Berita

Tindakan Tegas Jika Berlaku Salah Guna Kuasa, Pemalsuan Borang Rentas Negeri – Ismail Sabri
PETALING JAYA, 9 April (Bernama) — Tindakan tegas menanti kakitangan atau anggota penguat kuasa yang didapati menyalahgunakan kuasa dalam urusan kebenaran rentas negeri, tegas Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Amaran sama turut ditujukan kepada orang awam yang menyalahgunakan borang kebenaran rentas negeri termasuk membeli atau mendapatkan borang kosong dengan tandatangan dan […]

Suspek Tembak Mati Bomoh Mungkin Pembunuh Upahan
TEMERLOH, 9 April (Bernama) — Pembunuhan seorang pengamal perubatan di Kuantan malam Ahad lepas dipercayai dilakukan oleh pembunuh upahan yang melepaskan beberapa das tembakan semasa mangsa sedang merawat pesakit. Ketua Polis Pahang Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata Mohamad Abdul Rahim Nasri, 31, dipercayai ditembak di hadapan sepasang suami isteri, yang kini direman sehingga 13 […]

Rupanya Ini Sebab Katering Tak Muncul Di Majlis Kahwin Tular, Tapi Pengantin Tetap Tak Puas Hati
Beberapa hari lalu, tular mengenai sebuah majlis perkahwinan di Indonesia yang tidak berjalan seperti yang dirancang. Manakan tidak, pihak katering yang sepatutnya menyediakan makanan kepada tetamu didakwa tidak hadir seperti yang dijanjikan walau telah mendapat bayaran penuh. Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, orang ramai dilihat telah tiba tetapi makanan tidak kelihatan selain meja untuk […]

(Video) Selalu Dengar Yang Perit Je, Lelaki Ini Kongsi Detik Indah Kerja ‘Offshore’ Siap Jumpa Ikan Paus
Bila sebut sahaja tentang pekerjaan offshore, sudah pasti orang ramai membayangkan kepayahan mereka menempuh cabaran di luatan yang luas. Ya, tidak dinafikan mereka memperoleh gaji yang lumayan, namun mereka terpaksa korbankan masa bersama keluarga berminggu-minggu semasa berada di tengah lautan. Walaupun begitu, setiap kesusahan dah kepayahan mereka lalui pasti ada perkara-perkara yang manis dan menggembirakan yang ingin […]
(Video) 7 Bulan Terlantar & Dirawat Di Hospital, Lelaki Ini ‘Nak Pitam’ Dikenakan Bil Cecah RM 7 Juta
Derita panjang seorang mangsa kebakaran yang hampir kehilangan nyawanya satu masa dahulu kini bagai tidak berpenghujung. Kisahnya ini sama dengan perumpamaan, ‘terlepas mulut buaya, masuk mulut harimau’. Lelaki tersebut, Alexis Hernandez sebelum ini berdepan ambang maut apabila hampir keseluruhan tubuhnya terbakar teruk dalam satu letupan besar yang berlaku kira-kira awal 2019 lalu. Ketika itu, Alexis […]
Siapa Sangka Beli Buku Pun Boleh Bersedekah Sempena Ramadan Guna Cara Ni
Bulan yang paling ditunggu-tunggu oleh umat Islam iaitu bulan Ramadan yang mulia akan menjengah tidak lama lagi. Seperti yang diketahui, bulan itu bukan hanya untuk berpuasa sahaja, banyak lagi ibadah lain yang boleh menjadi sumber pahala termasuk bersedekah. Disebabkan itu, kedai buku POPULAR kini mengadakan promosi bersempena bulan Ramadan yang bukan sahaja menggalakkan korang untuk […]

