Berita

Dua Lemas, Seorang Hilang Tragedi Mandi Di Pantai Sungai Ular
KUANTAN, 27 Feb – Dua kanak-kanak perempuan maut akibat lemas manakala seorang lagi kanak-kanak lelaki dilaporkan hilang semasa mandi di Pantai Sungai Ular di sini hari ini. Mangsa yang lemas dikenali sebagai Fitrah Dhia Zahraa’ Zaidi, 9, dan jirannya, Nor Najuwa Mohd Ariffin, 13 manakala Mohd Fazrul Hakimi, 11, yang juga adik kepada Nor Najuwa […]
Vaksin Pfizer Tiba Di Semporna, 1,397 Petugas Barisan Hadapan Terima Suntikan Mac Ini
SEMPORNA, 27 Feb (Bernama) — Vaksin Pfizer-BioNTech tiba di Semporna hari ini dengan 1,397 petugas barisan hadapan akan divaksinasi dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan 2021 di daerah ini, bermula Mac. Pegawai Kesihatan Daerah Semporna Dr Shameer Khan Sulaiman berkata vaksin itu dihantar dengan diiringi polis melalui jalan darat dari Kota Kinabalu ke Keningau […]
NADMA Sedang Kenal Pasti Anggota APM Terima Suntikan Vaksin Fasa Pertama
ALOR GAJAH, 27 Feb (Bernama) — Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sedang mengenal pasti barisan hadapan dalam kalangan pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang akan diberi suntikan vaksin dalam Fasa Pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata mereka termasuk dalam […]

Pemandu Bas Bawa Pesakit Terbabas Disahkan Positif COVID-19
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) — Pemandu bas yang membawa 40 pesakit COVID-19 dan terbabit dalam kemalangan di Plaza Tol UPM, Serdang petang tadi turut disahkan positif virus itu. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor Superintenden Azman Shari’at berkata pemandu berusia 41 tahun yang cedera di kaki sebelum itu dihantar ke Hospital Serdang untuk […]
Enam Rumah Chalet Buluh Musnah Terbakar
SEREMBAN, 27 Feb (Bernama) — Enam rumah chalet buatan buluh di Jalan Rantau, Sungai Gadut, Kampung Ulu Lalang, Rantau, di sini musnah dalam kebakaran petang tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau Mohd Izzuwan Abd Rahim berkata pihaknya bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 3.34 petang. “Chalet berkeluasan 20×30 kaki persegi […]
Warga Emas Kembali Ke Pangkuan Keluarga Selepas Lebih 30 Tahun Terkandas Di Sibu
LABUAN, 27 Feb (Bernama) — Seorang warga emas wanita berusia 70 tahun yang terkandas lebih 30 tahun di Sarawak akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya di sini hari ini dengan bantuan satu operasi belas ihsan. Wanita itu, yang dikenali pasti sebagai Salmah Adeh berasal dari Labuan, meninggalkan kampung halamannya 32 tahun lepas demi kehidupan lebih baik di […]

Vaksin Sinovac Sama Berkesan
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) — Vaksin COVID-19 Sinovac keluaran China yang diterima Malaysia hari ini berkesan dalam mencegah jangkitan COVID-19 sama seperti vaksin jenis Pfizer-BioNTech. Pegawai Perubatan Columbia Asia Hospital Cheras, Dr Malar Santhi Santherasegapan berkata ujian klinikal yang dijalankan di Brazil dan Turki mendapati tahap keberkesanan vaksin Sinovac masing-masing negara adalah 50.4 peratus dan 91.2 peratus. Beliau berkata ada kalangan […]

J/kuasa Teknikal Undang-Undang Syarak Dan Sivil Jakim Akan Tambah Baik Undang-Undang Jenayah Syariah
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) — Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan bagi menambah baik undang-undang syariah khususnya yang berkenaan dengan kesalahan jenayah syariah di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata langkah itu diambil […]

Tingkat Jumlah Tenaga Kerja Bidang Perubatan – Raja Muda Perlis
KANGAR, 27 Feb (Bernama) — Jumlah tenaga kerja dalam bidang perubatan, yakni para doktor dan pakar-pakar perubatan, perlu ditingkatkan bagi menangani pandemik COVID-19 dalam negara, kata Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. “Tekanan terhadap sistem penjagaan kesihatan menyedarkan kita supaya menyediakan jumlah doktor yang banyak bagi memenuhi keperluan negara,” katanya. Beliau berkata demikian dalam […]
Sayu, Dua Beradik Maut Ketika Dalam Perjalanan Untuk Hadiahkan Bapa Kereta
SEREMBAN, 27 Feb (Bernama) — Hasrat dua beradik di sini untuk menghadiahkan sebuah kereta buat bapa mereka tidak kesampaian apabila si abang, Hafidzan Zainal, 44, maut selepas terlibat dalam kemalangan ketika memandu kenderaan berkenaan untuk dibawa pulang, semalam. Lebih menyayat hati, si adik, Mohd Fauzi Zainal, 39, yang memandu sebuah lagi kereta, turut menghembuskan nafas terakhir selepas diserang sawan apabila melihat […]

