Berita

Berita
Pemandu E-Hailing Didenda RM7,000 Hina Agong
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) — Seorang pemandu perkhidmatan e-hailing didenda RM7,000 atau dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat dan menghantar komunikasi jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di laman sosial Twitter, tahun lepas. Hakim M.M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu ke atas Sufazrin […]
Berita
Lima Unit Kediaman Di Pondok Pasir Tumboh Musnah Terbakar
KOTA BHARU, 7 April (Bernama) — Lima pondok di Madrasah Diniah Bakriah atau lebih dikenali dengan Pondok Pasir Tumboh di sini, musnah dalam kebakaran kira-kira 2.30 pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Tumboh El Taraff Mohd Zachariah berkata lima pelajar yang berada di unit kediaman itu sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami […]
Berita
Suami Isteri Mengaku Tidak Bersalah Cabul, Dera Kanak-Kanak Di Pusat Kebajikan
KOTA BHARU, 7 April – Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan mencabul dan mendera empat kanak-kanak di sebuah pusat kebajikan, tempat isterinya bekerja dekat sini, antara April 2019 hingga Mac lepas. Mohd Hamdan Yasin, 38, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad […]
Berita
Wanita Kerugian RM 39,000 Ditipu Sindiket E-Dagang Dalam Pembelian Kenderaan Mewah
KOTA BHARU, 7 April – Seorang wanita kerugian RM39,000 selepas menjadi mangsa penipuan berkaitan urusan membeli sebuah kenderaan mewah menerusi media sosial. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kelantan Supt Ahmad Azizul Mohamed berkata, laporan berkaitan kejadian penipuan e-Dagang itu diterima Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Tanah Merah, pada 3 April lepas. Beliau berkata, dalam laporan […]
Berita
Lelaki Terjah Masuk Ruang Nikah Pejabat JAWI, Tiba-Tiba Duduk Atas Pelamin, Berzikir Dan Mengaji Kuat-Kuat
Tekanan perasaan akibat putus cinta menyebabkan seorang pemuda nekad bertindak masuk ke ruangan majlis akad nikah di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada pagi ini. Menerusi perkongsian di Facebook rasmi JAWI, pemuda itu yang dilaporkan tidak berkasut terus memasuki kawasan berkenaan dan duduk di atas pelamin sambil mengaji dan berzikir sebelum ditenteramkan oleh pihak keselamatan. […]
Berita
Resepi ‘Wrap’ Tak Sampai 5 Minit Sesuai Untuk Anak-Anak
Para ibu pasti ingin memberikan yang terbaik kepada setiap anak-anak. Daripada hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki si ‘pari-pari’ kecil mereka, dan ini termasuklah makanan yang diambil sehari-hari. Umum tahu, sekolah sudah mula dibuka dan para ibu mestilah antara individu yang paling sibuk menyempurnakan kelengkapan anak-anak setiap pagi. Tapi, ada satu ‘magis’ yang akan merubah […]
Berita
Forbes Dedah Bilangan Billionaire Yang Ada Di Dunia Ketika Ini & Ini Jumlah Gabungan Harta Mereka Yang Bikin ‘Rakyat Marhaen’ Pengsan
Nama-nama seperti Elon Musk, Jeff Bezos dan Bill Gates memang tidak asing lagi dalam dunia bisnes hari ini. Malah, individu-individu ini diangkat sebagai idola sesetengah orang turut mengimpikan kehidupan super mewah seperti mereka. Kalau disukat harta yang dimiliki oleh billionaire dunia ini, memang makan pakai tak habis tujuh keturunan. Tapi pernahkah anda terfikir, berapa ramai […]
Berita
(Video) Kipas Meja ‘Slow’ Atau Tak Berfungsi? Kakak Ini Ajar Cara Tukar Kapasitor Dengan Cara Selamat
Ramai pastinya yang pernah mengalami masalah kipas meja yang perlahan atau tidak berfungsi. Solusi yang paling mudah ialah menghantar kipas ke kedai untuk dibaiki atau membeli sahaja kipas yang baru. Menerusi perkongsian sebuah video di akaun TikTok Aiszzy Electronics, cara untuk membaiki kipas meja sebenarnya adalah mudah dengan mengikut langkah yang betul. Hanya dalam tempoh […]
Berita
Aktres Bollywood, Katrina Kaif Dijangkiti Covid-19
NEW DELHI, 7 April – Bintang Bollywood Katrina Kaif disahkan dijangkiti COVID-19 dan kini menjalani kuarantin di rumah. “Saya mengikuti semua protokol keselamatan di bawah nasihat doktor saya. Minta semua kontak saya untuk segera menjalani saringan COVID-19,” kata Katrina dalam catatan media sosial pada Selasa. Sebelum ini beberapa selebriti lain turut dijangkiti virus itu termasuk […]
Berita
“Ada 7 Bahagian…”, Lelaki Kongsi Ini Portal LHDN Dengan “User Interface” Baharu Yang Sangat Mesra Pelanggan
Dalam keadaan dunia yang serba moden ini, semua urusan boleh dilakukan di alam maya. Tidak perlu lagi susah-susah nak beratur di kaunter, anda hanya perlu klik di hujung jari sahaja. Ini termasuk apabila ingin memeriksa mengenai cukai di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerusi portalnya. Bagi anda yang masih tidak tahu, portal LHDN kini lebih […]
Berita
Bekalan Air Di Kuala Lumpur, Gombak Masih Belum Pulih – Air Selangor
