Berita
i-Sinar: Bayaran Bulan April Sedang Dibuat Secara Berperingkat Sehingga 16 April 2021
KWSP Malaysia menerusi satu perkongsian di laman Twitter rasmi mereka memaklumkan mengenai pembayaran bagi permohonan i-Sinar bagi bulan April. Menurut perkongsian berkenaan, bayaran bagi bulan April sedang dibuat secara berperingkat sehingga 16 April 2021. Para ahli boleh mendapatkan status bayaran terkini melalui i-Akaun(Ahli) ataupun menghubungi talian Hotline Khas i-Sinar di 03 89224848 . KWSP juga […]
‘Checklist’ Barang Dan Cara Menjaga Bayi Baru Lahir, Bakal Ibu Bapa Baru Perlu Tahu
Setiap pasangan yang sudah berkahwin sudah pastinya menginginkan zuriat atau cahaya mata. Apa tidaknya, dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga mereka dapat memberikan lebih keceriaan. Namun begitu, bagi bakal ibu bapa yang pertama kali akan menimang cahaya mata, perlulah membuat pelbagai persiapan daripada setiap sudut. Oleh itu, portal Hello Doktor ada berkongsikan ‘checklist’ barangan dan […]
(Video) Peserta Media Meninggal Dunia Ketika Mendaki Bukit Dalam Program Eksplorasi
GERIK, 8 April (Bernama) — Seorang jurugambar berita dari NSTP Kuala Lumpur, disahkan meninggal dunia dipercayai kerana kematian mengejut, sewaktu menyertai sebuah program mendaki di kawasan Pulau Tali Kali, Tasik Banding di sini hari ini. Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian menimpa mangsa Zulkifly Ab Latif, 41, pada kira-kira […]
“Jangan Tambah Air Lagi..,” Wanita Bongkar ‘Rahsia’ Bancuh Teh Ais Pekat Manis Berlemak, Sampai Lebih 1.8k Perkongsian
Teh ais merupakan minuman yang sering dijadikan pilihan tidak kiralah sama ada di kedai ataupun dibeli di gerai-gerai yang dijual di tepi jalan. Bagi peminat minuman ini, sudah pasti akan mencari teh ais yang pekat manis berlemak untuk melegakan dahaga tekak dek kepanasan cahaya matahari. Pun begitu, jangan khuatir sekiranya sukar untuk mendapatkan rasa seperti […]
“Kini Terpisah Antara Dua Dunia,” Adik Luah Rasa Rindu Pada Arwah Abang Melalui Lukisan Bikin Ramai Sebak
Perpisahan merupakan perkara yang sangat menyedihkan terutamanya bagi yang mempunyai pertalian darah kekeluargaan. Seperti perpisahan seorang kanak-kanak bernama Iman dengan abangnya yang tersayang yang telah meninggal dunia. Bagi menzahirkan kerinduan terhadap arwah abangnya, Iman melakarkan lukisan keluarga yang jelas menunjukkan saat-saat mereka bersama sehinggalah akhirnya berpisah di pusara. Lukisan itu dikongsikan semula ibu mereka, Puan […]

11 Replika Monumen Terkenal Asean Akan Ditempatkan Di Dasar Laut Pulau Bidong
KUALA NERUS, 8 April (Bernama) — Sebanyak 11 replika mercu tanda terkenal negara ASEAN akan ditempatkan di dasar laut Pulau Bidong, Terengganu melalui projek khas, ‘The 1st ASEAN Underwater Mini Landmark’. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata projek yang diuruskan Jabatan Warisan Negara (JWN) dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu, akan dilancarkan antara 15 hingga 19 Jun […]

Peniaga Bazar Ramadan, Aidilfitri Diingat Patuh Etika
ROMPIN, 8 April (Bernama) — Peniaga bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri diingatkan untuk mematuhi etika perniagaan yang baik termasuk tidak mengambil kesempatan menaikkan harga, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Beliau berkata KPDNHEP juga akan melaksanakan pemantauan di bazar berkenaan bagi memastikan harga jualan tidak membebankan pembeli […]

Malaysia Salur 50,000 Dos Vaksin Kepada Bosnia-Herzegovina – Mohd Redzuan
ALOR GAJAH, 8 April (Bernama) — Malaysia akan menyalurkan 50,000 dos vaksin COVID-19 kepada Bosnia-Herzegovina yang tidak mendapat keutamaan memperoleh vaksin itu melalui fasiliti COVID-19 Vaccine Global Access (COVAX), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof. Beliau berkata bantuan itu yang dipersetujui pada mesyuarat kabinet semalam, disalurkan atas nama kemanusiaan. […]
15 Warga Myanmar Ditahan Rentas Negeri Tanpa Kebenaran, Guna Surat Palsu
GUA MUSANG, 8 April (Bernama) — Polis menahan 15 warga Myanmar kerana cuba merentas negeri tanpa kebenaran dan menggunakan surat kebenaran palsu dalam sekatan jalan raya (SJR) di Kampung Tanah Puteh, di sini, Isnin lepas. Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata kesemua warga Myanmar termasuk dua wanita itu ditahan ketika menaiki […]
Lelaki Maut Tercampak Dari Kereta Selepas Rempuh Belakang Lori Di Sungai Choh
KUALA LUMPUR, 8 April – Seorang lelaki maut selepas tercampak dari kereta yang dipandunya akibat merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 32 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Sungai Choh, dekat Rawang, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira 6.40 pagi, mangsa S. Rajkumar, 25, yang memandu kereta jenis Perodua Kancil dipercayai melanggar tayar belakang sebuah lori lain yang datang dari arah bertentangan. Timbalan […]
TERKINI COVID-19: 1,285 Lagi Kes Baharu, Selangor Catat Kes Tertinggi
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 1,285 kes baharu COVID-19 yang dicatatkan hari ini. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia setakat ini adalah sebanyak 355,753 kes. Menerusi ciapan yang dimuatnaik di Twitter, Dr Noor Hisham juga memaklumkan bahawa Selangor mencatatkan kes yang tertinggi hari ini dengan […]

