Berita

Berita
Tak Sangka, Jika Pengikut Media Sosialnya Dikumpulkan, Ronaldo Boleh ‘Cipta’ Negara Ketiga Rakyat Paling Ramai Di Dunia, Atasi Amerika & Rusia
Pada baru-baru ini, bintang bola sepak dunia iaitu Cristiano Ronaldo telah muncul sebagai manusia pertama yang mempunyai lebih 300 juta pengikut di media sosial Instagram. Pemenang 5 kali anugerah Ballon d’Or itu telah menjadi tajuk utama sejak kebelakangan ini apabila dia mengalihkan botol Coca-Cola ketika di sidang media. Umum telah mengetahui bahawa penyerang Juventus itu […]
Berita
Geng ‘Mat Moto’ Berganding Bahu, Sumbang Lebih RM17K Kepada Palestin Hasil Jual T-Shirt
Entah bila menemui jalan penamatnya, konflik di Palestin masih lagi berlarutan sehingga ke hari ini. Penindasan demi penindasan, rakyat di negara tersebut terus hidup dalam keadaan yang amat sukar dan menyedihkan. Mungkin kita di sini tidak mampu untuk sama-sama turun berjuang bersama mereka di sana, tetapi doa berserta sumbangan untuk mereka sudah pun mencukupi. Mengambil […]
Berita
Konkrit, Kerangka Besi Di Lebuh Raya Dalam Pembinaan Runtuh, Dua Pekerja Cedera
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) — Dua pekerja binaan warga Bangladesh cedera selepas konkrit dan kerangka besi di tapak pembinaan lebuh raya di Lebuhraya Baru Lembah Klang berhampiran susur keluar tol Kota Damansara dekat sini runtuh petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, kedua-dua mangsa […]
Berita
Wanita Maut Selepas Kereta Terperosok Di Bawah Lori Di Ipoh
IPOH, 19 Jun (Bernama) — Seorang wanita maut selepas kereta Proton Persona yang dipandunya terperosok di bawah sebuah lori yang masuk ke laluan bertentangan dalam satu kemalangan di hadapan sebuah restoran terkenal di Jalan Chemor-Jelapang di sini hari ini. Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perak berkata mangsa Noor Aishah Mohd Tahir, 26, disahkan maut […]
Kesihatan
Tiga Lokaliti Di Sabah, Satu Di Kelantan Dikenakan PKPD Mulai Isnin
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) — Sebanyak empat lokaliti masing-masing tiga di Sabah dan satu di Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 21 Jun sehingga 4 Julai. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tiga lokaliti di Sabah yang terlibat ialah Kampung Nelayan, Batu 10, Sandakan; Fasa 1 dan Fasa 2, […]
Berita
Terjejas COVID: Zoo Melaka Perlu RM600,000 Sebulan Tampung Kos Operasi
MELAKA, 19 Jun (Bernama) — Zoo Melaka memerlukan kira-kira RM600,000 sebulan bagi menampung kos operasi keseluruhan pusat pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan itu yang terpaksa ditutup sementara susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan COVID-19. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datuk Shadan Othman berkata daripada jumlah itu sebanyak RM250,000 diperlukan untuk membeli makanan bagi 550 haiwan daripada 250 […]
Kesihatan
Kerajaan Kaji Dos Kedua AstraZeneca Dipendekkan Dari 12 Minggu Ke Enam Minggu- Adham
PUTRAJAYA, 19 Jun (Bernama) — Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji sama ada tempoh masa pemberian dos kedua vaksin AstraZeneca boleh dipendekkan daripada 12 minggu kepada enam minggu, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Beliau berkata ia bergantung kepada laporan pakar terhadap situasi COVID-19 negara sama ada penerima memerlukan kesan maksimum perlindungan daripada dos kedua […]
Berita
Cristiano Ronaldo Muncul Manusia Pertama Miliki Lebih 300 Juta Pengikut Di Instagram, Setiap Post Bernilai Lebih RM 5 Juta
Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo pada Jumaat dilaporkan telah menjadi manusia pertama yang mengumpul lebih 300 juta pengikut di platform media sosial Instagram. Bintang Juventus itu juga merupakan manusia pertama yang telah mengumpul 200 juta pengikut di platform yang sama sebelum ini. Legenda WWE dan juga pelakon terkenal Hollywood Dwayne “The Rock” Johnson adalah orang kedua […]
Gaya hidup
Dekat 5 Jam Baru ‘Setel’, Abang Ni ‘Grooming’ Si Bulus Dari Bulu Tebal Bergumpal Sampai Jadi Cantik
Siapa yang membela kucing di rumah, tahulah macam mana cabaran untuk menjaga dan menguruskan kebersihan diri si bulus tu kan? Kalau bulu dah panjang sangat, lebih-lebih lagi yang jenis baka bulu tebal, sampai masanya kena ‘trim’. Tak boleh dibiarkan terus memanjang, bimbang berlaku masalah nanti. Demikianlah rutin yang dijalani Anas Abu Amsyar sepanjang menjalankan servis […]
Berita
Didakwa ‘Culik’ & Makan Anak Kucing, Turki Usir Lelaki Jepun Ini Balik Ke Negara Asalnya
Seorang lelaki warga Jepun yang mengakui telah membunuh dan memakan kucing di daerah Küçükçekmece di Istanbul telah didenda dan menghadapi pengusiran kerana perbuatannya itu, lapor portal Hurriyet Daily News. “Anak kucing di kawasan itu telah hilang pada baru-baru ini. Kami nampak dia mengambilnya,” kata seorang penduduk tempatan kepada Demirören News Agency pada 15 Jun. Lelaki […]