Tular Naik Motor Ke MRSM, Ibu Dan Ayah Pelajar Terharu Kisah Anak Jadi Inspirasi Untuk Orang Lain
Semalam, kisah seorang bapa yang menghantar anaknya ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Muar, dengan menaiki motosikal menarik perhatian ramai warganet sehingga menjadi tular di media sosial. Ramai yang tersentuh melihat semangat seorang ayah dalam memberikan pendidikan yang terbaik buat anak biarpun dalam keadaan serba kekurangan. Bukti kesusahan bukan penghalang untuk berjaya sekaligus menjadi inspirasi kepada […]
Selepas Lebih 11 Tahun, Manga ‘Attack On Titan’ Tiba Ke Penghujungnya
Hari ini menjadi detik paling ‘suram’ buat peminat Attack on Titan (Shingeki no Kyojin) apabila siri manga itu sudah sampai ke penghujungnya. Syarikat penerbitan Kodansha dilaporkan telah menerbitkan bab terakhir yang mengakhiri perjalanan watak utama, Eren Yeager setelah lebih dari 11 tahun, lapor GMA News. Today’s the momentous release of the FINAL Attack on Titan […]
(Video) Mulanya Pinang Si Ibu Tetapi Ditolak, Warga Emas Ini Nikahi Si Anaknya Pula
Sejak semalam, tular beberapa keping foto pernikahan seorang warga emas dengan seorang gadis yang mencuri perhatian netizen. Melalui laporan Kompas.com, gambar pernikahan yang tular itu merupakan gambar pasangan warga emas, Bora, berusia 58 tahun dengan isterinya, Ira Fazilah yang berusia 19 tahun, di Sulawesi. Tetapi yang uniknya adalah kisah disebalik pernikahan tersebut. Warga emas itu […]
Indonesia Praktikkan Ujian GeNose, Syarat Rentas Wilayah
JAKARTA, 8 April (Bernama) — Indonesia mula mempraktikkan ujian COVID-19 menerusi kaedah GeNose C19, sebagai prasyarat bagi mereka yang menggunakan pengangkutan awam untuk merentas provinsi atau wilayah. GeNoSe C19 merupakan alat buatan Universiti Gadjah Mada (UGM) untuk mengesan virus COVID melalui hembusan nafas dan telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Indonesia. Alat pengesan COVID-19 menggunakan nafas […]
(Video) “Kalau Pakai Santan Kotak, Kena Tambah…”, Ramai Tak Tahu, Wanita Kongsi Rahsia Masak Nasi Lemak ‘Berkilat’ & Tak Lembik
Tipulah kalau tak suka nasi lemak, ia merupakan hidangan kegemaran rakyat Malaysia tak kira sama ada untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam. Tapi bila beli di kedai mesti tidak rasa ‘kepayahan’ untuk membuat nasi lemak itu. Walaupun proses membuat sambal dan lauk-lauk sampingan lain sangat mudah, tetapi nak masak nasinya bukan senang ya. […]
Hilang Tempat Bergantung, Wanita Perlu Bantuan RM10k Untuk Mula Hidup Baru
Bayangkan berkelana di negara asing dengan harapan untuk mencari kebahagian dan memulakan fasa hidup yang baharu, tetapi sinar bahagia yang didambakan nampak seakan kelam, tidak seperti yang diimpikan. Itu yang perlu dilalui oleh seorang wanita berketurunan Arab ini yang berhijrah ke Malaysia dan menemui cinta yang disangkakan akan berkekalan hingga ke akhir hayat, tetapi tanpa […]

(Video) Macam Aksi Filem, Rakaman ‘Slow Mo’ Budak ‘Dihambat’ Peluru Bertalu-Talu Bikin Gempak
Ayah sering menjadi teman sepermainan yang baik untuk anak-anak. Ada sahaja idea-idea kreatif untuk mengisi masa bersama. Bila dah beraksi, kecoh satu rumah dengan jeritan girang si anak dan sergahan si ayah, menceriakan lagi suasana. Ada masa si anak main sukan ‘berkuda’ dengan ayah menjadi tunggangan, ada masanya pula mereka ‘bertempur’ sesama sendiri bagaikan di […]