Sebuah Kenderaan Dicuri Setiap 1 Jam 15 Minit Di Malaysia – VTREC
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) — Sebuah kenderaan dicuri setiap satu jam 15 minit di negara ini, kata Koordinator Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia Berhad (VTREC) Mas Tina Abdul Hamid hari ini. Beliau berkata menurut kajian pihaknya tahun lalu berdasarkan dapatan itu, sejumlah 20 kenderaan telah dicuri setiap hari pada tahun 2020. “Namun jumlah kecurian kenderaan itu […]
(Video) “1st Day Sekolah Buat Hal”, Abang Rakam Aksi Adik Gelabah Tak Boleh Buka Helmet Bikin Terhibur
Adik-beradik biasanya ada ragamannya yang tersendiri. Kalau kita perasan, biasanya abang-abang ni lebih suka menyakat adik-adik perempuan mereka, kan? Memang fitrah lelaki agaknya, suka buat hal dan ‘cari gaduh’. Tapi bukannya dengan orang luar pun. Adik-beradik sendiri je. Satu lagi kalau gaduh adik-beradik ni, tak lama mana pun. Macam satu video yang dikongsikan pengguna Twitter […]

Senarai Terkini Lokasi Bazar Ramadan Di Sekitar Selangor & KL Tahun 2021 Setakat Ini
Beberapa hari sahaja dari sekarang semua umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadan yang paling dinantikan. Gembira bercampur teruja, terbayang kemeriahan Ramadan yang paling dirindui. Antaranya, bazar Ramadan yang beroperasi dengan norma baharu berikutan wabak Covid-19. Kelonggaran yang diberikan kerajaan kepada orang ramai ini perlu dipatuhi dengan SOP yang ketat supaya tidak berlaku jangkitan. Bagi […]
(Video) ”Asal Jumpa Je Nak Bawa Balik”, Sampai Nangis-nangis, Adik Nazril Cepat Kesian Bila Tengok Kucing Jalanan
Tak perlu disangkal lagi bahawa kehadiran kucing sememangnya akan menceriakan kehidupan. Dengan telatahnya yang sentiasa nakal dan comel, ia boleh menjadi salah satu terapi untuk menghilangkan tekanan. Pun begitu, jarang sekali kita mendengar mengenai kanak-kanak yang terlalu ‘obses’ dengan kucing sehingga sanggup menjaga dan memberi makan kepada berpuluh ekor kucing walaupun mereka masih lagi kecil. […]

Mekah Sedia Terima Jemaah Umrah Yang Sudah Divaksin Sempena Ramadan
JEDDAH, 8 April (Bernama) — Mekah bersedia untuk menerima jemaah umrah yang sudah menerima suntikan vaksin sempena Ramadan, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA). Perkara itu diumumkan pihak berkuasa berkaitan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Haji yang dipengerusikan Penasihat kepada Penjaga Dua Masjid Suci, selaku Gabenor Mekah Putera Khaled Al-Faisal, pada Rabu. Putera Khaled yang juga […]
Isu Selipar ‘Muslim Friendly’, Fipper Tampil Mohon Maaf & Jelaskan Kekeliruan
Tular mengenai selipar baharu keluarannya sejak semalam, jenama selipar terkenal, Fipper, membuat permohonan maaf kepada orang ramai. Menerusi kenyataannya di Instagram, Fipper menjelaskan bahawa selipar yang dikatakan ‘Muslim Friendly’ itu sesuai untuk kegunaan muslimah yang memakai stokin. “Kerana produk kami sebelum ini kurang bersesuai dengan imej muslimah yang berstokin seperti yang dinyatakan di dalam kenyataan […]
(Video)“Sumbat Selagi Boleh” Jenuh Korek ‘Handbag’ Kat Kaunter Nak Buat ‘Payment’, Wanita Cuak Duit ‘Lesap’
Sekiranya korang pernah berurusan di mana-mana kaunter kerajaan atau mana-mana tempat awam, sudah pasti berpengalaman melihat pelbagai ragam manusia. Apa tidaknya, setiap orang memiliki sifat atau keperibadian yang berbeza membuatkan pelbagai karenah yang ditonjolkan. Seperti di kaunter pembayaran khususnya, pelbagai ragam yang korang boleh tengok terutamanya ketika hendak membuat pembayaran. Sebenarnya boleh je bersedia daripada […]
Pengorbanan Bapa, Hantar Anak Naik Motor Dengan Beg Di Bakul Ke MRSM Undang Sebak Netizen
Kesusahan bukan penghalang untuk berjaya. Demikian apa yang boleh digambarkan mengenai secebis kisah seorang ayah yang gigih menaiki motosikal demi menghantar anaknya pada hari pertama di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Perkongsian oleh timbalan pengetua MRSM Muar, cikgu Musa Muhamad Ali di Facebook, ternyata menyentuh hati ramai warganet sehingga menjadi tular di media sosial. Tatkala kawan-kawan lain […]
66 Peratus Kawasan Di KL, Gombak Terima Bekalan Air Sepenuhnya-Air Selangor
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) — Sejumlah 66 peratus atau 38 daripada 58 kawasan yang terjejas bekalan air di Kuala Lumpur dan Gombak telah menerima bekalan sepenuhnya sehingga pukul 6 pagi tadi. Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri dalam kenyataan hari ini memaklumkan pemulihan di kawasan Gombak adalah sebanyak […]