KUALA LUMPUR, 7 April – Gangguan bekalan air berjadual di Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak yang terganggu berikutan kerja penggantian injap di jajaran paip air mentah dari Empangan Klang Gates, masih dijalankan dan keadaan belum pulih sepenuhnya. Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata sehingga pukul 6.00 pagi ini, Air Selangor […]
Berita
Pelakon, Noryati Taib Atau Makcik Petir Meninggal Dunia Awal Pagi Tadi
Pelakon, Noryati Taib atau lebih dikenali sebagai Makcik Petir dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 1.45 pagi tadi. Berita pemergiannya telah dimaklumkan oleh anaknya, Faizul Hafiz Hashim di Facebook miliknya. “Dukacita dimaklumkan Mama saya (Hajah Noryati Bte Taib) telah meninggal dunia pada 1.45 pagi sebentar tadi,” katanya. Dia juga meminta jasa baik orang ramai untuk […]
Gaya hidup
Peningkatan Kes COVID-19, New Delhi Umum Perintah Berkurung Waktu Malam
NEW DELHI, 6 April (Bernama) — New Delhi pada Selasa mengenakan perintah berkurung sehingga 30 April bermula 10 malam hingga 5 pagi berikutan peningkatan kes COVID-19. New Delhi satu daripada bandar raya yang mencatatkan lonjakan mendadak dalam kes harian. Sejumlah 3,548 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, menurut data Kementerian Kesihatan India pada Selasa. […]
Berita
(Video) Ada Lelaki Bertopeng Cuba Buka Pintu Belakang, Wanita Ini Ingatkan Agar Terus Kunci Pintu Sebaik Masuk Kereta
Jenayah boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Oleh itu, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya bagi wanita yang terpaksa keluar bersendirian atas urusan kerja. Salah satu langkah pencegahan yang berulang kali dipesan ialah sentiasa mengunci pintu sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. Berdasarkan perkongsian seorang wanita di TikTok, dia menghadapi detik cemas apabila seorang lelaki tidak dikenali […]
Berita
(Video) Seram, Lelaki Terdiam Setelah Terakam Seakan ‘Kelibat Misteri’ Di Sebalik Dinding Jiran
Apa perasaan anda jika sedang menyanyi di malam hari, tiba-tiba anda perasan ada mata yang memerhati? Boleh kering darah dibuatnya. Tidak tahu sama ada ingin menyakat atau tertarik dengan nyanyian seorang lelaki, satu rakaman memaparkan seakan satu kelibat ‘misteri’ yang seram. Dalam kegelapan malam, kelihatan sosok berkenaan seakan wajah putih sedang memerhati dari jauh di […]
Berita
(Video) Guna ‘Cacing’ Untuk Tampal Tayar, Rupanya Ini Keadaan Dari Dalam Tayar Ketika Dicucuk Masuk
Masalah tayar pancit pastinya boleh membuatkan rutin anda tergendala, apatah lagi jika anda sedang bersendirian. Jika bernasib baik, anda mungkin boleh memandu sehingga ke bengkel untuk menampal bahagian tayar yang bocor. Di sana, anda akan melihat mekanik menggunakan ‘cacing tayar’ untuk menampal bahagian tersebut selepas membuang objek tajam yang menyucuk. Seakan magik, tayar anda yang […]
Berita
Bolehkah Bahagikan Bacaan Al-Quran Mengikut Juzuk Masing-Masing Sebelum Khatam? Ini Penjelasan Mufti WP
Bulan Ramadan bakal tiba beberapa hari lagi sangatlah dinanti-nantikan oleh umat Islam. Pelbagai ganjaran pahala yang berlipat ganda telah dijanjikan dalam bulan yang mulia itu. Disebabkan itu, umat Islam akan bertungkus-lumus melakukan ibadat antaranya ialah mengaji Al-Quran. Pun begitu, timbul persoalan mengenai hukum membahagikan bacaan al-Quran mengikut juzuk masing-masing terutamanya ketika bulan Ramadan. Ikuti penjelasan […]
Gaya hidup
Replika Capal Perlu Dialihkan Ke Ruang Bersesuaian – Jabatan Mufti Perak
IPOH, 6 April (Bernama) — Replika papan kayu berbentuk capal (kasut) yang menghiasi bahagian mihrab di sebuah surau di Perak yang tular di media sosial baru-baru ini, disarankan untuk dialihkan ke suatu ruang yang lebih munasabah dan bersesuaian. Bahagian Fatwa Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNP) dalam satu kenyataan berkata pihak surau atau madrasah berkenaan perlu […]
Berita
Awas, Amaran Ribut Petir Dijangka Membadai 9 Buah Negeri Sehingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di sembilan negeri di Malaysia sehingga jam 10 malam ini. Menurut kemaskini MetMalaysia, negeri-negeri terlibat adalah Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak. Antara kawasan yang dijangka dibadai amaran ribut petir adalah seperti berikut: Perlis Kedah (Kubang Pasu, Pokok Sena, […]
Berita
Pelakon Harry Potter & Friday Night Dinner, Paul Ritter Dilapor Meninggal Dunia
Pelakon filem Harry Potter dan Friday Night Dinner, Paul Ritter dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 55 tahun semalam. Menurut Daily Mail, memetik kenyataan agen selebriti tersebut, Paul disahkan meninggal dunia akibat tumor otak yang dihidapnya. Beliau dikenali dalam beberapa filem antarabangsa termasuk Harry Potter and the Half Blood Prince serta Quantum of Solace. “Dengan […]