Adik Beradik ‘Renovate’ Sendiri Rumah Mak, Ramai Tak Percaya Tengok Hasil Macam Hotel 5 Bintang
‘Renovate’ atau mengubahsuai kediaman seringkali menelan kos yang besar. Tetapi, jila dilakukan sendiri dengan kemhairan yang ada, tidak mustahil kediaman kampung biasa boleh bertukar 360 darjah menjadi seperti ruangan hotel dengan sentuhan moden. Seperti perkongsian oleh Faisal Suhaimi yang menjadi tular dan telah menarik perhatian ramai warganet sehingga mendapat 4.9 ribu tanda suka dan 789 komen […]
Kit Ujian Kehamilan Boleh Bantu Kaum Adam Kesan Kanser Testis? Baca Penjelasan Hello Doktor Ini Sebelum Cuba
Bolehkah kesan kanser menggunakan kit ujian kehamilan isteri? Mungkin anda pernah terbaca kenyataan yang mendakwa kanser testis boleh dikesan jika hasilnya positif ketika melakukan ujian menggunakan kit kehamilan kerana ia boleh mengesan kehadiran hormon human chorionic gonadotropin (hCG) yang serupa seperti di dalam air kencing wanita hamil. Pun begitu, sejauh manakah ketepatannya? Silap haribulan, keputusan […]
Barisan Hadapan, Pengamal Media Di Labuan Antara Kumpulan Pertama Terima Vaksin
LABUAN, 27 Feb (Bernama) — Sepuluh wakil media dan beberapa petugas kesihatan adalah antara kumpulan pertama yang menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat Labuan hari ini. Turut menerima suntikan ialah Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan Senator Datuk Bashir Alias, Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Labuan […]

Gagal Sediakan Peralatan Merekod Diri Pelanggan, 108 Ditahan Semalam – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) — Kesalahan gagal menyediakan peralatan merekod diri pelanggan adalah yang tertinggi dikesan dengan 108 individu ditahan semalam kerana ingkar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kesalahan lain direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal membabitkan 106 individu, tidak memakai pelitup muka (96), […]

Kebakaran Di Bukit Durian Berjaya Dikawal Selepas 24 Jam – Bomba
MELAKA, 27 Feb (Bernama) — Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Melaka (JBPM) mengambil masa kira-kira 24 jam bagi mengawal kebakaran belukar dan ladang kelapa sawit membabitkan kawasan seluas 16 hektar di Kampung Bukit Durian di sini. Penolong Pengarah Operasi JBPM Melaka Penguasa Kanan Bomba II, Muhammad Izwan Arief Mat Nor berkata pemantauan akan dijalankan dalam tempoh […]

Terlalu Awal Untuk Anggap Vaksinasi Sebagai ‘Pasport Imuniti’ – Dr Noor Hisham
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) — Masih terlalu awal untuk menganggap bahawa vaksinasi COVID-19 akan dijadikan sebagai asas untuk memperoleh ‘pasport imuniti’ supaya seseorang dapat bergerak dengan bebas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata kerajaan masih perlu mengkaji dengan teliti hasil keberkesanan dan keselamatan vaksin berkenaan sebelum membuat sebarang […]

Nelayan Ditemukan Lemas Di Pantai Seberang Takir
KUALA NERUS, 27 Feb (Bernama) — Seorang nelayan ditemukan lemas selepas keluar memukat ikan di Pantai Seberang Takir, di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Abdul Rahim Md Din berkata pihaknya menerima laporan kes berkenaan pada 11.30 pagi dan mengarahkan sepasukan anggota polis ke lokasi kejadian. Katanya, mangsa Mohd Mahmood, 71, telah keluar memukat ikan […]

TERKINI COVID-19: 2,364 Kes Baharu & 3,320 Kes Sembuh Dilaporkan Hari Ini
PUTRAJAYA, 27 Feb – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 2,364 kes positif baharu hari ini. Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 289,315 kes bersamaan 27,028 kes aktif dengan kebolehjangkitan. Selangor terus mencatat angka harian tertinggi dengan 862 kes hari ini, diikuti Johor sebanyak 314 kes dan Perak dengan 305 kes. Dalam […]
‘Jurulatih’ Shaolin Soccer & Aktor Lagenda Hong Kong, Ng Man-tat Meninggal Dunia
Pelakon veteran Hong Kong, Ng Man-tat dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 70 tahun dipercayai akibat komplikasi kanser. Memetik sumber laporan, Tat yang pernah memegang watak sebagai jurulatih bola sepak dalam filem Shaolin Soccer (2001) itu sebelum ini dirawat di hospital kerana mengalami masalah kanser hati. Bagaimanapun kesihatannya didakwa merosot sejak dua bulan […]
PRU Hanya Selepas Negara Pulih – Hamzah
SELAMA, 27 Feb (Bernama) — Kerajaan Pakatan Nasional (PN) pastinya akan mengambil kira situasi pandemik dan program imunisasi dalam kalangan rakyat sebelum mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 bagi mengelak tercetusnya gelombang baharu penularan COVID-19 dalam negara. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pilihan raya hanya akan diadakan apabila negara benar-benar pulih daripada pandemik […]