Pelanggannya Yang Sudah Mengambil Suntikan Vaksin COVID-19
Restoran di Dubai dilaporkan telah memberi potongan harga kepada pelanggan yang telah mendapat suntikan vaksin COVID-19. Menerusi satu iklan yang dipaparkan menerusi rangkaian restoran tersebut, ia menunjukkan iklan “Spread love, not Rona” di mana terdapat tiga restoran yang dikendalikan oleh Gate Hospitality didakwa menawarkan potongan 10 peratus kepada penduduk yang telah mendapat suntikan pertama manakala […]
Pasangan Suami Isteri Dilapor Bertindak Kejam, Bunuh 2 Anak Sendiri Untuk Tujuan Pemujaan
TIRUPATI – Pasangan suami isteri dilaporkan telah membunuh dua anak perempuannya dengan kejam di Madanapalle di daerah Chittoor AP pada hari Ahad yang lalu. Pasangan itu didakwa melakukan perbuatan tersebut kerana mempercayai bahawa anak perempuannya akan hidup kembali dalam tempoh 24 jam. Menurut laporan, pihak polis mengatakan bahawa pasangan itu mengorbankan kedua-dua anak perempuannya untuk […]
Filipina Dilapor Keluarkan Arahan Larang Kanak-kanak Berumur 10 Hingga 14 Tahun Keluar Rumah Untuk Kawal Penularan COVID-19
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dilaporkan telah menetapkan larangan bagi kanak-kanak berusia 10 hingga 14 tahun untuk tidak meninggalkan rumah masing-masing ketika negara tersebut dalam memerangi wabak COVID-19 yang semakin mengganas. Menurut laporan, larangan tersebut dilkasanakan hampir di seluruh negara sejak bermulanya wabak pandemik bahkan ketika ekonomi dibuka semuka setelah kelonggaran penutupan dan sekatan. “Pulang ke […]
Dakwa Lebih Berkesan, China Dilapor Guna Kaedah Calitan Dubur Untuk Kesan COVID-19
Seperti yang diketahui, ujian swab perlu dilakukan bagi mengesan jangkitan COVID-19 dengan sampel dapat diambil melalui calitan di dalam hidung dan tekak. Namun berbeza pula ceritanya di Beijing, China apabila ujian calitan itu dilakukan di bahagian dubur, pakar mendakwa bahawa ia lebih tepat dan mempunyai tahap keberkesanan yang tinggi untuk mengesan virus. Menurut Daily Mail, […]
Sindiket Pemalsuan Slip Saringan COVID-19 Didalangi Warga Pakistan Tumpas
SEPANG, 27 Jan (Bernama) — Polis menumpaskan satu sindiket pemalsuan slip saringan COVID-19 yang didalangi warga Pakistan. Kegiatan itu terbongkar apabila dua lelaki warga Pakistan ditahan pada 20 Jan lepas ketika mengemukakan slip saringan COVID-19 mencurigakan di kaunter daftar masuk bagi penerbangan ke Pakistan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, yang membawa kepada penahanan individu […]
Remaja 16 Tahun Ditahan Kerana Rancang Serangan Terhadap Dua Masjid Di Singapura
SINGAPURA, Jan 27 (Bernama) — Pihak keselamatan Singapura telah menahan seorang remaja lelaki tempatan berusia 16 tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati merancang dan membuat persiapan terperinci bagi melakukan serangan pengganas terhadap dua buah masjid di republik itu. Remaja tersebut, seorang penganut agama Kristian dari mazhab Protestan berketurunan India, ditahan Disember […]
Biden Mahu Pulihkan Hubungan Dengan Palestin
WASHINGTON, 27 Nov — Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengarahkan pentadbirannya untuk segera “mengembalikan hubungan kukuh” dengan Palestin dan Israel, kata pemangku utusan untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa, lapor Agensi Anadolu. Richard Mills memberitahu Majlis Keselamatan urusan diplomatik itu “akan melibatkan pembaharuan hubungan dengan kepemimpinan Palestin, dan rakyat Palestin.” Ia termasuk memulihkan […]
