Berita

TERKINI COVID-19: Kes Baharu Kekal Bawah 3k, Hanya 2,176 Kes Dilaporkan Hari Ini
PUTRAJAYA, 15 Feb – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat pertambahan 2,176 kes positif baharu hari ini. Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara ini meningkat kepada 266,445 kes dengan kes aktif berjumlah 47,135 kes. Dalam pada itu, sebanyak 4,521 kes sembuh turut dilaporkan dan angka pulih keseluruhan turut meningkat kepada 218,335 kes. Bagaimanapun, […]
(Video) Lelaki Belanja “Skill”, Selamba Undur Van Atas Titi Dibuat Dari Batang Pokok, Bikin Ramai Berdebar Tengok
Sebuah video yang telah tular menyaksikan kepakaran seorang pemandu di China yang berjaya melintasi jambatan sementara yang diperbuat daripada batang pokok. Dengan ketelitian dan keberanian yang luar biasa, dia akhirnya berjaya melintasi parit dan sampai ke seberang. Menurut Daily Mail, momen itu telah dirakam pada Selasa di Kunming, wilayah Yunnan selatan. Ia dimuatnaik di Kuaishou […]

Kelantan Setuju Majlis Akad Nikah Dihadiri 20 Orang
KOTA BHARU, 15 Feb (Bernama) — Kerajaan Kelantan hari ini bersetuju untuk memberi kelonggaran membenarkan majlis akad nikah dihadiri 20 individu ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berbanding tujuh orang sebelum ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Dr Izani Husin berkata perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) […]

2 Maut, 16 Hilang Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Jawa Timur
JAKARTA, 15 Feb (Bernama) — Dua orang dilaporkan terbunuh, 14 cedera manakala 16 lagi masih hilang dalam kejadian tanah runtuh dan banjir yang dicetuskan hujan lebat pada Ahad di Jawa Timur, Indonesia, lapor Agensi Berita Xinhua. Menurut unit tindakan kecemasan, Agensi Hal Ehwal Sosial Nganjuk, penyelamat menemukan dua mayat dan menyelamatkan dua orang di daerah […]

Gara-Gara Tendang Dagu Tunang Adik Perempuan, Juruteknik Didenda RM1,500
KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) — Gara-gara mencederakan tunang adik perempuannya dengan menendang dagu lelaki itu, seorang juruteknik di sebuah kilang didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini. Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan turut memerintahkan Ahmad Akmal Azhar, 25, yang mengaku bersalah atas pertuduhan itu, dipenjara tiga bulan jika dia gagal […]
‘Port’ Baik Yang Ramai Tak Tahu Boleh Beli Laptop MacBook Baru Dengan Bayaran Terendah
Seiring masa dan teknologi ni, tak dinafikan penggunaan laptop mahupun tablet sudah menjadi satu keperluan yang wajib ada. Tidak kira pelajar, apatah lagi yang berkarier. Zaman kini, laptop memudahkan urusan kerja lagi-lagi dengan ‘kehadiran’ pandemik yang tak diundang membuatkan rata-rata daripada kita terpaksa berkerja dari rumah dan menjalankan perniagaan secara atas talian. Pun begitu, terlalu […]

Wanita Ditahan Memandu Lawan Arus Langgar Tiga Kenderaan Lain
BUKIT MERTAJAM, 15 Feb – Polis menahan seorang wanita yang memandu kereta secara melawan arus sehingga menyebabkan berlaku kemalangan dengan tiga kenderaan lain di susur Jalan Perusahaan Perai, di sini semalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Shafee Abd Samad berkata dalam kemalangan pukul 6.20 petang, wanita berumur 31 tahun itu datang dari Lebuhraya Utara […]
Jangan Ragui Status Vaksin Covid-19 – Mufti P.Pinang
GEORGE TOWN, 15 Feb – Orang ramai, khususnya umat Islam dinasihatkan agar mengetepikan perasaan ragu terhadap vaksin COVID-19 dan berpegang pada pandangan Muzakarah Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang memutuskan hukumnya harus dan halal digunakan oleh orang Islam. Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor turut menasihati umat Islam agar tidak terpengaruh dengan […]

Gangguan Seksual: Anggota Polis Dikeluarkan Daripada Penugasan SJR
KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) — Seorang anggota polis yang disyaki terlibat dengan dakwaan gangguan seksual terhadap seorang wanita semasa sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Duta, di sini, dikeluarkan daripada penugasan SJR. Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Zamri Yahya berkata anggota polis berkenaan sedang diambil tindakan lanjut. “Tindakan awal yang diambil adalah mengeluarkan anggota polis terlibat kes ini daripada […]

Pasaraya Tesco Akan Tukar Nama Kepada Lotuss ?
Desas-desus di mana Tesco Malaysia akan ditukar nama kepada Lotus Malaysia menjadi tanda tanya apabila ada pelanggan yang memuatnaik di Twitter, satu notis yang dipercayai dari pasaraya Tesco Menerusi kiriman daripada pengguna Twitter mengatakan bahawa nama Tesco harini secara rasminya dikenali sebagai Lotus’s tidak lama lagi. Pasaraya Tesco sudah lama bertapak di Malaysia dan mendapat […]

(Video) Adibah Noor Betulkan Sebutan Perkataan ‘Doubt’ Rina Harun, Ramai Boleh Belajar
Penyanyi dan pelakon Adibah Noor mengambil insiatif memperbetulkan kesilapan sebutan bagi perkataan Bahasa Inggeris yang disebut oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun menerusi satu klip video. Adibah Noor yang pernah menjadi seorang guru Bahasa Inggeris, memuat naik sebuah video di Instagram mengenai cara sebutan yang betul supaya dapat berkongsi ilmu dalam penguasaan […]

Malaysia Duduki Tangga ke-87 Untuk Kelajuan Internet Kategori ‘Mobile’ Dengan 25.60mbps – Ookla
Ookla dalam satu kenyataan mengeluarkan kedudukan carta berdasarkan kelajuan internet bagi kategori (Mobile). Dalam carta kedudukan tersebut, Qatar menjadi negara yang mengungguli carta dengan kelajuan 178.01 mbps. Manakala, UAE ditempat kedua dan Korea Selatan di tempat ketiga. Pasti ramai yang tertanya-tanya dimana kedudukan Malaysia kan? Dalam ranking dikeluarkan oleh Ookla ini, Malaysia menduduki tempat ke-87 […]

Ingat Hanya Perut ‘Buncit’, Ibu Baru Tahu Sedang Mengandung Ketika Sejam Lagi Nak Bersalin
Seorang wanita terkejut apabila menyedari dirinya sedang hamil, hanya kira-kira satu jam sebelum melahirkan kandungan tersebut yang sudah pun berusia 9 bulan dalam kejadian yang berlaku di daerah Cidaun, wilayah Kabupaten Cianjur, Jawa Barat, Indonesia. Wanita itu yang dikenali sebagai SZ, 25, melahirkan bayinya secara normal seberat 2.9 kilogram (kg) di hospital berdekatan pada Jumaat […]
Ini Aplikasi Mudah Untuk Yang Baru Nak Belajar Tanam Pokok, Elak Tanaman Mati Sebab Terlebih Siram Air
Ramai yang selalu merungut apabila tanaman yang ditanam tidak menjadi. Ada yang menyalahkan ketidaksesuaian tanah atau baja selain mitos ‘tangan panas’ yang menyebabkan pokok sukar tumbuh dan mati. Tetapi, jika dilihat semula, sebenarnya adalah cara penjagaan pokok yang betul adalah diperlukan kerana setiap pokok memerlukan cara penjagaan yang berbeza seperti cara siraman. Bagi mengetahui cara […]

“Allah Dah Bayar, Datang Ambil Je,” Warga JB Tak Ada Duit Nak Makan, Boleh Datang Restoran Ini Makan Percuma
Setiap kebaikan yang dilakukan pastinya akan diberikan ganjaran yang lebih hebat. Bukan itu sahaja, niat suci seseorang itu mencerminkan peribadi mulia serta ia dapat menjadi contoh kepada orang lain. Baru-baru ini tular seorang pemilik kedai makan Ateyh Fried Chicken membantu orsang ramai yang memerlukan untuk diberi makanan secara percuma. Menurut pemilik kedai ini kepada SK […]

Covid-19: Kanak-Kanak 9 Tahun Yang Berpenyakit ‘Medulloblastoma’, Antara 7 Kes Kematian Dilaporkan Semalam
Jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan Covid-19 adalah sebanyak 965 dilaporkan setakat 14 Februari 2021 berdasarkan laporan daripada CPRC Kebangsaan. Perkara ini dilaporkan melalui Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengatakan bahawa semalam, antara 7 kes kematian yang dilaporkan, termasuklah seorang kanak-kanak berusia 9 tahun. Mangsa seorang kanak-kanak lelaki yang dirawat di Hospital Wanita dan […]
TERKINI: Kes Baharu COVID-19 Hari Ini 2,464 Dan Kes Discaj 4,525 Iaitu Tertinggi Setakat Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 2,464 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini. Terkini. 14 Feb. Kes baharu hari ini 2,464 dan kes discaj 4,525 iaitu tertinggi setakat ini. Kali terakhir kes baharu kurang daripada 2,500 ialah pada 11 Jan lalu. 7 lagi kematian dilaporkan. #COVID19 — KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) February 14, 2021 […]
Waspada, Amaran Ribut Petir Dikeluarkan Di Beberapa Negeri Sehingga 9 Malam Ini
Putrajaya, 14 Feb – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di lima negeri di Malaysia sehingga 9 malam ini. Negeri-negeri terlibat adalah Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah. Berikut adalah daerah yang diramalkan bakal menerima hujan sehingga malam ini; Pahang: Bentong Selangor: Hulu Langat Negeri Sembilan: Jelebu, Seremban, Kuala […]
(Video) Kucing Pasrah, Makanannya ‘Dirampas’ Oleh Tikus, Terkejut Kena Sergah Sampai ‘Terpelanting’
Tikus sering dianggap sebagai makanan kucing. Malah, ramai yang percaya bahawa dengan membela kucing, ‘populasi’ tikus dapat dikurangkan. Pun begitu, situasi mungkin berbeza apabila ada tikus yang berani dan tidak terancam dengan kehadiran kucing. Malah, tikus juga semakin berani mengenakan kucing yang dilihat teragak-agak untuk menerkam ‘mangsanya’. Dalam perkongsian Nature & Animals, seekor tikus telah […]
Pengarah Disyaki Cabul Kakitangan Bebas Dengan Jaminan Polis
SHAH ALAM, 14 Feb (Bernama) — Seorang pengarah agensi kerajaan di Selangor yang ditahan semalam bagi membantu siasatan kerana disyaki mencabul kakitangannya telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini. Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata suspek berusia 35 tahun itu dibebaskan selepas pegawai penyiasat selesai melakukan siasatan. “Laporan polis dibuat oleh […]