Berita
(Video) Detik Cemas, Buaian Taman Tema Terhempas, 16 Orang Dilapor Cedera
Sekurang-kurangnya 16 orang dilaporkan cedera manakala tiga lagi cedera parah selepas buaian di sebuah taman tema di Hunan, China terhempas, kata pihak berkuasa tempatan pada Ahad. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku kira-kira jam 3.40 petang di sebuah kawasan di Shaoyang County. ‘Kerusi terbang’ itu dilaporkan hilang kawalan kerana mengalami gangguan teknikal sehingga menyebabkan pengunjung jatuh terhempas […]
MAFI Sasar Pengeluaran Akuakultur Sebanyak 958,000 Tan Metrik Menjelang 2030
KOTA BHARU, 14 Feb — Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menyasarkan pengeluaran sektor akuakultur sebanyak 968,000 tan metrik menjelang 2030 dengan nilai RM9.08 bilion. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata bagi merealisasikan sasaran ini, kerajaan menggunakan pendekatan persekitaran mesra perniagaan agar pembangunan sektor akuakultur dapat dipacu termasuk penglibatan sektor swasta. […]
Tarikh Pendaftaran Dan Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat Dilanjutkan Sehingga 25 Februari
Menteri Kewangan Malaysia, YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz menyatakan bahawa tarikh pendaftaran baharu dan kemaskini bagi Bantuan PRIHATIN Rakyat (BPR) yang dibuka pada 15 Januari 2021 lalu akan dilanjutkan sehingga 25 Februari 2021. Menerusi kenyataan media yang dikongsikan di laman Twitter rasmi Kementerian Kewangan Malaysia, perkara tersebut dibuat untuk memastikan BPR akn diterima […]
Nak Tahu Besi Melekat Pada Perut Atau Tak, Budak Autisme Ini Dilapor Telan 54 Biji Magnet Untuk ‘Eksperimen’
Dipercayai kerana sifat ingin tahu, seorang kanak-kanak lelaki dipercayai menghidap autisme dan ADHD telah menelan sejumlah 54 biji bebola magnet dalam satu eksperimen sendiri di rumahnya di Greater Manchester. Lapor Daily Mail, tindakan kanak-kanak 12 tahun itu membuatkan dirinya terpaksa menjalani pembedahan selama enam jam bagi mengeluarkan objek tersebut. Dia dikatakan ingin mengkaji sama ada […]
“Harap Dia Menyukainya,” Wanita Hadiahkan Foto-Foto Gadis Yang Pernah Suaminya ’Like’ Di Media Sosial
Seorang wanita telah mendapat gelaran sebagai ‘The Queen of Petty’ oleh pengguna media sosial selepas dia memberikan suaminya hadiah berbentuk cetakan foto-foto wanita yang pernah suaminya itu likes di Instagram sempena Hari Kekasih. Pengguna TikTok itu yang dipercayai berasal daripada Amerika Syarikat, video lucu yang dikongsikan wanita itu telah memperoleh lebih daripada 4.4 juta tontonan. “Apa […]
Secangkir Kopi Jalanan, Ilham Percutian Di Australia
KOTA BHARU, 14 Feb — Mengadaptasi inspirasi daripada peniaga kopi jalanan versi kereta di Australia, seorang bekas pegawai jualan tiket di sebuah syarikat penerbangan mencipta kelainan menjual kopi bru dekat Jalan Bayam di sini menggunakan van klasik demi meneruskan kelangsungan hidup. Wan Mohd Naim Wan Mohd Ghazi, 35, yang kini bergelar barista berkata idea untuk menyajikan secangkir kopi yang paling nikmat untuk pencinta […]
Fikir Dahulu Sebelum ‘Letupkan’ Leher Ketika Sedang Tegang, Ada Bahaya Yang Menanti
Berasa leher tegang, lenguh atau sengal akan membuatkan seseorang itu terfikir untuk ‘meletup’kannya. Namun, tahukan bahawa ianya boleh membawa kepada kesan yang buruk. Seperti yang dikongsikan oleh Hello Doktor, terdapat beberapa bahaya yang menanti sekiranya berbuat demikian. Pernahkah kalian mengalami leher tegang dan bertindak letupkan ia kononnya untuk melegakan ketidakselesaan itu? Anda mungkin perlu berhenti melakukannya! […]
‘Petting Zoo’ G2G Maeps Serdang Ditimpa Musibah, Stor Simpan Barang Dan Binatang Kesayangan Terbakar
Umum telah mengetahui bahawa kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan oleh wabak pandemik COVID-19. Disebabkan itu, banyak perniagaan telah terkesan kerana tidak boleh beroperasi seperti sedia kala. Seperti yang dikongsikan oleh G2G Animal Garden – MAEPS menerusi laman Facebooknya, mereka juga turut terkesan dengan PKP ini. Sudahlah tidak boleh beroperasi seperti biasa, baru-baru […]
Mufti WP Setuju Hukum Pengambilan Vaksin COVID-19 Harus
PUTRAJAYA, 14 Feb (Bernama) — Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) bersetuju mengguna pakai resolusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) pada 3 Dis lepas yang mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan ia wajib diambil golongan yang ditetapkan kerajaan. Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah dalam […]

(Video) Detik Cemas Gempa Bumi Kuat Gegarkan Timur Laut Jepun, Hampir 900,000 Rumah Dilapor ‘Terjejas’
