Berita
Gunung Merapi Dilapor Muntahkan Lava 5 Kali Hari Ini, Jarak Luncuran Dikesan Sejauh 800 Meter
Gunung Merapi dilaporkan kembali memuntahkan lava pada jam 12 hingga 6 pagi waktu tempatan hari ini, lapor liputan6. Terletak di sempadan Yogyakarta dan wilayah Jawa Tengah, ia mengeluarkan lava sebanyak lima kali dengan jarak luncuran maksimum 800 meter ke barat daya. Ketua Pusat Penyelidikan Bencana Geologi dan Pembangunan Teknologi (BPPTKG), Hanik Humaida mengatakan bahawa sepanjang […]
Kanak-kanak Pesakit Leukimia Capai Impian Naik MPV Meninggal Dunia
KEPALA BATAS, 22 Feb (Bernama) — Kanak-kanak lelaki yang menghidap leukimia, Mohamad Ammar Dhani Mohd Azuan, 7, yang sebelum ini telah mencapai impiannya untuk menaiki kereta peronda polis (MPV), meninggal dunia semalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Noorzainy Mohd Noor berkata beliau dimaklumkan Mohammad Ammar Dhani meninggal dunia kira-kira pukul 6 petang […]
Hajat Nak Sarung ‘Uniform’ Polis Tak Kesampaian, Adik Ammar Penghidap Kanser Meninggal Dunia
Jika seseorang itu berhajatkan sesuatu tapi akhirnya ditakdirkan meninggal dunia dan tidak sempat ditunaikan, itu adalah saat yang paling perit dirasakan. Apatah lagi jika insan tersebut adalah darah daging kita sendiri. Namun tidak dapat tidak, kita perlu menerima takdir Allah SWT dengan hati terbuka. Dia lebih Maha Mengetahui segala-galanya. Aktivis kemanusiaan, Puan Natipah Abu baru-baru […]
Sebak Tengok Anak Menangis Tak Mampu Bayar Caj Penuh Ambulans Rakyat Bawa Mak Hidap Strok, Uncle Kentang ‘Offer’ Bayar RM1 Saja
Bagi siapa yang amat mengenali Uncle Kentang, pasti sudah maklum bahawa figura kemanusiaan ini ada menyediakan perkhidmatan ambulans rakyat. Kadar caj yang dikenakan teramat murah, difahamkan ianya adalah semata-mata untuk kegunaan dan kebajikan bagi golongan yang memerlukan. Baru-baru ini, Uncle Kentang berkongsi tentang satu kisah seorang individu yang ‘terdesak’ mahu menggunakan khidmat ambulans rakyatnya tapi […]
SPM 2020: 401,105 Calon Mula Duduki Peperiksaan Dalam Norma Baharu
KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) — Hari ini, seramai 401,105 pelajar di seluruh negara mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 dalam suasana negara masih berdepan pandemik COVID-19 yang menuntut mereka membawa ‘perisai’ tambahan. Selain berbekalkan pen dan ilmu pengetahuan seperti kebiasaannya apabila memasuki dewan utama peperiksaan, kelainan bagi calon SPM 2020 ialah mereka […]
MetMalaysia Keluarkan Nasihat Ribut Tropika
KUALA LUMPUR, 21 Feb – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat mengenai ribut tropika kira-kira 1,160 kilometer (km) Timur Laut Sandakan, Sabah. Dalam satu kenyataan, MetMalaysia memaklumkan yang ribut itu kini berada kira-kira 379km ke Timur Laut Davao, Filipina. “Kelajuan maksimum angin adalah 69 kilometer sejam,” menurut kenyataan itu dan menambah, ribut itu […]

Polis Selamat Wanita Warga Asing Mangsa Eksploitasi Seks
KUALA LUMPUR, 21 Feb – Bertindak atas maklumat penawaran khidmat seks dalam talian menggunakan aplikasi Locanto, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun di hadapan sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya, semalam kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata berikutan penahanan lelaki berkenaan, polis […]

Mayat Lelaki Sudah Reput Dalam Tong Biru Di Kebun Kelapa Sawit
NIBONG TEBAL, 21 Feb (Bernama) — Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing dalam keadaan reput ditemukan dalam sebuah tong berwarna biru dalam kawasan kebun kelapa sawit di Tiga Kongsi, Simpang Ampat, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Lee Chong Chern berkata pihaknya menerima laporan pada jam 10.40 pagi tadi berhubung penemuan mayat itu daripada pemilik […]

Vaksin Sensitif Terhadap Suhu Dan Masa, Proses Simpanan Perlu Di Tahap Terbaik
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) — Proses penyimpanan vaksin Pfizer-BioNTech bagi COVID-19 yang julung kali selamat tiba ke tanah air pagi tadi, perlu berada di tahap terbaik sebelum disuntik kepada penerima. Farahwahida Mohd Kasim, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi Cawangan Pengurusan Farmasi Logistik Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi Kementerian Kesihatan (KKM) berkata vaksin merupakan produk yang sensitif terhadap suhu dan masa. […]

Polis Nafi Bertindak Kasar Tahan Wanita Indonesia
BUTTERWORTH, 21 Feb (Bernama) — Polis menafikan telah bertindak kasar termasuk sengaja menggari seorang wanita Indonesia yang bekerja di sebuah restoran di Jalan Raja Uda yang ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan diri ketika Ops Bersepadu Khas, Rabu lepas. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata sejak semalam, tular di […]

