Berita
(Video) Dakwa Mampu Tahan Gempa Bumi & Ribut Taufan, Syarikat Dari China Ini Berjaya Bina Apartment 10 Tingkat Dalam Masa 28 Jam Je
Umum telah mengetahui bahawa untuk membina suatu bangunan itu, pastinya akan mengambil masa yang lama. Biasalah, bukan senang nak bina. Macam-macam proses perlu diteliti terlebih dahulu sebelum sesuatu bangunan itu nak dibangunkan. Namun, lain pula ceritanya di negara China ini. Sebuah syarikat China yang bernama Broad Group dilaporkan telah berjaya membina sebuah rumah apartment 10 […]
Kualiti Minyak Masak Bungkus Plastik Setanding Dalam Botol, Bukan Kitar Semula – MPOB
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) — Kualiti minyak masak olein dalam bungkusan plastik satu kilogram (kg) yang dijual di pasaran tempatan menepati kualiti ditetapkan dan bukan minyak kitar semula, kata Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir. Beliau berkata harga minyak masak dalam bungkusan plastik satu kg di pasaran dikawal oleh Kementerian Perdagangan Dalam […]
Usaha Kerajaan Laksana PKP 3.0 Berjaya Tunjuk Kesan Positif – Azmin
JOHOR BAHRU, 18 Jun (Bernama) — Usaha kerajaan dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 atau sekatan pergerakan penuh telah berjaya menampakkan kesan positif sekali gus menurunkan kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 di negara ini. Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata mengikut unjuran Kementerian […]
Sarawak Tidak Akan Berpuas Hati Walaupun Mendahului Vaksinasi – Uggah
KUCHING, 18 Jun (Bernama) — Sarawak tidak akan berpuas hati walaupun telah diakui sebagai negeri yang mencatat jumlah terbanyak suntikan vaksin COVID-19, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata sebanyak 55,248 orang telah divaksin di negeri ini semalam, jumlah tertinggi pemberian vaksin di negara ini, hanya sehari selepas jumlah mereka yang divaksinasi mencecah 49,000 di Sarawak. “Kami […]
Misi Kemanusiaan HM4P Dua Minggu Hulur Bantuan Kepada Warga Palestin
SEPANG, 18 Jun (Bernama) — Lima anggota misi “Humanitarian Mission 4 Palestine” (HM4P) berlepas ke Jordan awal pagi ini untuk misi kemanusiaan di Al-Quds dan Gaza. Misi itu diketuai Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BKUM) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim. “Misi dua minggu itu bertujuan menyatakan solidariti rakyat Malaysia dan UMNO kepada warga Palestin […]
COVID: Negara Ke Fasa Kedua Jika Purata Kes Bawah 4,000 Tujuh Hari Berturut-Turut
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) — Purata kes COVID-19 di Malaysia perlu berada di bawah 4,000 kes sehari selama tujuh hari berturut-turut bagi membolehkan negara beralih ke fasa kedua mengikut Pelan Pemulihan Negara. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata selain itu kapasiti katil di unit rawatan rapi (ICU) juga perlu mencapai paras 75 […]
Kononnya Nak Uji Cinta, Pasangan Kekasih Dilapor Berpisah Selepas 123 Hari Rantai Diri Bersama
Berjanji untuk sehidup semati dan mengunci diri bersama, pasangan kekasih dari Ukraine yang tular sebelum ini kerana menguji cinta mereka dilaporkan telah berpisah. Menurut portal NDTV, Alexander Kudlay dan Viktoria Pustovitova memotong rantai di pergelangan tangan mereka pada 17 Jun yang lalu dan memutuskan untuk membawa haluan masing-masing. Mereka dibebaskan dari ‘ikatan’ itu oleh seorang […]
Ibu Luah Rasa Terharu Pihak Xiaomi Malaysia Beri Bantuan Telefon Pintar Untuk Anak
Menjalani proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), setiap pelajar pastinya perlu mempunyai peranti yang sesuai seperti telefon dan laptop. Pun begitu, tidak semua pelajar bernasib baik dan mampu untuk membeli peranti tersebut. Sama seperti yang dihadapi oleh adik Muhammad Shafie ini yang menghadapi kesukaran untuk menjalani PdPR kerana tidak mempunyai peranti yang sesuai. Tetapi, […]
KKM: Semua Yang Berdaftar Dalam MySejahtera Akan Terima Vaksin
GEORGE TOWN, 18 Jun (Bernama) — Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan semua individu yang berdaftar sebagai penerima vaksin melalui aplikasi MySejahtera akan diberi tarikh janji temu untuk vaksinasi. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali yang memberikan jaminan itu menyeru orang ramai agar tidak bimbang serta gusar kerana kerajaan telah membeli vaksin yang mencukupi […]
(Video) Hampir Kemalangan Disebabkan Lelaki Alihkan Pagar, Tindakan Penunggang Motosikal Ini Tetap Hulur Bantuan Raih Pujian Ramai
Tular berkenaan satu video yang memaparkan tindakan seorang penunggang motosikal yang hampir kemalangan membantu seorang lelaki mengangkat pagar rumahnya yang secara tiba-tiba tercabut. Video tersebut bermula dengan seorang lelaki yang dipercayai mahu menutup pagar rumahnya. Secara tiba-tiba, pagar rumahnya itu telah tercabut. Hasil daripada itu, seorang penunggang motosikal yang melalui jalan di hadapan rumah lelaki […]
