Berita

Vaksin Covid: Kerajaan Cadang Keluarkan Passport Vaksin, Dokumen Pengesahan Lepas Terima Suntikan
SEPANG, 21 Feb (Bernama) — Kerajaan bercadang mengeluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. “Ketika ini, kita cadangkan dua kaedah iaitu dipaparkan (terima suntikan) di aplikasi MySejahtera dan dokumen secara fizikal iaitu dalam bentuk pasport yang boleh diterima negara lain,” katanya. Bercakap […]

Selesema Burung H5N8 Dikesan Di Rusia, 7 Kes Positif Pertama Dilapor Libatkan Manusia
Tujuh orang di sebuah kawasan penternakan unggas di selatan Rusia telah dijangkiti selesema burung H5N8, sekaligus menjadikan virus itu pertama kali dijumpai pada manusia. “Hari ini, saya ingin memberitahu anda mengenai penemuan saintifik penting yang dibuat oleh para saintis di pusat saintifik Vector. “Kes pertama jangkitan manusia dengan [avian influenza A (H5N8)] telah disahkan oleh […]

(Gambar) Rumah Transit Untuk Asnaf Duduk Percuma, Ditinggalkan Dalam Keadaan ‘Tunggang-Langgang’
Ditinggalkan dalam keadaan kotor, penuh sampah-sarap dan banyak kerosakan. Begitulah keadaan sebuah rumah transit yang diberi duduk secara percuma kepada sebuah keluarga asnaf oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ). Menerusi perkongsian di Facebook rasmi, Masjlis Agama Islam Johor, jelas dapat dilihat keadaan di dalam rumah berkenaan yang teruk selepas ditinggalkan oleh keluarga asnaf yang […]
Pekerja Asing Cuba Bawa Masuk Pendatang Haram Di Serudong Gagal
KALABAKAN, 21 Feb – Cubaan tiga lelaki warga asing membawa masuk seorang wanita dan dua kanak-kanak perempuan warga Indonesia melalui jalan tikus gagal apabila ditahan Angkatan Tentera Malaysia melalui Briged Kelima Infantri Malaysia (5 Briged) di kawasan Serudong di sini, semalam. Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) dalam satu kenyataan hari ini berkata kesemua mereka yang […]
Kes Video Murtadkan Wanita Dalam Siasatan Dan Tindakan Polis – Dr Zulkifli
KUALA LUMPUR, 21 Feb – Orang ramai diminta memberikan sepenuh kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk tindakan sewajarnya, berhubung isu video memaparkan pengakuan seorang lelaki bukan Muslim memurtadkan seorang wanita Muslimah bukan warga tempatan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata kes itu kini dalam siasatan dan tindakan pihak polis. “Kedudukan […]

TERKINI: Detik Bersejarah, 312,390 Dos Vaksin Covid-19 Kumpulan Pertama Tiba Di Malaysia
Hari ini, sejarah tercipta apabila vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech yang menjadi sinar harapan dalam perjuangan melawan pandemik akhirnya tiba di Malaysia sebentar tadi. Menerusi Siaran Langsung Khas Ketibaan Kumpulan Vaksin Pertama ke Malaysia, pesawat penumpang Airbus A330-300 milik Malaysia Airlines yang dihiasi livery Jalur Gemilang yang membawa kumpulan pertama vaksin itu selamat mendarat di Advanced Cargo […]

Kerajaan Jamin Kelancaran Penghantaran Vaksin Ke Seluruh Negara
KUALA TERENGGANU, 20 Feb (Bernama) — Kerajaan memberi jaminan proses penghantaran vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 ke seluruh negara akan berjalan lancar, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ahmad Amzad Hashim. Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjaya melaksanakan latihan penghantaran vaksin ke Klinik Kesihatan Belaga, kira-kira 178 kilometer (km) dari Bintulu, Sarawak, pada 29 Jan lalu. “Saya […]

Tindakan Kecam, Ketawakan Guru Sains DidikTV Perbuatan Buli Siber – Saifuddin Abdullah
KUANTAN, 20 Feb (Bernama) — Tindakan sebahagian warganet mengecam dan mentertawakan, penyampaian seorang guru sains semasa mengajar dalam bahasa Inggeris di saluran televisyen pendidikan DidikTV, merupakan satu perbuatan buli siber, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah. Beliau yang melahirkan rasa simpati terhadap guru wanita itu berkata, masyarakat seharusnya mengambil kira bahawa guru tersebut […]

TERKINI: 2,461 Kes Baharu Dicatatkan Dengan 8 Kematian Hari Ini, Selangor Dan Kelantan Tertinggi
Sebanyak 2,461 kes baharu jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 280,272 kes setakat Sabtu (20 Februari 2020), jam 12 tengahari. Menurut perkongsian terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 34,468 kes. Daripada 2,461 kes baharu pada hari ini, semuanya […]

Dua Maut Kemalangan Babit Tiga Kenderaan Di Muar
JOHOR BAHRU, 20 Feb (Bernama) — Dua lelaki maut, seorang cedera manakala empat lagi terselamat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Bukit Pasir dekat Muar, hari ini. Dalam kemalangan pada 9.29 pagi itu, pemandu dan penumpang kenderaan Toyota Hilux iaitu berusia 68 dan 17 tahun, maut selepas tercampak keluar dari kenderaan mereka. Seorang lelaki berusia 39 tahun yang merupakan pemandu lori, […]

(Video) “Unta-Unta Nampak Confused”, Beberapa Kawasan Di Saudi Dihujani Salji
Sebuah video menunjukkan beberapa ekor unta terperangkap dalam ribut salji setelah Ribut musim sejuk yang jarang terjadi dengan salji yang lebat kini menyelimuti kawasan Timur Tengah, dari Arab Saudi ke Syria dan dari Libya ke Lebanon. Sebahagian wilayah ini menyaksikan salji pertama yang turun dalam beberapa tahun sekaligus menyekat jalan dan laluan ke pusat vaksinasi. […]