Tidak Ada Data Mengenai Tahap Keselamatan, Wanita Hamil Tak Digalakkan Ambil Vaksin COVID-19 Moderna- WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa vaksin COVID-19 Moderna tidak boleh digunakan ke atas wanita hamil ketika ini, lapor Daily Mail. Belum ada ujian percubaan vaksin yang merangkumi wanita hamil dan mereka dijangka tidak akan mendapatkannya hingga selepas suku pertama 2021 yang bermaksud tidak ada data keselamatan. “Penggunaan vaksin ini pada wanita hamil pada […]
JAIS Benarkan Penolong Pendaftar Perkahwinan Kendali Akad Nikah Melalui Sidang Video
SHAH ALAM, 27 Jan (Bernama) — Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP) yang bertugas di semua masjid pengurusan untuk melaksanakan akad nikah secara sidang video mulai 4 Feb ini. Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata sehubungan itu perkhidmatan kaunter secara janji temu mula dibuka bagi urusan tertentu di Pejabat Agama Islam Daerah […]

Penganggur Dijatuhi Hukuman Penjara 1,050 Tahun & 24 Sebatan Kerana Merogol Anak Tiri 105 Kali
Seorang penganggur berdepan hukuman penjara 1,050 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Syesen Klang. Hukuman itu diputuskan selepas suspek didapati bersalah merogol anak tirinya sebanyak 105 kali. Perkara berkenaan dikongsikan oleh BERNAMA dalam satu tweet ringkas sebentar tadi. Berita lanjut menyusul. Seorang penganggur dipenjara 1,050 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Klang kerana merogol […]
(Video) Macam Dalam GTA, Viral Geng Abang ‘Truckers’ Pakat Sekat Jalan, Bantu Polis Tahan Kereta Dipercayai Dipandu Penjenayah
Semalam tular satu kejadian kejar di Lebuhraya Utara Selatan yang melibatkan sebuah kereta dengan pihak polis. Bagaikan suasana dalam game ‘GTA’, aksi kejar antara polis dan individu tersebut turut mendapat perhatian geng-geng pemandu lori. Walaupun agak jauh individu tersebut cuba dipercayai cuba melarikan diri daripada ditangkap, namun usaha keras polis berjaya menahan kereta berkenaan. Menariknya, […]
Percubaan Klinikal Fasa 3 Vaksin COVID-19 Di Malaysia Bermula Akhir Bulan Ini- KKM
PUTRAJAYA, 27 Jan – Malaysia dan China meneruskan kerjasama bagi percubaan klinikal vaksin COVID-19 Fasa Tiga yang dijadualkan bermula akhir bulan ini. Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, kerjasama tersebut dibuat menerusi penglibatan kementerian itu dan tajaan oleh Institut Biologi Perubatan Akademi Sains Perubatan China (IMBCAMS). “Berdasarkan keputusan kajian Fasa Satu dan Fasa Dua telah menunjukkan profil […]
Pertama Kali Di Dunia, Doktor Berjaya Buat Pembedahan Transplantasi Kornea Tiruan, Pulihkan Penglihatan Lelaki Dah 10 Tahun Buta
Transplantasi kornea buatan pertama di dunia dilaporkan telah berjaya dilakukan, lapor Business Insider. Ia dilakukan pada 11 Januari lalu di Hospital Beiliinson di Israel yang juga dikenali sebagai Pusat Perubatan Rabin. Prosedur tersebut dikendalikan oleh pakar di Israel melalui CorNeat yang mendapat persetujuan untuk ujian klinikal pada bulan Julai tahun lalu. Setelah hilang penglihatan sejak […]
Cara Mudah Cabut ‘Wallpaper’ Dinding Tanpa Rosak, Lelaki Kongsi Tips Mudah Hanya Guna 2 Bahan
Setiap rumah pasti nampak lebih elegan dan menarik jika dihiasi dengan wallpaper. Bagi mereka yang sudah bertahun-tahun pakai wallpaper, pasti berkeinginan untuk tukar yang baru. Ramai yang mengeluh untuk tukar wallpaper yang lama kerana bimbang dinding akan rosak dan melunturkan warna cat. Ada sesetengah dari mereka mengambil masa berhari-hari untuk cabut wallpaper rumah. Selain itu, […]