“Kasih Seorang Ayah,” Dr. Zulkifli Kongsi Emel Penuh Emosi Dari Seorang Bapa, Mohon Doakan Anaknya Menghidap ‘Nephrotic Syndrome’
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Ungkapan itu jelas menunjukkan bahawa kasih sayang yang diberikan oleh kedua-dua ibu bapa kita tiada tolak bandingnya. Seperti ibu, ayah juga sentiasa menginginkan yang terbaik untuk anak-anak. Sebentar tadi, Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, berkongsikan mengenai emel dari seorang ayah yang memohon […]
Bercanggah Dengan Ronaldo, Tindakan Pogba Alihkan Botol Ketepi Didakwa Buatkan Saham Heineken Naik 1 Billion Dollar
Dunia bola sepak tempoh hari menjadi kecoh susulan tindakan beberapa bintang bola sepak dunia mengalihkan botol air penaja Euro 2020 dalam sesi sidang media bersama dengan wartawan. Tindakan bintang Portugal iaitu Cristiano Ronaldo mengalihkan botol air Coca-Cola dilaporkan telah menyebabkan syarikat gergasi air berkarbonat itu rugi sebanyak 4 bilion dollar. Namun, lain pula ceritanya pada […]
Jutaan Rumah Kini Terbiar Kosong, Kerajaan Jepun Mahu Jual Serendah RM 2k & Ada Yang Diberi Secara Percuma Untuk Yang Berminat
Seperti yang diketahui, Jepun sememangnya sebuah negara yang sangat cekap dalam menguruskan sesuatu ‘kelompongan’ atau masalah yang dihadapi. Kebanyakan idea dan penyelesaian yang dilakukan oleh pihak berkuasa di sana juga mungkin agak ‘luar biasa’. Seperti apabila berlakunya masalah kekosongan jutaan rumah di beberapa wilayah di negara itu. Bagi menarik orang ramai berhijrah ke wilayah tersebut, […]
Gara-gara Ronaldo, Kini Tular Foto Dakwa Coca-cola Dijual Dengan Air Mineral
Beberapa hari yang lalu, tindakan bintang bola sepak dunia iaitu Cristiano Ronaldo mengalihkan botol Coca-Cola semasa sidang media bersama dengan wartawan telah meraih perhatian daripada pelbagai pihak. Pemain pasukan Juventus itu telah bertindak mengalihkan botol Coca-Cola daripada pandangan matanya dan sebaliknya melaungkan perkataan ‘agua’ yang bermaksud air mineral sambil memegang sebuah botol air mineral sebagai […]
Terus Berubah, Lelaki ‘Belanja’ Hasil Deko Rumah Kos Rendah, Bila Siap Terus Nampak Mewah
Bila memiliki rumah sendiri, setiap orang pasti sentiasa mengimpikan untuk menambahbaik ruang kediaman. Walaupun mungkin ia hanyalah rumah kos rendah, tetapi dengan pengubahsuaian dan dekorasi yang sesuai, hasilnya nanti pasti akan kelihatan luar biasa. Sama seperti hasil ubahsuai rumah yang dikongsikan oleh Nazirul Afzal di Facebook ini. Menerusi perkongsiannya, rumah kos rendah yang dimiliki oleh […]
(Video) “Kisah 3 Anak Syurga Kami”, Wanita Kongsi Kisah Pilu, 3 Kali Bersalin, 3 Kali Pulang Rumah Tanpa “Baby”
Kehilangan insan yang tersayang pastinya akan memberi kesan yang mendalam terhadap seseorang. Walaupun pasti sukar untuk menerima takdir yang telah tertulis itu, namun hidup mesti perlu diteruskan. Seperti yang terjadi ke atas seorang pengguna TikTok bernama Shaqudsi ini, perkongsian yang cukup menyentuh hati dikongsikannya dapat menggambarkan semangat dan ketabahan dirinya serta suami apabila dia terpaksa […]
Polis Siasat Laporan Mengenai Kenyataan Takiyuddin
PUTRAJAYA, 18 Jun (Bernama) — Polis menyiasat laporan yang dibuat terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung kenyataannya yang didakwa derhaka terhadap titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Tanpa menyatakan akta siasatan tersebut dijalankan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata setiap aduan […]

(Video) Aksi Gajah ‘Semput’ Tarik Kayu Balak Sampai Tergelincir Undang Sebak Ramai
Sejak dahulu kala lagi, ada sesetengah hidupan liar akan dijadikan sebagai ‘alat bantu’ bagi urusan kerja-kerja manusia. Sebagai contoh, orang zaman dahulu menggunakan kerbau sebagai ‘mesin bajak’ sawah. Di Mesir pula, mereka menggunakan keldai sebagai pengangkut barang di pasar. Tidak kurang juga, ada yang digunakan sebagai jentera perang seperti kuda, unta dan gajah. Namun, apa […]
Pilu, Ayah Meraung Jumpa Mayat Anak Di Jalan Ketika Edar Kad Kahwin Anak
Seorang ayah bersemangat untuk meraikan majlis perkahwinan anak gadisnya di Uttar Pradesh, India. Pada Isnin baru-baru ini, ayah tersebut, Madanpal Singh mengedar kad jemputan majlis kepada jiran tetangga, lima hari sebelum majlis dijadualkan berlangsung. Bagaimanapun ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, langkahnya terhenti di satu tempat apabila terlihat ramai orang sedang berkumpul menyaksikan sesuatu di […]

Dakwaan Langgar SOP: Pengurusan Kes Neelofa, Suami Ditunda Ke 15 Julai
SEREMBAN, 18 Jun (Bernama) — Pengurusan kes selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai karpet di Nilai dekat sini, ditunda ke 15 Julai ini. Peguam pasangan itu M Haresh berkata pengurusan kes tersebut sebelum ini dijadualkan pada 23 Jun namun ditangguhkan […]