Berita

Tak Mampu Beli, Kanak-kanak Guna Plastik Ganti Belon Demi Sambut Hari Lahir Ayah
Kemiskinan tidak menghalang sebuah keluarga di Filipina ini untuk hidup bahagia. Biarpun dalam keadaan serba kekurangan, mereka tetap berusaha untuk menggembirakan insan tersayang, yakni ayah mereka sempena hari lahirnya. Kisah adik beradik ini telah dikongsikan seorang individu dipercayai jiran mereka, Melody Silang di Facebook sebelum dimuatnaik di portal berita tempatan Philnews. Hanya menggunakan kantung plastik […]
COVID-19: 10 Kluster Baharu Dilaporkan Hari Ini Termasuk 1 Kluster Import
Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa terdapat 10 kluster baharu COVID-19 yang dilaporkan pada hari ini. Menerusi perkongsian di laman Twitter, 10 kluster baharu tersebut melibatkan 6 kluster tempat kerja, 2 kluster dalam komuniti, 1 kluster import dan 1 kluster pusat tahanan. Latar belakang bagi setiap kluster baharu boleh dirujuk menerusi gambar-gambar di bawah. 10 kluster […]
Polis Tambah SJR Di Sempadan Negeri Terutama Di Jalan Tikus
NIBONG TEBAL, 7 April (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan penguatkuasaan sekatan jalan raya (SJR) terutama jalan tikus di sempadan negeri- negeri bagi memastikan orang ramai tidak mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman bagi menyambut Ramadan. Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Zainal Abidin Kasim berkata polis akan mengambil […]
2 Individu Direman Bantu Siasatan Kes Pengamal Perubatan Tradisional Ditembak
KUANTAN, 7 April (Bernama) — Polis menahan dua individu bagi membantu siasatan kes pengamal perubatan yang ditemukan maut disyaki ditembak dalam sebuah rumah berhampiran Bukit Rangin Perdana 2, di sini. Tanpa mendedahkan butiran tangkapan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Othman Nayan ketika dihubungi Bernama berkata kedua-dua individu terbabit direman selama tujuh hari sehingga 13 […]
TERKINI: Harga Minyak RON95 Dan Diesel Kekal, RON97 Naik 2 Sen
Kementerian Kewangan Malaysia pada hari ini telah mengemas kini harga runcit bagi produk petroleum untuk tempoh 8 April 2021 sehingga 14 April 2021. Menerusi siaran media yang dikeluarkan melalui akaun Twitter rasminya, harga runcit bagi petrol RON97 naik sebanyak 2 sen seliter iaitu daripada RM2.52 seliter kepada RM2.54 seliter. Walau bagaimanapun, harga bagi RON95 masih […]

(Video) Si Bulus Buat Hal, Kantoi ‘Teran Berak’ Saat Pengantin Tengah Khusyuk Baca Doa Atas Pelamin
Seperti yang diketahui, kucing yang dijadikan haiwan peliharaan sememangnya mempunyai sifat yang manja dan suka dibelai. Aksinya yang mencuit hati dengan wajah yang comel sering membuatkan ramai pencinta kucing cair. Namun, kadang-kala ada telatah nakal anak bulus yang membuatkan pemilik geram seperti video yang dikongsikan di TikTok oleh seorang individu menggunakan akaun Noor Suzana. Manakan […]
Bekas Kakitangan Imigresen Disyaki Buka Laluan Sindiket Palsukan PLKS-Azam Baki
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) — Bekas kakitangan Jabatan Imigresen adalah antara individu yang disyaki membuka laluan kepada sindiket pemalsuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), dan menggodam sistem pangkalan data imigresen, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki. Beliau berkata, bekas kakitangan jabatan berkenaan telah diberhentikan kerja beberapa tahun yang […]
Kajian Saintis Temui Cicak Tumbuh Ekor Bercabang Selepas Ekor Asal Terputus
Salah satu kelebihan cicak yang diketahui umum adalah ekornya dapat tumbuh semula. Tetapi tahukah kita ekor cicak boleh bercabang lebih dari satu? Saintis menemui banyak laporan dari pelbagai negara mengenai penemuan tersebut. Dikatakan ekor cicak bercabang ini telah sekian lama berlaku iaitu ratusan tahun terdahulu. Namun, kes-kes kecil sebegini kurang diketahui kerana kurang disebarkan. Menyebabkan […]
Lelaki Maut Selepas Dipercayai Dihukum 300 Kali ‘Squat Thrust’ Kerana Langgar Perintah Kurung
Seorang lelaki berusia 28 tahun maut selepas didakwa melakukan senaman ‘squat-thrust’ sebanyak 300 kali sebagai hukuman melanggar perintah berkurung semasa Covid-19 di Filipina. Menurut laporan Nypost berkata lelaki berkenaan keluar pada 1 April lalu untuk memberi air minuman di sebuah kedai di bandar General Trias di pinggir ibu Kota Manila pada jam 6 petang. Rakan […]
(Video) Lain Dari Yang Lain, Ini Cara Untuk Masak Telur Mata Dengan Sempurna
Bukan sahaja mudah, telur juga menjadi lauk yang tidak mengambil masa yang lama untuk dimasak. Kebiasannya ia dinikmati secara goreng atau rebus, nak lagi sedap buat sambal telur, pasti akan licin pinggan. Pun begitu, memasak telur juga sebenarnya memerlukan kemahiran kerana tidak semua akan berhasil dengan sempurna. Terkadang, ia memerlukan cara yang mungkin sebelum ini […]
Polis Kenal Pasti Lorong Tikus Jadi Tumpuan Penyeludup Di Sempadan
JITRA, 7 April (Bernama) — Polis mengenal pasti laluan tikus di kawasan sempadan negara terutama di negeri ini yang dijangka menjadi tumpuan penyeludup menjalankan kegiatan mereka pada bulan Ramadan ini. Ketua Polis Kedah Datuk Hasanuddin Hassan berkata memandangkan pintu sempadan masih ditutup, pihaknya percaya aktiviti penyeludupan akan meningkat di laluan berkenaan sekali gus perlu diberikan […]
WHO Tidak Setuju Pengenalan Pasport Vaksin Setakat Ini
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) — Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menentang pengenalan pasport vaksin buat masa ini, dengan alasan ia mungkin akan memburukkan lagi masalah akses vaksin yang tidak adil dalam kalangan banyak negara. Bercakap pada sidang media maya sempena Hari Kesihatan Sedunia, Pengarah Kecemasan Serantau untuk Wilayah Pasifik Barat WHO (WPR) Dr. Babatunde Olowokure […]
Mahkota Dirampas Semasa Siaran Langsung, Ratu Cantik Sri Lanka Dakwa Cedera Di Kepala
Hanya beberapa saat sahaja dapat merasai nikmat kemenangan, pemenang pertandingan ‘Mrs. Sri Lanka’ didakwa telah cedera di bahagian kepala setelah mahkotanya ‘dirampas’. Kejadian yang disiarkan secara langsung di televisyen di Colombo itu menyaksikan Pushpika De Silva dinobatkan sebagai Mrs Sri Lanka bagi tahun 2021. Pun begitu, Mrs Sri Lanka 2019, Caroline Jurie, secara tiba-tiba meluru […]

