Berita
COVID-19: Thailand Bakal Longgar Sekatan Untuk Pulihkan Ekonomi
BANGKOK, 27 Ogos (Bernama) — Thailand bakal melonggarkan sekatan COVID-19 di Bangkok dan 28 wilayah berisiko tinggi bermula 1 September, dalam usaha untuk merancakkan kembali ekonomi. Pusat beli-belah, dine-in di restoran, salun dan kedai gunting rambut (hanya untuk potongan rambut), ruang urut (hanya untuk urut kaki), tempat sukan dan taman awam akan dibuka semula mulai Rabu […]
Malaysia Kutuk Serangan Pengganas Di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) — Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas pada Khamis lepas ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai di Kabul, Afghanistan yang menyebabkan banyak orang kehilangan nyawa dan cedera. Kenyataan Kementerian Luar hari ini memaklumkan serangan itu hanya akan memburukkan lagi situasi kemanusiaan yang telah sedia teruk di Afghanistan. “Malaysia menggesa semua […]
TERKINI: Rasmi, Ronaldo Kembali Ke Pangkuan Man. United, Bakal ‘Merumput’ Di EPL Semula
Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo kini dilaporkan sah menjadi milik pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris Manchester United. Perkara tersebut telah disahkan sendiri melalui akaun Twitter rasmi Manchester United sebentar tadi. Welcome 𝗵𝗼𝗺𝗲, @Cristiano 🔴#MUFC | #Ronaldo — Manchester United (@ManUtd) August 27, 2021 Wartawan sukan Fabrizio Romano menyatakan bahawa urus janji yang dilakukan diantara […]
Cukai RM1.69 Bilion: Permohonan Najib Batal Notis Kebankrapan Didengar 7 Dis
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) — Permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membatalkan notis kebankrapan terhadapnya kerana gagal membayar tunggakan cukai tambahan berjumlah RM1.69 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) seperti yang diputuskan Mahkamah Tinggi tahun lepas, akan didengar pada 7 Dis ini. Perkara itu dimaklumkan peguam Wee Yeong Kang, […]
PDRM Kesan Kegiatan Penipuan Jual Minyak Precatoria Untuk Vaksin COVID
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan kegiatan penipuan dalam talian berkaitan penjualan bahan organik minyak precatoria yang didakwa bagi menghasilkan vaksin COVID-19. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata pihaknya telah menerima lima aduan daripada mangsa melibatkan kerugian RM128,498. Beliau berkata berdasarkan siasatan modus operandi yang digunakan sindiket berkenaan […]