Satu gempa bumi kuat 7.3 skala ritcher telah melanda timur laut Jepun lewat Sabtu, lapor NHK News. Kejadian yang berlaku pada 11.07 pm waktu tempatan (10.07 pm waktu Malaysia) itu dilaporkan berpusat di 73.9 kilometer timur laut Namie, sebuah bandar pesisir 60 batu dari Fukushima, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat. Gempa dipercayai berlaku pada kedalaman […]
COVID-19: Melaka Catat Kadar Kebolehjangkitan Tertinggi – Dr Noor Hisham
KUALA LUMPUR, 14 Feb — Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 mengikut kes harian bagi seluruh negara iaitu pada 0.92 setakat semalam dengan Melaka mencatatkan Rt tertinggi iaitu pada 1.07. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi infografik yang dikongsikan di akaun Twitter beliau menunjukkan Pulau Pinang merekodkan Rt kedua tertinggi pada 1.06 diikuti Kedah (1.04) dan Johor (1.01). Negeri-negeri lain yang mencatatkan […]
Ketahui 10 Gejala Hidap Penyakit Tumor Otak, Salah Satunya Ialah Kerap Mengantuk
Tahukah anda bahawa, kerap mengantuk ini sebenarnya adalah salah satu simptom tumor otak. Tumor atau ketumbuhan otak ini sekiranya dibiarkan akan makin melarat. Justeru daripada itu, portal Hello Doktor ada berkongsikan 10 simptom atau gejala yang perlu anda ketahui berkenaan dengan tumor otak ini. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti penjelasannya seperti berikut: Ketumbuhan atau […]
TERKINI: 3,499 Kes Baharu COVID-19 Dan 5 Kematian Dilaporkan Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 3,499 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini. Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 3,499 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 261,805 kes secara keseluruhan. Terkini. 13 Feb. Kes baharu hari ini 3,499 dengan […]
Waspada, Amaran Ribut Petir Dijangka Melanda 6 Buah Negeri Sehingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 7 dan 9 malam ini. Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 4:50 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga […]

(Video) Lebih 2.8 Juta Tontonan, Tular Reaksi Bayi Buat Muka Seakan Menyampah Sambil Menjeling Bikin Terhibur
Perkara pertama yang sering dinanti-nantikan ibu bapa ialah untuk melihat wajah si anak yang baru dilahirkan. Sembilan bulan menanti, akhirnya keluarlah si cinta hati yang comel ke dunia. Namun, mungkin tak semua bayi mengharapkan perkara sama. Mungkin ibarat ‘diganggu’ tidur yang lena, beberapa kali tular wajah bayi dengan mimik seakan ‘tidak berpuas hati’ sebaik sahaja […]
Kerajaan Akan Pertingkat Keselamatan Di Pusat Kuarantin – Mohd Redzuan
MELAKA, 13 Feb — Kawalan keselamatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di seluruh negara akan ditingkatkan bagi mencegah sebarang kejadian tidak diingini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof. Beliau berkata ini termasuk menambah jumlah anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang bertugas di 391 pusat yang […]
Lima Kaedah Untuk Orang Awam Mendaftar Bagi Mendapatkan Vaksin COVID-19
Umum telah mengetahui bahawa tidak lama lagi rakyat Malaysia akan mendapat vaksin COVID-19. Pasti ramai yang tertanya-tanya berkenaan cara untuk mendapatkan vaksin tersebut. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi akaun Twitter rasminya ada berkongsikan tentang kaedah untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksin COVID-19 ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut: 5 kaedah untuk orang […]
(Video) Kurang Dari 20 Saat, Chef Ini Tunjuk Cara Potong Bawang Dengan Lebih Cepat
Satu video yang dikongsikan oleh seorang chef berkenaan cara memotong bawang telah menjadi tular di media sosial. Bintang TikTok Poppy O’Toole, yang lebih dikenali sebagai PoppyCooks telah berkongsikan video di akaunnya dengan mendakwa bahawa teknik menyatakan bawang ini bakal ‘mengubah kehidupan anda’. Tambahnya: “Ini adalah salah satu teknik pertama yang anda akan pelajari untuk menjadi […]
Percaya Dukun Boleh Kembalikan Keperawanan, Wanita Dakwa Dirogol Ketika ‘Berubat’
Seorang wanita di Palembang, Indonesia yang mendapatkan rawatan daripada seorang dukun untuk mengembalikan perawannya mendakwa telah dirogol, lapor Kumparan. Di hadapan pegawai SPKT Polis Palembang, mangsa yang berusia 20 tahun itu telah mengakui bahawa dia datang ke rumah dukun tersebut atas saranan daripada teman lelakinya. “Tujuannya berubat adalah untuk mengembalikan keperawanannya,” kata polis. Namun, semasa […]
Mungkin Ramai Belum Tahu, Ini Antara 5 Kesilapan Ketika Gunakan ‘Air Fryer’
Ramai orang gemar menggunakan air fryer yang dipercayai lebih sihat dan kurang berminyak berbanding gorengan biasa. Ia juga dikatakan lebih mudah digunakan berbanding kuali biasa selain mempunyai fungsi canggih lain seperti menggril atau membakar kek. Namun, ada kalanya cara penggunaan alat ini tidak tepat sehingga mendapat hasil kurang memuaskan. Berikut adalah lima kesilapan ketika menggunakan air […]