TERKINI: 1,139 Kes Covid-19 Dicatatkan Hari Ini Dengan 4 Kes Kematian
Sebanyak 1,139 kes baharu jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 354,468 kes setakat Rabu (7 April 2021), jam 12 tengahari. Menurut perkongsian terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tiga (3) negeri kekal mencatatkan kes tiga angka iatu Sarawak dengan 332 kes diikuti Selangor 294 kes, Johor 102 kes […]
(Video) Patutlah Kena Buang, Lelaki Ini Buat Eksperimen Bawah Mikroskop & Inilah Kotoran Yang Ada Dalam ‘Urat Najis’ Udang
Seperti yang diketahui, udang merupakan salah satu makanan laut yang sangat digemari oleh orang ramai. Manakan tidak, pelbagai jenis masakan atau hidangan yang menyelerakan boleh dibuat dengan menggunakannya. Pun begitu, udang sebenarnya tidak boleh dimakan begitu sahaja kerana ada bahagian yang sangat kotor. Pasti ramai sudah tahu, ia merupakan ‘urat’ yang berada di bahagian belakang udang […]

‘Makcik Petir’ Pernah Rancang Berbuka Puasa Bersama Keluarga – Anak
NORYATI-KEBUMI (BERGAMBAR) ‘MAKCIK PETIR’ PERNAH RANCANG BERBUKA PUASA BERSAMA KELUARGA – ANAK JOHOR BAHRU, 7 April (Bernama) — Pelakon Allahyarham Noryati Taib yang meninggal dunia awal pagi hari ini pernah merancang untuk berbuka puasa bersama seluruh keluarga termasuk adik-beradiknya pada hari pertama Ramadan tahun ini. Anak ketiga Allahyarham Noryati, Faizul Hafiz Hashim, 36, berkata hasrat […]
Mungkin Ramai Tak Tahu, Akak Ni Kongsi Cara Nak “Order” Ilaollao & Pilih Yang Mana Sedap
Setiap orang menghadapi situasi yang berbeza apabila pertama kali mencuba sesuatu yang baru. Ini termasuk ketika pertama kali memesan makanan di restoran. Ada sesetengah orang yang kadang-kadang terkena panic attack atau anxiety kerana terpaksa berhadapan dengan orang ramai. Jika anda menghadapi masalah itu, anda mungkin perlu ‘menyelidik’ terlebih dahulu mengenai menu-menu yang dijual agar tidak […]

Pemandu E-Hailing Didenda RM7,000 Hina Agong
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) — Seorang pemandu perkhidmatan e-hailing didenda RM7,000 atau dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat dan menghantar komunikasi jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di laman sosial Twitter, tahun lepas. Hakim M.M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu ke atas Sufazrin […]

Lima Unit Kediaman Di Pondok Pasir Tumboh Musnah Terbakar
KOTA BHARU, 7 April (Bernama) — Lima pondok di Madrasah Diniah Bakriah atau lebih dikenali dengan Pondok Pasir Tumboh di sini, musnah dalam kebakaran kira-kira 2.30 pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Tumboh El Taraff Mohd Zachariah berkata lima pelajar yang berada di unit kediaman itu sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami […]

Suami Isteri Mengaku Tidak Bersalah Cabul, Dera Kanak-Kanak Di Pusat Kebajikan
KOTA BHARU, 7 April – Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan mencabul dan mendera empat kanak-kanak di sebuah pusat kebajikan, tempat isterinya bekerja dekat sini, antara April 2019 hingga Mac lepas. Mohd Hamdan Yasin, 38, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad […]