Berita
PRU Hanya Selepas Negara Pulih – Hamzah
SELAMA, 27 Feb (Bernama) — Kerajaan Pakatan Nasional (PN) pastinya akan mengambil kira situasi pandemik dan program imunisasi dalam kalangan rakyat sebelum mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 bagi mengelak tercetusnya gelombang baharu penularan COVID-19 dalam negara. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pilihan raya hanya akan diadakan apabila negara benar-benar pulih daripada pandemik […]
COVID: ACD Di Zon 7 Tiong Hua Sibu Minggu Depan
SIBU, 27 Feb (Bernama) — Operasi Pengesanan Kes Secara Aktif (ACD) pandemik COVID-19 dalam kalangan penduduk di Zon 7 Tiong Hua di sini, akan dilaksanakan seawal minggu depan. Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu Dr Annuar Rapaee berkata ini susulan peningkatan kes COVID-19 di kawasan itu sejak beberapa hari lepas. Beliau berkata satu perbincangan antara […]
Lelaki Dilapor Pura-Pura Diculik Kerana Malas Pergi Kerja
Seorang lelaki dilaporkan telah memalsukan penculikannya sendiri kerana tidak mahu untuk pergi bekerja. Menurut Global News, lelaki itu mengikat dan ‘membuang’ dirinya sendiri di tepi jalan. Lelaki berusia 19 tahun itu mengaku bersalah melaporkan maklumat palsu kepada pihak berkuasa. Melalui keterangannya pada pihak polis tempatan, dia mengikat tangannya dengan tali pinggang sendiri, memasukkan bandana di […]
(Video) Bas Bawa Pesakit COVID-19 Dilapor Terbabas Rempuh Pondok Tol UPM
Berlaku satu kemalangan melibatkan sebuah bas dalam satu kejadian di Lorong K05, Plaza Tol Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini. Bas yang terlibat dalam kejadian berkenaan dilapor membawa pesakit COVID-19, menurut laporan Astro Awani. Laporan tersebut dimaklumkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi satu ciapan di Twitter sebentar tadi. Bas berkenaan dilaporkan terbabas sebelum melanggar […]
Persoal Berat Baja, Pembeli Minta Maaf Lepas ‘Disekolahkan’ Penjual Berkelulusan PHD
Seperti yang diketahui, kebanyakan platform membeli belah dalam talian pada masa kini mempunyai pelbagai barangan yang semestinya sentiasa mendapat perhatian orang ramai. Dengan keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini, ia sememangnya membuka peluang kepada ramai penjual untuk memasarkan barangan mereka. Pun begitu, terkadang berlaku sesuatu yang tidak terjangka di antara penjual dan pembeli di […]
Berjaya Temui Vaksin COVID-19, Pasangan Saintis Muslim Dianugerah Darjah Kebesaran Tertinggi Jerman
Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier dilapor bakal menganugerahkan pasangan saintis Muslim, Dr Ugur Sahin dan Dr Ozlem Tureci dengan Darjah Kebesaran Tertinggi Jermas di atas kejayayaan pasangan suami isteri itu menghasilakan vaksin COVID-19. Dr. Ugur Sahin dan Dr. Ozlem Tureci merupakan keturunan kepada satu imigran Turki yang berhijrah ke Jerman suatu ketika dahulu. Darjah Kebesaran Tertinggi […]
Kompaun RM10,000 Untuk Pesalah Berulang, Cetus Penularan COVID-19
JELI, 27 Feb (Bernama) — Kompaun RM10,000 yang berkuat kuasa pada 11 Mac ini hanya dikenakan terhadap individu melakukan kesalahan berulang kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta mereka yang boleh mencetuskan penularan COVID-19, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador. Beliau menjelaskan bahawa keputusan kerajaan menaikkan nilai kompaun daripada RM1,000 kepada RM10,000 […]
(Video) Terlepas Dari Mulut Buaya, Viral Aksi Kura-kura Lari ‘Sehabis Laju’ Selamatkan Diri Dari Dimakan
Kita mungkin biasa terlihat situasi haiwan karnivor yang ganas menyerang dan menangkap mangsa untuk dijadikan santapannya. Siaran dokumentari seperti National Geographic antara rancangan yang biasa ditayangkan di kaca televisyen tentang babak-babak ganas tersebut. Dalam kebanyakan haiwan pemangsa, satu-satunya yang sangat ‘berkuasa’ di kawasan perairan sungai tidak lain tidak bukan ialah buaya. Tular di Twitter satu […]

Empat Guru Kongsi Pengalaman Terima Suntikan Vaksin
PUTRAJAYA, 27 Feb (Bernama) — “Saya harap suntikan ini dapat memberi keyakinan kepada semua dan juga tanda sokongan kepada usaha membasmi penularan wabak COVID-19 dalam negara,” kata Cikgu Badaruddin Yahya, selepas menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech bagi Fasa 1 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), hari ini. Badaruddin, guru Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1), adalah seorang daripada empat guru yang menerima suntikan […]

Tabika Perpaduan Secara Bersemuka Bermula Isnin
PUTRAJAYA, 27 Feb (Bernama) — Pembukaan semula semua Tabika Perpaduan secara bersemuka di seluruh negara bermula Isnin depan adalah selari dengan pengumuman Kementerian Pendidikan pada 19 Feb lalu, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique. Beliau berkata Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan memastikan pengoperasian Tabika Perpaduan tertakluk kepada pematuhan ketat garis panduan pembukaan semula […]
“Yen, Redhakanlah Mommy Nak Kahwin”, Bakal Pengantin ‘Pasrah’, Oyen Rasmi Dulu Pelamin & Katil
Bagi yang memiliki kucing, anda pasti tahu bahawa haiwan comel itu terkadang boleh berkelakuan ‘aneh’. Dengan gelagatnya yang bersahaja, ia bagaikan menjadi ‘raja’ di dalam rumah. Apatah lagi kucing oren, ia sememangnya dikenali dengan tingkah langkah yang boleh ‘mencabar kesabaran’. Namun, mereka tetap menjadi kesayangan dan sudah dianggap seperti ahli keluarga sendiri. Menerusi perkongsian Cik […]