Luar Negara
Suhu Panas Cecah 49 Darjah Celcius, 20 Helang ‘Melayang’ Jatuh Ke Tanah Terkena Strok Haba Di Arizona
Cuaca panas melampau di Arizona, USA telah menyebabkan sekumpulan burung helang yang terbang di udara hampir ‘pitam’ dan melayang jatuh ke tanah. Suhu panas yang ekstrim itu dilapor mencecah sehingga 49 darjah Celcius, sekaligus menyebabkan 20 kawanan helang tersebut mengalami strok haba. Pada awalnya, seorang anggota keselamatan melalui kawasan Interstate-17 berhampiran Kem Verde, namun pergerakannya […]
Gaya hidup
(Video) “Ya Allah, Kesiannya..” Sebak Tengok Remaja Jual Burger Dalam Hujan, Azad Jasmin ‘Seru’ Orang Ramai Tolong Beli
Orang kata, dalam rezeki kita mesti ada rezeki orang lain. Ketika waktu pandemik COVID-19 ini, bermacam-macam cara yang kebanyakan orang buat untuk mencari rezeki demi hidup. Walaupun terpaksa hadapi cabaran di sekeliling, namun ‘misi’ mencari rezeki demi kelangsungan hidup tetap perlu diteruskan. Datanglah ujian dan dugaan sebesar mana sekalipun, mereka tetap ampuh. Hari ini, pengacara […]
Berita
TERKINI COVID-19: Kembali Bawah 6K, Sebanyak 5,911 Kes Baharu Dicatatkan Hari Ini
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 5,911 kes COVID-19 baharu yang direkodkan pada hari ini. Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kini meningkat kepada 691,115 kes. Berdasarkan data KKM, Selangor kekal mencatatkan angka harian tertinggi dengan 2,111 kes, diikuti Negeri Sembilan dengan 770 kes dan Sarawak sebanyak 569 kes. Jumlah kes sembuh dan […]
Gaya hidup
Main Lompat Tali Boleh Dapat Duit Guna Cara Ni, Sihat Dapat RM30,000 Pun Dapat
Lepas raya ni badan korang mesti makin naik kan. Mesti la, mulut tak henti kunyah lemang, rendang dengan kuih raya sebab kena ada kat rumah je. Tambah lagi PKP lepas tu, 24 jam la keluar masuk dapur. Ish, bahaya tau korang sebenarnya sebab tak elok untuk kesihatan. Cakap ni pon dari pengalaman sendiri sebenarnya. Pintu […]
Berita
”Varian Baharu Makin Mengganas, Teruskan Berjuang Petugas Barisan Hadapan” – Dr. Noor Hisham
‘Perjalanan’ menempuh wabak COVID-19 ini masih belum menunjukkan sebarang tanda-tanda penamatnya. Tidak dinafikan, petugas barisan hadapanlah insan paling ‘bermati-matian’ menentang serangan virus ini. Apatah lagi kemunculan varian-varian virus baharu yang lebih mengganas, menggamitkan lagi keadaan negara sehingga ke hari ini. Demikian itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah selaku ‘jeneral’ […]
Berita
Ibadah Korban Dibenarkan Di Perlis Dengan Pematuhan SOP
KANGAR, 19 Jun (Bernama) — Perlis membenarkan ibadah korban sempena Aidiladha dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan hanya boleh dilakukan di pusat sembelihan. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah semua masjid hanya dibenarkan untuk mengelola ibadah korban manakala pelaksanaan oleh agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) adalah tertakluk kepada […]
Berita
Dua Maut, Seorang Cedera Selepas Lori Bawa Muatan Ayam Terbakar
SEREMBAN, 19 Jun (Bernama) — Dua maut manakala seorang lagi cedera selepas lori membawa muatan ayam dinaiki mereka terbabas dan terbakar di KM283.6 Lebuhraya Utara Selatan, Nilai dekat sini awal hari ini. Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata mangsa yang maut dalam kejadian pada kira-kira 3 pagi itu adalah pemandu lori, […]
Tragedi
“Terkejut Rasa Nak Rebah..”, Ibu Tergamam, Anak Tertelan ‘Emas’ Dalam Perut
Kadang-kadang ada perkara yang terjadi dalam hidup kita berlaku tanpa dijangka. Antara tragedi yang sering dialami kebanyakan ibu ayah adalah kes anak kecil mereka tertelan benda asing. Demikianlah yang terjadi kepada seorang anak istimewa ini apabila ia tertelan sesuatu objek tanpa sengaja. Mungkin trauma & ingin jadikan pengajaran, ibunya Amiza Rahmat telah berkongsi pengalaman cemasnya […]
Berita
Buat Pertama Kali, Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM Terima Kemasukan Pesakit COVID-19 Semalam
Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (HPKK UKM) telah mula menerima pesakit COVID-19 pada semalam, umum Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah. Jelasnya, pengambilmilikan sementara hospital tersebut dibuat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) menggunakan kuasa di bawah Seksyen 3 & 4, Ordinan Darurat 2021 bagi membantu kementerian tersebut meningkatkan kapasiti rawatan […]
Berita
(Video) Dakwa Mampu Tahan Gempa Bumi & Ribut Taufan, Syarikat Dari China Ini Berjaya Bina Apartment 10 Tingkat Dalam Masa 28 Jam Je
Umum telah mengetahui bahawa untuk membina suatu bangunan itu, pastinya akan mengambil masa yang lama. Biasalah, bukan senang nak bina. Macam-macam proses perlu diteliti terlebih dahulu sebelum sesuatu bangunan itu nak dibangunkan. Namun, lain pula ceritanya di negara China ini. Sebuah syarikat China yang bernama Broad Group dilaporkan telah berjaya membina sebuah rumah apartment 10 […]