Pencapaian Rekod Asia Gagal Beri Keceriaan Kepada Brenda Di Kolam Air
TOKYO, 27 Ogos (Bernama) — Pencapaian rekod Asia pada Sukan Paralimpik pada peringkat saringan gagal mengubati kekecewaan perenang negara Brenda Anellia Larry apabila gagal menempah tiket ke pusingan akhir acara 50 meter (m) kuak kupu-kupu wanita S5 di sini hari ini. Malah perenang muda berusia 16 tahun itu begitu hampa sehingga perasaan kecewa dan sedihnya dizahirkan dengan […]
Lebih 4,000 Orang Asli Belum Terima Vaksin COVID-19 – Exco Selangor
SHAH ALAM, 27 Ogos (Bernama) — Lebih 4,000 Orang Asli dewasa di Selangor masih belum menerima suntikan vaksin COVID-19, demikian persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu hari ini. Exco Hal Ehwal Orang Asli, Hee Loy Sian berkata Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bekerjasama dalam mengesan dan memberi suntikan kepada mereka di Hospital Orang […]
NFCC, CSM Perangi Jenayah Kewangan, Kekang Ketirisan Dalam Aspek Keselamatan Siber
PUTRAJAYA, 27 Ogos (Bernama) — Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) dan CyberSecurity Malaysia (CSM) bersetuju membentuk inisiatif mendokong serta menggembleng agenda memerangi jenayah kewangan dan mengekang ketirisan khususnya dalam aspek keselamatan siber. Perkara itu dinyatakan dalam Memorandum Kerjasama (MoC) NFCC dan CSM yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah NFCC Datuk Seri Mustafar Ali dan Ketua […]
Kerajaan Digesa Tangani Isu Bekalan Vaksin Di Pulau Pinang Demi Kemampanan Industri
GEORGE TOWN, 27 Ogos (Bernama) — Bekalan vaksin yang tidak konsisten menyumbang kepada senario lonjakan kes COVID-19 di Pulau Pinang meskipun usaha meningkatkan kapasiti pusat pemberian vaksin (PPV) telah dijalankan. Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Industri Pembuatan Pulau Pinang (PMIAC) Datuk Seri Lee Kah Choon dalam kenyataan berkata bekalan vaksin perlu ditambah segera bagi membendung penularan jangkitan, justeru pihaknya amat berharap agar […]
Man City Tak Jadi Beli, Ronaldo Dilapor Kian Hampir Sarung Jersi Man United Semula?
Sejak kebelakangan ini, nama bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo sering disebut-sebut dalam arena sukan bola sepak. Ianya kerana berita berkenaan perpindahannya dari kelab Juventus yang bertapak di Itali telah hangat diperkatakan. Terdapat pelbagai khabar angin yang berlegar di media sosial berkenaan kelab yang bakal diwakili seterusnya menjadi perbualan warganet. Ada satu khabar angin menyatakan […]
Gara-gara Fobia Duduk Dalam Kereta, Wanita Ikut 1000 Kelas Memandu Selama 30 Tahun, Tapi Tak Lulus-lulus
Nampak mudah tapi tidak semua orang boleh lulus ujian memandu dengan baik. Selama ini, kita mungkin pernah dengar mengenai individu yang ‘bergelut’ untuk lulus ujian tersebut sehingga perlu mengulanginya lebih dari tiga kali. Rupa-rupanya ada individu yang masih lagi belum mendapatkan lesen walaupun telah mengambil ujian sebanyak 1000 kali. Individu tersebut merupakan seorang wanita yang […]
Penghargaan Terhadap ‘Frontliners’ Malaysia, Video Merdeka Ini Buat Ramai Sedar Jasa Mereka
Sedar tak sedar, sebenarnya nak masuk 2 tahun dah semua rakyat Malaysia bertarung dengan pandemik COVID-19 yang sangat membahayakan ni. Banyak sangat jasa dan pertolongan oleh pelbagai pihak yang kita dapat nampak untuk membantu semua orang yang kesusahan untuk survive situasi sekarang. Terutama sekali bantuan frontliners. Bila sebut pasal frontliners, dah semestinya golongan yang boleh kita […]
Badan ‘Sado’ Berketul-ketul & Kepala Botak, Polis Ini Viral Gara-gara Muka Mirip The Rock
Seorang anggota polis menjadi tular di internet kerana rupa paras yang mirip dengan bintang Hollywood Dwayne Johnson. Polis tersebut telah dibandingkan dengan pelakon filem Jumanji yang berusia 49 tahun itu, The Rock, selepas satu gambarnya dimuat naik di page Facebook Morgan County Sheriff. Leftenan Eric Fields dari Alabama dapat dilihat tersenyum ketika dia bersandar di […]
Hebat, Buat Kajian Berkaitan Kanser, Saintis Malaysia Terima Anugerah Berprestij Daripada Akademi Sains Kebangsaan UK
Saintis dari Malaysia, Dr Serena Nik Zainal dilaporkan telah diberi penghargaan di atas usahanya dalam kerja penyelidikan berkaitan kanser. Dr Serena telah dianugerahkan Francis Crick Medal and Lecture 2022 daripada The Royal Society iaitu akademi sains kebangsaan UK yang mempromosi, mengiktiraf dan memberikan penghargaan terhadap perkembangan yang luar biasa dalam domain saintifik. Menurut Astro Awani, […]
Mungkin Ramai Belum Tahu, Pejabat Mufti Wilayah ‘Dedah’ Perbezaan Kalendar Hijrah Dengan Kalendar Masihi
Seperti yang diketahui, kita telah memasuki bulan Muharram yang menandakan bermulanya tahun baharu hijrah. Di bulan ini, umat Islam dianjurkan untuk melakukan pelbagai ibadah dan amal kebaikan kerana ia bulan yang sangat mulia. Bagaimanapun, pasti masih ramai yang belum faham atau belum tahu mengenai takwim hijrah. Bagaimana ia dikira dan adakah ia berbeza dengan takwim […]
Lelaki Temui Ajal, Gam Kemaluan Ganti Kondom Untuk Elak Kehamilan
Seorang lelaki yang menggunakan gam untuk ‘menutup’ kemaluannya bagi menggantikan kondom dilaporkan meninggal dunia. Lelaki yang berusia 25 tahun itu difahamkan telah menggunakan gam yang sangat kuat pada alat kemaluannya bagi mengelakkan tunangnya daripada hamil. Pasangan tersebut dilaporkan telah mendaftar masuk ke sebuah hotel di kawasan Juhapura di Ahmedabad, India pada 22 Jun. Namun polis […]

Halang Tugas, Maki Penguat Kuasa DBKL, Pemilik Restoran Dipenjara, Denda
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) — Gara-gara menghalang tugas dan mengeluarkan kata-kata kurang sopan terhadap pembantu penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana mengeluarkan kompaun ke atasnya, seorang pemilik restoran dipenjara sehari dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Majistret Atiqah Mohamed@Mohamad Saim menjatuhkan hukuman itu terhadap Benjamin Joseph Peter, 48, […]
“Kita Harapkan Perubahan, Tapi Tak Berlaku”, Hanya ‘Kitar Semula’, Respon Anwar Tentang Kabinet Kerajaan Baharu
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi telah memberikan respon berkaitan pembentukan kabinet baharu yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Ismail pagi tadi. Katanya, pembentukan tersebut ternyata menghampakan rakyat kerana ia merupakan kabinet ‘kitaran semula’. “Tentunya reaksi spontan dalam kalangan rakyat agak mengecewakan dan menghampakan kerana ia hanya kitaran semula. “Seperti mana […]

Tak Terpilih Dalam Kabinet Baharu, Dr. Zulkifli Ucap Tahniah Kepada Idris Ahmad
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri mengucapkan tahniah di atas pemilihan Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad yang menggantikan beliau di bawah pembentukan Kabinet baharu seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini. Menerusi satu kenyataan, Zulkifli turut menzahirkan ucapan tahniah kepada semua barisan […]

Dari Dapur Ke Kabinet Menteri, Geng ‘Suami Masak Apa Hari Ini’ Ucap Tahniah Kepada Idris Ahmad
Naib Presiden PAS Senator Idris Ahmad dilantik menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hari ini, menggantikan menteri terdahulu, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Pelantikan beliau selaku menteri agama itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi pengumuman khas barisan jemaah Kabinet baharu secara langsung kira-kira 11 pagi tadi. BACA: […]