Vaksin Sinovac Selamat Dan Halal – Duta China
SEPANG, 27 Feb (Bernama) — China hari ini memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa vaksin keluaran negara itu selamat dan berkesan kerana kerajaannya sentiasa memastikan syarikat vaksin China menjalankan penyelidikan dan pembangunan vaksin dengan mematuhi undang-undang saintifik dan peraturan berkaitan. Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing berkata fasa tiga ujian klinikal vaksin Sinovac COVID-19 telah dijalankan di banyak negara dengan lebih 36 juta dos vaksin Sinovac telah diberikan […]

MAQIS P.Pinang Rampas Dua Kontena Kayu Bernilai Lebih RM250,000
BUTTERWORTH, 27 Feb (Bernama) — Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang merampas 5,411 unit kayu spesies White Oak Kd Rough Sawn bernilai RM251,845 kerana gagal mematuhi syarat permit impot yang sah, di Pelabuhan Pengkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), semalam. Pengarahnya Zarina Ramli berkata dalam pemeriksaan pada 2 petang itu, mendapati dua kontena membawa muatan spesies kayu yang diimport […]
(Video) Anjing Selamba Tidur Masa Latihan Rompakan
Seekor anjing baka Husky membuktikan kepada tuannya bahawa ia tidak boleh menjadi penjaga yang sesuai kerana tidur semasa sesi latihan rompakan bersenjata kedai emas dilakukan. Menurut laporan Daily Mail, kejadian di Chiang Ma, Thailand pada 16 Februari itu telah dirakam menerusi CCTV dan menunjukkan anjing itu membiarkan sahaja ‘perompak’ yang memegang senjata memasuki premis tersebut. […]

Pembukaan Sekolah Beri Sinar Baharu Pada Pengusaha Bas Van
JOHOR BAHRU, 27 Feb (Bernama) — Pengusaha bas dan van sekolah di Johor menyifatkan pembukaan sekolah pada 1 Mac ini memberikan sinar baharu kepada mereka selepas terjejas mata pencarian berikutan pandemik COVID-19. Saisnorfariza Isnin, 27, yang menguruskan perniagaan van sekolah sejak tahun lepas berkata walaupun pendapatan yang bakal diraih berkurangan sehingga 50 peratus berikutan jumlah penumpang yang […]

Mohd Radzi Bersama Empat Guru Terima Suntikan Vaksin Covid-19
PUTRAJAYA, 27 Feb (Bernama) — Menteri Kanan Pendidikan Senator Datuk Dr Radzi Jidin bersama empat guru hari ini menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech di Pejabat Kesihatan Putrajaya Presint 11, di sini. Radzi ketika ditemui pemberita selepas menerima suntikan vaksin itu turut menyeru rakyat Malaysia termasuk lebih 500,000 guru di seluruh negara untuk segera mendaftarkan diri di aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan suntikan tersebut. Katanya empat individu […]

Vaksin Sinovac Selamat Tiba Di Kilang Pharmaniaga
PUCHONG, 27 Feb (Bernama) — Envirotainer yang mengandungi 200 liter vaksin Sinovac dalam bentuk cecair tiba di kilang farmaseutikal Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd di Taman Perindustrian Puchong Utama dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 10.22 pagi ini. Tinjauan Bernama mendapati dua lori yang membawa vaksin berkenaan diiringi enam kereta peronda, sebuah van dan empat motosikal berkuasa tinggi milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejurus bergerak kira-kira 9.30 pagi dari KLIA. Konvoi […]

Wanita Antara Lima Juruterbang ‘Terbangkan’ Vaksin Sinovac Ke Malaysia
SEPANG, 27 Feb (Bernama) — “Saya sangat bangga dan terharu,” kata Nur Waie Hidayah Mohamad Rasidin, seorang daripada lima juruterbang dan satu-satunya juruterbang wanita yang dipertanggungjawabkan menerbangkan vaksin Sinovac untuk rakyat Malaysia itu tiba di negara ini dengan selamat. Nur Waie Hidayah, 23, yang diberi peranan mengendalikan pesawat Airbus 330-300 untuk penerbangan dari Beijing, China ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), berbangga […]
11 Gerabak Tren Kargo Tergelincir Di Batu Tiga, Perkhidmatan Komuter Terjejas
SHAH ALAM, 27 Feb – Sebuah tren kargo dengan muatan dilapor tergelincir berhampiran Stesen Keretapi Melayu Berhad (KTMB) Batu Tiga di sini hari ini. Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd Rani Hisham Samsudin berkata, insiden tersebut mengakibatkan kedua-dua landasan berdekatan stesen berkenaan terhalang sepenuhnya. “Tren yang dalam perjalanan dari Padang Besar, Perlis menuju ke West Port, […]
TERKINI: KWSP Umum Dividen 5.20 Peratus Untuk Simpanan Konvensional, 4.90 Peratus Untuk Simpanan Shariah
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen sebanyak 5.20 peratus dengan pembayaran berjumlah RM42.88 bilion untuk Simpanan Konvensional. Manakala, Simpanan Shariah pula berjumlah 4.90 peratus dengan pembayaran berjumlah RM4.76 bilion. Menurut ciapan bernama sebentar tadi, aset permulaan KWSP mencecah RM1.02 trilion pada akhir tahun 2020. EPF declares dividend of 5.20 pct with payout amounting to […]