Syahmi Hadiahkan Yoe Parey Dan Bedol Motosikal ‘Ysuku’ Sorang Satu
Personaliti YouTube merangkap pengarah filem Mael Totey The Movie, Syahmi Sazli, menghadiahkan motosikal Y15 kepada Yoe Parey dan Bedol, pelakon di bawah arahannya di dalam filem tersebut. Menerusi perkongsian beberapa keping gambar dan caption ringkas di facebook Syahmi Sazli Production, dia menyerahkan motosikal berkenaan kepada mereka berdua. ”Hadiah Y15 untuk Yoe & Bedol..,” tulis Syahmi. […]
Mengapa Guna Picagari ‘Low-Dead Volume’ Untuk Suntik Vaksin Covid-19? Ini Jawapan Ahli Farmasi
KUALA LUMPUR, 20 Feb – Malaysia akan menerima vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech esok, dan untuk itu sebanyak 12 juta picagari jenis low dead-volume dijangka digunakan bagi suntikan vaksin tersebut pada fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Mengapa penggunaan jenis picagari tersebut amat ditekankan pada program yang akan bermula 26 Feb itu, dan apakah kepentingan serta kelebihannya berbanding picagari lain? Pensyarah Farmasi Klinikal […]

(Video) China Dedah Rakaman Pertembungan Dengan Tentera India Jun Lalu, Dianggarkan Lebih 20 Orang Maut
China pertama kalinya kongsi rakaman video pertempuran bersama tentera India di sempadan yang menjadi pertikaian dua negara tersebut pada bulan Jun tahun lalu. Menurut maklumat, seramai empat tentera China terbunuh manakala seorang cedera dalam pertempuran ganas tersebut. Dalam pertempuran yang sama juga telah mengorbankan seramai 20 tentera India. Sebilangan tentera yang maut akibat cedera kerana […]

Covid: Dua Wanita Malaysia Antara 14 Kes Import Baharu Dilaporkan Di Singapura
SINGAPURA, 20 Feb (Bernama) — Dua wanita warganegara Malaysia merupakan antara 14 kes import COVId-19 baharu dilaporkan di Singapura pada Jumaat, menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH). MOH dalam data penuh dikeluarkan di sini lewat malam tadi menyatakan kedua-dua wanita itu merupakan pemegang permit kerja yang baru tiba dari Malaysia dan asimptomatik. Kes import lain merupakan dari Bangladesh, […]

7,402 Anggota Bomba Terima Vaksin Fasa Pertama
JOHOR BAHRU, 20 Feb (Bernama) — Seramai 7,402 anggota bomba seluruh negara akan terlibat menerima vaksin COVID-19, bagi fasa pertama kata, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib. Katanya daripada jumlah itu, seramai 999 daripadanya adalah anggota yang bertugas di Sarawak, 945 (Selangor), 784 (Johor) dan 740 (Sabah). “Secara keseluruhannya di Malaysia terdapat 15,000 anggota […]

“Ploops..Baby Menggelongsor Keluar,” Ibu Cerita Detik-Detik Bersalin Dalam Kereta, Tak Sempat Masuk Wad
Setiap wanita yang melahirkan anak pastinya mengalami kenangan yang tak dapat dilupakan sepanjang hayat. Antaranya, seperti perkongsian oleh Puan Athirah Yusof menerusi Facebook yang melahirkan bayi perempuan di dalam kereta sambil ditemani oleh suami dan dua orang anak kecil yang memberikan sokongan. Menurutnya, dia terus melahirkan bayi tersebut sejurus tiba di hadapan wad kecemasan bersalin […]

(Video) Lebih 1 Juta Tontonan, Cubaan ‘Curi-Curi’ Makan Lepas ‘Lunch Break’ Hampir Kantoi Bila CEO Lalu
Apabila bersama rakan-rakan pejabat atau ‘officemates’, pasti ada sahaja momen atau peristiwa yang tak dapat dilupakan. Tambahan lagi jika dikelilingi rakan sekerja yang ‘sporting’, cerita dan sekepala, mesti tak kering gusi dibuatnya. Seperti perkongsian sebuah video menerusi aplikasi Tiktok oleh akaun Ifzan Derviest, di mana menunjukkan gelagat pemuda tersebut yang sedang ‘curi-curi’ makan setelah habis […]

Tengkorak Manusia Ditemukan Di Tepi Lebuh Raya Yong Peng – Pagoh
BATU PAHAT, 20 Feb – Satu tengkorak manusia ditemukan pekerja penyelenggaraan lebuh raya di KM122.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah Yong Peng – Pagoh, dekat sini, semalam. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah berkata tengkorak berkenaan dipercayai milik pemandu kereta yang terbabit dalam kemalangan jalan raya kira-kira 10 bulan lepas, iaitu sekitar Mei atau […]
(Video) Terlalu Sibuk Hingga Tiada Masa Bercinta, Servis ‘Sewa Teman Wanita’ Jadi Pilihan Lelaki Bujang Di Jepun
Semua sedia maklum, Jepun adalah antara negara yang mempunyai pelbagai tarikan unik. Di sanalah wujudnya ‘dunia’ anime, kotaraya metropolitan antara yang tersibuk di dunia, ada kereta api laju Shinkasen dan bermacam-macam lagi. Masyarakat Jepun juga sering dianggap sebagai satu golongan yang begitu berdisiplin dengan masa. Malah dikatakan rakyat di sana sangat komited dengan tugasan kerja […]