Satu Jam Penuh Debaran, Bawa Vaksin Covid-19 – Juruterbang
SEPANG, 21 Feb (Bernama) — Ia merupakan satu jam yang paling mendebarkan bagi Kapten Hamdan Che Ismail sepanjang tempoh 29 tahun kerjayanya dalam dunia penerbangan ketika mengendalikan pesawat Malaysia Airlines MH604 yang membawa kumpulan pertama vaksin COVID-19 ke Malaysia hari ini. Sepanjang penerbangan dari Singapura itu, Hamdan yang juga Pengarah Operasi Penerbangan Malaysia Airlines perlu memastikan suhu yang bersesuaian […]

TERKINI: 3,297 Kes Baharu Covid-19, Negeri Perak Catat Kes Tertinggi Hari Ini Dengan 1,215 Kes
Setakat hari ini, 21 Februari 2021, KKM telah mengesan lagi 3,297 kes baharu positif Covid-19. Hal ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif Coid-19 adalah 283, 569 kes. Sehubungan dengan itu, jumlah kes sembuh turut meningkat kepada 4,456 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh adalah 249, 209. Justeru itu, jumlah kes aktif setakat hari ini […]

(Video) Detik-Detik Cemas Feri Pengangkutan Karam, Beberapa Mangsa Masih Hilang
Sebuah feri dikatakan terbalik sebelum karam di Sambas, Kalimantan Barat. Kejadian berlaku pada petang Sabtu lalu. Sehingga kini, menurut Ketua Polis Pontianak, Yopi Hariyadi sar mencari mangsa tenggelam masih dijalankan. Bagaimanapun, pihaknya masih menjalankan siasatan tentang tragedi buruk ini. Video detik-detik di saat tenggelamnya feri tersebut mula tersebar luas di media sosial. Susulan daripada itu, […]

Vaksin Covid: Johor Terima Bekalan Hari Ini
JOHOR BAHRU, 21 Feb (Bernama) — Johor menerima sebahagian daripada bekalan vaksin COVID-19 yang tiba di negara ini hari ini, untuk ditempatkan di empat pusat simpanan vaksin (PSV) di negeri ini. Bekalan berkenaan yang merupakan sebahagian daripada kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech, tiba di Johor Bahru dari Singapura, melalui jalan darat iaitu Tambak Johor. Menyambut ketibaan bekalan di […]

“Air Mata Ibu Berlinang Bila Ditinggalkan Di Tepi Jalan,” Warga Emas Berkerusi Roda Ditemui Di Tepi Jalan
Ibu adalah permata hati setiap keluarga, ibu jugalah tempat mengadu kasih dan syurga untuk kita. Namun, apa yang jadi kepada seorang warga emas ini cukup memilukan hati. Perkongsian ini daripada Lembaga Zakat Selangor yang telah membantu seorang ibu tua berkerusi roda dan dibawa ke rumah jagaan warga emas berdekatan. Petikan daripada Lembaga Zakat Selangor perjelaskan […]

“Doakan Akak Dapat Zuriat..” Abang FoodPanda Terkejut Customer Bagi Tips Sampai RM1K
Penghantar makanan atau food delivery sememangnya berhadapan dengan tugas yang mencabar dalam mengejar order dan menghantar makanan yang dipesan pada waktunya. Sekiranya bernasib baik, rider selalunya akan menerima tips daripada pelanggan sama ada dalam bentuk wang atau makanan yang diberikan kepada mereka. Seperti perkongsian oleh seorang rider, Muhammad Faris Faizul di Group Facebook FoodPanda Rider […]

Polis Rampas 1.2 Tan Daun Ketum, Tahan Pemandu Lori
SIK, 21 Feb – Polis menahan seorang pemandu lori selepas menemukan 1.2 tan daun ketum dianggar bernilai RM72,000 yang dibawanya, semasa di sekatan jalan raya (SJR) di Merbau Kudung, dekat sini, tengah malam tadi. Ketua Polis Daerah Sik, DSP Abdull Razak Osman berkata siasatan mendapati pemandu berumur 37 tahun itu masuk ke negeri Kedah menerusi laluan Jeli-Gerik untuk […]

Rangka Manusia Ditemukan Dalam Semak
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) — Satu rangka manusia dalam keadaan reput ditemukan dalam semak di Jalan Kerayong, Brickfields tengah hari semalam. Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar berkata rangka berkenaan ditemukan oleh dua pekerja Bangladesh ketika menebas rumput di kawasan tanah kosong sebuah ladang kira-kira 12.30 tengah hari. “Kami dalam proses mengenal pasti […]

Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Tiada Had Tamat, Sehingga Capai Sasaran – Khairy
SEPANG, 21 Feb (Bernama) — Pendaftaran untuk vaksinasi COVID-19 tidak akan ditamatkan sehingga mencapai sasaran 80 peratus rakyat yang telah menerima vaksin, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin. “Pendaftaran akan sentiasa dibuka dan tidak akan ditutup sehingga selesai sasaran kita iaitu 70 hingga 80 peratus rakyat Malaysia (menerima vaksin),” kata beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan […]

Orang Sekitar Keramat & Kampung Baru Boleh Ambil Barang Dapur Percuma Di Pondok Sedekah Ini
Sebuah pondok sedekah yang menyediakan barangan keperluan secara percuma bagi mereka yang memerlukan dibuka berhadapan Omar Ali Villa di Kuala Lumpur. Menerusi satu hantaran di Twitter oleh Nur Hasha Idris, Pondok Sedekah Omar Zabedah itu merupakan inisiatif persendirian milik ibunya yang baru sahaja dibuka. Mereka mengalu-alukan individu yang memerlukan di sekitar Keramat atau Kampung Baru […]