(Video) Macam Budak Kecil Tapi Terlalu Laju, Rakaman Seram Kelibat Putih Melintas Sebelum Hilang Tanpa Jejak
Seorang pegawai polis terkejut apabila terlihat kelibat seakan kanak-kanak perempuan berlari di sebuah jalan di Ohio di mana rakaman kamera loceng pintu merakam kelibat serupa pada malam yang sama, lapor Daily Star. Dalam klip tersebut, kelihatan kelibat hitam merentasi laluan pejalan kaki dengan agak laju, namun sukar dilihat akibat malam yang kelam. Tambah portal itu, […]

Remaja Lelaki Lemas Ketika Berkelah
KOTA BHARU, 8 April (Bernama) — Perkelahan sekumpulan remaja lelaki bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka ditemukan lemas di air terjun Istana Sangkut, Laloh di Kuala Krai pada 5.45 petang tadi. Ketua Balai Bomba Kuala Krai Penolong Penguasa Bomba Muhammad Rizwan Ar-rasee Parsimin berkata mangsa, Nur Muhammad Afiq Zubir, 19, dipercayai terjun sebelum tenggelam dan […]

Sayu, Nenek Peluk Erat Cucu Di Tengah Panas, Jadi ‘Manusia Silver’ Untuk Sara Hidup
Biarpun usia sudah senja, seorang nenek di Indonesia tetap bekerja keras demi memastikan cucunya dapat menjamah sesuap nasi setiap hari. Memetik Merdeka.com, Nenek Mumun yang berusia sekitar 60 tahun mengecat wajahnya dengan warna silver sebelum berbasking di tepi jalan. Dengan bermodalkan cat Rp35.000 setong, kira-kira RM9.90, wanita itu melumuri kulitnya yang kedut sehingga tiada lagi […]
Waspada Beli Barang Kemas Dalam Talian, Ini Cara Nak Semak Akaun Penjual Sebelum Buat Transaksi
Perhiasan atau barang kemas merupakan barang yang sangat disukai oleh kebanyakan wanita. Sememangnya telah menjadi lumrah wanita menyukai perhiasan, ramai yang sanggup menghabiskan wang dengan nilai yang tinggi bagi mendapatkan barangan kemas yang diimpikan. Selain terus ke kedai emas atau mana-mana kedai perhiasan, jualan barang kemas dalam talian juga semakin rancak di mana-mana platform media […]
(Video) Kaki Tuan Cedera Berbalut, Kucing Ini ‘Cari Pasal’ Ejek Jalan Berjengket Macam Tuannya
Comel dan nakal. Mungkin ini adalah antara faktor ramai antara kita yang terjatuh cinta dengan makhluk tuhan bernama kucing ini. Ada sahaja gelagat mereka yang boleh menghiburkan hari-hari kita sama ada secara sengaja atau tanpa sengaja. Seperti aksi seekor kucing meniru tingkah laku tuannya jalan berjengket ini yang mendapat lebih 4.5 juta tontonan di TikTok. […]

(Video)Temankan Isteri Nak Bersalin, Lelaki ‘Nervous’ Tapi Sampai Tidur Di Katil Dan ‘Tibai’ Makanan Isteri
Detik bersalin pastinya membuatkan perasaan bakal ibu bapa bercampur baur. Gembira, teruja dan cemas pada masa yang sama. Iyalah, demi menyambut bayi yang dinanti, si ibu perlu berhadapan risiko komplikasi yang mungkin boleh meragut nyawa. Tidak hairanlah jika bakal ayah turut cuak ketika melangkah ke hospital untuk menemani isteri bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka. Seperti […]
Pastikan Tak Salah Guna, Ini Maksud Disebalik 7 Emoji ‘Pelik’ Di Whatsapp
Pengunaan aplikasi Whatsapp pada hari ini ternyata berleluasa dalam kalangan orang ramai. Apa tidaknya, dengan ciri dan ringkas dan mudah, pengguna boleh berhubung dengan pengguna yang lain dalam masa yang singkat. Dalam setiap mesej yang dihantar pasti mempunyai pelbagai ekspresi. Disebabkan itu jugalah pihak Whatsapp turut memuatkan pelbagai jenis emoji ke dalam aplikasi mereka. Pun […]